CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

(NOVEL) KAPCAI BIRU KENARI KUNING.

[Copy link]
 Author| Post time 2-2-2016 11:30 AM | Show all posts
PAGI-PAGI LAGI Alisya sudah menapak ke arah jalan raya. Dipandang ke kiri dan ke kanan. Jalan yang panjang. Jalan yang agak lengang. Jalan kampung. Nun di seberang jalan, terdapat tali air yang mengairi sawah yang sedang menghijau dengan anak padi yang baru ditabur dua minggu.

Di hujung pemandangan sawah yang luas menghijau itu, kawasan bukit bukau berwarna biru melatari pemandangan kampung itu. Satu pemandangan yang sempurna di mata Alisya!

Alisya tersenyum meleret. Dia mengepal-ngepal jemarinya. Di mana dia hendak bermula? Kakinya melangkah ke depan sedikit.

“Alis!!!” terdengar laungan Tok Cah secara tiba-tiba. Pantas Alisya memandang ke arah rumah neneknya. Kelihatan Tok Cah sedang bercekak pinggang di pintu dapur. Tok Cah menggamitnya pulang. Pantas, Alisya berlari-lari anak kembali ke laman.

“Nak ke mana? Kan tok cakap, petang nanti tok bawak kamu ke rumah Wani...” kata Tok Cah dengan senduk di tangan. Tengah hari ini, dia nak masak sedap sikit. Selalunya, apabila tinggal seorang diri, makan apa pun tak apa. Asalkan perut kenyang. Tapi, apabila Alisya ada, dia hendak juga berebut makan dengan cucunya yang satu ini.

“Ala... tengok-tengok sawah je...” kata Alisya protes. Risau sangat Tok Cah akan dia. Rimas Alisya dibuatnya. Tok Cah masuk semula ke dalam rumah untuk memasak.

“Masuk, mari tolong tok masak gulai ni...” arah Tok Cah dari dalam rumah. Alisya masih di luar rumah. Melalui tiang-tiang rumah yang tinggi, Alisya dapat lihat rimbunan pohon-pohon pisang yang banyak di belakang rumah neneknya. Sejak bila tok tanam pisang? getus hatinya.

Melihat buah-buah pisang yang nampaknya sedang mahu masak dengan warna kuning keemasan yang cantik, menggamit hati Alisya untuk meneroka kawasan itu.

Alisya melangkah kaki ke belakang rumah. Pagar buluh yang dibuat bagi membahagikan kawasan rumah dan kebun dibuka dan Alisya terus masuk. Pokok-pokok pisang itu merimbun dengan subur. Bahkan, kebun yang nampaknya terjaga dengan elok itu langsung tidak ada semak samun. Rumputnya ditebas dengan elok. Alisya asyik menjamu mata dengan pemandangan baharu itu sambil langkah kakinya makin jauh ke dalam kebun pisang.

Ada beberapa pokok nanas yang daunnya berduri di tepi telaga kecil. Alisya merapati telaga kecil itu lalu menjengah ke dalam telaga. Air telaga yang jernih membiaskan wajahnya yang putih bersih. Alisya tersenyum sendirian merenung wajahnya di air.

“Erkk... hmm...”

Deham kasar serta-merta menghapus angan Alisya yang sedang tersenyum. Pantas dia tersentak dan terus menoleh ke belakang. Darah Alisya berderau apabila ditegur secara tiba-tiba sebegitu.

Seorang lelaki yang berkemeja lusuh warna kelabu dan seluar jean lusuh berwarna biru tegak berdiri di belakangnya kira-kira lima meter daripadanya. Alisya memandang lelaki itu kehairanan. Lelaki itu juga memandangnya penuh curiga. Wajah lelaki itu cerah, tampak begitu matang dengan alis kening yang panjang dan hidung yang mancung. Dagunya yang berlekuk, sukar dilihat pada lelaki biasa. Handsome... bisik hati Alisya sendirian.

Lelaki itu memandang Alisya lagi. Dia kemudian menapak perlahan-lahan ke arah telaga. Alisya hanya diam memerhatikannya tanpa suara. Lelaki itu masih memandangnya walau sedang berjalan menuju ke telaga.
Sebiji tong kecil yang diikat tali sebagai timba, diambil dan lelaki itu menjatuhkan timba itu ke dalam perigi. Alisya yang berdiri di tepinya tidak dihiraukan. Timba ditarik ke atas apabila air sudah penuh. Lelaki itu terus membawa timba berisi air ke arah beberapa pokok pisang dan dia duduk di satu tunggul pokok yang sudah dicantas elok. Batu pengasah dikeluarkan dan dia terus mengasah parang di tangannya.

Alisya hanya memandang lelaki itu. Lelaki itu begitu asyik dengan kerjanya. Alisya memerhatikan sekelilingnya. Dia nampak ada sebuah rumah kecil di hujung kebun. Rumah itu terletak di tanah sebelah yang bersambung dengan tanah milik neneknya.

“Awak ni siapa ye... kenapa ada kat kebun pisang tok?” soal Alisya berani. Dia memberanikan diri memandang lelaki itu. Perlahan-lahan, langkahnya diatur ke arah lelaki itu. Lelaki itu tidak memandangnya, sebaliknya terus mengasah parang dengan khusyuk.

Melihat soalannya tidak berjawab, Alisya mendengus. Dipandang parang yang sedang diasah pula. Hesy... tak boleh jadi ni. Harap muka je handsome, belum tentu dia baik. Nasib tak baik, parang tu naik atas kepala aku pulak. Alisya meneguk air liur pekat. Gelisah. Adegan drama Tamil yang selalu mengayun parang kepada orang segera terbias di ingatannya. Ngeri pula Alisya jadinya.

Alisya berundur perlahan-lahan. Kemudian menapak laju meninggalkan kebun pisang neneknya itu.
Dari jauh, lelaki itu mengangkat wajahnya merenung langkah Alisya yang laju meninggalkannya. Lelaki itu mengukir senyum sinis, kemudian kembali meneruskan kerjanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2016 11:31 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 27-1-2016 04:45 PM
Mod Conan tu dipanggil adik?

dia panggil aku kak...aku panggilla dia adik...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 04:53 PM | Show all posts
Edited by sellie003 at 18-2-2016 10:46 AM

Tahniah TT, dah pun keluar buku baru....

Nantikan novel kedua Fizziany ya.

“Buat apa tu?” soal Amir.
Alisya menjeling ke arah Amir. “Ambil serailah...” jawab Alisya.
Amir memandang Alisya sambil menghela nafas berat. “Itu pokok lalang....”
Si gadis bandar itu terus mengejar si jejaka yang baik hati dan murni jiwanya. Baginya, lelaki kacak mudah dicari. Lelaki kaya mudah ditemui. Lelaki yang baik hati dan kacak meskipun papa kedana dan cuma ada kapcai tua sebegini pula sudah pupus di bumi. Namun dia hampa apabila bayang jejaka yang dikejar kian hilang entah ke mana.
Bagi sang jejaka, dunia dan pengalaman adalah guru sebenar dalam kehidupan. Hidup bukan bergantung pada syllabus yang tertulis di buku-buku pelajaran. Sang jejaka mula mencari pengisian cinta. Baginya, cinta bukan sekadar di bibir. Hanya dengan cinta, tak bisa mengenyangkan perut yang sedang lapar.
Cinta itu tidak semestinya bercinta. Cukup hanya mencintai biarpun tidak dicintai.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 06:03 PM | Show all posts
sellie003 replied at 17-2-2016 08:53 PM
Tahniah TT, dah pun keluar buku baru....

Nantikan novel ketiga Fizziany ya.

dh keluar ke belum ni @sellie003... @fizziany mcm mana nak dapatkan novel ni dgn autograf TT?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 10:50 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 17-2-2016 06:03 PM
dh keluar ke belum ni @sellie003... @fizziany mcm mana nak dapatkan novel ni dgn autograf TT?

tak pasti akak dah ada kat kedai2 buku atau belum...tp ni tuk keluaran Mac... sila gi ke laman bawah ni... kulit buku JS mmg kiutmiut...

http://jemariseni.com/
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 01:54 PM | Show all posts
sellie003 replied at 18-2-2016 02:50 PM
tak pasti akak dah ada kat kedai2 buku atau belum...tp ni tuk keluaran Mac... sila gi ke laman baw ...

Ok @sellie003 dh jumpa... Nak beli online sbb nak minta @fizziany bg autograf special...


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2016 03:19 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 18-2-2016 01:54 PM
Ok @sellie003 dh jumpa... Nak beli online sbb nak minta @fizziany bg autograf special...

...

Salam Zam,
Berita baik wat obses buku macam hakak...




Leh kumpul2 duit start dr sekrg...kot2 penulis2 akan turn padang....

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 03:54 PM | Show all posts
sellie003 replied at 19-2-2016 07:19 PM
Salam Zam,
Berita baik wat obses buku macam hakak...{:ki ...

Waalaikumussalam Sis... Bila & kat mana eventnya? Nak join jugak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2016 05:25 PM | Show all posts
sellie003 replied at 18-2-2016 10:50 AM
tak pasti akak dah ada kat kedai2 buku atau belum...tp ni tuk keluaran Mac... sila gi ke laman baw ...

sellie dah ada cerita br ke?
dah lama akak tinggalkan bod ni gara2 anak bujang exam tahun lps


Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 05:27 PM | Show all posts
tahniah buat fizz diatas novel terbaru ni
moga akan lbh byk karya yg bernas lps ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2016 04:13 PM | Show all posts
err...ni novel ke 3....


1)        Yang Arif Yang Wangi. Terbitan Jemari Seni, November 2014.
2)        Kepala Batu Kepala Angin. Terbitan Jemari Seni, September 2015.
3)        Kapcai Biru Kenari Kuning. Terbitan Jemari Seni, Februari 2016.

Banyak lagi yang saya akan hasilkan. Saya berharap anda menyokong novel-novel terbitan Jemari Seni kerana ia satu-satunya penerbit novel yang mementingkan sahsiah dan kualiti cerita di Malaysia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2016 04:16 PM | Show all posts
fatehana replied at 19-2-2016 05:27 PM
tahniah buat fizz diatas novel terbaru ni
moga akan lbh byk karya yg bernas lps ni

terima kasih fatehana...
saya pun jarang dapat masuk sini...kalau ada kesempatan, memang suka datang sini baca karya2 baru kat sini...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 04:47 PM | Show all posts

Nak beli novel yg latest tu @fizziany tp nak autograf @fizziany
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 08:08 AM | Show all posts

akak pun byk beli buku terbitan JS dan Adiwara (btol ke ejaan gitu)
sbb bab shiyum dlm kain bagai xde dlm novel terbitan diaorg
maklumlah kekdg anak2 buah yg belasan tahun dtg rumah dan terperuk membaca
klu ada tulisan yg memberahikan mmg naya jugaklah akak jdnya
akak dah ada novel Fizz yg 1st dan 2nd
yg terbaru blom beli sbb kat MPH BBB blom ada lg
actually boleh jer ke JS tu sendiri tp nk musing ke belakang tu cam x brp rajin so tunggu ajelah smp kat MPH nnt

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2016 11:59 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 1-3-2016 04:47 PM
Nak beli novel yg latest tu @fizziany tp nak autograf @fizziany

boleh..saya ada beberapa naskhah di tangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2016 05:26 PM | Show all posts
“KAU KE MANA?”

Sebaik dia muncul di pintu dapur, Tok Cah sudah bercekak pinggang. Alisya terus menuju ke meja makan tanpa rasa bersalah. Kerusi ditarik dan dia terus duduk. Tok Cah turut duduk sama, menghadap makanan yang sudah tersedia di depan mereka.

“Kebun pisang tok ke, belakang ni?” soal Alisya sambil menunjukkan ke arah belakang rumah neneknya.

“Ha’ah...” angguk Tok Cah sambil mencedok nasi ke pinggan.

“Siapa yang jaga kebun tu?” soal Alisya lagi. Wajah lelaki muda tadi masih lekat di kotak ingatannya.

Tok Cah memandang Alisya kehairanan. “Kamu pergi kebun ke tadi?” soal Tok Cah lagi.

Alisya mengangguk saja.

Tok Cah senyum simpul. “Amir... dia yang tolong jaga kebun tu... dapatlah jugak tanah tu dimanfaatkan daripada dibiarkan penuh semak samun. Kamu jumpa dia tadi?” soal Tok Cah lagi. Dia sudah memulakan makan sebaik habis berdoa.

“Lelaki yang putih-putih...tinggi-tinggi tu ke? Hidung mancung macam hero Hindustan tu?” soal Alisya lagi. Tok Cah angguk sambil senyum geli hati.

“Sempat jugak kau menilik muka dia...” perli Tok Cah lucu. Banyak sangat tengok cerita Hindustan Si Alisya ni!  Alisya menarik nafas geram.

“Scary muka dia...” Alisya membebel sambil mencedok kuah gulai ke dalam pinggan nasinya.

“Scary? Apa tu?” soal Tok Cah apabila melihat Alisya menjongket bahunya ketakutan.

“Menakutkan!” kata Alisya. Tok Cah merenung wajah Alisya aneh.

“Budak tu baik... apa yang takutnya?” soal Tok Cah. Alisya menggeleng-geleng.

“Mata dia macam harimau apabila pandang orang. Takut...” komen Alisya lagi.

Tok Cah tersengih lucu. “Dia memang macam tu. Dia tak kenal kamu lagi kut. Sebab tu dia pandang kamu macam pandang orang bersalah. Tiba-tiba masuk kebun pisang orang.... Nasib baik dia tak halau kamu...” kata Tok Cah. Alisya diam saja. Wajah lelaki itu muncul lagi di ingatannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2016 05:27 PM | Show all posts
“ASSALAMUALAIKUM...”

Suara lelaki jelas kedengaran di depan rumah. Alisya yang asyik menonton televisyen bergegas bangun membuka pintu rumah. Sebaik pintu rumah dibuka, wajah lelaki yang ditemuinya di kebun pisang pagi tadi tersembul di depan tangga. Alisya dan lelaki itu saling berpandangan. Terkedu sekejap Alisya melihat lelaki itu.

Lelaki itu juga nampak tidak selesa melihat Alisya yang membuka pintu. Lelaki itu menyeluk kocek kemejanya dan mengeluarkan sekeping sampul berwarna coklat muda.

“Tok Cah ada?” soal lelaki itu tenang sambil matanya memandang wajah Alisya.

Alisya angguk pantas, kemudian masuk ke dalam rumah. “Tok!!!”

Tok Cah yang baru keluar dari bilik air dipanggil segera. Tok Cah menapak ke muka pintu.

“Ada apa?” soal Tok Cah memandang Alisya yang terkulat-kulat di muka pintu. Alisya menuding jari telunjuknya ke tanah. Di hujung tangga, lelaki itu masih menanti. Tok Cah keluar ke anjung rumah.

“Oh... kau Amir. Kenapa tak naik?” pelawa Tok Cah. Selalunya, Amir akan naik ke anjung rumah dan berbual-bual dengan Tok Cah. Tapi kali ini, dia hanya berdiri di hujung tangga.

“Oh... tak apa, tok. Saya nak hantar duit pisang saja...” Amir naik dua anak tangga dan menghulurkan sampul itu kepada Tok Cah yang turun ke tangga.

“Kamu dah makan?” soal Tok Cah lagi. Langkah Amir yang nampaknya mahu bergegas pulang terhenti sejenak.

“Saya nak pergi kedai Kak Yan, tok...” ujar Amir. Dia tidak biasa berbohong dengan Tok Cah.

Tok Cah mendengus. “Tak payah susah-susah makan luar. Tok masak banyak hari ni. Jom makan!” ajak Tok Cah. Amir jelas kelihatan segan. Barangkali kerana ada anak dara yang sedang memandangnya di muka pintu dengan mata yang tak berkedip!

“Tak apa, tok. Lain kali sajalah...” tolak Amir segan.

“Eh, jangan macam tu... mari!” Tok Cah sudah pun naik ke rumah dengan harapan Amir naik ke rumah juga. Alisya masih di muka pintu memandang Amir dan Tok Cah. Amir terkesima. Tok Cah nampaknya sudah ke dapur barangkali, menyendukkan nasi untuknya seperti biasa.

“Naiklah....” Melihat Amir yang masih tercegat macam kulat di hujung tangga, Alisya terus bersuara.
Amir menghela nafas berat. Alisya dilihat melangkah ke dalam rumah. Dengan berat hati, Amir menanggalkan kasutnya dan mendaki anak tangga ke rumah Tok Cah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2016 05:27 PM | Show all posts
“MAKAN. Tambah lagi nasi tu... tadi tok nak panggil kamu makan sekali, tapi Si Alis ni dah makan dulu... jadi tok ikut sajalah...” kata Tok Cah ramah bercerita. Sejak Amir masuk makan tadi, dia tak habis-habis bersembang fasal pisang dengan Amir. Alisya hanya curi-curi pasang telinga perbualan mereka dari atas.

“Yang tadi tu... cucu tok. Dia tinggal di Subang Jaya. Tengah tunggu SPM. Itu yang mak dia hantar duduk sini... nak habiskan masa kat sini sementara nak tunggu keputusan SPM keluar...” panjang lebar Tok Cah bercerita tentang Alisya pada Amir.

“Oo...” dan Amir langsung tidak menunjukkan sebarang minat. Hanya... ‘o’ yang keluar daripada mulutnya. Tak fahamkah Tok Cah yang Si Amir tu tak berminat nak tahu kisah Alisya? Alisya rasa sebal. Tidak adil kalau cerita tentangnya saja yang dijaja pada lelaki itu. Dia berhak juga tahu kisah lelaki itu!

Alisya bangun, lalu turun ke dapur. Dia pura-pura ke peti ais dan mengeluarkan sebotol air masak sejuk. Lalu dia turut duduk sekali di meja makan, di hadapan Amir. Amir sempat menjeling ke arah Alisya yang sedang membuka penutup botol.

“Alis... ni Amir, yang jaga kebun pisang tok..” kata Tok Cah. Alisya memandang Amir di depannya dan mengukir senyum. Hai... rasa macam nak lambai tangan saja. Namun Amir tidak membalas senyumannya, tetapi hanya tunduk hormat. Alisya terkedu. Terus mati angannya untuk jadi peramah.

“Dah sudah ke?” soal Tok Cah apabila Amir tiba-tiba bangun dan membawa pinggan ke singki.

“Dah tok... banyak dah saya makan. Terima kasih...” kata Amir sambil membasuh pinggannya di singki. Alisya hanya memandang Amir yang membelakanginya. Sungguh, dia tidak pernah nampak ayahnya membasuh pinggan. Malah, dia sendiri tidak pernah membasuh pinggan. Selalunya kerja-kerja itu dibuat oleh orang gaji mereka. Melihat Amir membasuh pinggan di singki, Alisya terpanar.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 04:03 AM | Show all posts
fizziany replied at 5-3-2016 12:27 PM
“MAKAN. Tambah lagi nasi tu... tadi tok nak panggil kamu makan sekali, tapi Si Alis ni dah makan du ...

Best citer nih...teringat pulak beng kat citer lama kdrama The Vineyard Man.


sambung la lagi kakak fizzi
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 07:22 AM | Show all posts
fizziany replied at 5-3-2016 03:59 AM
boleh..saya ada beberapa naskhah di tangan.

nak order boleh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.089901 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list