CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6491|Reply: 21

Peristiwa Yang Menyeramkan

[Copy link]
Post time 5-1-2016 12:30 PM | Show all posts |Read mode
Misteri Babushka lady, Wanita Misterius dalam Penembakan Presiden John F Kennedy




John F. Kennedy merupakan presiden Amerika ke-35 yang meninggal kerana pembunuhan. Misteri yang meliputi pembunuhan presiden amerika ini sampai saat ini tidak diketahui, walaupun pada hakikatnya pembunuhnya telah ditangkap. Namun keanehan yang paling utama di saat pembunuhan tersebut berlaku adalah seorang wanita tua yang kelihatan dalam photo merakam adegan di saat penembakan tersebut terjadi. Kepolisian berusaha mencari wanita tersebut namun sampai saat ini identiti wanita tersebut tidak diketahui, hingga kemudian wanita tersebut dinamakan Babushka lady.

Pada tahun 1970, perempuan bernama Beverly Oliver mengaku sebagai wanita tua tersebut, dan ia mengatakan bahawa FBI atau agen istimewa lain telah meminta rakaman tersebut, dan kemudian mereka menghilang. Tidak ada yang mempercayai perkataan Oliver dikarenakan umuranya yang terbilang muda iaitu 17 tahun, dan diambil gambar yang dicetak pada saat itu wanita yang terfoto merupakan seorang wanita tua. Walaupun dirinya tidak mampu menyebutkan secara tepat kamera apa yang digunakan wanita tersebut untuk merakam kejadian tersebut.


Ketumbuhan misteri di Planet Marikh



Tahun 2004, kenderaan pengeksplorasi planet Marikh bernama opprtunity mengesan banyaknya lebam di planet Marikh yang berbentuk mirip blueberry. Namun di tahun 2012, didapatkan gambar yang membuat para pemerhati astronomi terperangah. Lebam-lebam ini diduga merupakan petanda bahawa di masa lampau, planet Marikh ini pernah diselubungi oleh air dalam jumlah yang cukup banyak.


The Solway Firth Spaceman



Bayangkan jika anda sedang mengambil gambar saat-saat bahagia dalam hidup anda, dan di dalam foto tersebut muncul sesosok makhluk lain, tentu anda akan kebingungan dan panik. Hal inilah yang terjadi pada Jim Templeton. Jim Templeton sedang mengambil gambar isteri dan anaknya di padang rumput yang terletak pada Cumbria, England. Yang tidak dapat dijelaskan secara ilmiah adalah sosok lain muncul dalam photo dan mempunyai bentuk seperti manusia berpakaian baju luar angkasa.

Jim kemudian membawa foto tersebut ke pihak polis, namun polis mengatakan tidak ada apa-apa yang pelik dalam gambar tersebut, walaupun begitu akhbar tempatan di kawasan tersebut memuatkan berita mengenai foto ini. Foto inipun menjadi perbincangan akan adanya sosok Alien ataupun UFO di bumi, berbagai macam teoripun diutarakan. Banyak orang yang mengatakan bahawa sosok makhluk tersebut sebenarnya merupakan isteri jim. Walaupun ada cerita lain yang mengatakan bahawa di tempat tersebut terdapat pelancaran peluru berpandu luar angkasa, namun misi tersebut dibatalkan kerana foto tersebut.

Foto Keluarga Cooper Cooper



Gambar yang satu ini sungguh sukar dijelaskan secara ilmiah, kerana gambar ini lebih mirip seperti hantu. Pada tahun 1950 an, keluarga cooper baru saja membeli sebuah rumah tua dan kemudian pindah kerumah tersebut. Kemudian di malam harinya untuk mengabadikan momen perpindahan mereka, sang ayah memfoto keluarga tersebut dengan ibu dan nenek bersama kedua anaknya di ruang makan.

Ketika foto tersebut telah jadi, keluarga tersebut kebingungan dengan foto tersebut kerana tidak terdapat sosok apapun maupun lelaki yang seperti jatuh atau bergantung di tempat tersebut. Banyak orang mengatakan bahawa gambar ini merupakan hasil foto double exposure iaitu foto yang terfoto 2 kali di dalam 1 frame, lelaki yang terjatuh tersebut merupakan hasil dari kamera yang terjatuh dan memfoto ayah keluarga tersebut.

Bergerak Dalam Filem Charlie Chaplin



Dalam ciri tambahan DVD filem Charlie Chaplin bertajuk The Circus, penonton dihidangkan sebuah filem pendek dan sebuah foto premiere filem tersebut di tahun 1928. Uniknya, dalam foto tersebut kelihatan seorang wanita sedang menggenggam sebuah benda mirip telefon bimbit. Padahal pada tahun tersebut belum dijumpai teknologi telefon bimbit. Lalu, benda apakah yang dibawa wanita tersebut?

Kematian Misteri Elisa Lam



Sebenarnya yang tersisa dari kematian misteri Elisa Lam ini merupakan sebuah Video rakaman ketika Elisa berada di dalam Elevator Hotel tempat ia tinggal. Kemudian misteri bagaimana caranya ia ke atap hotel sedangkan pintu ke atap hotel tersebut dikunci secara rapat dan tidak ada sesiapa yang boleh masuk. Elisa Lam sendiri merupakan seorang wanita pelajar berumur 21 tahun yang sedang menginap di Hotel Cecil namun ia tiba-tiba menghilang di bulan januari. Hingga akhirnya 2 minggu kemudian terdapat komplain dari tetamu hotel mengenai rasa air dari hotel tersebut yang sanget aneh. Ketika dilakukan pemeriksaan pada tangki air yang terdapat di bumbung hotel, dijumpai mayat tubuh Elisa Lam di dalam tangki air tersebut.

Yang aneh dari kejadian misteri tersebut adalah ketika Video Elisa Lam berada di dalam lif. Elisa Lam masuk kedalam lif dan menekan seluruh butang elevator tersebut, namun pintu Lif tidak tertutup sama sekali. Kemudian ia seperti bersembunyi di sudut elevator seperti mengelakkan sesuatu hal, akan tetapi tidak kelihatan sosok apapun yang melewati elevator tersebut. Kemudian ia seperti memeriksa keadaan sekitar di luar elevator dan melompat keluar masuk elevator, bahkan pintu Lif tersebut tidak tertutup sama sekali.

Akhirnya 1 minit kemudian Elisa Lam keluar dari lif tersebut, namun ketika sosok Elisa Lam telah tiada elevator tersebut tiba-tiba membuka dan menutup pintu secara tiba-tiba hingga akhirnya pintu lif tersebut tertutup dan menuju tingkat lain. Banyak teori yang mengatakan bahawa terdapat pembunuh yang menginap di hotel tersebut, atau bahkan terdapat 3 kematian di hotel tersebut. Walaupun terdapat wabak Tuberkolosis yang terjadi tiba-tiba di sekitar hotel tersebut yang diyakini dan dinamakan sebagai LAM-ELISA.

Pemberontak tak dikenali di Tiananmen




Anda tentu sudah mengenal foto peristiwa Bantahan Dataran Tiananmen melalui gambar di atas. Gambar yang diambil oleh jurugambar Associated Press Jeff Widener ini menjadi foto ikonik atas peristiwa demonstrasi besar-besaran yang berlaku di tahun 1989. Dalam gambar tersebut kelihatan seorang lelaki seorang diri menghadang barisan tank di hadapannya. Jeff Widener kemudian menjadi terkenal atas foto yang diakuinya diambil secara tidak sengaja ini. Hingga kini, nasib lelaki dalam foto tersebut dan siapa identitinya belum diketahui secara pasti tetapi ia kemudian menjadi simbol gerakan anti keganasan di dunia.


Cahaya Hessdalen



Saat ini jika anda melihat cahaya di langit pada malam hari dan bergerak mungkin benda tersebut merupakan pesawat terbang. Tapi gambar ini mungkin tidak dapat digambarkan sebagai suatu pesawat terbang yang sedang melintas pada malam hari, lebih-lebih lagi gambar ini diambil pada tahun 1981 - 1984. Gambar ini merupakan hasil daripada cahaya yang nampak dari tahun 1981- 1984 di langit pada wilayah Norway. Banyak orang dari penjuru dunia pergi ke tempat ini dan berkhemah hanya untuk menyaksikan cahaya tersebut.

Dikatakan bahawa cahaya tersebut terlihat 15-20 kali dalam 1 minggu. Banyak yang mempercayai cahaya tersebut merupakan sosok pesawat alien yang sedang melintasi bumi. Namun di tahun 2014, saintis mengatakan bahawa mereka mungkin telah berjaya menyelesaikan misteri tersebut. Dikatakan bahawa batu metallic di kawasan pergunungan tersebut bercampur dengan sulfur yang berada di sungai sehingga terciptanya bateri alami, kemudian gas-gas ion tersebut mengakibatkan cahaya tersebut tampak.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2016 12:52 PM | Show all posts
Wah unexplainable semuanya
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Elisa tu sian nya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2016 04:08 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 5-1-2016 12:52 PM
Wah unexplainable semuanya

mcm MH370 kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 04:17 PM | Show all posts
pernah tgk video yg elisa tu. mmg misteri.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 04:27 PM | Show all posts
nurul_akmar replied at 5-1-2016 04:17 PM
pernah tgk video yg elisa tu. mmg misteri.

kalau baca storyline atas ni saya x paham pun cerita yang dia nak smpaikan... apa sebenarnya kejadian Elisa neh

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2016 05:01 PM | Show all posts
crazecousa replied at 5-1-2016 04:27 PM
kalau baca storyline atas ni saya x paham pun cerita yang dia nak smpaikan... apa sebenarnya kejad ...

aku pon x faham
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
crazecousa replied at 5-1-2016 04:27 PM
kalau baca storyline atas ni saya x paham pun cerita yang dia nak smpaikan... apa sebenarnya kejad ...

Yg aku faham cter elisa ni, dia mati kena bunuh dekat dlm tangki. Tu pon org xtau sampai ada yg mengadu air paip dorg rs lain. Bila management check, jumpa mayat elisa ni. So polis pon siasat la. Siasat guna cctv. Bila dorg tgk cctv dekat lif, dorg nmpk elisa b4 mati. Tp yg peliknya, elisa ni kuar masuk lif. Pastu mcm bercakap2. Pastu tetibe menyorok dlm lif mcm tgh sembunyi dari seseorg. Tp seseorg tu remain unknown. Sbb x dicapture dekat cctv. Tetiba elisa tu keluar lif. Tau2 dia dah mati dlm tangki. Polis pon konfius nk setelkan kes dia. Tu yg dorg kata elisa ni antara kes2 yg misteri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2016 02:23 PM | Show all posts
nurul_akmar replied at 6-1-2016 08:50 AM
Yg aku faham cter elisa ni, dia mati kena bunuh dekat dlm tangki. Tu pon org xtau sampai ada yg me ...

Oh... bru faham... Tq sis
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 10:06 AM | Show all posts
nurul_akmar replied at 6-1-2016 08:50 AM
Yg aku faham cter elisa ni, dia mati kena bunuh dekat dlm tangki. Tu pon org xtau sampai ada yg me ...

ooo.....tq sis..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 05:22 PM | Show all posts
iols pon br faham..tq
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 04:23 AM | Show all posts
Gambar 'The Solway Firth Spaceman' tu hoax... Susuk tubuh kekonon misteri adalah isteri Jim Templeton itu sendirik.

http://debunkedmyth.blogspot.my/ ... firth-spaceman.html

Pastuh Templeton mensensasikan lg kisah dia didatangi oleh dua org Men In Black selepas gambar tu tersebar... makin la org ramai skeptikal.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 11:50 AM | Show all posts
ade lagi satu peristiwa...dari mana dtgnya duit RM2.6 bil itu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 02:05 PM | Show all posts
coolie83 replied at 8-1-2016 11:50 AM
ade lagi satu peristiwa...dari mana dtgnya duit RM2.6 bil itu?

ko nih...



Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 04:13 PM | Show all posts
Elisa tu sangat2 misteri...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 10:04 AM | Show all posts
crazecousa replied at 5-1-2016 04:27 PM
kalau baca storyline atas ni saya x paham pun cerita yang dia nak smpaikan... apa sebenarnya kejad ...

kes kematian yg tak dpt dirungkaikan...kalo tgk youtube mayb lbh faham

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2016 10:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 11:47 AM | Show all posts
tapi body language dia dlm lif tu pelik. seram pun ada. kalau dia bercakap dgn somebody kat luar lif tu tak kan cara body language dia tu pelik sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 04:32 PM | Show all posts
biasanya dalam mastika banyak berita berita pelik macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 11:47 PM | Show all posts
nurul_akmar replied at 6-1-2016 08:50 AM
Yg aku faham cter elisa ni, dia mati kena bunuh dekat dlm tangki. Tu pon org xtau sampai ada yg me ...

Yes exactly..despite kisah misteri dia ni.. A few days before dia ada tulis dlm blog yg dia ada take some pills. Maybe dia ada sakit mental
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.713180 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list