CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

     Close [Copy link]
Post time 22-8-2016 09:43 AM | Show all posts
wow hahaha nak tau apa jadi pada lindan tu
macam mana dia boleh kuar dari apt tu
jika betul hantu tu kaco dia

dan skeri ko bila hantu tu pun intai bawah pintu
like bila baca apakah? hahaha
terkinjit kinjit siap tengok bawah meja ni
hahaha

next ep damm.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2016 09:58 AM | Show all posts
helo semua.

weekend haritu tak dapat update sebab ralit tengok olimpik.

masih keciwa

nanti minggu ni ada update.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 10:17 AM | Show all posts
kivio replied at 20-8-2016 12:18 AM
kaki dvd jugak lettew
antu2 cina traditional je tepek2 kertas kuning tu

ye la dia kata itu kat china zaman dulu-kala, sini xde kot hihi
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 10:51 AM | Show all posts
dammerung replied at 22-8-2016 09:58 AM
helo semua.

weekend haritu tak dapat update sebab ralit tengok olimpik.

Ok..













Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 01:01 PM | Show all posts
NoX replied at 20-8-2016 09:17 PM
lin dan dah bungkus... kalah olimpik...

hahahha yang ni lawak..tp sedih gila tgk dclw...tetap bangga ng dia pulun lawan ritu

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 01:05 PM | Show all posts
alieyrina replied at 20-8-2016 12:35 AM
Mamaaa ..nak cerita dam jugak @mamaezah

dah pi tengok sampai dak?

ALL CREDITS GOES TO DAMMERUNG....THE GREATEST WRITTER!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2016 01:31 PM | Show all posts
mamaezah replied at 22-8-2016 01:05 PM
dah pi tengok sampai dak?

ALL CREDITS GOES TO DAMMERUNG....THE GREATEST WRITTER!!

Dapat ! Tq again! Am so hepiiii
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 02:10 PM | Show all posts
kahkah.lin dan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2016 02:52 PM | Show all posts
Assalamualaikum wbt..SR je dari mula baca last week.. ...

..best baca.. macam berada dalam situasi sebenar je baca cerita-cerita yang dipost..

teringat macam baca karangan Tamar Jalis..hehe..sambil baca..sambil bayangkan situasi cerita tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 04:44 PM | Show all posts
kenapa aku ternyanyi lagu harum sundal malam??
hahahha adoiii dammm cpt damm....

'kerana kesunyian yang terlalu..kembalikan hidup yang ku rindu..."
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 12:14 AM | Show all posts
azryn81 replied at 22-8-2016 10:17 AM
ye la dia kata itu kat china zaman dulu-kala, sini xde kot hihi

aah
maybe la
cer tgok citer cina Funny Ghost Movie
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiap-tiap hari teropong rumah Damm..
Frust xde update..
Jomla baca balik Dari cerita pertama.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari2 bukak thread, tgk latest update still 18 August, agak keciwa sikit.

Btw, psl cerita perayau pengantin tu, tetiap hari kena make sure pntu dgn grill berkunci bermangga. Mana tau
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 11:24 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 23-8-2016 10:35 PM

Masih kuciwa lagikah babe?
DLCW dah minta maaf
tak pa...next kat Tokyo pulak






Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 12:34 AM | Show all posts
sabar2... karya yg hebat mmg memerlukan masa...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 09:29 AM | Show all posts
Dammmmmmmmmmm

hang pi mana chekk oiii, mama ni masuk keluaq masuk keluaq masuk keluaq, yg ada cuma adik adik ni dok pulun mintak cerita dam yg mama compile tu, update dari dam tak dak...mama sedih ni, sampai dah jadi awan terpilu!!


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2016 10:32 AM | Show all posts
sabar laa ya. insha allah takde apa laa Dam tu. ada la benda nak kena settle tu. Doa dipermudahkanlah urusan dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 12:33 PM | Show all posts
seminggu xbaca cite dam rasa cam setaun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2016 01:24 PM | Show all posts
Cerita Bersiri - Perayau di Block Apartment 24 Tingkat (Bahagian Akhir)

Ah Seng dan Chong tersadai keletihan hingga ke pagi. Mereka dikejutkan oleh ketukan bertalu-talu di pintu dan tingkap. Takkan dah pagi pun ada lagi betina sial tu kot, bila dengar suara-suara di luar memanggil tuan rumah barulah mereka mengalihkan hadangan-hadangan di pintu.

Buka je pintu, ramai gila jiran tetangga di luar. Ada yang tanya keadaan okey ke tak, tak kurang juga yang memarahi mereka. Apa-apa pun Ah Seng dan Chong dah serik nak tinggal kat situ. Chong telepon tuan rumah sambil bertekak kerana tuan rumah tak nak pulangkan deposit sebab langgar agreement keluar rumah tak cukup setahun, si Chong pula counter cakap tuan rumah tak berterus-terang yang kawasan tu ada hantu.

Mereka packed barang-barang mana yang sempat dan telefon teksi. Ah Seng dan Chong buat keputusan untuk tinggal di dormitory universiti sementara cari rumah sewa lain. Terpaksalah bersesak kejap tinggal sebumbung dengan undergrads dan share toilet, bak kata Ah Seng, better that than the ghost.

Setelah menguruskan penginapan, mereka bergegas ke fakulti untuk cari Lin Dan. Kata Ah Seng masa mereka berjumpa Lin Dan, mamat tu macam biasa je. Tegur macam biasa cuma perilakunya tak segirang seperti sebelumnya. Macam orang baru elok sakit, macam itu lah si Lin Dan pada hari itu.

Bila ditanya apa jadi malam tadi, Lin Dan tersengih-sengih je then jawab "Takde mende lah...takde mende lah...".

Sekali dua boleh sabar lagi, ini setiap kali tanya Lin Dan mengelak-ngelak. Chong dah tak tahan di cekaknya kolar baju Lin Dan dan tolak ke dinding. First time Ah Seng tengok Chong mengamok.

Tapi apa sangatlah kudrat Chong yang bertubuh kecil itu, dengan mudah di tolak Lin Dan.

"Korang jangan nak buat aku naik darah, aku cakap takde mende, takde mendelah, tak paham bahase ke!" Bentak Lin Dan pada Ah Seng dan Chong. Lin Dan berlalu pergi dan berakhirlah persahabatan di antara mereka dan Lin Dan.

Video yang mereka dapat diupload ke media sosial dengan harapan dapat di viralkan. Tapi malangnya kena hencap dengan netizen pula. Pelik juga kata Ah Seng kerana dia pernah lihat video viral hantu lain yang terserlah hoax nya tapi ramai juga yang percaya tapi video hantu pengantinnya outright kena hencap. Akhirnya ada orang report video tersebut kerana ada imej pintu rumah dan kononnya violation of privacy. Padahal tak clear pun video sampai nampak nombor rumah ke apa tapi dia malas nak counter.

Iya memang tak adil tapi Ah Seng merasakan seperti ada cubaan menghentikan video hantu pengantinnya dari di viralkan. Motif tak tahu tapi nalurinya kuat mengatakan there's a conspiracy somewhere. Nak kata pemaju? pemaju lagi suka la kot kalau satu China tahu komplek apartment tu berhantu, lagi senang diaorang nak beli tanah tu untuk dimajukan.

Masa berlalu pantas, Ah Seng dan Chong pun dah pindah rumah sewa baru. Agak jauh dari universiti kerana kena naik bas then tukar naik train bandingkan dengan rumah di komplek apartment yang cuma satu station dari station depan apartment. Chong dah moved on tapi kejadian hantu pengantin tu masih menghantui Ah Seng.

Kerana tak dapat tahan perasaan ingin tahu itu, dia buat keputusan untuk confront Lin Dan yang masa tu dah dekat 3 bulan tak bertegur sapa. Menurut Ah Seng, Lin Dan nampak je dia dah dekat terus pergi tempat lain. Main lari-lari pula dia.

Akhirnya dia tunggu je kat kubikel Lin Dan. Pada mulanya susah juga lah nak pujuk Lin Dan untuk cerita sampai kalau orang lain tengok dah macam pasangan gay pula Ah Seng dan Lin Dan main kejar-kejar.

Lin Dan mengalah. Itu pun setelah Ah Seng janji yang dia akan cover shift Lin Dan untuk 2 minggu dan takkan muncul lagi depan matanya.

...Pada malam kejadian, Lin Dan naik tingkat atas dan sebaik sahaja dia nampak pengantin perempuan tengah jalan terhinjut-hinjut membelakanginya, dia pergi jerit HOI dan berlari ke arah lembaga tersebut.

Macam main rugby, Lin Dan tackle sampai terguling-guling atas lantai. Masa dapat tangkap tu yang dia pergi jerit kat Ah Seng dan Chong yang dia dah dapat tangkap benda alah tu.

Kata Lin Dan, dia tahu orang yang menyamar jadi hantu pengantin tu ialah perempuan sebab masa tersentuh kulit rasa lembut gila dan rambut bau shampoo wangi. Tiba-tiba pula dia naik stim. Tengah bergelut, Lin Dan cuba ambil kesempatan gomol. Bila dia alihkan kain chiffon yang melindungi wajah, benda pertama dia nampak ialah sepasang mata dengan air mata darah mengalir dan senyuman dengan gigi hitam macam di sental arang.

Cepat-cepat Lin Dan bangun. Masa dia berdiri, perempuan tu masih di lantai tak bergerak-gerak. Tiba-tiba kedua-dua kaki pengantin perempuan di kangkang. Dengan tidak berkasut, salah satu tapak kaki melekap di lantai manakala lagi satu seperti ada kecacatan hanya bahagian tepi ditekan ke lantai. Tubuh yang longlai diseret oleh kaki dan terus berdiri.

Pengantin tu mendepakan tangan dengan lemah dan memanggil Lin Dan;

"Baobei..."

On the spot Lin Dan lintang pukang lari menuruni tangga hingga ke ground floor. Dia tak singgah kat rumah Chong, in fact dia dah tak nak jejak kaki langsung di kompleks apartmen teman-temannya itu.
Dia trauma dengan kejadian tersebut. Ingatkan dia boleh lupakan macam tu saje tapi wajah pengantin sering terbayang-bayang. Masa Chong dan Ah Seng telefon on the way dia pulang ke rumah, Lin Dan masih dengan ego dia tu lah tak nak mengaku yang teman-temannya berkata benar.

Walaupun di universiti nampak dia macam biasa tapi setiap kali dia berseorangan, pasti terbayang-bayang hantu pengantin perempuan. Agak terkejut Ah Seng bila Lin Dan cakap seminggu dia susah nak tidur kerana setiap kali dia tutup mata nak tidur, akan dengar suara halus bisik "Baoibei" ke telinga. Bila buka mata, takda apa. Benda ni ongoing sampai ke hari ini (hari Ah Seng confronted Lin Dan).

Ah Seng perasan mata Lin Dan berkaca tahan nangis. Dia rasa bersalah gila dengan apek tu. Tak sangka pula efek kejadian tu pada Lin Dan begitu parah. Dia yang dikejar hantu pengantin tu pun tak trauma macam tu sekali. Mungkin sebab dia tak pergi terkam makhluk tu macam Lin Dan kot.

Anyway, itulah kali terakhir either dia atau Chong ada sebarang contact dengan Lin Dan. Ah Seng tak bagitahu in details tapi more like Lin Dan dah jarang ke kampus dan last dia dapat tahu, Lin Dan dropout dari post-grad programme untuk bantu family business or something like that.

Dipendekkan cerita, Ah Seng dan Chong selesai programme post-graduate dan pulang ke tanahair. Ah Seng kerja dengan salah satu corporation gergasi China di Malaysia manakala Chong bekerja sebentar di Singapura sebelum berhijrah ke Taiwan.

Sebab kenapa aku jadikan cerita si Ah Seng sebagai salah satu entry kerana aku masih keep in touch dengan Ah Seng. Masa lepak haritu, aku ada bring up pasal recording yang aku buat dengan dia 6 tahun lepas. Dia cerita kat aku, dua tahun lepas , Ah Seng ada short business trip ke Shanghai. Of course lah along the year, Ah Seng dah moved on dari kejadian kat komplek apartment tapi masa kat Shanghai, dia teringin nak revisit bekas rumah sewa dia tu.

Kata Ah Seng, komplek apartment dia dah kena bulldozed dan dah ada luxury condo. Disebabkan perasaan ingin tahu teramat sangat, dia pura-pura jadi interested buyer dan contact agent. FYI, kerajaan China mempunyai strict regulation tentang pemilikan hartanah oleh warga asing, jadi Ah Seng perkenalkan diri dia sebagai Dato' dari Malaysia dan berminat nak labur duit dalam hartanah di China. So ramailah beria-ria accommodate this Dato' Malaysia.

Setelah dibawa melawat unit kondo, Dato' Ah Seng tanya kenapa banyak unit kosong? Agent menerangkan bahawa kondo ni baru siap dan masih tak ramai orang moved in lagi. Tapi Ah Seng bukan lahir semalam, tengok piping dah kuning-kekuningan pun dah dapat agak yang kondo dah lama siap.

Dato' Ah Seng dinasihatkan supaya menggunakan proxy untuk memudahkan urusan jual beli property dan memberitahu urusan proxy mereka adalah selamat dan boleh dipercayai. Dato' Ah Seng kata dia akan urus sendiri soal itu, nanti lawyer dia akan contact agent yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Masa beli SIM card baru di minimart berdekatan, Ah Seng tanya cashier pasal kondo tersebut.

"Lengchai, itu kondo kenapa takda orang?"

"Boss ada beli itu kondo ka?" Balas Ah Beng dalam slang mandarin kekampongan.

"I pikir itu macam lah"

"Boss...tak payah beli lah, itu kondo ada hantu woo"

Kata Ah Seng, Ah Beng minimart tu bagitahu kondo tu ramai orang pindah keluar masuk. Dia dengar ada hantu pengantin perempuan berlegar kat situ.

"You tak pernah nampak ka itu hantu?" Ah Seng cuba test.

"Haiya boss, I dengar cerita saja, kalau I nampak tadi lagi I cakap sulah nampak" Loyar buruk pula Ah Beng tu.

Senja menjelang dan Ah Seng berjalan di laluan pejalan kaki bersebelahan kondo mewah. Sebaik sahaja dia bertentangan dengan pondok pengawal komplek kondo, Ah Seng perasan pintu post guard ditutup, dikunci, tingkap ditutup dan lampu dimatikan.

Sempat dia tanya security guard yang tergesa-gesa meninggalkan perkarangan kondo.

"Uncle, tak kerja ka ini malam?" Tanya Ah Seng.

"Eh you itu olang kaya Malaysia kan?"

"Iyalah, Dato' Ah Seng"

Security guard merapati telinga Ah Seng sambil berbisik.

"Boss, you tak payah beli ini kondo lah, pigi cali tempat lain"

"Kenapa?"


"Ini tempat ada hantu woo!"

Ah Seng melihat security guard yang semakin hilang dari pandangan.

TAMAT.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2016 01:28 PM | Show all posts
Ok. dah tamat entry-entry bersiri. Lepas ni balik kepada Cerita Pendek mode.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.270878 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list