View: 7416|Reply: 25
|
Rumah Aku - (o/b Mr. Airell) confessor IIUM - BM
[Copy link]
|
|
Edited by ciskek.leleh at 29-12-2015 03:58 PM
Hi, salam kenal semua..
Basically, this is not my story, tp cerita ni aku copy paste kn dari confession IIUM - BM since cerita dia menarik, dgn penulisan yg baik, so tuan punya cerita ni izinkan aku memeriahkan dunia forum.cari nih.
Apa2 persoalan, aku mungkin tak dapat jawab, since this brader dgn aku tak pernah ada hubung kait di dunia sebenar & dunia maya (fb pun tak add, contact thru komen je), cuma saudara seIslam.
Apa yg akan aku update kt sini, bergantung pada page tersebut. Bila brader Airell update cerita dia, aku pun akan update kt thread ni. Dan aku copy paste sebijik dengan apa yg dia confess, tiada sebarang unsur edit atau rekaan, kecuali untuk cantikkan perenggan je..kehkehkeh
Anyway, thanks again to Mr. Airell for your permission & story. & to forumers, maaf andai tak kena pada citarasa korang, tp harap2 korang terhibur. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-12-2015 03:53 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by ciskek.leleh at 29-12-2015 04:00 PM
Rumah Aku
First aku dah keje, penah masuk u ni 3 bulan jelepas tu berenti sebab join government.
Dah lewat ni, tapi aku terjaga dari tidur. Entah gatal tangan, pergi scroll lak page IIUM Confession. Entah macam-macam cerita pasal psycho dengan mistic.
Kalau nak diikutkan, dah banyak sangat benda mistik yang aku pernah lalui, tapi tak adelah nak buat confession. takut orang cakap mereka reka cerita. kang ada yang cakap sesat dah tahyul la.
Once aku ni suka write something, tp tak pernah publish. Untuk bacaan sorang-sorang jela kot. Tak pun tulis panjang-panjang tapi tak pernah publish untuk tatapan.
Nak tulis pasal benda pelik-pelik jap lagi wife baca, xleh nak tido lak. kesian kat dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-12-2015 03:55 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by ciskek.leleh at 29-12-2015 04:00 PM
Sambungan dari Rumah aku, copy paste tak habis
so aku tulis kat sini jela.. hahaha..
Last year aku dapat kuarters area KL. yang best tu sebab middle in the city. kl sentral, pavillion, times square, low yat, klcc semua tu dekat sangat dgn rumah. paling jauh pun 10 minit je.
Aku prefer dengan MidValley. So kalau nak ke mid aku akan guna jalan belakang. Avoid traffic jammed. Jalan belakang tu via perkuburan cina, guess what? rumah aku pun bersebelahan kubur cina. hahaha… but I'm on 10th floor. Atas sekali..
Biasa lalu kubur cina tu siang malam, so tak adelah nak rasa takut sangat. Mungkin aku jenis yang tak takut sangat kot. Cuma kat rumah ni masa mula mula masuk dulu. Macam macam berlaku, pakaian baby dalam baju "kotor" wife aku. Mesin basuh berbunyi tiap tiap malam dan paling best. Bunyi budak main guli kat tingkat atas.
Opsss… Rumah aku kat tingkat 10. Paling atas, datang mana tingkat atas? korang solve la sendiri. Kalau pukul 2 3 pagi, pintu emergency exit dekat stairs akan berbunyi. Macam dihempas hempas, aku dah biasa sangat dah. Pastu budak kecil 2 orang, pukul 3 pagi start la diaorang berlari dekat corridor. Mengekek ngekek sura ketawa.
Ustaz kata, tu jin / syaiton bla bla bla sebab rumah aku sebelah kubur cina. Logical thinking memang la, aku pun rasa macam tu. Sekarang pukul 4.20 pagi. Dia tengah memasak lak. lesung batu kat mana entah la. Hari hari ada..
Dulu dia suka main air dekat bilik air rumah aku. Yela bilik air ada 3. yang guna 1 je sebab aku dengan wife je kat rumah ni. Masa dia main air tu aku penah cakap "ko main la air, ko Ingat aku kaya ke nak bayar bil air tinggi-tinggi"
Masa tu bil air rumah aku 100 lebih every month. Entah macam mana pun aku tak tahu. tapi sejak kena marah, bil air aku dah normal, sebulan RM8 je.
Waktu aku menulis ni, dia tengah susun kerusi meja. Haha deco waktu pagi nampak!!
ok jap, last story..
Aku pernah, jumpa harimau 3 ekor. Satu warna putih macam albino. Tapi albino tu warna kuning kan? 2 ekor lagi warna belang biasa. kat tangan aku cuma ada pisau. Mula mula tu harimau tu tak perasan aku. Yela aku tinggi kat atas batu dia kat bawah macam gaung.
Masa nak lari dari harimau tu sebab tak nak dia perasan, aku tergelincir kebawah. Tapi tak jatuh terus kat harimau tu. Kiranya sangkut dekat batu besar. Harimau tu semua pandang aku. Perrgh macam terhenti jantung beb.
Masa ak cuba step back perlahan lahan, aku perasan harimau putih tadi dah tak ade. Dengar bunyi nafas, makin kuat lak tu. Rupa rupanya harimau putih tu dekat atas aku. Bila masa dia panjat batu atas sekali aku pun tak perasan.
Dekat tangan ada pisau rambo aje. Aku tawakal je, sekali dia terkam. Aku elak, terus jatuh kebawah yang mana ada lagi 2 harimau lain menanti. Belum sempat aku bangun, diaorg dah terkam dan
………………
loading pulak.. mission farcry 4 aku gagal nak bunuh harimau guna pisau…
Oklah part rimau tu korang abaikan, aku nak sambung tido.. DIA lak makin kuat main lesung batu.. hahaha good night. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-12-2015 03:56 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by ciskek.leleh at 29-12-2015 04:01 PM
Rumah Aku Part ii
Okay, aku menukis kerna ada yang mahukan kesinambungan.
Kalau yang pernah baca cerita aku, mungkin korang akan ingat ending dia. Alaa yang aku main game Farcry 4 tu. Mati kena baham dek.rimau..
Ikutkan hati, malas aku nak karang panjang-panjang. Yela, guna smartphone kot. Bukan guna laptop. Menaip pun guna ibu jari je. Kalau guna laptop, mau jadi novel cerita aku ni.
Ni masa aku kecil-kecil dulu la. Seriously family aku hidup susah, bukan susah biasa-biasa tau, ni susah yang luar biasa. Aku lahir pun tahun 85. Mungkin korang ada yang tak rasa kehidupan macam aku.
Rumah kitaorang dibuat ditengah-tengah hutan, tiada elektrik, tiada air paip. Rumah dibuat dengan buluh yang diketuk-ketuk halus, lantai pulak tanah merah tanpa alas. Atap lak daun nipah. Tempat tido bukan tilam, tapi atas papan yang disambung sambung. Dek sebab kesusahan itu kot, aku dari kecil tanamkan azam dan Alhamdulillah aku berjaya keluar dari kehidupan sebegitu.
Aku bukan nak citer pasal kesusahan aku. Cuma ini adalah permulaan bagaimana aku menerangkan keadaan rumah aku yang ketika itu ditengah tengah hutan tanpa api dan air. Dinding rumah tu, boleh la kalau korang nak skodeng. Sebabnya, dah jarang giler. Jangan kata nyamuk, kalau kumbang tanduk rusa terbang pun, thru aje. Memang tak sangkut.
Masa tu, ayah aku kerja sebagai buruh dekat penang island. Yang tinggal kat rumah tu, hanyalah Arwah ibu, 2 abang, aku dan adik lelaki. Imagine that, ayah aku kerja kat penang, 3 bulan sekali baru balik jengah kami. Rumah dalam utan, jiran terdekat 2 km berjalan kaki.
So telinga ni dari kecik dah biasa dengar bunyi pelik-pelik lepas maghrib. Bunyi budak menangis, bunyi rimau, bunyi bla bla bla bagai. Tapi arwah ibu aku memang berani. She said "oh itu bunyi anak kerbau" merujuk kepada bunyi tangisan bayi. Aku masa tu 5 – 6 tahun. Manalah nak tau semua tu.
So bila sakit perut tengah malam, terpaksa keluar dari rumah berbekalkan jamung. Masa melepas tepi hutan tu, mata meliar la. Then aku nampak benda merah, banyak dan pekat. Berkilau dalam gelap. Aku tanya arwah ibu. Dia kata itu burung hantu. So aku pun tak kisah la.
Masa nak masuk rumah, aku dengar arwah ibu cakap. Sudah ko jangan nak kacau anak aku. Ko tak layak masuk rumah bla bla bla bla.. Aku pun pelik, dia marahkan sape. Bila ditanya, dia cakap. "Takde lah, mak menyanyi je tadi."
Budak umur 6 tahun, nak pertikai apa nok?
Kadang-kadang tu, waktu tido malam. Aku terbangun dan dengar orang berjalan keliling rumah. Kadang-kadang ada bunyi haiwan bergaduh depan rumah. Padahal kitaorang tak bela binatang pun. One day tu, aku terjaga dari tidur. Cerah depan rumah, nampak pokok rambutan terbakar. Aku jerit tapi xde suara, nak kejut abang-abang tapi tak terdaya.
Sampai api tu beransur-ansur padam. Baru aku boleh gerak. Pagi esok aku terus pergi dekat pokok rambutan tu, tengok ada kesan arang sikit. Aku cerita pada abang-abang. Diaorang cakap aku mimpi sampai terkencing dalam seluar. Padahal mata aku sendiri tengok pokok tu terbakar. tapi masa tengok pokok tu terbakar, memang aku terkencing pun. hehehe
Bila usia dah cecah 8 tahun, Ayah pindahkan rumah ditengah-tengah hutan tu kesebelah rumah arwah atok. Arwah atok ni guru silat, so macam-macam "benda" dia ada. Sarapan pagi dia makan 2 biji telur tembelang. Yang lain aku tak tau sebab tak pernah nampak. Tapi orang kampung memang tak berani nak hadap wajah dia. Orang cakap apa? alaaaa macam penunduk.giteww..
Dia masuk hutan cari akar kayu buat ubat. Yang bawa balik akar kayu tu takde sape, tapi bawah rumah dah siap potong dan susun. Aku selalu ikut arwah atok sebab aku cucu kesayangan dia. Kalau masuk hutan, dia akan bawa 3 ekor anjing hitam (macam baka Rottweiler tu)
Anjing tu kerja dia jaga aku. Pergi mana pun anjing tu macam cover aku. Tapi sekor pun tak pernah sentuh aku. Sebab atok cakap, jaga cucu aku elok-elok.
Pernah aku tengok atok aku ambil rotan yang melilit tinggi tu. Dia sorang-sorang tarik turun. Dengan duri semua tu, dahla bare hand. Arwah ibu cakap, atok ada khadam. Aku tak pasti la sebab tak tau pokok pangkal.
Rumah aku lak, pagi tu diaorang siapkan tapak. Esok pagi dah siap dinding semua. Tinggal lantai je. Arwah nenek cakap, atok yang buat semua tu semalam.
Bila cecah umur 9 tahun, aku pindah lagi, keluar dari pedalaman dan tinggal di kawasan estet.
eh macam panjang je cerita aku ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-12-2015 03:57 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by ciskek.leleh at 29-12-2015 04:02 PM
Rumah Aku - Part iii
Yela, yela aku sambung..
Tapi bagi sikit ruang kat sini. Sebenarnya aku budak jurusan sastera sampai tingkatan 6. Aku banyak menulis, tapi sekadar bacaan sendiri. Nak ikut bahasa semua bagai tu, dah rasa macam mustahil sebab STPM pun tahun 2004. So segala ilmu dan gaya penulisan tu dah tak ada.
Second is aku ni dah bekerjaya so, tak banyak masa aku boleh spend untuk menulis. Confession korang pun aku tak sempat baca habis. Tapi disebabkan ada feedback yang baik, maka aku teruskan penulisan via smartphone ni..
Last, yes.. Nama aku ariell. Rasanya ada 3 atau 4 orang dalam page ni kenal aku. So untuk tidak menunjukan siapa aku.. Aku akan gunakan nama Capital A. Untuk yang follow kisah aku macam si Ainul Mardhiah, aku benarkan sis copy dan paste ke forum tu. Aku tak pandai.. just give it a credit.. itu je. sekian..
sambungan…
Bila cecah umur 9 tahun, aku pindah lagi, keluar dari pedalaman dan tinggal di kawasan estet. So kehidupan kami sekeluarga agak berubah. It's turn to 360. Yela dari hidup tak terurus, everything was changing. Apa yang kitaorang tak pernah dapat ketika tinggal di kampung, semuanya dapat.
Tapi bahagia itu tidak indah, kesenangan yang dikecapi itu telah membutakan mata mereka. Iri hati, hasad dengki telah menular. Bermulanya penderitaan seorang wanita bernama ibu. Ibu bekerja keras demi kesinambungan hidup dan mengubah keadaan keluarga. Bukan bermakna ayah tidak menyumbangkan kearah kesenangan tersebut. Tapi dengan bantuan Ibu, kami lebih terurus.
Hari minggu, ibu keluar bersama ayah. Sekadar menghadiri jemputan majlis kenduri di kampung sebelah. Ternyata ianya terselindung agenda jahat dan tidak berperikemanusiaan. Beberapa hari kemudian, ibu jatuh sakit. Dia muntah muntah yang melesukan badanya.
Walau sakit tak terdaya, ibu meneruskan kerjanya. Membantu ayah mencari rezeki. Tiba saatnya ibu dimasukan ke hospital kerana sakit yang teramat. Hanya pain killer diberi oleh doktor. Mereka gagal untuk mengenalpasti punca ibu jatuh sakit. Ayah membawa ibu untuk berubat secara tradisional.
Ternyata ianya membuahkan hasil. Ibu terkena santau oleh rakan sekerjanya. Yang cemburu tentang kejayaan dan kesenangan yang dikecapi. Menurut orang yang merawat ibu, terdapat 7 orang sami berbangsa siam yang menghantar santau tersebut. Juga disebut sebagai santau 7 serangkai.
Badan ibu mulai susut, pelbagai penyakit datang menumpang dibadan ibu. Aku sebagai anak, hanya mampu menolong mengurut, memicit kepala dan menolong ibu ketika kesakitanya menyerang. Hari demi hari berganti bulan dan tahun. Penyakit ibu tidak boleh diubati. Sihat hanyalah sementara, dan sakit berpanjangan.
Petang itu buat pertama kalinya ibu dirasuk didepan mata kami adik beradik. Sebelum maghrib tiba, ibu ketawa dan menangis. Suara yang keluar bukan miliknya tetapi milik seorang lelaki. Aku diamanahkan oleh ayah untuk memanggil pakcik Ajis, mujurlah rumahnya sekitar 100 meter dari rumah aku. Pakcik Ajis tiba dengan memakai kain pelikat. Terus dia memegang ubun ubun ibu.
Dicekaknya ubun ubun ibu sambil membacakan ayat ayat suci Al Qur'an. Seketika kemudian ibu meraung raung minta dilepaskan. Pakcik Ajis dengan segera berdialog dengan makhluk yang merasuk tubuh badan ibu. Nyatanya kehadiran makhluk tersebut adalah untuk menikmati darah di badan ibu.
Persoalan aku terjawab apabila sering memikirkan kesan lebam di kaki ibu. Makhluk itu menyatakan bahawa dia ditugaskan untuk tinggal dirumah aku. Dia hanya perlu minum darah ibu sebagai ganjaran.
Pakcik Ajis meminta lada hitam beserta garam kasar. Dibacakan beberapa potong ayat. Ditekapkan lada hitam tersebut di ibu jari kaki ibu. Suara ibu berubah lagi, kini menjadi seperti seorang kanak kanak kecil. Dia merayu meminta dilepaskan ibu jari. Rintihanya sangat menyentuh hati. Seperti seorang kanak kanak yang didalam kesusahan.
Berbekalkan pengalaman Pakcik Ajis, dia berjaya menumpaskan makhluk yang merasuk. Dia kemudianya membuat air penawar buat ibu. Ibu pengsan tidak sedarkan diri. Ketika itulah, adik aku H terdiam, dia bersembunyi dibelakang pintu. . Dengan suara tersekat sekat adik H berkata, ada budak perempuan di sebelah ibu, berambut panjang dan tidak mempunyai rupa.
Adik H masuk kebilik kerna tidak sanggup melihat makhluk itu. Dia berselimut menutupi kepala. Setelah ibu dipulihkan, Pakcik Ajis meminta diri. Ayah bertanyakan adik H tentang apa yang berlaku. Menurutnya sudah lama budak perempuan tersebut mengikut ibu. Ditanya tentang bagaimana dia boleh melihat. Adik H memberitahu bahawa rakan karibnya yang menunjukan semua itu.
Akhirnya adik H memberitahu rakan karibnya itu hanya muncul pada sebelah siang. Kami semua tergamam, mustahil adik H ada rakan baik. Tiada sesiapa yang sebaya denganya ketika itu. Setelah dipaksa, adik H memberitahu rakanya itu hanya datang apabila dia berkeseorangan. Rakanya itu datang bersama penjaga yang juga berserban.
Maka pada malam itu terbongkarlah bahawasanya adik H mempunyai "penjaga"
Beberapa ketika, ibu kembali sedar dari kesakitan. Ibu mengakui semasa mengandungkan adik H beberapa perkara pelik berlaku. Namun ibu menggangap itu semua merupakan kebetulan serta mimpi dimalam hari.
Menurut ibu, semasa mengandungkan adik H dia telah didatangi oleh 2 lelaki tua berpakain putih. Kedatangan mereka itu melalui mimpi yang sama selama 3 malam.
Mereka menyatakan hasrat bahawa ………….
maaf bersambung.. lenguh jari aku nk karang..
- Capital A |
|
|
|
|
|
|
|
DIFFERENT STORY AKU RASA
IIUM CONFESSION TU KAN BANYAK CITE.
NI SALAH SATU
YG THREAD ARITU CITE PASAL ROOMMATE PSIKO
|
|
|
|
|
|
|
|
u dah mintak kebenaran tuan punya cerita ke nak post kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
faham..tapi semuanya pasal IIUM confession kan?
since dah ada citer dari IIUM confession...sambung je kat thread tu..buat Koleksi
maaf ya tt...jangan hencap haku ya...
apa pun..citer memang seram but katanya kat thread satu lagi tu tipu jah...rekaan si Hani tu..
betul ke? yang pasal psiko cucuk jarum kat tikus tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
bestnya cerita dia.. tp seram woo |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-12-2015 10:06 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
MeghanK replied at 29-12-2015 06:17 PM
u dah mintak kebenaran tuan punya cerita ke nak post kat sini
yup, at 1st I suggest dekat dia suruh bukak thread kt sini, but then dia izinkan i share, cuma bg credit kt dia je..Dalam Rumah Aku 3, dia ada bgtau dia izinkan I share cerita dia |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-12-2015 10:08 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ipo replied at 29-12-2015 06:54 PM
faham..tapi semuanya pasal IIUM confession kan?
since dah ada citer dari IIUM confession...sambun ...
tgk thread tu mcm based on citer psiko je, tu yg xnk smbung terus kt situ..lgpun, senang buat asing, in case owner asal cerita ni nk melawat kawasan. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-12-2015 10:10 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Guys, maaf ye kalau aku lambat hapdate, since fon tetiba problem. tapi korang boleh refer kt page Confession IIUM - BM. once da ok fon ni, aku compile kan semua cerita |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan pls... xsabar dah |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-12-2015 01:17 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
fadzyjemi replied at 30-12-2015 02:22 AM
sambungan pls... xsabar dah
kena tunggu confessor tu sambung, den cuma copy paste je.. sobsobsob |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-12-2015 01:18 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
noddyFARHANA replied at 30-12-2015 12:43 AM
Tgh sedap2 melayan cerita maknya, udah disambung plakkkk.
Den sanggup menungguuuuuu :l ...
tu La Pasal..kena tunggu confessor update..setakat pukul 1 TD, xde lagi..nanti klu da ada, den updatekn.. |
|
|
|
|
|
|
|
tenkiu, update sini nanti ek, nak tgk kat sana memang tak la, byk kisah lain jenuh nak korek post asal org ni yg mana satu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|