CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

     Close [Copy link]
Post time 8-11-2016 04:11 PM | Show all posts
bahagian II plz..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2016 04:40 PM | Show all posts
ADOIYAI mana nyer cerita budak kg ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 05:34 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 8-11-2016 08:12 PM

seminggu lagi baru damm sambung ni
sila mencongak hari

sambil tu bacalah dulu cerpen damm kat bod penulisan nun..
tu pun seminggu la jugak nak kena tunggu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam cult je
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Fuhhhhh... Tak sabar menanti sambungan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
imthegirl replied at 23-10-2016 12:54 PM
Kg Kepayang

Sebenar nya kat Perak memang banyak deret deret rumah kedai era 1900 yang terbiar.  ...

Kg kepayang tempat meols..meols duduk simpang pulai   memang situ banyak bangunan lama yg usang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2016 11:35 AM | Show all posts
mana la sambungannya....
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 12:54 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2016 01:30 PM | Show all posts
bang dam...mohon sambung penulisannya...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 01:55 PM | Show all posts
ok..kampung kat melaka ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
apa yg budak2 kg tu dajal kn pak bakar...sedih lak bca..skli ngn.ank meninggal
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 04:38 PM | Show all posts
tak sabar tunggu sambungan.... aduyaii busut dan budak2 kampung.. huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dam, you are really good lah. Cepat sambung
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dam, you are really good lah. Cepat sambung
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dam, you are really good lah. Cepat sambung
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tunggu TT update ni yg aku lemah ni..
Boleh makan 2 taun kalau nak tunggu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2016 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Damm, update cite....pls
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2016 12:55 PM | Show all posts
aku SR yang ketagihan cite dari damm...
jalan cite terbaik! we want more! we want more!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2016 12:48 PM | Show all posts
Ada Sesuatu Yang Tidak Kena Dengan Remaja-Remaja Lelaki di Kampong (Bahagian II)


Masa sesi rakaman, aku rasa ada sesuatu yang tak kena dengan hubungan Hairi dan Sulaiman. Walaupun tak mustahil, but their age differences doesn't add up. Hairi tua lebih sepuluh tahun dari Sulaiman tambahan pula ada lima lagi adik kecil yang semuanya lahir selepas Sulaiman.

Menurut Sulaiman, keluarganya ada sejarah hitam. Mereka bukan berasal dari kampong tersebut dan Hairi dilahirkan sebelum mak ayahnya bernikah. Sulaiman pun tak pernah berjumpa dengan datuk nenek malahan tak pernah dengar cerita pun pasal mereka. So I guess everyone can do the maths of what had happened. Hubungan Hairi dan Sulaiman boleh dikatakan tak wujud langsung. Sejak dia lahir, boleh kira dengan jari berapa kali dia bercakap dengan abangnya. Sulaiman juga amat tak senang kalau Hairi ada di rumah. Setiap kali mamat tu ada kata Sulaiman mesti macam-macam drama terjadi. Biasanya gaduh dengan ayah pasal duit. Mujur Hairi hanya pulang kejap aja dan tak pernah tidur kat rumah.

Mungkin juga statusnya sebagai anak luar nikah buat jiwa Hairi memberontak, or at least that's what the parents think. Sebab tu juga mak ayah Sulaiman redha je dengan perangai celaka Hairi tu.

Anyway, betul-betul seminggu lepas kematian Pak Bakar, satu pagi Hairi pulang ke rumah. Sulaiman ada masa tu dan dia yang bukakan pintu. Masa dia buka tu nampak Hairi pegang bag pakaian. Aiseh, takkan dia nak tidur sini pula kata Sulaiman dalam hati.

Sulaiman tahu, kalau Hairi berniat nak bermalam di rumah sudah pasti akan share tidur kat bilik dia. Takkan nak tidur kat bilik adik-adik perempuan dia pula. Dia cuba berfikiran positif, mungkin dia on the way nak pergi somewhere kot dan singgah sebentar.

Perkara yang paling tak diingini terjadi. Hairi bagitahu mak ayah dia nak balik rumah for good. Dipendekkan cerita, ayah punyalah excited, hari tu juga pergi beli single bed pasang kat bilik Sulaiman.

Gara-gara tak ingin nak tidur satu bilik dengan Hairi, Sulaiman pura-pura tertidur di hall rumah dengan harapan dibiarkan sehingga pagi. Tapi dikejutkan pula oleh mak suruh tidur dalam bilik. Dengan berat hati, dia pun menuju ke bilik.

Masa dia masuk bilik tu nak terlompat bila dia tengok di katil Hairi ada mayat bertutup dengan kain putih.

"Abang kau memang tidur macam tu" Kata mak selamba.

Kata Sulaiman, Hairi tidur kejung dengan kedua belah tangan atas badan. Lepas tu cover dengan selimut dari kepala sampai ke kaki sebiji macam mayat. Itu satu hal lah kata Sulaiman, kalau orang lain tidur ada bunyi-bunyi at least bunyi nafas lah, ini takda. Seolah-olah dalam bilik tu cuma ada Sulaiman je.

Malam tu Sulaiman tak dapat tidur. Tak selesa. Dia rasa sejuk amat sangat terasa hingga ke tulang dinginnya. Menggigil. Dia tak pasti samada dingin pasal seram akan Hairi tidur macam mayat atau memang malam tu dingin. Nak kata hujan, tak juga sebab kalau betul pun hujan takkan sejuk sampai begitu sekali.

Sulaiman mengiring membelakang Hairi sambil menarik selimut. Pandang dinding. Dia paksa tidur dengan tutup mata rapat-rapat. Ada bunyi 'ting, ting, ting' di tingkap sisip bilik. Sulaiman tak nak layan dan tekap bantal ke muka cuba meredam bunyi-bunyian di tingkap.

Kata Sulaiman dentingan di tingkap bilik bergema macam tingkap tu jauh sangat. Padahal jarak katil dengan tingkap adalah tiga kali menapak. Badan diputar menghadap katil Hairi. Mata masih tertutup rapat tapi perasaan ingin tahu membuak-buak. Sulaiman cover muka dengan bantal dan perlahan-lahan dia buka mata.

Terkejut Sulaiman sampai terduduk atas katil. Hairi tiada atas katil. Mana pula dia pergi? Di kala dia tercari-cari abangnya, Sulaiman terpaling arah tingkap. Bayang-bayang sekumpulan kanak-kanak penuh di tingkap. Walaupun sisip kaca tu diperbuat dari tempered glass tapi dia dapat melihat dengan jelas mata-mata berkilau.

Apa terjerit Sulaiman lintang-pukang keluar bilik. Satu rumah terbangun dan ayah periksa luar rumah. Kata Sulaiman semua orang seolah-olah lupa sampailah mak bertanya;

"Mana Hairi?"

Sulaiman masih meraung tak dapat nak menjawab. Mak bergegas ke bilik.

"Bannnggg...Hairi takde ni haaa!" Jeritan mak kedengaran dari dalam bilik. Adik-beradik Sulaiman semua dah takut dan berkumpul di ruang tamu.

"Sulaiman buka lampu porch!" Arah ayah dari luar rumah.

"JANGAN KELUAR!" Kekerasan suara ayah cukup untuk Sulaiman dan adik-beradik lain mengerti untuk tidak mengingkarinya dan duduk diam-diam di hall rumah.

"ASTAGFIRULLAH!" Mak beristighfar dari dalam bilik seperti baru ternampak hantu. Kaki Sulaiman dah terloncat-loncat. Dia tak tahan nak tahu apabenda yang mak ayah dia nampak ni?

Ayah masuk rumah menyumpah-nyumpah. Bila ayah dah pergi ke dapur, cepat-cepat Sulaiman usha ke luar dari pintu rumah. Dari cahaya lampu porch, dia nampak ayam-ayam kampong yang keluarga Sulaiman bela di reban belakang rumah mati bergelimpangan kat depan laman. Kata Sulaiman, bangkai-bangkai ayam tu macam ada orang susun, sebaris je.

"KETEPI!" Tempik ayah ke Sulaiman. Adik-adik dia semua dah start menangis.

Ayah kutip bangkai-bangkai ayam untuk ditanam. Malam tu semua tak tidur dan berkumpul kat ruang tamu. Hairi hilang entah kemana. Mak suspect dia merayap macam biasa. Mereka yang sedia maklum perangai budak-budak kampong, meletak kesalahan pada Hairi. Ini mesti dia dah buat palat dengan entah siapa-siapa then keluarga jadi mangsa sabotaj.

It was a gloomy Sunday untuk Sulaiman sekeluarga. Lebih-lebih lagi ayah Sulaiman sebab projek penternakan ayam tu share dengan beberapa rakan kongsi. Sekarang dia terpaksa menanggung ganti rugi pelaburan partnernya.  Kata Sulaiman, ayah satu hari tak bercakap. Termenung je. Mak pun tak berani nak tegur kerana dia tahu tekanan perasaan yang dihadapi ayah Sulaiman ketika itu.

Sulaiman lagilah depressed. Dia tahu ini semua salah dia. Kalau lah dia tak mengada-ngada pergi bermain di surau lama tu takdalah jadi macam ni. Mungkin Pak Bakar pun masih hidup lagi.

Hairi jalan terhoyong-hayang masuk halaman rumah. Sulaiman tahu ini mesti baru balik dari layan todi haram semalaman kat pekan. Ayah yang tengah bad mood terus mengamok tengok anak sulungnya balik rumah mabok. Ayah maki-hamun Hairi tapi dia buat tak tahu je dan terus berjalan ke arah porch rumah.

Dalam maki-hamun ayah, dia haramkan Hairi jejak kaki ke dalam rumah, hatta jejak kaki ke porch rumah sekalipun. Melihatkan Hairi buat tak tahu dan masih layan mabok dia, ayah terkam Hairi.

Tiba-tiba Hairi terkulai dalam dakapan ayah. Kata Sulaiman, dia nampak rambut abangnya bersalut darah merah kering. Bila dilihat betul-betul baru perasan lubang besar kat kepala Hairi.

Baru nak cool down dari kejadian malam tadi, keluarga Sulaiman digemparkan dengan kejadian menimpa Hairi pula. Mak meraung-raung pangku Hairi yang dah macam ikan atas darat tunggu masa nak mampos. Ayah pula telefon ambulan.

Dipendekkan cerita, Ambulan sampai di rumah. Mak dan ayah ikut naik ambulan dan terpaksa bermalam di hospital untuk menguruskan Hairi. Sulaiman di amanahkan untuk menjaga rumah dan adik-beradik sehingga mereka pulang awal pagi keesokan harinya.

Lemah satu badan Sulaiman. Dia melihat sayu ambulan yang membawa mak, ayah dan Hairi meninggalkan perkarangan rumah. Dari jauh dia terlihat sekumpulan budak lelaki melepak bawah pokok rambutan. Mereka melihat Sulaiman sambil mengupas buah-buah yang masih hijau.

Seorang demi seorang jiran mula pulang ke rumah. Geng budak lelaki bawah pokok rambutan makin bertambah pula. Sulaiman yakin yang dia tak perlu tunggu sehingga malam untuk budak-budak tu mula buat sesuatu.

Makin lama dia lihat bebudak tersebut, lagi menggelegak hatinya. Dia tahu nak melawan memang tak terdaya dan bukan keselamatan diri yang dirisaukan tapi adik-adiknya yang lima orang tu.

Sulaiman buat keputusan that enough is enough.

Apakah tindakan yang akan Sulaiman lakukan? kita tunggu episod akan datang. Jeng jeng jeng.

(Bersambung)


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2016 01:03 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 11-11-2016 12:29 PM
dammerung replied at 11-11-2016 11:48 AM
Ada Sesuatu Yang Tidak Kena Dengan Remaja-Remaja Lelaki di Kampong (Bahagian II)

suspen je la damm...

tapi kesiannya Hairi tu...ada orang tetak ke apa sampai berdarah kepala
ayam2 mati tu..misteri

speku,
rasanya sulaiman pergi hapuskan busut tu kot
tak pun berdepan dgn budak2 yg pelik2 tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.187249 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list