Oleh : Fyruz Hanna
Rumah tangga mana yang tidak dilanda badai. Tapi kedua-dua pasangan harus tahu bagaimana untuk sama-sama membina dan mengekalkan rumah tangga yang harmonis.
Namun dalam pada kita cuba untuk membina rumah tangga yang bahagia, ada juga yang tewas untuk teruskan perjalanan melayari bahtera perkahwinan hanya dengan alasan-alasan yang remeh dan tak masuk akal.
Berikut merupakan antara alasan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:
* Punggung isteri menggerut
* Suami tidak pandai melakukan hubungan seks
* Isteri meminta set persalinan 30 jenis warna untuk baju, seluar dan aksesori,
* isteri mengotorkan kopiah suami kerana tidak mahu menghabiskan masa berborak di surau
* Isteri mengikuti rombongan beramai-ramai
*Isteri suka membasuh baju pada waktu malam
*Suami cruiga setiap tindakan isteri
*Isteri menceritakan kehebatan melakukan hubungan seks dengan pasangan terdahulu
*Berbeza fahaman politik
*gaji suami lebih rendah
*Isteri lambat menyediakan makanan
*Suami kerja tak tentu masa
*Anak demam dan tidak sihat
* Cemburu pasangan berkawan dengan bekas kekasih
* Pasangan terlalu cerewet
*Pasangan tidur berdengkur
*Pasangan gemar membeli-belah
* Suami tangkai jering
*Pasangan lupa pam tandas
* Tidak suka cara pasangan menjemur dan membasuh baju
* Berebut rancangan televisyen
Nasihat: Alam rumahtangga yang dibina ini sebenarnya indah jika disulami dengan tolak ansur dan rasa hormat pada sesama pasangan. Sentiasa sabar kerana kesabaran akan memberikan kesempatan seseorang membaca persoalan hidup dalam kacamata yang lebih luas. Dengan sabar, ia akan memberikan kemudahan dalam saat-saat sukar dan kesulitan. -CARI Infonet. |