CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2316|Reply: 5

Anak Obesiti! Apa Nak Buat Ni?

[Copy link]
Post time 13-1-2016 06:12 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib ZA

Memiliki anak yang berisi dan tembam memang tampak comel. Namun, risikonya untuk terkena penyakit jika masuk dalam kategori obesiti.


Jika ia masih dalam berat normal, maka tiada masalah. Yang menjadi kerisauan ialah anak obesiti yang kelihatan tak normal lagi.


Anak-anak ini sukar untuk bergerak, bermain dan melakukan aktiviti fizikal yang menggunakan otot. Lebih membuatkan ramai ibu bapa risau, ialah sifat kuat makan terbawa-bawa hingga ke alam remaja dan menjadi sebab pelbagai penyakit hinggap pada badan.


Berikut merupakan tip untuk para ibu bapa untuk memulihkan anak obesiti:




1. Berikan lebih banyak buah dan sayur


Galakkan anak-anak makan lebih sayuran dan buahan kerana ia membantu mengurangkan kalori, menurunkan berat badan dan membuatkan mereka lebih kenyang.


Biasakan beri 5 hidangan buah dan sayuran setiap hari.




2. Perbanyakkan aktiviti fizikal


Aktiviti fizikal seperti bermain sangat efektif untuk mengelakkan anak menjadi obesiti.


Ajaklah mereka bermain seperti permainan bola, berlari-lari anak dan sebagainya.







3. Berikan nasihat


Nasihat dan juga penerangan sangat penting agar anak-anak faham kesan buruk menjadi obesiti. Namun, elakkan daripada menakut-nakutkan.


Penerangan secara perlahan-lahan boleh membuatkan mereka lebih faham dan terkesan.




4. Sokongan ahli keluarga


Akhir sekali, berilah sokongan padu kepada mereka agar sentiasa cergas dan tak lupa mengamalkan gaya hidup sihat. Biasanya anak-anak mudah mengikut contoh yang dilakukan oleh ibu bapa, maka tunjukkan perlakuan terbaik untuk mereka. - CARI Infonet




(sumber foto: Carian google)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2016 07:17 PM | Show all posts
gemuk sihat xjadi masalah...comel apa budak2 gemuk
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 09:49 AM | Show all posts
masalahnya gemuk ni mmg tak sihat.. kalau dari kecik bagi anak2 makan makanan ringan dgn kerap, kuantiti banyak, just for the sake sayang anak and alasan gemuk tu nampak comel, think about it.. nanti dah sekolah menengah baru nk suruh dia kurang makan? kurangkan fast food and all? maybe before 20an dah kena penyakit NCD  such as obesiti, kencing manis n darah tinggi.. kesian tgk anak2 yang gemuk ni, they all maybe tak tau kesan longterm, but the parents, patut dah boleh kawal dari awal..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 11:32 AM | Show all posts
kena jaga pemakanan anak2 weh
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 03:46 PM | Show all posts
klu anak org mmg aku mintak pinjam barang sehari dua. sedap ni buat gomol....
klu anak sendiri....oooi mintak simpang le. tak moh anak obes
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 04:15 PM | Show all posts
ibu bapa kena la allert la...huhuhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.600542 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list