CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

     Close [Copy link]
Post time 9-8-2016 09:25 PM | Show all posts
hantu pengantin perempuan  cina ni aku bayangkan macam ni..




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2016 12:44 AM | Show all posts
Woo...skeri weh. Lagi2 kawasan apartment sunyi camtu
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 08:34 AM | Show all posts
adu mak..seram sei...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 08:53 AM | Show all posts
okeh skeri yg hamatttt.
dah la baru 2 minggu lepas de entiti gegar pintu rumah apartment aku duduk.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 08:57 AM | Show all posts
dammerung replied at 9-8-2016 01:46 PM
Kisah 23: Cerita Bersiri - Perayau di Blok Apartment 24 Tingkat

Keadaan di luar unit apartment ti ...

Terima kasih dam

Sambungan plzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 09:20 AM | Show all posts
siap ada gambor pengantin lg tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2016 11:34 AM | Show all posts
dammerung replied at 9-8-2016 01:46 PM
Kisah 23: Cerita Bersiri - Perayau di Blok Apartment 24 Tingkat

Keadaan di luar unit apartment ti ...

bila pengantin hantu tu panggil "Baobeiiii.." aku boleh imaginnn.. alahaiii seramnyaaa..
cari salah baobei nihhh huhuhuhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 12:46 PM | Show all posts
Ipo replied at 9-8-2016 09:25 PM
hantu pengantin perempuan  cina ni aku bayangkan macam ni..

weh. takot weh.
napa ada gmbr lg letak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2016 01:02 PM | Show all posts
ala takde lagi kee.. taksabar ni.

semalam bce fakta creepy kt instagram. Bukan hantu tapi pembunuh. cara sama, die pegi pintu ke pintu dan pulas tombol dgn niat nak membunuh. mana2 pintu yg tak dikunci, bg dia seolah2 mengalu2kan kedatangan pembunuh tu dan dia akn bunuh dan makan daging org tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 01:58 PM | Show all posts
mak ai.. seramnya...

i baca xcukup napas.. fefeeling ah seng yg berlari xjejak tanah....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 05:25 PM | Show all posts

Scary...
rasa mcm sama-sama berlari dgn Ah Seng
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 05:37 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 10-8-2016 04:47 PM
SelakLangsir replied at 10-8-2016 11:46 AM
weh. takot weh.
napa ada gmbr lg letak..

itu hanya imaginasi saja..
kalau ikut Dam punya description pasal pengantin tu..tak ada brow..rambut panjang..baju merah menyala..muka pucat
kalau yang gambar bawah ni, ada tak menepati ciri2 pengantin tu ?rasanya tak ada tanjak atas kepala tu untuk pengantin



marah tuan tanah kedaung ni kang....rosak imaginasi forumer lain bila baca

sorry Dam...sambungannya Dam...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 10-8-2016 05:37 PM
itu hanya imaginasi saja..
kalau ikut Dam punya description pasal pengantin tu..tak ada brow..ram ...

Tambah seram la. Tp betul2. Sila sambung TT.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 01:24 PM | Show all posts
Makaihhh... seram...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 01:36 PM | Show all posts
ngerinya  
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 03:24 PM | Show all posts
xseram pun
mcm direka2 je



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2016 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Man, you sure can write!!! I pun takut membaca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2016 04:04 PM | Show all posts
Cerita Bersiri - Perayau di Blok Apartment 24 Tingkat (Bahagian II)

Kata Ah Seng benda pertama yang terlintas kat kepala otak dia masa tu ialah dia off ke tidak air-cond bilik sebelum ke rumah Chong siang tadi. Bertalu-talu persoalan pasal air-cond menyerang fikirannya. Mungkin situasi ketika itu terlalu surreal untuk otaknya memproses logik dan somehow that minor thought pasal air-cond burst out off his mind. Rasanya Ah Seng tengok pengantin tu adalah dekat seminit sebelum lintang-pukang ke tangga berdekatan dan lari turun ke tingkat bawah.


Masa itu Ah Seng cuma mahu segera ke bilik pengawal di ground floor. Tak kisahlah cina-cina tu nak percaya atau tak tapi dia kena dapatkan pertolongan. Tengah dia menuruni tangga setingkat demi setingkat, kibasan angin mengejutkannya. Dia perasan ada sesuatu berwarna merah menjunam di ruangan tengah tangga tersebut. Kakinya tersadung dan tergolek jatuh atas beberapa anak tangga. Kalau orang lain dah menyumpah sambil berguling usap kaki yang sakit, tapi Ah Seng selamba bangun dan teruskan larian.


DUM!
.
.
DUM!
.
.
DUM!

Bunyi dentuman menghentikan Ah Seng on his track. Dia tahu bunyi itu. Ada seseorang sedang menghentak-hentak tangan pada penghadang besi di sepanjang tangga. Mula-mula setiap hentakan ada few seconds interval tapi makin lama makin cepat bunyinya. Tak perlu fikir lama untuk tahu pengantin sedang pantas menaiki tangga.

Ah Seng berlari keluar ke tingkat berhampiran dengannya dan berlari sepanjang koridor. Pedih berdenyut di kaki memperlahankan larian Ah Seng. Dalam gelap semua pintu nampak sama dan takda masa nak check alamat di pintu untuk tahu dia di tingkat berapa.

Sekarang ni Ah Seng pula terhinjut-hinjut. Kesakitan di kaki kiri makin ketara. Bila diraba terasa buku lalinya bengkak.

"Baoobeiii" Sayup-sayup suara wanita kedengaran di telinga.

"JAO MING! JAO MING!" Jerit Ah Seng meminta tolong sambil mengetuk pintu-pintu rumah di tingkat tersebut. Takda sorang pun buka pintu. Nak kata takda orang takkan la semua rumah yang diketuk takda orang. Nak kata tak berpenghuni, kat luar banyak barang, payung, pokok pasu bagai. So memang orang kat sana tak nak buka pintu. Kata Ah Seng dia siap dengar ada suara budak menangis lagi dari salah satu rumah tapi cepat-cepat disenyapkan.

Nak tak nak terpaksa dia deal situasi ni bersendirian. Ah Seng check alamat di salah satu pintu dan mendapati dia di tingkat 6. Tak jauh dah dari apartmennya. Panggilan "Baobei" semakin jelas berbanding tadi, menandakan pengantin dah hampir. Since dia dah dapat bearing, Ah Seng mendapati dia berada di bahagian yang salah. Apartmentnya nombor 11 manakala Ah Seng di kedudukan rumah nombor 3. Disebabkan dia tak pasti pengantin kat mana, Ah Seng kena bikin satu distraction. Di ambilnya salah satu pasu bunga dan dicampak ke bawah. Bunyi pasu pecah cukup kuat dan terdengar bunyi hentakan besi menuju ke bawah.

Segera Ah Seng naik tangga ke tingkat 7 dan menggunakan kudrat yang ada untuk berlari ke hujung koridor. Baru nak lega sikit, dah terdengar balik "Baobeii" tu. Kali ni di tingkat 6, betul-betul satu tingkat di bawah Ah Seng. Paling tak best, dia tahu yang pengantin tu tengah jengah kepala dari balkoni koridor dan panggil "Baobei".

Nak terduduk Ah Seng. One part of him want to confront this thing sebab dia dah tak larat nak berlari. Bengkak makin berdenyut-denyut. Dia duduk bersandar di salah satu anak tangga ruangan lif. Agaknya adrenalin shot dah habis dan Ah Seng memang tak terdaya langsung. Nak bernafas pun susah. Physically Ah Seng bukanlah seorang yang fit, akibat berkurun tak bersenam dan tak control makan, beratnya mencanak naik hampir 40 kilo semenjak dia sampai ke China beberapa tahun lalu. Walaupun begitu dia sendiri pun macam tak percaya larat berlari bagai nak gila tadi, selalunya naik tangga 3 tingkat pun dah mengah.

Bunyi seretan kedengaran di belakang. Pengantin dah berada di tingkat 7. WHO THE HELL IS THIS BITCH! Getus Ah Seng. Dia tak nak fikir soal hantu apa bagai kerana menurutnya having those kind of thought at that point of time hanya memburukkan keadaan. He couldn't afford to add more to his panic. Bagi dia, pengantin tu mesti perempuan gila yang terlepas masuk merayau kat kompleks apartmen. Nalurinya pula kuat mengatakan she is way dangerous.

Perlahan-lahan dia turun tangga ke tingkat 6. Merangkak-rangkak Ah Seng di lantai konon-konon nak stealth. Logik fikirannya ketika itu, lepas pengantin tahu dia di atas, mungkin..mungkinlah makhluk tu akan naik tangga paling hujung (kerana itu yang paling dekat). Ah Seng sneaked turun ke tingkat 6 ikut tangga tengah. Samada berkesan atau tak taktik ninjanya itu belakang cerita.

DUM!
.
.
.
.
.
DUM!

Bunyi hentakan di palang besi tangga betul-betul di belakang Ah Seng. Terus dia berdiri dan meluru ke arah pintu apartmentnya. Walaupun pintu apartmen depan mata je tapi rasa jauh sangat jaraknya. Setiap tekanan yang dikenakan pada kaki, kesakitannya menyengat sampai ke celah kangkang. Sakitnya setiap langkah yang diambil sampai rasa macam nak pitam. Apa yang membuatkan dia masih terloncat-loncat menuju ke apartment adalah ketakutan yang amat sangat.

Ah Seng tersungkur depan pintu. Dah sampai di pintu apartmen, sekarang dia kena buka mangga grill, unlocked tombol grill dan kemudian pintu rumah untuk masuk ke dalam. Tak tahu lah sempat ke tak. Bunyi seretan kedengaran di belakangnya dan Ah Seng tak peduli pun nak tengok. Dia menarik nafas yang dalam bagi setiap oksigen yang disedut untuk menenangkan degupan jantung yang dah macam nak terkeluar dari dada.

Last thing he want ialah dia tergopoh-gapah masukkan kunci sampai tak terbuka pintu dalam time genting macam ni. Kata Ah Seng pengantin tu macam main-main pula. Dia tahu benda alah tu di belakangnya tapi instead of menerkam, Ah Seng hanya dengar bunyi seretan sekerat-sekerat.

Sreetttt. Senyap 5-10 saat, kemudian sreetttt lagi.

Dah berjaya buka pintu rumah cepat-cepat Ah Seng masuk dalam rumah, masukkan engsel, kunci doorknob dan bersandar di pintu. Tak sempat dia nak tutup pintu grill dah.

Sreettt...

..

Sreett...

..

Sreett...

Terkejut Ah Seng dek dentuman pintu grill ke dinding. Tombol pintu diputar-putar dan pintu tertolak-tolak cuba dibuka dari luar. Keadaan itu berlangsung hampir 5 minit.

Ah Seng mengira hampir angka 1000 sebelum membuat keputusan untuk bangkit dari pintu setelah yakin makhluk di luar dah takda. Ah Seng terbaring atas lantai rumah. Terlalu banyak benda di fikirannya sekarang dan dia tak tahu nak mula dari mana.

Gegaran dan ketukan pintu mengejutkan Ah Seng. Matanya pedih sebab cahaya terang. Dia terbongkang tidur kat lantai living room sampai tengahari. Ah Seng cuba bangun tapi terdampar semula kerana kesakitan pada kaki. Bila check, kaki kiri dah macam kaki gajah, bengkak dan biru. Buku lali pun tenggelam.

"AH SENNGGGG!!" Namanya dipanggil berkali-kali.

Dia kenal suara itu. Kalau malam tadi dah nak bertumbuk, sekarang dia macam nak menangis dengar suara Chong.

Ah Seng terpaksa merangkak untuk buka pintu. Didapati di luar ramai gila orang. Jiran-jiran semua datang ke rumahnya. Malam tadi macam nak mampos dia minta tolong sorang pun tak buka pintu, sial betul.

Dia menghabiskan separuh hari di hospital. X-ray menunjukkan ada keretakan so kenalah simen. Chong offer recover di rumahnya dan selepas makan tengahari, Ah Seng confronted Chong pasal kompleks apartment tersebut.

Ambil masa juga Chong nak balas.

"All right man, I think you deserved to know" Kata Chong pada Ah Seng.

(Bersambung)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2016 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 13-8-2016 03:04 PM
Cerita Bersiri - Perayau di Blok Apartment 24 Tingkat (Bahagian II)

Kata Ah Seng benda pertama ya ...

Alaaaaaa...bersambung pulak, tersedak aku mkn sotong goreng tepung nih...
Punyalah khusyuk nk tahu apa sebenarnya yg berlaku...rahsia apa yg ah chong tk bagi tahu ah seng...

Sambung esok ek Dam...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2016 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
fuh naseb sempat masuk umah weiii. semput aku tahan nafas sampai die betol2 dpt masok umah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.224618 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list