CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4636|Reply: 9

Mai Melawat Ke Ladang Anggur Tasik Beris! Jom...

[Copy link]
Post time 28-12-2015 05:50 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Petik buah anggur??? Kalau di Australia, ramai orang Malaysia yang akan bekerja sebagai pemetik buah anggur jika tiba musimnya. Namun, di Malaysia pula, Cameron Highland merupakan destinasi yang boleh 'fefeling' seperti berada di luar negara memetik strawberi.

Tetapi kali ini, yang menariknya buah anggur boleh dilawati di Ladang Anggur Tasik Beris, Sik Kedah. Hanya di Malaysia sahaja, iaitu nun di utara sana. Sebelum cuti sekolah berakhir, bolehlah melawat ke ladang buah anggur ini. Boleh menikmati buah anggur yang segar bugar ini.

Harga bayaran
untuk masuk ke ladang anggur ini hanya RM6 untuk dewasa manakala RM3 untuk kanak-kanak. Jangan tunggu lagi, jom ke Ladang Anggur Tasik Beris. Terdapat buah anggur hitam dan juga hijau.

Penulis ada pengalaman memetik buah anggur di hadapan rumah ibu angkat yang ditanam sendiri oleh beliau. Memang buah anggur boleh ditanam di Malaysia jika betul cara penanamannya. Ia tidak seperti buah strawberi yang memerlukan kawasan yang sejuk untuk hidup. Jadi, jangan lupa untuk masukkan Ladang Anggur Tasik Beris ini ke dalam senarai tempat yang perlu dilawati ya! - CARI Infonet   









































Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2015 06:36 PM | Show all posts
tt, kepada yang nak pergi petik ladang anggur di australia boleh pergi sekiranya belajar. kalau setakat nak pergi untuk kerja please stop.

saya pun nyaris terjebak modal nak pergi rm 7000. pendapatan rm 15000 hingga rm 20000 sebulan asal rajin bekerja.

bila ada group dah pergi dia orang tak dapat kerja 4 bulan. so berhati hati semua. ramai sindiket yang memang sindiket kerja menipu orang ramai.

pergi australia petik anggur is bullshit. scammer. uols kena tangkap kena saman lagi balik bogel naik kapal terbang xde duit
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 06:46 PM | Show all posts
CiliPadiSedap: tt, kepada yang nak pergi petik ladang anggur di australia boleh pergi sekiranya belajar. kalau setakat nak pergi untuk kerja please stop.saya pun nya ...


Tapi, kawan i p ok jer.. dah 2x.. atas nasib kot kan???
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 07:09 PM | Show all posts
wah..boleh pergi ni...
tak pernah lagi pergi tasik beris ni..
interesting!
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 03:29 PM | Show all posts
sedapnya....
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 08:13 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 28-12-2015 06:36 PM
tt, kepada yang nak pergi petik ladang anggur di australia boleh pergi sekiranya belajar. kalau seta ...

so true.. gaji beso2 tu bullshit.. g petik buah mmg wujud. ikut nasib dpt SV ladang elok, elok la. kalu yg celaka keje 10-12 jm sehari, pastu gaji x bagi mmg naya. buah2 kat OZ ikut musim. so after season, kena pegi ladang lain, owner lain. kalu ada kosong, ada lah. byk belah2 melbourne sana.

ada sorg budak msia ni keje illegal sbb overstay jd kitchen helper. 10-12jm sehari 6 kali seminggu. dpt la 1K seminggu. itu belom tolak sewa umah bil api air sume. so sesapa kata dtg oz keje boleh buat duit tu.. pikir sblm dtg. boleh tu boleh, tp tak byk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2015 12:09 PM | Show all posts
jojoba_beads replied at 30-12-2015 08:13 AM
so true.. gaji beso2 tu bullshit.. g petik buah mmg wujud. ikut nasib dpt SV ladang elok, elok la. ...

sebab gaji petik anggur lebih mahal daripada it programmer di australia. agak mustahil walaupun yang petik anggur itu ada cgpa 3.64 dan bernama ahmad maslan
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2016 10:11 PM | Show all posts
jojoba_beads replied at 30-12-2015 08:13 AM
so true.. gaji beso2 tu bullshit.. g petik buah mmg wujud. ikut nasib dpt SV ladang elok, elok la. ...

Terima kasih atas info. Nyaris nak join sebab ramai yg promo benda ni guna ayat hebat2.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2016 12:57 PM | Show all posts
OrangLidi: Terima kasih atas info. Nyaris nak join sebab ramai yg promo benda ni guna ayat hebat2.




kwn pegi ok ja... tp skjap ja setahun,.,,, pastu tanya  dia knp benti. dia ckp kontrak setahun ja... ntah btl ntah x./.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 12:10 PM | Show all posts
beso2 nya anggur,mcm manis je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.069079 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list