JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
96486
View
670
Reply

Exclusive! Based on true events

[Copy link]

Author: schha    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 5-1-2016 10:24 AM | Show all posts
Nota kaki KISAH KELUARGA:

Untuk pengetahuan semua, cerita ini hanya disampaikan oleh busu kepada aku secara curi-curi sebab busu sendiri takut maklong tahu yang dia ceritakan semua ni ke aku. Sebab isu ni sensitif dalam kalangan ahli keluarga aku. Jadi, aku sendiri tak boleh nak ceritakan secara detail kisah ni. Busu hanya ceritakan point-point sahaja dan aku bercerita melalui pemahaman aku tentang kisah ni. Kesahihan juga tak dapat dipastikan kerana disampaikan melalui beberapa sumber sahaja. Bukan direct dari mulut maklong sendiri. Sehingga ke hari ni, dengan sepupu sendiri pun aku tak berani nak bercerita pasal kisah ni. Thats why aku ambil pendekatan untuk share dengan korang semua kat sini. Sengkak dada ni duk pendam sorang2. Mana yang aku boleh jawab pertanyaan korang,aku akan jawab. Tapi mana-mana yang tak pasti, aku akan jawab tak pasti. Harap semua faham ye
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 10:33 AM | Show all posts
saya lebih berminat nak tahu pasal 7 penjaga tu...pendamping tu..
kalau ada details...cuba cerita...macam kisah penglipurlara pulak..


teruskan tt...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-1-2016 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 5-1-2016 10:33 AM
saya lebih berminat nak tahu pasal 7 penjaga tu...pendamping tu..
kalau ada details...cuba cerita.. ...

Tula..ada juga perasaan membuak2 nak tahu pasal 7 penjaga tu..tapi setakat ni tu saja yang saya tahu..andaikata ada lagi busu story pasal kisah ni saya akan update..so far,alhamdulillah sebagai anak sulung perempuan,saya tak ada pulak terima gangguan berupa '7 penjaga' tu..tapi gangguan2 lain tu ada la..heheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 12:45 PM | Show all posts
menarik jugak citer tt ni.. salasilah family tt pun boleh tahan.. teruskan bercerita yer tt..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
parking sini
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-1-2016 02:09 PM | Show all posts
Edited by schha at 5-1-2016 03:57 PM

2. BILIK MISTERI

Kisah yang akan aku ceritakan ni baru sangat terjadi pada Oktober yang lepas. Percutian kami kali ni dah dirancang setahun awal. Konon nak dapat tiket flight promo la kaedahnya..murah sikit kan. Percutian kami selalunya dikepalai oleh sorang kawan rapat suami yang memang kaki travel. Aku panggil dia Amad je (bukan nama sebenar). Asal orang utaqa, Kedah. Dia ni memang expert sikit bab-bab backpackers travel ni. Even tempat tu dia tak pernah pergi, tapi knowledge dia berkenaan dengan tempat tu mengalahkan orang yang dah pergi tempat tu berkali-berkali. Rahsia dia adalah Mr. Google. Rajin menggoogle mamat tu.

Basically, yang selalu join travel hanya 2 pasangan je, Amad dan isteri & suami dan aku. Tapi trip kali ni bila digebangkan akan ke lombok dan bali selama 2 minggu, ramai pulak yang nak join. Biasa la kan..dah nama janji melayu last-last yang confirm pergi hanya 6 orang termasuk sepasang lagi kawan baik, Kepeng dan Pait. Jenis si Amad ni pulak, kalau dia dah rancang itu ini, semua kena follow. Kalau ada yang ketegaq, 'lantak p kat hang la..' Itu ayat yang dia selalu guna. Hahahahahhahaha..

Memandangkan si Amad ni baru je 3 bulan dapat kerja baru, dia agak busy. Jadi, dia arahkan suami dan aku untuk 'tolong mengoogle' bagi pihak dia. Kalau dah nama lelaki, mana la heran nak survey itu ini bagai. Last-last husband suruh aku jugak yang buat kerja-kerja menggoogle ni. Aku juga dipertanggungjawabkan oleh si Amad ni untuk booked hotel-hotel sepanjang kat sana. Untuk pengetahuan korang jugak, kami mengamalkan konsep nomad kalau pergi bercuti ni. Takda maknanya nak stay 1 hotel sepanjang-panjang bercuti tu. Kata si Amad 'Aku nak rasa hat hotel muqah dan hotel orang kaya..' hahahhahahahaha..

Jadi untuk percutian kali ni, kami rancang stay 1 hotel untuk 2 malam. Ada budget hotel dan ada 4/5 star hotel. Makanya, aku pun booked la hotel sekali dengan bilik-bilik mereka ni dengan girangnya. Settle book flight and hotel, maka hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Gila tak excited, setahun awal wei plan. hahahahahhahaha..

Malam sebelum bertolak tu, Amad dan isteri tumpang bermalam kat rumah aku memandangkan mereka ni menetap di JB. Kepeng dan Pait pulak kami jumpa di Airport je nanti. So malam tu la si Amad ni inform ke kami yang dia cuma dapat cuti selama 7 hari je. Maklumlah, baru je kerja mana la bos nak bagi cuti 2 minggu pulak kan. Makna kata, si Amad ni hanya join percutian di Lombok je. Percutian di Bali terpaksa di cancel kan last minit. So, dengan berat hati si Amad bagitahu suami 'Hang tolong la guide depa na..Hang dah banyak kali ikot aku bercuti, hang tau cara camna nak survive tempat orang..' Haaa gitu la perbualan suami dan Amad.

Percutian kami kali ni bermula di Lombok. Alhamdulillah..sepanjang di Lombok semua berjalan lancar. Pergi Gili Trawangan memang syok. Kami memang suka pergi pulau-pulau. Nak tempat-tempat peaceful la orang kata. Hahhahahahaha..Sepanjang hotel kat lombok dan gili trawangan memang terbaik. Takda la benda pelik-pelik jadi.

Masuk ari ke-7, si Amad dan isteri pun terbang la balik ke Malaysia. Tinggal la aku,suami, Kepeng dan Pait. Kami pun meneruskan perjalanan kami ke Bali pulak. Kami ke Bali dari Lombok naik public transport je, ferry. Gigih sangat kan. Perjalanan memakan masa lebih kurang 5 jam atas ferry tu. So ari ke-7 tu, kami sampai di Bali pada lewat petang.

Sesampai je di Bali, kami terus menuju ke 4 star hotel yang aku da booked tu. Baru sampai Bali haruslah nak stay hotel yang mewahkan. Hotel tu memang betul-betul depan pantai Kuta, sebaris dengan Hard Rock Hotel dan lain-lain hotel bertaraf antarabangsa. Aku tak boleh nak disclose apa nama hotel tu. Siapa-siapa yang pernah pergi rasa-rasanya boleh teka kot. Hahahahahahaha.. Dikhabarkan, pemilik hotel yang kami booked tu adalah milik warga tempatan. Sebab tu dia murah sikit dari hotel-hotel yang bertaraf antarabangsa yang lain. Ahhhh tak kisah la, janji selesa dan husband boleh surfing dekat pantai Kuta tu sebab hotel tu memang sea view.

Sampai je kat hotel tu, aku dah rasa tak sedap hati bilamana bilik aku terletak paling hujung sekali. Decoration hotel tu pulak banyak patung-patung ala Bali style. Alaaaa biasa la dah nama pun kat Bali kan. Tapi tah kenapa aku rasa tak sedap hati.  Nak minta tukar bilik,sume bilik full. Yela, dah kami pun sampai lewat petang. Bilik si Kepeng dan Pait pulak sebelah bilik aku, bilik kedua hujung. At first aku nak tukar bilik dengan dorang, tapi katil dorang twin bed. Husband pun cakap, 'takpe la..katil kita queen bed..takkan depa nak tido queen bed kot,kang kena chop gay pulak..' Hahahhahahahahaha..betol jugak tu. So aku biar jela depa duduk bilik kedua hujung tu. Husband mungkin dah perasaan aku tak sedap hati, so dia cakap..'takde apa sayang..perasaan je tu,insyaAllah sume akan okay..'. Husband cuba meyakinkan aku.

Malam pertama kat situ je dah ada 'benda' yang mengacau. Mula-mula dengar ada orang ketuk-ketuk pintu bilik. Tak lama tu aku dengar pintu tu terkuak then ditutup semula. Dalam fikiran aku waktu tu, maybe husband lupa nak kunci pintu bilik makanya kawan-kawan dia duk jengah cari dia. Biasa la budak-budak bujang kan. Malam-malam depa p tengok liveband sampai lewat pagi. Katil pulak ke dalam sikit so takkan nampak pun pintu masuk bilik tu. Tu aku buat dek je malas nak bukak mata sebab dah dengar pintu bilik ditutup semula.

Masa hari ke2 kat hotel tu, husband boleh pulak bantai sandwich 1 pinggan kat pool bar tu. Nasib aku hanya sempat grab sekeping sandwich je. Apalagi, malam ke2 kat hotel tu masing-masing kena food poisoning. Tapi aku tak seteruk husband. Aku hanya cerr-berr 2x kali je. Husband pulak setiap 5 minit ke toilet. Bila dah muntah and cerr-berr dengan teruk, aku suggest husband ke klinik sebab dia da lembik semacam. Kami sepanjang kat sana sewa sepeda a.k.a motor scooter. Memandangkan aku ni tak pandai bawak motor, jadinya gagah la aku mencari si Kepeng dan Pait minta tolong hantar ke klinik. Depa ni tak tau jalan so 2-2 kena ikot.. 'sebab kalau sesat biar sama-sama'. Waktu tu dah pukul 11.30 malam waktu tempatan. Husband nampak macam berat nak tinggalkan aku sorang kat bilik hotel tu waktu-waktu gini pulak kan, tapi aku berkeras cakap aku okay. Kalau ikot common sense, takkan aku nak naik motor dengan lelaki lain pulak sebab masa tu husband tak larat nak bawa motor. Jadinya suami tumpang Kepeng dan Pait hanya follow di belakang.

Tinggal la aku keseorangan kat hotel yang aku sendiri tak pasti angker ataupun perasaan sendiri. Tunggu punya tunggu, aku terlelap. Tak lama tu, dalam pukul 2.30 pagi husband balik. Biasa la kan, dah nama tourist, medical charge depa ketuk kaw-kaw. Sakit hati punya pasal, husband taknak amik ubat. Mahal sangat. Bayar doctor je, katanya. Balik dari klinik husband masih lagi cerr-berr. Duk keluar masuk bilik air. Aku sapukan minyak angin, buatkan air panas baru husband ok sikit. Sikit jela. Masih lagi ke toilet tapi tak sekerap tadi.

Elok je aku nak terlelap, DANNNNNNGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!..
Pintu toilet di hempas kuat. Macam orang mengamuk hempas pintu..terkejut punya pasal aku terduduk,tapi toleh sebelah,husband tengah tidur. Aikkkkk. Maybe aku mamai. Agaknya husband baru keluar toilet tadi aku tak perasan. Dia stress agaknya. Itu yang aku fikir, waktu tu. Konon nak sedap kan hati sendiri. Aku pun sambung tidur balik.

So pagi ke-3 kami check out. Nak check-in hotel yang seterusnya. Malam ke-3 kat Bali tu, tengah duk makan malam, mulut aku ni gatal tanya ke Kepeng:-

Aku: Sepanjang korang kat Hotel **** *****, ada benda pelik-pelik tak jadi?
Kepeng: tak dak apa pun. aku dengan Pait tidoq lena baq hang. Kalau kena bom pun kami tak sedaq.
Pait: Awat wei, len macam hang ni..

Dengan nada berbisik aku jawab..

Aku: Aku rasa macam ada orang 'lain' la dalam bilik kami semalam, aku duk dengar orang ketuk pintu, bukak pintu and malam tadi hempas pintu.

Husband aku dengan muka selamba dia jawab..

Husband: Haah memang pun. Aku pun dengar macam ada orang duk kehulu kehilir dalam bilik kami. Duk berdiri sebelah katil kami. Keluaq masuk toilet. Aku rasa 'rumah' dia dalam toilet tu kot. Cuma aku malas ja nak tengok 'dia'. Aku tau bukan lawa mana pun. Saja aku malas nak habaq kat ampa, takut dia ni takmau tido situ pulak. Dah la bayar mahal-mahal. Kang jenuh nak pindah hotel len (sambil pandang ke aku).

Mak aihhhhh. Terkejut aku. Nasib dia tak 'tunjuk' diri dia depan aku, cuma dengar-dengar bunyik je. Aku ni dala lemah semangat. Husband pun tau memang ada 'something' dekat bilik tu,tapi dia malas nak amik port. Laki aku ni hati kering sikit. Eh dan nasib baik jugak 'benda' tu tak ganggu aku dikala aku keseorangan di bilik waktu husband ke klinik dengan kawan-kawan dia. Mahunya dia nak 'bergurau' ke dengan aku, ahhhh nayaaaaaaaa..!

Ya Allah aku bersyukur sangat sebab husband tak bukak cerita masa kami kat hotel tu. Bukak cerita pun bila da check-in hotel lain. Boleh pengsan wooo kalau tau rupa-rupanya kami sebilik dengan 'benda' lain.

Bila sembang-sembang balik dan cerita kejadian tu pada Amad, dia pun habaq..'Lenkali hotel bukan pakai booked je ye Sha. Hang kena tau juga hotel tu ok ka dak. Rajin sikit google dan tengok komen-komen orang yang pernah tidur hotel tu'. Mmmmmmm kena sebijik. Pengajaran bagi aku. Mana la aku tau,aku tengok hotel tu style je harga pun boleh tahan murah,apalagi..pejam mata booked jela kan.

Jadi berhati-hati ye kalau nak booked hotel tu. Tak semua hotel 4/5 star tu 'bersih'. Nampak cam stylo tapi sebenarnya boleh tahan angker. Hehehehehhehe..

Tamat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
schha replied at 4-1-2016 05:58 PM
So bila aku tahu kisah pasal anak sulung perempuan ni..aku jadi scary pulak..berbalik pada kisah nek ...

Mcm muka Mona Fendi ke tt??
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-1-2016 03:04 PM | Show all posts
tsui87 replied at 5-1-2016 02:56 PM
Mcm muka Mona Fendi ke tt??

haipppppppp..mana ley cakap..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
schha replied at 5-1-2016 07:04 AM
haipppppppp..mana ley cakap..

Okayy.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 03:17 PM | Show all posts
NAK LAGI STORY...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
schha replied at 5-1-2016 02:09 PM
2. BILIK MISTERI

Kisah yang akan aku ceritakan ni baru sangat terjadi pada Oktober yang lepas. Pe ...

betul tu TT, kena periksa sejarah dan latarbelakang hotel serba sedikit.
kita pernah nak periksa latar belakang sebuah hotel di langkawi melalui laman web TripAdvisor. terkejut kita baca review segelintir pelancong luar yang menceritakan perihal mereka 'diusik' dan betapa bilik yang mereka dapat memiliki persekitaran yang 'menyuramkan'..

Dah lupa pula nama hotel tersebut..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-1-2016 03:21 PM | Show all posts

hehehehheheh..bereh2..nanti akan ada cerita lagi angkerrrrrr..stay tuned ya! hahahahahhahahaha..

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 03:24 PM | Show all posts
Tumpang lalu
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-1-2016 03:27 PM | Show all posts
awanearisu replied at 5-1-2016 03:19 PM
betul tu TT, kena periksa sejarah dan latarbelakang hotel serba sedikit.
kita pernah nak periksa  ...

Mmmmm betol tu..memang pengajaran sangat untuk saya. Saya ni memang malas sikit nak baca komen review2 tu..pantang tengok hotel stylo, terus excited. Seriously lepas jadi kes ni, benda-benda camni kena titik beratkan sebenarnya. Nampak lekeh, tapi sangat2 penting lagi2 kalau bawa budak kecik. Nasib kami yang muda remaja ni je yang pergi..Hahahhahahahahaha..

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 03:38 PM | Show all posts
Menariknya kisah ni di awal tahun 2016.

Nak teka boleh? Dari gaya bahasa....macam org Johor.. jeng3..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
schha replied at 5-1-2016 03:27 PM
Mmmmm betol tu..memang pengajaran sangat untuk saya. Saya ni memang malas sikit nak baca komen rev ...

oh kita lupa cerita kak, kadang-kala di bahagian review juga kakak akan dapat tips yang baik, contohnya mengenai no.bilik yang patut dielakkan, no bilik yang terbaik dari segi pemandangan atau susun aturnya.

dulu masa awal-awal pun kita tak tahu pentingnya review, kita pun setakat cari hotel yang paling murah dan cantik.. tapi selepas terbaca benang hotel berhantu, kita dah mula rajin selak-selak review hotel.. lagi-lagi sekarang dah ada anak kecil..
nasib baik masa kes hotel di Bali tu, kak shha takde bawa budak kecil kan..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-1-2016 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
rosasen replied at 5-1-2016 03:38 PM
Menariknya kisah ni di awal tahun 2016.

Nak teka boleh? Dari gaya bahasa....macam org Johor.. jen ...

Hahahhahahahhahaha memang org johor pun..ada mention dekat pengenalan diri masa bukak thread semalam..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-1-2016 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by schha at 5-1-2016 04:08 PM
awanearisu replied at 5-1-2016 03:40 PM
oh kita lupa cerita kak, kadang-kala di bahagian review juga kakak akan dapat tips yang baik, cont ...


Mmm tu la pasal..bahana liat baca review la jadi gini..ouhh taktau pulak siap dorang ada info ye bilik mana patut dielakkan..ok tq for advise..kira cerita hotel kat bali ni kes ke2 jadi kt diri saya. Kisah pertama saya kan story nanti..hotel dalam Malaysia,hikhikhik..tu la,da penah kena sebelum ni pun tak serik2..masih lagi liat nak baca review..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-1-2016 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
bunga_lestari replied at 5-1-2016 12:45 PM
menarik jugak citer tt ni.. salasilah family tt pun boleh tahan.. teruskan bercerita yer tt..

Tq awak.. ;)
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
schha replied at 5-1-2016 04:04 PM
Mmm tu la pasal..bahana liat baca review la jadi gini..ouhh taktau pulak siap dorang ada info ye ...

waah sambung lagi kak schha, cerita berkenaan hotel ni tak pernah jemu kita baca

ada satu benang yang dibuka oleh seorang bekas kakitangan front desk sebuah hotel, pun menarik juga. kata tt benang, kita boleh sebenarnya tanya dan minta supaya staff hotel jangan beri bilik yang 'tak elok' sebab kakitangan hotel memang arif bilik mana yang 'bermasalah'..
tapi kita lupa la nama benang tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.052531s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list