CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

     Close [Copy link]
Post time 6-4-2016 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
x saba nk tnggu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2016 02:22 PM | Show all posts
mohon TT habiskan citer ni hari ni jugak..dah xsabo nk tunggu ending ni...berdebor2je...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 03:21 PM | Show all posts
nasib hari ni cuti blh sambung baca...curi2 baca cite ni masa kerja malam..seram sampai pagi...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 04:00 PM | Show all posts
ah bersambung pulakk
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 05:31 PM | Show all posts
dammerung replied at 6-4-2016 01:07 PM
Rumah Kuarters Horror (Bahagian II)

Beralih kepada cerita Acik Ita pula. Cerita ni bukan pasal di ...

alahaiiii bersambung pulak. 5:31 pm tamat membaca....
xsabar nk tgu next chapter
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Terimakasih tt, memang tidak mengecewakan. Worth the wait.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2016 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Last chapter plesse
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 08:25 AM | Show all posts
suspen...suspen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 10:13 AM | Show all posts
alamakkk mana diaaa???
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoyaiiii.....kena tunggu pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 02:19 PM | Show all posts
dammerung replied at 6-4-2016 01:07 PM
Rumah Kuarters Horror (Bahagian II)

Beralih kepada cerita Acik Ita pula. Cerita ni bukan pasal di ...

ok.. acik tak sabar anak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2016 04:49 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 7-4-2016 04:52 PM

Rumah Kuarters Horror Bahagian III (Akhir)

Pagi-pagi lagi Acik Ita dah mengusung tilam Firdaus keluar bilik. Anak tunggal Pak Leng kencing malam. Tak pernah-pernah si Firdaus ni kencing atas tilam. Firdaus pulak mandom je. Masa breakfast Firdaus bagitahu yang malam tadi dia dah terjaga nak pergi toilet tapi baru je nak keluar pintu bilik dah nampak ‘Kakak’ berdiri kat sebelah pintu belakang.

Takut punya pasal, Firdaus selubung badan pakai selimut atas katil sampai ke pagi. Apa yang buat dia terkencing ialah dengar orang lalu-lalang kat luar tingkap bilik. ‘Orang’ tu jalan dari hujung ke hujung dan setiap kali lewat tingkap bilik Firdaus, ‘dia’ akan ketuk sekali kat tingkap.Ketukan tu ulang banyak kali sampai Firdaus ni tekup muka kat bantal menangis. Sambil air mata keluar, air kencing pun keluar.

Tergamam Pak Leng dan Acik Ita. Hari tu Pak Leng ambil emergency leave. Dia ke sekolah bagitahu Firdaus MC seminggu dan hantar anak balik kampong isterinya hari tu juga. Acik Ita pula dah tak berani nak duduk rumah tu sensorang. Pak Leng beri kebenaran kalau Acik Ita nak duduk kat kampong juga pun takpe, tapi dia tak sampai hati nak tinggalkan Pak Leng sendirian di rumah.

Pikir punya pikir, Pak Leng dan isteri balik kampong di Teluk Intan dan minta kakaknya temankan isteri sampai hujung minggu ni. Masa kat kampong, Pak Leng tak cerita detail sangat kat kakaknya, just bagitahu kes emergency dan minta tolong sangat-sangat temankan Acik Ita sampai hari Ahad. Dalam kereta on the way balik Tanjung Malim baru diceritakan semua kejadian-kejadian angker di rumah.

Boleh pulak kakak Pak Leng ni gelak, cakap “Aku ingatkan apebende lah”. Kakak Pak Leng, namanya Che Mah adalah seorang andartu. Rumah kampong Teluk Intan yang besar tu dia duduk sorang je lepas kematian ibubapa mereka. Dalam adik-beradik seramai 12 orang, kakaknya yang nombor 3 ni boleh dianggap paling berani lah. Walaupun rumah kampong tu takde hantu, but it takes some nerve to live there alone. Selamba je Che Mah duduk rumah kampong besar tu sensorang, sampai budak-budak kampong takut dengan Che Mah sebab ada orang cakap dia bela hantu.

Tiba di rumah, Pak Leng suruh Che Mah tidur kat bilik Firdaus tapi Che Mah tak nak sebab single bed. So Pak Leng cakap kalau camtu ambil tilam dari stor dan bentang kat hall lah. Che Mah tengok bilik stor ada katil besar siap tilam.

"Leng, aku tidur sini je lah" kata Che Mah sambil tunjuk kat katil bilik stor. Terdiam Pak Leng dengan Acik Ita kejap. Kemudian di bagitahu yang inilah stor yang dicerita dalam kereta tadi.

"Ohhh...takpee..kalau dia kacau aku, aku cubit-cubit dia nanti" seloroh Che Mah. Oklah macam tu, Acik Ita ambil cadar, selimut dan bantal untuk kakak iparnya sementara Pak Leng ke ofis ambil tangga. Di ofis Pak Leng lepak kejap dengan member-member dia. Dia bagitahu pasal ruang rahsia kat rumah, dah semua excited nak join penerokaan Pak Leng juga. Borak punya borak, semua janji nak explore sama-sama rahsia rumah Pak Leng besok time lunch break, sebab nak buat hari yang sama, dah petang.

Meanwhile at home, while waiting for Pak Leng. Acik Ita dan Che Mah mengemas bilik stor. Time mengemas bunyi kucing bergaduh kat luar tingkap bilik stor tak henti-henti dari tadi. Sampai dah di chettt chettt banyak kali sambil pukul tingkap bilik pun tak selesai-selesai ngauu ngauu nya. Kalau 5 minit boleh lah tolerate, ini dah lebih 30 minit tak habis-habis lagi, Che Mah isi air dalam baldi dan buka tingkap nak simbah air kat kucing-kucing tu.

Buka je tingkap, Che Mah nampak seekor kucing tengah lompat-lompat cakar "budak tangan panjang" yang sedang mengunyah seekor anak kucing. Di tanah berselerakan beberapa bangkai anak kucing yang dah terburai isi perut. Out of impulse, Che Mah simbah 'budak' tu dengan air dalam baldi dan macam lipas berlari hilang dari pandangan. Sebelum Che Mah tutup tingkap balik, sempat dia melihat dengan sedih kucing tersebut menjenjeng mayat anaknya pakai mulut.

Che Mah tengok kat Acik Ita, then cakap...

"Ita, tak jadi lah aku tidur sini, tidur kat hall je lah..."

Ketiga-tiga mereka dinner kat luar kerana beli groceries untuk makan tengahari besok. Sebab kawan-kawan Pak Leng nak datang, kenalah buat makan-makan sikit kan. Lebih kurang pukul 9 malam macam tu mereka pulang ke rumah dalam hujan lebat. Sampai kat rumah, petir sabung-menyabung dua tiga kali. Kalau sesiapa pernah tinggal kat suburban Malaysia tahun 80an, pasti familiar dengan situasi terputus bekalan elektrik ketika hujan lebat. Ini bukan kes fuse tendang tapi memang kabel ke ape kena sambar petir sampai satu kawasan bergelap. Kata orang time tu "takde api". So ngam-ngam dummm dumm dummm tiga empat kali, rumah Pak Leng takde api.

Pak Leng keluar balik nak beli lilin. Isteri dan kakaknya melepak kat garaj while waiting. Kat luar at least ada cahaya bulan lagi, banding kat dalam rumah gelap-gelap tu, better la tunggu kejap kat luar. Berborak la Acik Ita dan Che Mah, catching up on life and shoot the shits. Acik Ita sebenarnya menahan kencing dari tadi. Ingatkan nak tunggu lakinya pulang tapi lama pula. Nak tak nak, merayu-rayu lah minta Che mah tolong temankan pergi toilet dalam rumah.

On the way nak pergi toilet tu seksa betul. What supposed to be a simple less than a minute trip to the toilet, dah jadi macam berjalan dalam gua pula. Takut-takut tak tentu pasal, padahal dalam rumah sendiri ni. So the plan is, Acik Ita pakai toilet dulu dan Che Mah stand by kat luar pintu, lepas tu switch. Acik Ita pun do her business. Ketukan bertalu-talu di pintu dan suara Che Mah suruh buka pintu agak mengganggu kelancaran business Acik Ita. Tensen pula Acik Ita.

"Haa ye lah yelah..orang nak keluar dah ni" kata Acik Ita, bengang dengan kakak iparnya yang masih tak henti-henti ketuk pintu.

Buka je pintu, meluru Che Mah masuk dan kunci pintu cepat-cepat.

"Kat luar ada orang" kata Che Mah. Acik Ita tak perlu tanya lebih-lebih untuk mengetahui samada 'budak tangan panjang' atau 'maknya'. So berkurung lah dua orang itu dalam toilet. Lebih kurang 10 minit macam tu dengar suara Pak Leng panggil bini dan kakaknya. Apa berlari Acik Ita dan Che Mah pergi ke pintu.

Malam itu, tiga-tiga tidur kat hall.

Pak Leng ke opis macam biasa pagi itu. Acik Ita dan Che Mah pula menyediakan makan tengahari. Tengahari pun sampai dan Pak Leng berserta geng-geng opis dah siap dengan tukar baju t-shirt, bertrek suit bagai. Semangat betul. Acik Ita tanya nak makan dulu ke atau nak check tempat rahsia tu dulu? Mula-mula geng-geng Pak Leng dah semangat nak check dulu baru makan. Tapi Pak Leng beri kata putus, makan dulu then baru panjat dinding belakang.

Lepas makan, kawan-kawan Pak Leng pacak tangga "A" kat sebelah dinding. Masing-masing panjat dan stand by kat atas tembok. Bila semua dah duduk ala menunggang atas tembok, dengan berhati-hati tangga besi di angkat dan di positionkan secara bersandar ke dinding kerana takde clear area nak tegakkan tangga.  The whole ground penuh dengan lambakan kayu-kayu perabot.

Sebagai tuan rumah, Pak Leng turun dulu, diikuti geng-geng satu-persatu. Eksplorasi dimulakan dengan memeriksa perabot-perabot kayu pre-Merdeka design yang bersepah - bersepah. Time usha-usha tu semua cakap rugi je terbiar kerana kalau jual boleh laku kat peminat perabot-perabot antik neh. Dah berjemur-berhujan berpuluh-puluh tahun pun still okay lagi kayunya. Pak Leng shoot the idea to his friends dan bersetuju untuk satu hari nanti di keluarkan perabot-perabot ni, repair dan jual. Untung kasi sama rata.

"Tingkap apa tu?" tanya salah seorang rakan Pak Leng. Hampir terlupa dia pasal 'bilik rahsia' yang terletak di sebelah pintu belakang. Tingkap tu takde holder so pening juga nak membukanya. Kawan Pak Leng ada bawa parang dan cuba kopek daun tingkap tersebut. Cungkil punya cungkil tak juga terbuka. Susah sangat, parang aje tingkap kayu tu sampai kopak. Acik Ita campak beberapa batang lilin seperti diminta lakinya.

Berbekalkan cahaya lilin, Pak Leng dan kawan-kawannya memasuki bilik rahsia yang mungkin berpuluh tahun tertutup. Dalam bilik ada single bed rapat ke dinding. Kat katil ada tilam tak bercadar dengan sebijik bantal tak bersarung. Sebelah katil ade bedside table berlaci. Terdapat study desk kayu lengkap dengan kerusi dan rak pakaian tak bertutup. Dalam rak pakaian ada beberapa pakaian kanak-kanak perempuan tergantung di hanger. Dalam laci study desk mostly kosong, cuma ada pensil dua, tiga batang. Tapi kat dalam laci bedside table ada buku-buku vintage jenis cover kain dan tulang berjahit tu. Kawan-kawan Pak Leng tanya boleh ambil tak? bila Pak Leng cakap "Sukati ko lah, tapi kalau ade bende-bende ikut sekali dengan buku tu ko tanggung sendiri" terus tak jadi member nak ambil.

Bila dilihat sekeliling bilik tersebut, Pak Leng mendapati pintu masuk yang dah ditutup batu-bata dan plaster menghadap ke arah dinding rumah Pak Leng, exactly the same spot ada sticker kat dinding tu. Teringat Pak Leng kat 'Kakak' yang suka sangat berdiri kat sebelah pintu belakang, yang mana bersebelahan dengan pintu bilik rahsia...

"Dah la tu, jom keluar.." kata  Pak Leng tergesa-gesa. Sekarang baru dia faham kenapa 'Kakak' suka sangat lepak kat spot yang sama. Rupa-rupanya 'rumah' dia belakang dinding. Kalau manusia lah, rumah di pecah masuk pun marah, apa lagi kalau 'bukan manusia' rumahnya dipecah masuk. Meremang bulu tengkuk Pak Leng.

Untuk cover tingkap, Pak Leng dan kawan-kawan longgokkan kayu-kayu perabot ke tingkap. Semasa meninggalkan rumah untuk ke pejabat, Pak Leng melihat sayu arah dinding bilik rahsia.

"Habis lah aku malam ni" kata Pak Leng sendirian.

Tak payah tunggu malam. Lebih kurang pukul 3, Acik Ita dan Che Mah dengar bunyi katil spring bilik stor berderap-derap, macam orang main lompat-lompat atas katil. Mereka buat tak tahu aja tapi agaknya makhluk ape tah kat stor merajuk tak dipedulikan, pintu bilik stor pula main hempas-hempas.

Hempas, kemudian tiba-tiba KReeeeettt terbuka balik, DUmmm terhempas, then buka balik. Macam budak-budak meragam lah kekdahnya.

Che Mah mungkin dah terbakar kot, dia pergi kat bilik stor. Dari luar pintu tertutup dia membentak.

"KAU JANGAN NAK MENGADE-NGADE! INI RUMAH ORANG! TOLONG HORMAT! KAMI TAK GANGGU KAU!" lebih kurang macam tu lah kakak iparnya cakap kata Acik Ita.

Pintu tertutup itu kemudian perlahan-lahan daun pintunya terbuka. Dari bukaan kecil Che Mah nampak 'budak tangan panjang' bercangkung di sudut katil melihat ke arahnya sambil tersenyum lebar.

Cut long story short, Acik Ita dan Che Mah dah terpacul kat opis Pak Leng. Cerita punya cerita, salah seorang kakak ni kat opis Pak Leng cadang pergi jumpa imam masjid. Acik Ita dan Che Mah melanguk je lah kat ruang tetamu sementara tunggu lakinya habis kerja. Pak Leng, Acik Ita dan Che Mah pergi ke rumah tok imam sebaik sahaja punch out dari ofis.

Bila dah jumpa dengan Tok Imamnya, Tok Imam pula cakap "saya ni imam masjid, mengimamkan solat, bukannya bomoh halau hantu". Terdesak punya pasal, Pak Leng pujuk lah Tok Imam ni. Pedas jugalah telinga bila Tok Imam sindir-sindir cakap "dah hantu masuk dalam rumah baru nak cari Tok Imam, pergi masjid tak nak" macam tu lah. Diakui keluarga Pak Leng dan Acik Ita ni bukan jenis alim. Pak Leng ni jenis jejak lantai masjid time solat Jumaat dengan sembahyang raya je.

Akhirnya Tok Imam pun bersetuju. Tapi takde cakap nak halau hantu just bagitahu "bacaan Yassin dan solat buang bala" or something like that. Bacaan Yassin dan aktiviti solat dijalankan di ruang tamu rumah. Kawan-kawan tempat kerja Pak Leng pun turut serta malam itu. Masa baca Yassin dan the rest tu, semua okay je. Takde lah benda-benda aneh berlaku. Tapi bila time tea break, Tok Imam baru selesai keluar dari toilet tanya Pak Leng.

"Siapa kat luar tu? Tak ajak minum sekali ke?" Dah terdiam semua.

"Tok, itulah bendanyeee" kata Pak Leng berbisik.

Tok Imam tu tengok Pak Leng, then toleh tengok 'Kakak'. Tengok Pak Leng, then toleh tengok 'Kakak'. Kemudian tanpa berkata apa-apa, Tok Imam ni pun pergi ke open air area rumah Pak Leng, bertemu dengan 'Kakak'.

Pak Leng dan lain-lain bersidai kat dinding koridor time tu. Pak Leng cakap tak jelas perbualannya, tapi dia ingat ada dengar Tok Imam cakap kat 'Kakak'

"Dahh..tak payah la nak buat gitu..." macam tu lah bunyinya.

Selesai berbicara bersama 'Kakak'. Tok Imam suruh semua berkumpul kat hall dan bagitahu Pak Leng dan Acik Ita supaya usahakan cari rumah lain. 'Penghuni tetap' rumah ni tak suka berkongsi dan dia takkan keluar sebab disini tempat 'dia dan keluarga ditanam'.

Pak Leng ambil cuti kecemasan lagi besoknya. Pagi-pagi dah punggah barang-barang sebanyak boleh masuk kereta dan balik Teluk Intan. Dua minggu dia ulang-alik dari Teluk Intan dan Tanjung Malim.

Permohonan pindah rumah Pak Leng diluluskan dan dia berpindah ke kuarters apartment yang jauh lebih kecil dan agak jauh dari opis. Takpelah jauh pun, at least takde hantu. Pak Leng dan keluarga menetap di Tanjung Malim sampai tahun 1995 (cukup 10 tahun perkhidmatan setempat) dan apply tukar ke tempat lain. Tahun 2000 Pak Leng opted for persaraan pilihan dan berpindah ke rumah sendiri di Ipoh. Last time sebelum dia pindah dari Tanjung Malim, rumah kuarters horror tu dia dengar akan dirobohkan untuk bina asrama pelatih.

Tahun 2003 dia ada ke Tanjung Malim menghadiri kenduri kahwin anak temannya (salah seorang dari teammate exploration secret room Pak Leng) dan lalu kat depan rumah lama dia. Dia tengok, bus stop depan rumah dah takde dan diganti dengan mini shoplot. Multipurpose court depan rumah dah dibina apartment kuarters polis kalau tak silap (ada cat navy blue dan putih) dan ofis lamanya dah diganti bangunan baru 4 tingkat.

Masih kekal di tengah-tengah pembangunan tersebut ialah rumah kuarters lamanya yang masih tersergam. Nampaknya plan nak roboh jadi apartment tu tak jadi, tapi rupa-rupanya dah jadi "Stor Simpanan".

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 05:06 PM | Show all posts
terbaik cerita ni....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 05:11 PM | Show all posts

Tgh syok2 baca pasal Pak Leng meneroka bilik rahsia tetiba budak ofis aku bersin punya kuat.. hadoiii mcm nak luruh jantung aku terkejut
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 05:18 PM | Show all posts
masih ada lg la rumah tu... ntah ye ke idak katanya si kakak kena tanam kat situ.... kadang2 mainan setan je tu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 05:20 PM | Show all posts
nerve wracking!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik lah TT... enjoy your story

I pun banyak kali terkena, nak share tapi tak pandai nak menulis.. memula nampak masa demam panas at age 6....

Tapi baca story TT ni pun dag dig dug jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 09:33 PM | Show all posts
dammerung replied at 7-4-2016 03:49 PM
Rumah Kuarters Horror Bahagian III (Akhir)
Pagi-pagi lagi Acik Ita dah mengusung tilam Firdaus kelu ...

memang menakutkan..
agaknya rumah tu dah ada something masa keluarga Aussie + india tu lagi duduk kot?
sebab tu ex wife lelaki tu cabut tergesa2..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Meremang segala bulus... Huhu. Thorbaikkk! Keep it up eh TT... Kudos to you
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 05:06 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian.. kena bunuh.
suami dia ke yg bunuh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.284369 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list