CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 87099|Reply: 838

[Jenayah] Remaja Disyaki Diculik Belum Ditemui!#833 THE END

[Copy link]
Post time 30-12-2015 03:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 14-1-2016 07:35 AM

Klang: Remaja perempuan berusia 14 tahun dipercayai diculik dari kawasan rumahnya di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, Ahad lalu.




Menurut sumber, mangsa yang dikenali sebagai Nur Amirah Athirah Abdul Majid hanya disedari hilang selepas ibunya pulang ke rumah, kira-kira jam 2 petang.
Katanya, ibunya yang berusia 33 tahun cuba mencari di beberapa kawasan berhampiran serta menghubungi mangsa namun gagal.

"Kebiasaannya mangsa pulang ke rumah selewat-lewatnya jam 8 malam namun sehingga jam 10 malam hari itu mangsa tidak juga muncul.
"Bimbang keselamatan anaknya, ibu mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada Isnin lalu di Balai Polis Bandar Sultan Suleiman," katanya.
Kejadian itu turut menjadi viral di laman sosial apabila tersebarnya rakaman perbualan telefon di antara mangsa dan ahli keluarganya yang mendakwa dirinya diculik sekumpulan lelaki.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Yusoff Mamat berkata, pihaknya masih menyiasat kes berkenaan dan sebarang perkembangan mengenainya akan dimaklumkan kelak.

      Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Disember 2015 @ 2:26 PM   
«         »
                     











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2015 03:19 PM | Show all posts


Mangsa Culik Nur Amirah Athirah Dedah Ramai Gadis Dalam Van putih|Mangsa, Nor Amira Athirah binti Abdul Majid, dilaporkan hilang, setelah ibunya mendapati anak gadisnya itu tidak berada di rumah sehingga jam 10.00 malam.
Saya cuba menghubungi  anak saya melalui telefon, tetapi tidak dapat. Saya juga cuba mencari di merata-rata tempat, juga tiada. Saya risau dengan keselamatan anak saya, takut terjadi perkara yang tidak diingini," katanya dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Bandar Sultan Sulaiman.
KLIK:VIDEO PENJELASAN KEDUDUKAN SEBENAR MANGSA
Berdasarkan rakaman tersebut, mangsa mendedahkan dia telah diculik oleh sebuah van berwarna putih, namun tidak sempat mengingat nombor pendaftaran kenderaan itu kerana kepalanya ditekup dengan kain sebelum pengsan.
Mangsa hanya tersedar dan ternampak papan tanda menuju ke Johor Bahru dan memaklumkan perkara itu kepada ahli keluarganya melalui panggilan telefon yang dibuat tanpa pengetahuan penculik .
Menurut mangsa, ramai lagi gadis-gadis yang lain turut berada dalam tahanan mereka yang dipercayai diculik untuk dijual.
Bagaimanapun, perbualan itu terputus apabila telefon mangsa kedengaran seperti dirampas oleh seseorang yang dipercayai penculik terbabit.


Luahan abang mangsa.


http://eberita.org/mangsa-culik-nur-amirah-athirah-dedah-ramai-gadis-dalam-van-putih/

kredit kepada @MissMamamia75


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 03:20 PM | Show all posts
bukan main viral lg kes ni oleh bbnu. ape special kes culik ni dibandingkan kes culik lain?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2015 03:21 PM | Show all posts
Video Rakaman Kedua Mangsa Culik Nur Amirah Athirah Jelaskan Hal SebenarDecember 30, 2015         
0



Video Rakaman Kedua Mangsa Culik Nur Amirah Athirah Jelaskan Hal Sebenar | Seorang gadis berusia 14 tahun, Nur Amirah Athirah dilaporkan telah diculik oleh manusia yang tidak berperikemanusiaan masih belum berjaya ditemui.
Banyak khabar angin tersebar menerusi Facebook dan Whatsapp yang menyatakan mangsa telah mengatakan mangsa sudah dirogol dan dibunuh.
Hal ini mengundang kemarahan salah seorang ahli keluarga mangsa, Hazi Aziey menerusi status Facebook yang dibuat beliau lebih kurang jam 2 pagi tadi.
“Minta tolong siapa yg share status sy sebelum ni tolong delete ye atas faktor keselamatan.. Info terbaru Ira (adik sedara) sy belum dijumpai.. Berhenti sebarkan cerita tak betul.. Sesiapa yang ada share yg status sblm ni TOLONG PADAM. Atau sesiapa yg nmpk org post gmbr status sy mnta tlg mereka delete.. Trima kasih atas doa dan sokongan anda. TQVM”
Video Rakaman Kedua Mangsa Culik Nur Amirah Athirah telah di muatnaik bagi menjelaskan hal sebenar mangsa agar tidak mengelirukan masyarat yang perihati yang mengikuti kes perkembangan penculikan.
http://Eberita.org/wp-content/uploads/2015/12/12462591_161573387538662_1346227583_n.mp4http://mediasensasi.com/video-rakaman-kedua-mangsa-culik-nur-amirah-athirah-jelaskan-hal-sebenar/

  
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul...semoga adik ni.selamat...cuma kenapa van putih ni begitu misteri sampai berzaman polis x dapat mengesan dan menangkap penjenayah
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 03:28 PM | Show all posts
bohsia lari ikut jantan jah ini....
NEXTTTTTTTT
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2015 03:29 PM | Show all posts
Changa replied at 30-12-2015 03:28 PM
bohsia lari ikut jantan jah ini....
NEXTTTTTTTT

mak lu pun lari ikut jantan...sampai la pak lu cari tak jumpa..

next.


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 03:30 PM | Show all posts
Edited by _______ at 31-12-2015 01:22 PM

Bugis ke? Mata sepet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2015 03:31 PM | Show all posts
bukak tudug nmpk tua lak..
aku dpt pic dlm wasap grup bertudung nmpk gak la bdk muda
lawa orgnya...putih
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 03:33 PM | Show all posts
kenapa tk call polis jek instead of call famili...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 03:35 PM | Show all posts
sorry tapi aku mushkil sikit:

1. Budak pompuan tu hari2 balik kul 8 mlm knp? pegi tuition ke? Citer tak details.
2. Err kalo betul dia diculik kenapa masih ada HP kt dia? penculik memang tak rampas ke atau lupa?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
lamaaaaa i tunggu thread ni bukak..thanx sis
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 30-12-2015 03:28 PM
bohsia lari ikut jantan jah ini....
NEXTTTTTTTT

kakak, sebelum hencap mohon baca dulu ye..kes ni dah masuk news di tv rangkaian media prima dah sebentar tadi
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kebiasaan balik paling lewat jam 8 malam?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 03:40 PM | Show all posts
hmm harap2 bukan kena lari dgn balak ke pengkid and etc
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 03:47 PM | Show all posts
MeghanK replied at 30-12-2015 03:35 PM
lamaaaaa i tunggu thread ni bukak..thanx sis

samelah kita....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2015 03:53 PM | Show all posts
semoga adik ini sempat diselamatkan
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 03:54 PM | Show all posts
wadiunong replied at 30-12-2015 03:35 PM
sorry tapi aku mushkil sikit:

1. Budak pompuan tu hari2 balik kul 8 mlm knp? pegi tuition ke? Cit ...

kann..part perbualan hp tu...brani tul dia amek hp penculik tu

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 03:56 PM | Show all posts
noor2 replied at 30-12-2015 03:24 PM
Kalau betul...semoga adik ni.selamat...cuma kenapa van putih ni begitu misteri sampai berzaman polis ...

ak pun pelik. kot  ye pun van putih wujud, takjan la bodoh sgt diorg tak tukar warna sb dh diketahui identiti kan?

teringat cter gerak khas, kes culik van putih..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 03:57 PM | Show all posts
fishy disitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Era baru Indonesia
maklukpenggodaEra baru Indonesia
Views : 28879 Replies : 12
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 87989 Replies : 3393
Isteri pakai susuk di alat kelamin nak halang suami curang
ultra78Isteri pakai susuk di alat kelamin nak h
Views : 37251 Replies : 22
Civil war:Kes pukul: Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal  menitahkan agar keadilan diberikan segera kepada seorang pekerja pembinaan yang didakwa diserang kerabat Diraja Pahang
YgBenarCivil war:Kes pukul: Dia rakyat beta, be
Views : 62950 Replies : 16
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 38888 Replies : 154
Jangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman”...Bunuh kerat lapan, Abah Hayat menyesal, bertaubat
YgBenarJangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman
Views : 7930 Replies : 52
Abah Hayat terlepas tali gantung, kes bunuh kerat lapan 23 tahun lalu
AbahmungAbah Hayat terlepas tali gantung, kes bu
Views : 45485 Replies : 95
Sabah negeri paling selamat ,kedudukan kedua dipegang oleh Kelantan manakala ketiga  Terengganu.Anda nak pindah?
YgBenarSabah negeri paling selamat ,kedudukan k
Views : 31501 Replies : 76
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 109343 Replies : 6698
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 72719 Replies : 659

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.309791 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list