CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11005|Reply: 51

Masalah kekeluargaan yang berkaitan paranormal

[Copy link]
Post time 7-1-2016 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pertama sekali, maaf sebab saya tak tahu perlu letak masalah ni dalam ruangan masalah peribadi atau dalam bod MPS, setelah fikir panjang saya rasa masalah ni lebih sesuai saya tulis disini sebab bod ni ramai otai-otai yang punya ilmu dalam bab ni.

Masalahnya begini..

Istri saya anak kedua dari 2 beradik, yang sulung lelaki beza 13 tahun dengan dia. Saya namakan abang Joe. Setelah hampir 8 tahun bersama istri saya, saya "syak" keluarga istri saya ada saka dari keturunan sebelah bapa dan istri saya juga "syak" perkara yang sama. Selama ni perkara ni hanya kami kongsi antara kami berdua, tak pernah bertanya terus pada yang terlibat.

Bapa mertua saya anak sulung dari 4 beradik 3 lelaki dan 1 perempuan, memang menjaga ibadahnya dan tak pernah percaya bab2 mistik ni (boleh katakan beliau "bersih"), manakala saya dan istri saya alhamdulillah memang sangat menjaga ibadah kami. (Tapi malangnya abang Joe, jarang sekali kami melihat dia bersolat malah pernah kami terjumpa makanan yang sudah di makan dan air botol yang sudah diminum dalam keretanya pada bulan puasa. - (bab abang Joe akan diceritakan kemudian).

Pernah terdengar saudara-mara bergosip kata "saka" ni nak berdamping dengan orang yang kuat beramal dan hanya mau lelaki sahaja dalam keturunan mereka. Sebab "saka" ni tak dapat bapa mertua saya, jadi benda ni berpindah-randah dalam kalangan adik beradik bapa mertua saya dan anak-anak mereka. Kelebihan saka ni "mungkin" berkebolehan merawat.

Masalah bermula bila istri saya hamil anak sulung, waktu tahu mengandung dan scan baby boy.. bermulalah episode mistik dalam hidup kami. Istri saya mula bermimpi pelik-pelik, rasa diri diikuti dan diperhati, mimpi menyusu bayi twin, mimpi orang buang baby twin depan rumah kami, mimpi ular hitam twin melingkar di kakinya, mimpi panjat gunung dan melihat pemandangan dari atas gunung dan mimpi jumpa lelaki berjubah putih twin, dan hampir semua mimpi melibatkan sesuatu yang berkembar. Last sekali sebelum beranak istri mimpi diberi 2 batu/permata (tak sure) warna biru dan merah (istri tak berapa ingat) oleh 2 lelaki berjubah tersebut, dia disuruh pilih mau warna yang mana. Tapi istri tak sure dia pilih yang mana ( kisah ni 7 tahun yg lalu). Tapi ikut firasat istri, warna tersebut melambangkan sesuatu.. kalau pilih merah, benda tu akan berdamping, kalau pilih biru benda tu akan meninggalkan kita (vice versa). So istri pun memilih salah satu.. time tu juga kelibat mereka berdua hilang bersama bayangan seolah-olah seekor buaya dan harimau.

(Saya publish dulu, takut hilang bila tengah sedap menaip pakai phone)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2016 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Check in
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2016 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan...

Anak sulung kami lahirnya cukup mudah, cepat dan macam magik (istri saya punya ayat) tahu-tahu saja dah keluar.. tapi peelnya menangis tak berhenti-henti, sampai nak terkeluar anak tekak baq hang.. memang waktu-waktu yang sungguh stress bagi kami waktu tu.. tak dapat enjoy langsung waktu dia newborn baby.. dia hanya diam bila tidur dan menyusu sahaja. Selebihnya seperti musik ditelinga kami.. lama-lama kami pun dah bolayan.. syukur istri sangat kuat semangat fizikal dan mental, kalau tak boleh meroyan dibuatnya. Mak saya dan bapa mertua pun dah habis daya nak berusaha layan teriakan cucu sulung mereka sorang ni.. benda ni berterusan sampai anak saya around 2 tahun.. cuba bayangkan.. melalak sokmo cam citer ahmad albab gayanya.. (habis bab tu). Sekarang anak saya pun dah masuk 7 tahun.. sangat berakhlak, sopan, sangat rajin, pintar dan senang dengar kata.. (bukan puji sbb saya abahnya, tapi boleh bayangkan tak dari cryingbaby besar berubah 180 darjah gitu).

Ok sekarang masuk bab saka semula..
Kami-kami detect saka waktu tu duk berdamping dengan adik ke 3 ayah mertua saya. Sebab dia memang boleh merawat orang, perwatakan tenang je, memang beramal, tok imam, orang masjid lah pendek kata.. memang 100% berbeza dengan cerita2 orang yang ada saka katanya selalu baran sokmo, dll.. tapi pakcik Karim (bukan nama sebenar) memang tengok pun menenangkan je.. cuma satu yang saya perasan.. matanya kalau merenung orang.. perghh seram baq hang tajam penuh rahsia.. rasa macam kena observation luar dalam je scan gitu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2016 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Lupa nak cerita waktu anak sulung saya masih dalam musim menangis, istri dukung dia melalak, saya dukung agah-agah dia melalak, mak saya dukung pun melalak, ayah mertua dukung pun melalak, tapi bila Pakcik Karim dukung pula macam magik elok je tak nangis siap senyum-senyum main acah-acah lagi.. saya dan istri pun dah naik seram, tapi ayah mertua dan pakcik Karim relaks je senyum, kata biasalah budak-budak berubah bulan katanya.. adoii..
Salasilah ayah mertua :
1st : ayah mertua - 2 anak - 1 lelaki 1 perempuan
2nd : adik lelaki (Pakcik Rizal) - anak 2 lelaki (1 meninggal)
3rd : lelaki (Pakcik Karim) - anak 2 perempuan
4th : perempuan (Makcik Mina) anak 3 - 2 lelaki 1 perempuan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2016 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kami banyak dapat info bab ni dari Makcik Mina, dia yang rajin sharing dengan kitorang since istri start alami benda mistik masa mengandung anak sulung dulu. Kalau nak tanya ayah mertua ke, pakcik Rizal atau pakcik Karim jangan mimpi lah nak dapat story.. haram derang nak sharing. Tapi kami banyak tau story belah datuk hingga ke keturunan datuk kepada istri saja, kalau adik beradik kepada datuk belah istri dan ke atas memang kami kurang tahu. Tapi memang keturunan istri saya ke atas memang ada yang kiai dll. Dan ada juga adik beradik datuk belah istri yang ada kebolehan merawat yang stylenya sama dengan cara merawat pakcik Karim. Tapi selebihnya memang tak selidik jauh2. Peliknya dengar cerita benda2 ni tak pernah berkenan dengan pakcik Rizal, jadi dia memang "bersih" sebab benda tu tak berkenan dengan dia bukan sebab tak beramal ke apa, tapi memang dia tak pernah kena benda2 mistik ni. Manakala ayah mertua pula terang2 tak percaya/teringin benda ni dan hati kering je sergah sound benda tu tak payah nak susah2 "pilih" dia sebab dia tak hingin, jadi benda tu pun malas nak layan kot.. jadi dalam keluarga ni, benda ni berpindah randah antara pakcik Karim, dan anak-anak lelaki Makcik Muna. Anak lelaki pakcik Rizal ada dengar citer benda tu nak dekat tapi tak jadi sebab liat beramal katanya.. gitu.. abang Joe pula kadang on off gitu kejap hinggap kejap pergi.. sebab liat beramal juga katanya..

Tapi yang paling misteri.. tak taulah suratan atau kebetulan.. setiap keluarga lelaki belah istri jadi vegetarian. Derang jadi "geli" nak makan daging/ayam. Dan yang menambahkan lagi misteri, istri saya yang jenis tak makan sayur sampai tahap sanggup keluarkan satu-satu sayur dalam nasi goreng ke apa tiba-tiba bertukar menjadi "vegetarian" masa mengandungkan anak sulung. Perkara ni pun diakui oleh makcik Muna sendiri yang mengalami perkara yang sama waktu mengandungkan anak-anaknya. Hanya pakcik Rizal je yang "boleh" makan ayam/daging, manakala anaknya dan abang Joe pula on off bermusim, kadang tengok daging pun kembang tekak kadang boleh bantai makan steak bagai gitu.. soo korang musykil tak? Ada ke saka jenis macam ni..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik lah cte bri...truskan lg ea bro
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2016 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Oke..so apa permasalahan kajiannya? Dua kali saya baca tapi masih tak jumpa melainkan yang baik-baik saja. Biasa isu saka akan disusuli dengan masalah2 yang memudharatkan ketenteraman jiwa dan gangguan2...or maybe saya yg terlepas baca..mungkin..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 09:10 AM | Show all posts
yer.. yer.. tertanya-tanya jugak.. dimanakah bermula punca masalahnya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2016 10:02 AM | Show all posts
saja gatal nk komen gak...

yg pertamanya.. dlm citer tuan tanah kedaung, ada perkataan "syak" "x sure" "x pasti" dan "x ingat".. jd ringkasan plg senang, kalo nk tau.. pi depan2 jumpa org pandai2 yg blh tgk2 kan.. itu lbh baik, drp kita makin jauh masuk ke dlm ruang lingkup syak, prasangka..

psl ank masa kecik.. mmm.. mcm lbh kurang je dgn my doter dedulu.. cuma bezanya, masa my doter kecik2 gitu, me cuma trskan dgn zikir/ selawat (kalo rajin.. kalo malas.. layan je la).. so, adakah cenggitu blh kita kata ada kebarangkalian lain, samting negatif nk bdamping tp bila pakcik tu ada dia x menempel?

pakcik tu pulak katanya ada kebolehan mengubat.. agaknya kalo lah kan.. mendenye asik dok melompat2.. kejap org tu kejap org ni.. cemana ek kalau dia nk ngubat tp time tu mendenya dok menempel kat org lain?

ada je dcerita.. org yg dkata amatlah jauh dgn agama, bila ddamping blh pusing 180 darjah jd alim x tinggal x lekang dok beramal.. dan slalu jugak dceritakan sergah/ ckp x mau x cukup kuat nk menolak dia utk mdampingi...

kesimpulan dia.. ada byk kebarangkalian.. jauhi syak.. pi la check depan2.. dgn org yg lbh arif
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2016 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita masih belum habis, baru faham perasaan orang yang menulis di bod MPS ni yang suka sambung-sambung (walaupun diri sendiri bengang kalau baca cerita yang ada sambungan ni) sebabnya memang susah woo nak mengarang sampai habis tambah pula tengah sedap2 menaip dah masuk klimaks elok pula lesap habis ceritanya.. nak tulis kali kedua dah kurang mengalir ceritanya.. jadi saya minta maaf awal-awal pada semua yang membaca..

Kabarnya saka ni kembar 2 beradik gitu.. tulah macam pelik juga saya selalu dengar kalau bab saka kan memang banyak negatifnya dari positifnya, tapi yang kisah ni memang macam ni benda ni nak orang yang beramal saja. Cara mengubat pula, bila ada orang minta tolong sesuatu hajat, pakcik Karim memang takde tolong on the spot gitu.. kena ambil masa, lepas dah sesi soal jawab apa masalahnya, jadi pakcik Karim akan kata insyaAllah datang lagi 3 hari gitu dia akan usahakan. Jadi dalam tempoh tersebut, pakcik Karim akan jadi pendiam dan banyak menyepi, makan pun sikit je sekadar jamah gitu, solat hajat dan zikir yang sangattttttt panjang. Dan dia akan beri orang yang dirawat tu air/kayu/tanah/beras yang telah dia bacakan doa tertentu untuk diminum/direndam dalam air utk mandi/minum. Tapi tak semua hajat pakcik Karim boleh tolong rawat, kebolehan dia boleh bagitau barang hilang/dicuri kat mana dan orang yang curi akan datang hantar balik barang tersebut, rawat budak-budak demam/sakit kulit, sakit lain yang ada unsur2 mistik, buatan orang dll. Lepas tempoh merawat barulah pakcik Karim jadi "diri sendiri" boleh bergurau bagai solat dan zikir takde lah lamaaaaa macam masa nak berubat gitu. Banyak persoalan-persoalan yang musykil susah nak cari jawapan, kalau kami tanya terus kan macam offend sangat pula.. padahal saya kan kira "orang luar" dari keluarga ni. Istri saya memang terang-terang cakap takkan mahu benda ni masuk dalam keturunan dia means anak-anak dan cucu kami even orang kata benda elok. Bagi dia dah nama jin, sebaik-baik mana tetap sejahat-jahat manusia dan banyak tipu muslihatnya. Itu yang merunsingkan..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2016 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Suatu hari waktu kitorang datang melawat pakcik Karim, dia nampak gembira sangat, waktu tu kami sudah ada anak 2 lelaki (sekarang 3 semua lelaki). Entah macamana pakcik Karim boleh terbuka cerita bab ni. Tiba-tiba dia kata pada saya, nak sampaikan pesan pada wali kepada Nasrul (nama anak) saya sebagai walinya (ayah), dia minta izin dari saya untuk beri  "ilmu" pada Nasrul bin Asri bila baligh nanti, minta saya jaga dan didik anak-anak sebaik-baik mengikut landasan agama. Saya waktu itu tersangatlah cuaknya, sebab elok-elok kami tengah bergurau senda berborak benda tak berfaedah tiba-tiba pakcik Karim terbatuk-batuk dan diam yang sangat lama duduk macam orang tengah bertapa dan bagi salam pada saya pakai nama penuh pula tu. Saya hanya jawab salam tapi saya tak jawab ya atau tidak..

Tiba-tiba istri saya datang nak hidang air dan jajan dengan terburu-buru menyampuk kata, saya taknak dan tak mahu ada pertalian atau apa2 perjanjian dengan ilmu-ilmu tersebut, kami tidak berhajat sedikitpun pada ilmu tersebut dan saya tak mahu semua ini dalam jalur keturunan dan darah keturunan saya. (Lebih kurang gitu ayat istri saya). Pakcik Karim merenung dalam istri saya dan istri saya yg dah nampak cuak pandang saya. Pakcik Karim pandang muka saya kata sesungguhnya semua ilmu itu datangnya dari Allah dan saya dan kamu pula hambanya... (ada lagi ayatnya tp isi pentingnya gini dan siap cakap keturunan istri saya dan saya serasi saya rasa maksudnya saka kami serasi - erkkk saya pun ada saka ke adoii). Saya dengan cover sebaik mungkin jawab.. terima kasih, kami tidak mahu. Dia angguk beberapa kali dan jawab saya dengar dan saya faham, last sekali dia cakap ilmu ini akan tetap ada dan Nasrul bin Asri berhak membuat pilihannya sendiri jika dia menerim... dahhhh cam tu pulaa..

Elok je habis, pakcik Karim terbatuk-batuk sekali lagi, dan pandang kami kata, alhamdulillah baguslah... kami waktu tu dah rasa macam blur sangat.. rasa cam pelik agak2 rasa macam baru lepas balik dari time travel gamaknya. Apa yang boleh kami kata, saya dan istri waktu perbualan tersebut berjalan rasa macam kepala kami ni mengembang cam belon dan telinga berdengungggggg ngenngg ngennngg je time tu, lepas tu ting macam magik suasana bertukar cam biasa boleh dengar anak-anak berlari main dengan anak2 pakcik Karim, bunyi ayam, bunyi burung, kipas, bunyi istri pakcik Karim dok tungtangtungtang di dapur.... dan yang mistiknya, istri pakcik Karim boleh ingat kami sume duk lepak kat luar sebab dia tak dengar sebiji haram pun suara kami berbual tu, tapi sblm istri saya keluar bawa jajan dia siap kata boleh dengar jelas kami duk berhuhahuha berborak.. wew
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 12:16 PM | Show all posts
menarikkk... cepat sambung TT
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 12:29 PM | Show all posts
mula2 aku tak paham cite ni..pas posting kt bwh tu br aku paham


kisahnye pakcik karim nk pass ilmu dia kt anak ko ek TT..

tp kan TT btl ke tu saka? atau mmg pakcik karim ada kelebihan mengubat guna landasan yg btl?

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 12:36 PM | Show all posts
check in
best cerita ni
menunggu sambungan dari TT
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 01:10 PM | Show all posts
nak lagi sambungan encik TT
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Check in gak
Kisah ni mcm kisah "pahlawan buta" yg nak ajar berubat kat forumer sblm ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2016 01:50 PM | Show all posts
Check- in....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 02:52 PM | Show all posts
rasanya kena define dulu apa itu "saka". dikalangan jin pun ada kafir dan ada yg Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 02:59 PM | Show all posts
TT sambung ye
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 04:56 PM | Show all posts
mak ahhhh.. seram sejuk membaca tang tetibe nak mewaris saka ka anak tt tu.. sambung lg tt.. debar2.. baru nampak kat mane permasalahannye ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.114403 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list