CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: schha

Exclusive! Based on true events

  [Copy link]
Post time 12-2-2016 08:22 PM | Show all posts
cop pg 9 tak larat nak baca dah...

suka gaya penulisa tt, ada sambung, lengkap dengan title dan no cerita...

so tak la baca panjang sangat sampai tak cukup oksigen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2016 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
best nk tau sambungan perkhemahan tt..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols suka je cerita TT ni. Senang faham, lepastu ada tajuk/header siap dgn no lagi. Senang nak trace.

Cerita la lagi, don't give up. Ada masa iols baca cerita tu meremang jugak sbb terasa ada sama tempat kejadian.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
tazabar tggu kesinambungan 7 dulang. jumpe atok puteri ke
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Hi TT..br habis baca kisah u. Nk habiskn smlm tp x sanggup nak teruskan pembacaan dgn kisah mata d sebalik tingkap tu. Dok terbayang   sbb dok sensorang


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2016 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
...SAMBUNGAN 'JAGA SIKIT MULUT TU'...

Aku dengan gigihnya sediakan makan malam utk semua student yg sertai perkhemahan tu. Kiranya makan malam kami tu awal sekitar jam 6 ptg. Mana taknya, aku ni bukan pandai nak masak dalam keadaan gelap/samar2. Kat situ pulak ada terbina sebuah pangkin tp jauh sikit dari kami dan terletak di kawasan berbukit. Kami x dapat bukak khemah kat area pangkin tersebut sbb strukturnya yg membukit. Maka, terpaksa la kami amik kawasan lapang jauh sikit dari pangkin, yg strukturnya lebih mendatar. Kiranya, pangkin di atas dan kami di bawah. So abg lan awal2 dah standby memasang 2 spotlight yg sederhana sizenya di awal dan akhir tapak perkhemahan (punca spotlight ditarik dan disambung dari elektrik di pangkin tersebut - aku tak sure camne abg lan buat,sebab waktu tu aku tengah masak) dan membuat unggun api di tengah2 tapak perkhemahan kami supaya kami tak la bergelap gelita kat situ. Waktu makan malam tu,cikgu2 tersebut ada naik sekali kat tapak perkhemahan kami utk menikmati makan malam yg disediakan oleh chef sha..chewahhhh.. (padahal masak sardin je pun..hahahahhahaha)

Selesai je makan malam, cikgu2 semua pakat untuk turun ke chalet. Penasihat yg aku panggil sbg cikgu miza (bukan nama sebenar) ada pesan supaya kami turun ke kaki gunung, berkumpul di hadapan chalet selepas bersihkan diri dan solat maghrib, untuk lakukan sedikit aktiviti di sebelah malam. Bila semua dah standby, abg lan dan juga abg fizi (pembantu abg lan) arahkan kami beratur dalam barisan secara berdua-dua untuk turun ke kaki gunung.  Abg lan lead di depan, dan abg fizi di belakang barisan. Memandangkan aku dan siti ni penakut, kami cepat2 berebut untuk berbaris di hadapan sekali di belakang abg lan. Abg lan awal2 lagi dah pesan supaya jangan buat bising semasa turun dan dipesan berulang kali ke kami semua untuk dengar arahan. Turun la kami ke kaki gunung tersebut dengan keadaan berhati2. Keadaan waktu tu memang gelap gelita. Seingat aku ada lampu dipasang disepanjang tangga naik/turun gunung tersebut, tapi jaraknya jauh2. So memang kena bergantung dgn torchlight yg kami bawa. Abg lan pun ada ingatkan supaya suluh di bawah sahaja, jangan gatal2 duk suluh2 ke atas. Alhamdulillah,kami selamat sampai ke bawah dgn jayanya. Mencabar betul waktu turun tu memandangkan tangga yg dibina berlumut dan licin, menyebabkan kami kena extra careful..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-2-2016 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by schha at 14-2-2016 03:53 AM

Sampai je di kaki gunung, baru keadaan terang dgn cahaya yg dipasang di kawasan chalet. Di depan chalet pulak, ditepi2 sungai, ada juga org luar yg bercamping kat situ. Keadaan nampak santai sikit kat bawah tu berbanding dengan tapak perkhemahan kami kat tingkat 1 tu. Tulaaa..nak mencabar lg kan,rasakan. Hahahaahhaahhaha. Seperti yg diarahkan, kami berkumpul dan lakukan sedikit aktiviti utk menghabiskan waktu malam kami. So lebih kurg pukul 10-11 mlm camtu, cikgu miza lepaskan kami untuk buat aktiviti bebas. Samaada nak naik ke atas atau nak santai2 je di bawah. Kebetulan kami dimaklumkan oleh pekerja2 kat chalet tu, ada bilik karaoke disediakan untuk pengunjung yg check-in kat situ. Bila tau ada karaoke, kemain excited si siti ni. Puas dia pujuk kami untuk karaoke secara berjemaah. Tapi student lain aku tengok mcm malas nak karaoke. Yela aku pun faham,mayb dorg penat sama. Aku sendiri pun rasa nak melepak santai2 je selepas aku penat berperang memasak untuk makan malam tadi. Jadi, bila org tak layan kehendak si siti ni, dia mula la tarik muka. Alih2 je macam takde mood. Waktu ni memang jelas dalam ingatan aku, kami duduk berkumpul di atas jalan tar depan chalet. Tapi yg ada dgn aku waktu tu ada la dlm 5 org termasuk si siti ni. Yg lain, ada yg merokok tepi tembok, ada yg melepak dgn cikgu. Masing2 buat aktiviti bebas. So waktu siti merajuk tu, tiba2 dia cakap.. 'heeeee boring la, ajak karaoke semua taknak. Melangok je kat sini dapat apa. Dah la boring kat sini. Nak buat apa pun taktau..' Haaa camtu la bait2 yg diungkapkan oleh siti waktu tu. Tp masa tu pakat2 buat bodoh je,malas nak melayan si siti. Kang lg menjadi.

So bila dah taktau nak buat apa plus waktu tu hampir ke tengah malam, abg lan arahkan kami utk naik semula ke tapak perkhemahan kami. Kami beratur balik sepertimana kami turun tadi. Waktu nak balik ni, abg fizi pulak yg lead kat dpn dibantu oleh sorg lg kawan mereka, abg shahril. Abg lan pulak amik posisi di belakang barisan. Aku tak pasti kenapa mereka tukar posisi.

Waktu nak naik ke atas semula. Aku rasa mcm jauh sgt, mcm tak sampai2 ke tapak perkhemahan kami. Padahal aku rasa,waktu turun td takde la jauh mana. Ahhh aku dah tak sedap hati. Jalan punya jalan, aku dah perasan abg fizi mcm dah tak tentu arah. Tetiba di 1 simpang, abg fizi mcm membelok kiri, yg juga ada tangga. Padahal seingat aku sewaktu turun, jalan tu lurus je. Alih2 abg fizi cakap ke abg shahril 'eh aku rasa kita dah sesat ni..kau g cakap kat lan..'. Abg shahril pun keluar dari barisan menuju ke abg lan yg berada di belakang. Aku pulak terdengar perbualan mereka ni. Aku ni memang seorg yg cpt panik. Kdg2 terbuat benda bodo bila panik. Jadi, bila terdengar yg kami ni sesat, aku TERbuat tindakan yg tak sepatutnya, iaitu aku berlari ke belakang barisan, mengikuti abg shahril td, meninggalkan siti seorang. Puncanya, sebab aku taknak bila patah balik, aku akan jadi barisan paling belakang. Haaaaa faham x?hahahhahaha.. Maksudnya, bila patah balik, abg lan akan jd leader barisan, abg fizi pulak akan jd paling belakang. Ha cmtu laa. Waktu kecoh ni, memang keadaan kelam kabut. Abg fizi yg ada paling belakang nampak barisan mcm terputus. Siti yg sorg2 td, mcm blur dan cuba untuk ikot barisan yg dah terputus td. Disertai dengan abg fizi dan abg shahril yg dah masuk balik posisi dia selepas dia maklumkan dkat abg lan. Kiranya, antara siti dan abg fizi, jarak mereka jauh sikit.
Bersambung..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2016 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
...SAMBUNGAN 'JAGA SIKIT MULUT TU'...

Bila keadaan kembali reda, kami sambung balik perjalanan ke tapak perkhemahan kami. Kali ni abg lan yg lead, aku masih lg menghimpit kwn2 aku yg berada di barisan hadapan, betul-betul di belakang abg lan. Then tak smpai 5 min kami patah balik alih-alih kami dah sampai tapak perkhemahan kami. Pelik. Kalau la kata waktu kami sesat tadi memang dah sangat hampir dengan tapak khemah, mesti kami akan nampak cahaya dr tapak khemah, even samar2 skalipun for sure akan nampak. Tp ni tak. Sbb waktu sesat tu keadaan memang gelap dan tak nampak langsung apa2 cahaya dari tapak perkhemahan.

Bila dah sampai tapak khemah, 1 perasaan yg teramat lega bg aku. Sampai2 je aku terus cari air. Peluh merembes toksah cakap la, dah mcm lari marathon dah aku. Tengah aku kelibut cari air, aku tertoleh dekat bahagian pangkin. Ada ramai org kat situ, dalam 7-10 org camtu. Semua berjubah putih. Mereka macam berkumpul dalam bulatan sambil mengalunkan ayat2 Quran. Aku dah kepelikan. Apa yg dorg buat tengah-tengah malam kat sini. Tapi aku malas nak port. Sebab aku lebih fokus kepada tahap kehausan aku waktu tu. Sesekali aku toleh jugak pangkin tu. Aku nampak abg lan dah kesitu cuba menyapa salah sorg dr depa. Then bila aku dah ok, aku cuba cari balik siti. Tah mana dia pegi lepas aku tinggalkan dia waktu sesat td. Waktu aku tengah nak mencari-cari siti, ttibe abg fizi tarik aku. Then dgn nada berbisik dia cakap..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2016 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Abg Fizi: awak..lainkali jgn buat mcm tu lg tau. Bahaya. Walau apa pun jd, awak jangan tinggalkan partner awak. Ingat, kita ni dalam hutan. Macam2 boleh jadi.

Aku: mintak maaf bang. Saya memang betol2 panik tadi. Pikir nak selamatkan diri sendiri je. Tak sengaja terselfish sebab taknak jadi org terakhir dalam barisan. Mintak maaf bang. Lainkali tak buat lagi.

Abg fizi: haaa takpe la. Just abg ingatkan awak je. Siti mana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2016 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun inform ke dia mmg aku tgh cari siti. Tengah mencari tu, aku nampak siti berdiri di tepi khemah member aku yg lain. Duduk sorang-sorang tapi menghadap ke hutan. Dalam hati aku, 'aii tak habis merajuk lg ke minah ni..tak dapat karok jadi gini, ke dia mara aku sbb tinggalkan dia waktu sesat td..', aku cuba membuat andaian. Tanpa berlengah, aku panggil siti dr belakang. Byk kali juga aku panggil. Tapi langsung x menoleh ke aku. Bila sifat sabar aku dah makin hilang, aku cuba tarik tangan dia. Aku nampak air mata dia menitik. Pandang je ke hutan tebal. Aku tarik dia ke depan unggun api dengan harapan hilang la 'merajuk' dia sekejap lg bila dah menyembang ramai-ramai. Bila dah depan unggun api tu, baru aku perasan siti ni dah lain macam. Bukan 'merajuk' ni. Sbb waktu tu sekejap2 dia senyum. Sekejap2 dia diam. Kang pastu air mata menitik. Pastu senyum2 balik. Tu je reaksi dia. Tapi langsung tak bersuara bila kami tengah menyembang ramai-ramai depan unggun api tu. Aku tak sedap hati, aku cuba sampaikan kat abg fizi apa yg aku rasa. Aku nampak abg fizi pun cuba perhatikan si siti ni dalam diam. Taknak student2 lain panik dan keadaan jd kelam kabut mcm td. Bila abg fizi dah confirm ada 'sesuatu' kat siti, dia pergi cari abg lan yg waktu tu tengah menyembang dgn salah seorg pakcik berjubah putih kat pangkin td. Aku nampak abg fizi berbisik-bisik dgn abg lan. Tak lama tu abg lan dtg kat kami yg tengah berkumpul depan unggun api tu. Tetiba abg lan panggil aku suruh bawak siti masuk khemah kami. Aku dah saspen dah waktu tu. Tapi nasib baik 'siti' tak agresif. Dia pun ikot je aku bila aku tarik tangan dia. Bila dalam khemah, abg lan masuk ambik tempat dia. So kami bertiga dalam khemah tu. Mungkin dia cuba 'betulkan keadaan' tanpa disedari oleh pelajar2 lain. Abg lan mulakan sesi 'menyiasat' dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2016 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Abg lan: Assalamualaikum. Kau siapa? Kenapa ganggu budak ni? (Tegas suara abg lan)

Siti: -diam- (memandang ke bawah tapi tiada apa2 reaksi)

Abg lan: Kenapa ganggu budak ni. Apa dia dah buat??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2016 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Siti: -masih diam membisu- (tapi air mata dah menitik)

Bila diasak lg soalan2 dr abg lan, gitu je reaksi siti. Sekali2 aku nampak dia senyum2 je. Tak bg kerjasama langsung 'benda alah' ni, aku bermonolog sendiri. Bila abg lan dah penat nak soal banyak2, dia suruh 'benda' tu pergi dan jangan ganggu kami semua lagi. Abg lan ada tegaskan ke 'benda alah' tu bahawa kami tiada niat buruk melainkan hanya melawat kawasan tu. Cakap punya cakap, alih-alih abg lan suruh siti mengucap, baca al-fatihah pastu dia tepuk2 bahu siti. Abg lan tanya nama penuh siti, tanya nama ibu dia utk pastikan itu memang siti. Alhamdulillah, itu memang siti.

Elok je siti ok, alih-alih aku dengar ada suara menjerit dari luar. Menjerit sambil menangis. Abg shahril dtg panggil abg lan di khemah kami. Abg lan suruh aku stay dgn siti. Cuak juga aku, mana tau 'siti' pura-pura dah elok ke kan. Hahahahaahah..cuak wei. Tapi aku cuba buat keadaan natural. Aku tanya dia, kau nak air ke, kau lapa tak. Itu soalan aku kat dia. Pastu dia tanya aku apa jadi tadi. Haa baru aku yakin itu dia. Aku kata tak de apa. Ada 'benda' singgah kat kau. Dia tanya, 'teruk ke aku?' Aku jawab.. 'tak, kau diam je. Dah la, jgn pikir2 lagi. Yg penting kau dah selamat.'
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2016 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa dlm khemah aku dgn siti tu..3x aku dgr suara menjerit tu. Aku rasa mcm suara senior aku, k.wana. Waktu kejadian tu, semua student diarahkan masuk dlm khemah masing-masing. Tak dibenarkan keluar. Yg aku dgr hanya suara abg lan, abg fizi dan beberapa lagi senior2 lelaki yg membantu depa. Aku toleh siti dah stndby nak tidur. Dia kata dia sakit kepala. Aku ada sapukan minyak cap kapak kat kepala dia. Pastu tak lama tu siti tidur. Yg aku pulak puas la kalih kiri, kalih kanan, mata ni tak mau lelap juga. Nak main hp, coverage mana ada. Dekat area chalet je baru ada. Tu pun tak kuat. Aku dah mati kutu. Nak keluar khemah, kang satg kene hamun. Aku ni pun bukan jenis kuat semangat. Takut aku pulak yg 'terkena' nnt. Heiii simpang malaikat. Tak sanggup acik.

Then tgh layan perasaan syahdu aku yg x ley tido tu, aku dengar suara abg fizi tengah menyembang dgn member kelas aku, pie dgn zul. Depa tengah melepak depan unggun api. Aku pun berani kan diri jengah ke mereka. Aku cakap aku x ley tido, boleh tak kalau aku nak join. Abg fizi angguk sambil panggil aku duduk di situ. Aku agak student lain semua dah tido. Sebab suasana senyap sunyi. Hanya suara kami yg kedengaran. Waktu time tu lebih kurg pukul 2-3 pg.

Tgh menyembang tu aku ternampak abg lan tengah mengelilingi tapak perkhemahan. Lagaknya seperti org tgh 'memagar kawasan'. Sambil menabur sesuatu di keliling tapak perkhemahan kami. Selesai 'kerja' dia, dia dtg ke kami. Rupa-rupanya mereka ditugaskan utk jd guard malam tu utk jaga kawasan. Aku ni pulak, bila dgn abg lan jd segan sikit.sbb abg lan ni jenis org yg tak bercakap sgt. Dia akan bercakap bila kau mula approach dia. Disebabkan byk persoalan berlegar-legar di kepala hotak aku ni, aku cuba nasib je berborak dgn abg lan dgn harapan dia sudi la nak kongsi cerita dgn kami. Gelojoh naw aku ni tak boleh tunggu esok. Haaa nasib baik abg lan respon. Tapi dia bgtau yg surface2 je. Aku pun tak kuasa la nak tanya dalam2 sangat tgh2 malam rembang gitu. Cari nahas je. Hahahahahahahah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 10:51 PM | Show all posts
sambung plizz


sebenarnya yang hencap tt tu bukan apa
takut terkena tipu lagi macam cerita cik es... sebab yang cite best2 ni kebanyakan start dri S atau ada s, macam cerita Sham ape tah, yg ada roman no kat belakang usernamenya.

agaknya kene hencap kat rumah mana ye? bahagian penulisan ke? sebab pernah nampak forumer bahagian kreativi - penulisan ajak forumer MPS g menulis cerita kat sana, sebab tulisannya nampak hidup walaupun macam tak logik
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 10:53 PM | Show all posts
karot replied at 8-2-2016 07:46 PM
U yg ada kampus setiap negeri

macam tau jah...

kecuali Wilayah persekutuan, betui ka?

kalau konvo biasa kumpul kat kampus induk...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 10:54 PM | Show all posts
TT sambung na..... baru habis merempit pg 9 ke pg 15
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2016 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Menurut abg lan, siti ni ada terlepas cakap. Aku jadi pelik la. Bila masanya dia terlepas cakap sbb most of the time siti memang dgn aku. Abg lan suruh aku pikir balik. Pikir punya pikir, baru aku teringat kejadian yg dia beriya-iya ajak karok td. Dia ada cakap 'dah la boring kat sini. Nak buat apa pun taktau'. Allah..terdiam aku. Tambah abg lan, dah dia kata boring, 'benda' tu ajak main la. 'Dia' start ajak gurau dari kita mula2 sesat. Sengaja ditutup pandangan kita supaya tak nampak tapak khemah. Tak terpikir dek akal pun dgn cuma cakap perkataan 'boring dekat sini', menyebabkan 'benda' tu terasa hati. Tapi alhamdulillah, 'dia' gurau2 manja je. Nak bg pengajaran supaya jaga adab bila kat tempat 'org'. Kita masuk 'rumah dia' kena la jaga hati 'tuan rumah' kan.

Aku tanya lagi apa pulak yg terjadi psl suara terjerit2 tu. Betol tekaan aku. Suara k.wana yg aku dgr. Kata abg lan k.wana kena sampuk. Aku tanya ke abg lan, 'benda' yg sama ke kacau siti. Abg lan kata, tak. Benda lain. Tapi abg lan tak cerita pjg pun psl k.wana, aku pun taknak tanya lebih2, seriau woii..yg penting k.wana pun dah pulih dah waktu tu. Astaghfirullahalazim. Banyak betol 'benda' kat sini. Sungguh! Keras tempat ni.

Abg lan ada tanya kami, ada tak nampak org ramai2 kat pangkin td. Kami semua ckp nampak. Menurut abg lan, tu org2 tengah bt proses 'membuang'. Haaa faham2 sndr jela kan. 'Buang' apa tu aku tak perlu la bgtau details ek, korg pun tau relate dgn benda2 tak elok ni. Tambah abg lan, kalau nak 'buang', dorg akan dtg sini. Risau jugak aku. Dgn kami tgh berkhemah kat situ. Abg lan ckp, tak yah risau sbb abg lan dah pagar tempat ni. Plus dorg bukan boleh 'buang' gitu je, ada cara2nya. Ahhh lega aku.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 11:15 PM | Show all posts
nice..... nah munge tuk tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2016 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by schha at 14-2-2016 04:02 AM

Tgh seronok sembang2 sambil bdk2 tu main kad terup, aku terperasan ada sesuatu hinggap di tepi khemah aku. Besar. Bila aku dtg dekat, rupa-rupanya belalang. Aku egt nak halau la,takut dia masuk dlm khemah. Elok aku capai paper nak ketuk, alih2 abg lan sound aku, jangan! Tak pasti betol 'belalang' ke x. Sini bukan boleh sebarang2. Aku nampak abg lan amik belalang tu then pergi belakang. Aku taktau apa dia buat. Bila dia dah dtg balik, dia cakap ke kami..dah korg semua g masuk khemah. Takpe. Aku ley tunggu sampai subuh.

Bila dah siang esok tu, aku tanya la ke siti memandangkan aku tengok semangat dia dah normal. Aku tanya dekat dia, apa yg dia ingat psl kejadian malam td. Then dia gtau aku, katanya waktu sesat tu dia cuba nak rapatkan jarak dia supaya barisan tak terputus. Waktu dia tengah jalan nak ke depan, dia rasa ada org tepuk bahu dia dr belakang. Tapi bila dia toleh, dia nampak abg fizi tgh ckp dgn abg shahril kt belakang. Jauh jarak antara mereka dgn siti. Siti agak ranting yg jatuh kena bahu dia. Lepas tu terus tak ingat apa dah sampai la kejadian kami bertiga dalam khemah tu. Cuma dia kata badan dia jd lemah mcm terlalu penat. Kesian dia. After that baru aku cerita kat dia whole story benda yg jd. Aku pun ada say sorry kat dia sbb ter being selfish waktu sesat tu.

So itu la pengajaran bg aku waktu ke gunung tu. Bila fikir-fikir balik, takde la teruk sangat kata2 siti tu. Takde pulak dia cakap besar atau maki hamun. Cuma dia terlampau ikotkan hati dia smpai tercakap tempat tu bosan dan takde apa. Haaa kau terus kena 'game'.  Kesimpulannya, tak kira la apa yg kau ckp tu benda kecik ke besar ke, kau kena jaga adab jugak kalau kat tempat org. Sebelum cakap tu fikir2 dulu, takut 'ada' yg terasa hati pulak nnt. Hehehehehe.. serik aku nak ke situ lg, itu la 1st n last aku jejak kan kaki kat sana.

Aku belum nak tamatkan lg story psl gunung ni, satg aku sambung lagi story tambahan pasal gunung ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 01:28 AM | Show all posts
Ok setia menanti..
Tdi dh tdo, ni dah terbagun lgi x leh tdo la pula
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.154636 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list