View: 12021|Reply: 21
|
Senarai 10 Pekerjaan Paling Bahaya Di Dunia
[Copy link]
|
|
Senarai 10 Pekerjaan Paling Bahaya Di Dunia
Apakah profession atau kerjaya paling sukar dan merbahaya di dunia? Pernahkah anda terfikir disebalik kemudahan dan keselesaan yang anda dapat harini adalah hasil pengorbanan dan usaha dari mereka yang menggadaikan nyawa demi tugas yang dipertanggungjawabkan?
Di bawah adalah senarai pekerjaan paling sukar dan mencabar di dunia.
Juruteknik Elektrik
Salah satu pekerjaan yang mengancam nyawa seseorang itu adalah juruelektrik. Pendedahan kepada kabel dan wayar elektrik adalah suatu yang sangat-sangat merbahaya. Selain kejutan elektrik, banyak kemungkinan lain yang berlaku seperti terjatuh dari ketinggian yang amat tinggi.
Berlaku kebakaran akibat lintar pintas dan terdedah kepada gas karbon monoksida.
Juruteknik Pemanjat Pencawang atau Menara Telekomunikasi
Pekerjaan sebagai penyelenggara menara telekomunikasi adalah salah satu pekerjaan paling mencabar di dunia. Di Amerika Syarikat, salah satu peratusan paling tinggi kematian di negara itu adalah berkaitan dengan pekerjaan ini. Mereka terpaksa menggadai nyawa untuk memanjat menara yang ketinggiannya diluar jangkaan.
Ya, disebalik kemudahan komunikasi yang kita dapat hari ini, ada individu yang bersusah payah dan sanggup risikokan diri demi keselesaan orang lain.
Ahli Bomba
Bukan sahaja dilatih untuk memadam api kebakaran, malah mereka turut dilatih untuk menyelamat mangsa di dalam keadaan yang begitu ekstrim. Terdedah kepada sebarang kemungkinan seperti disambar api, runtuhan batu dan sebagainya adalah suatu kelaziman bagi seorang anggota bomba.
Malah ada dikalangan mereka yang terpaksa berada di tempat panas dengan suhu paling tinggi demi menyelamatkan nyawa mangsa.
Mereka turut terdedah kepada bahaya bahan kimia jika kebakaran yang melibatkan bangunan kilang.
Nelayan@Penangkap Ketam
Jangan terkejut, pekerjaan sebagai nelayan juga adalah salah satu pekerjaan paling sukar di dunia. Terdedah kepada laut yang bergelora, ribut petir dan kemalangan bot.
Di Amerika Syarikat, pekerjaan nelayan adalah pekerjaan paling ekstrim di dunia. Mereka yang menjalankan aktiviti menagkap ketam di perairan Alaska seringkali terdedah dengan kematian. Setiap tahun nelayan di negara itu terpaksa bergadai nyawa semata-mata untuk mendapatkan ketam Alaska iaitu 'King Crab'.
Faktor suhu sejuk paling ekstrim dan permukaan laut yang sentiasa bergelora adalah punca kebanyakan nelayan mati sebelum tiba ke darat.
Pembalak
Pekerjaan sebagai pembalak boleh diklasifikasikan sebagai salah satu pekerjaan paling sukar di dunia. Berdepan dengan sebarang kemungkinan seperti pokok tumbang, serangan binatang buas adalah risiko yang perlu ditanggung.
Pekerja Tapak Pembinaan
Bekerja di tapak pembinaan samada sebagai buruh atau sebaliknya sememangnya akan berdepan dengan pelbagai risiko.
Terjatuh dari tempat yang tinggi, terdedah kepada besi cerucuk, dihempap oleh jentera atau konkrit adalah sebahagian risiko yang bakal ditanggung oleh mereka yang bekerja dalam bidang ini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
teringat masa kecik dlu ade berita org mati kena hempap pokok masa membalak.. sian.. |
|
|
|
|
|
|
|
pekerja lombong pun bahaya gak
byk kes terjadi kat china |
|
|
|
|
|
|
|
kerja sebagai menteri pun bahaya kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Wow extreme worker bab tangkap ketam tu gaji memang tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
tangkap ketam gaji tinggi, tangkap(polis) pencuri basic 1500
|
|
|
|
|
|
|
|
bab nelayan yg tangkap ketam tu teringat "deadliest catch" kt discovery channel....memang mencabar keje diorang cari ketam king crab.... |
|
|
|
|
|
|
|
memang bahaya keje diorg tu..ade mmb kje elektrik bhgia wayar2 tu..tiap bulan kene cek takut ade efek ape2 pada tubuh... |
|
|
|
|
|
|
|
X slp gaji yg juruteknik elektrik mcm tnb mmg tinggi kan? dulu pnh majalah 3 buat coverage pekerjaan dorang ni..mmg seram la..dh la kene masuk hutan naik plak tiang tinggi tu..menakutkan |
|
|
|
|
|
|
|
kwn laki aku..2-3 org panjat pencawang telekomunikasi..gaji blh tahan..setimpal ngan risiko |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian abang yindon kat tapak projek bangunan tinggi, dah lah bahaya gaji pun tak banyak mana |
|
|
|
|
|
|
|
semoga tuhan merahmati mereka ini.... |
|
|
|
|
|
|
|
skystrike replied at 5-1-2016 09:05 PM
bab nelayan yg tangkap ketam tu teringat "deadliest catch" kt discovery channel....memang mencabar k ...
I pernah tgk 1 episod, kalau ade crew jatuh, mmg x diselamatkan dah.biar je. |
|
|
|
|
|
|
|
bayaran gaji setimpal tak dengan kerja? |
|
|
|
|
|
|
|
mmg bahaya keje mcm ni.tp ada insurans x eh? |
|
|
|
|
|
|
|
semua gambar mmg ngeri tengok tp apa kan daya itu la kerja yg harus dilakukan. Perlukan keberanian yg tinggi tu. |
|
|
|
|
|
|
|
nasib keje iols tak bahaya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|