View: 5652|Reply: 30
|
[Tempatan]
Pemilik restoran nasi kandar Line Clear akur keputusan mahkamah
[Copy link]
|
|
Mahkamah Tinggi George Town memberi tempoh tiga minggu kepada Line Clear untuk mengosongkan premis pengusaha nasi kandar tersebut di Penang Road - Foto flickr/saragoldsmith
KUALA LUMPUR: Pemilik restoran nasi kandar popular Line Clear, Abdul Hamid SN Seeni Pakir akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi George Town, Khamis lalu yang memberi tempoh tiga minggu kepadanya untuk mengosongkan premisnya di Penang Road.
Abdul Hamid yang mewakili 12 keluarga asal SN Seeni Pakir dan SN Sekandar berkata, mereka sekeluarga juga akur keputusan mahkamah yang mengarahkan sistem penggiliran bagi mengendalikan restoran berkenaan dilaksanakan.
"Sehubungan itu, saya dan ahli keluarga bersetuju untuk mengadakan sistem giliran seperti yang diputusan mahkamah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, beliau sekeluarga berterima kasih dan redha dengan keputusan mahkamah itu.
Dalam kenyataan itu, Abdul Hamid turut mengumumkan pembukaan cawangan pertama Restoran Line Clear di Kuala Lumpur yang akan mula beroperasi pada 30 Januari ini.
"Kami akan membuka cawangan pertama kami di 113 Jalan Raja Abdullah Kampung Baru, Kuala Lumpur. Cawangan ini adalah satu-satunya cawangan kami yang diiktiraf dan membawa resepi nasi kandar original dari Pulau Pinang," katanya lagi.VI
BBersempena dengan pembukaan cawangan pertama itu, Abdul Hamid berkata, satu jamuan pembukaan akan diadakan pada 29 Januari 2016 bermula jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang.
Pada 20 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Georgetown memutuskan menolak permohonan semakan kehakiman oleh Abdul Hamid yang juga pengendali semasanya bagi membatalkan keputusan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada 2014.
Pesuruhjaya Kehakiman Collin Lawrence Sequerah berkata MPPP mempunyai budi bicara dan kuasa mengikut Akta Kerajaan Tempatan untuk memberikan lesen kepada peniaga itu berdasarkan sistem penggiliran.
Beliau dilapor memutuskan bahawa majlis bertindak secara wajar dan sah serta tidak bercanggah atau melanggar keadilan asasi.
"Keputusan majlis itu adalah mengikut undang-undang, rasional dan sah," Collin dipetik sebagai berkata.
Selepas keputusan dibacakan, peguam Abdul Hamid, M Kumar secara lisan memohon penangguhan perintah sementara menunggu rayuan interim, tetapi ditolak.
Isu perebutan giliran Restoran Nasi Kandar Line Clear bermula apabila MPPP memberi lesen kepada Sahubarali China Mohd Hanibah, Abdul Latiff Thulkarunai dan Pathumah Iskandar yang dikatakan tanpa pengetahuan anggota keluarga lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
x paham ar ... sistem pengiliran??? maksudnya???
|
|
|
|
|
|
|
|
Diz is da best decision
Let da biz go jelah..dah ade branch baru pun
lebih selesa dari tempat lama
rezki ade di mana2
biz nye hal pun smpai nak gaduh hingga putus
talian sesama ahli saudara
pd hal yg direbutkan bkn nye premis restoran pun
tp lorong tepi bangunan lama tempat
senang kotor tikus2 membiak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Sempat singgah makan kt sini bulan lepas..ramainya orang siap beratur panjang tunggu q. Rasa nasi kandar tu biasa2 je.. Tak taula pesal ramai sgt suka |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa biase2 je dan kotoq..tk tahu npe org ske pi..mcm dlu nasi lmak antrabgsa yg tk sdp tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Tok_Batin at 23-1-2016 02:56 PM
Gini yg saya tahu
Restoran ini dimulakan oleh 3 beradik terlibat berpuluh tahun dahulu (mereka ada adik yg ke-4 tapi tidak terlibat dalam bisnes restoran ni)
Selepas berpuluh tahun restoran ini diwarisi oleh 3 sepupu (keturunan daripada 3 beradik terlibat tadi), si Hamid ni sepupu mereka keturunan dari adik ke-4 (yg tidak terlibat dulu). 3 sepupu ini mengusahakan secara bergilir setiap tahun
Si Hamid ni memohon kepada 3 sepupunya untuk diberikan giliran jugak walaupun dia bukan daripada keturunan pengasas. Dan dibenarkan oleh 3 sepupu bertiga ini dan bukan setahun sahaja seperti mereka tapi 2 tahun (kerana kasihan kot??)
Bila gilirannya tamat, si Hamid tidak mahu passing restoran kepada yg bertiga pula. Mahu lebih lama sebab katanya selama berpuluh tahun dia tak ada giliran
Yg bertiga ni serahkan kpd mahkamah, mahkamah pula menghalau si Hamid sebab lesen atas nama yg bertiga tadi. Si Hamid buka cawangan di KL.
|
|
|
|
|
|
|
|
Main rebut2 kedai tepi lorong sampai masuk makhamah, mesti banyak untung punya |
|
|
|
|
|
|
|
akies replied at 23-1-2016 11:33 AM
Sempat singgah makan kt sini bulan lepas..ramainya orang siap beratur panjang tunggu q. Rasa nasi ka ...
Syok tengok tikus. |
|
|
|
|
|
|
|
la azabny perangai...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tikuss?? Uwekkk
|
|
|
|
|
|
|
|
owh ... alkisahnya .... tenkiu sebab bagi pencerahan
boleh pulak yang sorg tu berperangai cengitu ...
|
|
|
|
|
|
|
|
janji ada cop halal la |
|
|
|
|
|
|
|
bluehedgehog replied at 23-1-2016 04:34 PM
janji ada cop halal la
Yelah.sampai tikus main kat situ pun xpa.sbb halal. |
|
|
|
|
|
|
|
Hang bukaklah 10 cawangan pun..meols x kan makan nasi kandar..not my taste
Meols lg rela pi temerloh makan ikan patin + nasi putih panas + telur dadar + limau ais |
|
|
|
|
|
|
|
meolll pun heran ..napelah..restoran membela tikus mok mok...yg berlari lari main teng teng masa kau tgh makan ni boleh org suke,...dah la rasa hauk je...RAIHAN shah alam lg power kott...[img][/img] |
|
|
|
|
|
|
|
Dh tau kotor pun masih lagi yg duk makan |
|
|
|
|
|
|
|
akies replied at 23-1-2016 11:33 AM
Sempat singgah makan kt sini bulan lepas..ramainya orang siap beratur panjang tunggu q. Rasa nasi ka ...
Betul tk sedap manapun. Busuk pulak tempat tu. Tk thu Kenapa ramai yg gila sgt |
|
|
|
|
|
|
|
mimieedz replied at 23-1-2016 06:54 PM
meolll pun heran ..napelah..restoran membela tikus mok mok...yg berlari lari main teng teng masa kau ...
Raihan shah alam tu kat mana restoran baru dia? Dulu ada bukak kat shop lot sebelah poli shah alam tu kan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|