CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

cinta

[Copy link]
Post time 28-1-2016 09:46 AM | Show all posts
ish... ish.... tred pun boleh kena hijek? Ingat den kapal tobang yo!

tred kena hijek nampak di mata
manuskrip kena ciplak, pembaca yo yg tahu....



kalau den supermod, den potong kredit penghijek


btw, best gak citer versi ekau wahai penghijek!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2016 05:18 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 28-1-2016 09:46 AM
ish... ish.... tred pun boleh kena hijek? Ingat den kapal tobang yo!

tred kena hijek namp ...

erkkk nak tolak kedit dia ke ?? amik as hiburan je boleh dak
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 06:22 PM | Show all posts
Tak perasan pula cerita di sambung oleh orang yang berbeza..haha. Tapi kelako la

Sila sambung TT

Victorioussss, sila buka thread sendiri ye. Iols akan baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2016 09:36 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 28-1-2016 07:31 AM
alahai... kesian Ainna... sambung lg TT...

tq zamzam sudi singgah dan baca. kejap lagi iol sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2016 09:37 PM | Show all posts
Chesire_Epilog replied at 28-1-2016 06:22 PM
Tak perasan pula cerita di sambung oleh orang yang berbeza..haha. Tapi kelako la

Sila sambung  ...

tq epilog sbb sudi singgah dan baca. kejap lagi iol sambung. moga terhibur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2016 09:38 PM | Show all posts
Edited by misssakura at 28-1-2016 09:47 PM

malam ni iol sambung sikit je sebab citer ni tak siap lagi. so topup dulu mana yang patut.

sambungan:

Izzat mengangkat satu persatu beg pakaiannya kedalam bonet kereta. Dari jauh dia memandang wajah Ainna yang termenung jauh dibuaian. Perlahan-lahan langkah kaki diatur menghampiri wanita itu. Dia duduk disebelah Ainna. Ainna tersentak, lalu dipandang wajah jejaka tampan disebelahnya.
“ aku minta maaf pasal semalam.” Izzat memulakan bicara. Kali ini, kata-kata maafnya itu terbit dari hati nuraninya, tanpa sebarang paksaan atau pun sebarang niat tersembunyi. Ainna diam sahaja. Memasang telinga pada segala kata-kata dan ucapan si suami.

“ aku dah fikir masak-masak, aku dah fikir dalam-dalam. Betul cakap kau yang aku ni sangat pentingkan diri sendiri. Aku patut fikir perasaan kau yang nakkan rumah tangga yang bahagia. Yang hanya ada suami mencintai kau sorang, tanpa memandang wanita lain. Anggaplah aku tak pernah cakap apa yang aku dah cakap semalam.” Tambah Izzat dengan nada yang lembut. Diperhatikan riak wajah Ainna yang tidak berubah. Tidak masam, tidak juga tersenyum riang. Wajah gadis itu kelihatan kosong seperti hanyut ke angkasa lepas.

“ hal aku dan Nana akan aku fikirkan penyelesaian. Jadi macam mana dengan perkahwinan kita? Kalau ikutkan hati aku, aku tak nak ceraikan kau tapi keputusan aku tu mungkin hanya menyeksa dan menyusahkan kau. So, sekarang aku serahkan kepada kaulah keputusan tentang rumah tangga kita.” Sambung Izzat. Dipandang wajah Ainna yang kelihatan memikir bait bicaranya. Wanita itu pandang wajahnya.

“ kalau kau ceraikan aku, macam mana kau nak dapatkan semula Nana. Bukankah kau dah janji dengan mak kau yang kau tak akan ceraikan aku untuk kahwini dia.” Akhirnya Ainna bersuara. Gaya duduk diubah agar lebih selesa. Wajah Izzat yang kelihatan tenang dipandang. Dia tahu Izzat lelaki yang baik, tetapi mungkin sebab jodoh mereka tidak ada, dia dan lelaki ini tidak dapat bersama.

“ itu tak apa. aku akan cari jalan penyelesaian yang lain. Aku minta maaf sangat sebab dah libatkan kau dalam perkahwinan ini. Mungkin kalau kau tak dengar perbualan aku hari tu, aku akan terus menipu kau untuk menjayakan rancangan aku tu. Sekarang, lepas pergaduhan kita semalam aku dah sedar yang aku terlalu keji kerana pergunakan orang yang tak bersalah untuk kebahagiaan hati sendiri. I am sorry. Aku tahu, mintak maaf dengan mulut je tak mampu nak ubah apa-apa. Jadi, kau mintalah apa sahaja, emas, belian, permata, rumah, kereta, duit akan aku cuba tunaikan untuk menebus kesalahan aku ni. Dan soal perkahwinan kita, aku serahkan kepada kau untuk buat keputusan. Sama ada bercerai atau tidak.” Balas Izzat. Matanya terus menerus menatap wajah Ainna yang kelihatan berfikir. Kedengaran keluhan kasar muncul dibibir sang isteri. Seolah-olah, gadis itu cukup sukar untuk membuat satu keputusan yang pasti.

“ kita teruskan jelah perkahwinan ni…” jawapan yang tak disangka muncul dari mulut Ainna. Izzat terkedu. Bulat matanya seolah-olah tidak percaya dengan jawapan wanita berusia 28 tahun itu.

“ are you kidding?” Izzat tidak percaya.

“ tak… aku serius. aku nak teruskan perkahwinan ni. Atleast sampai kau dan Nana berkahwin.” Jawab Ainna dengan riak cukup tenang. Seolah-olah kata-katanya itu langsung tidak membawa apa-apa erti.

“ kalau kau buat keputusan ni sebab kesiankan aku dan…”

“ No! aku buat keputusan ni untuk aku. Bukan untuk kau dan juga Nana yang aku tak kenal tu. Jadi, jom kita berkawan.” Pantas Ainna memotong bait bicara Izzat yang sudah boleh dijangka.

“ tapi, kalau kita teruskan perkahwinan ni, yang merananya kau dan aku tak sanggup menganiaya isteri sendiri.”

“ don’t worry Izzat. I have my own reason. Dan aku akan bertanggungjawab dengan keputusan yang aku dah buat ni.” Tegas Ainna meyakinkan suaminya.

“ tapi…”

“ dah tak ada tapi-tapi. Bukan ke kau nak perkara ni berlaku dan aku sangat bersedia untuk membantu kau untuk menjayakan rancangan kau ni. So, kenapa nak fikir lagi.”

“ aku tetap rasa bersalah dan tak sampai hati untuk mempergunakan kau.” Balas Izzat lambat-lambat. Belum lagi dapat menerima rancangan Ainna yang ingin meneruskan rancangan kejinya.

“kenapa nak rasa bersalah? Bukan kau paksa aku pon. Ini keputusan aku sendiri! Lagi pon, alang-alang kita dah berkahwin teruskan je la perkahwinan ni. Takkan baru seminggu berkahwin dah nak bercerai. At least tunggulah setahun dulu.” Jelas Ainna dengan alasan yang dirasakan paling munasabah.

“ kalau aku jadi dengan Nana tu, atleast kau kena sabar 3 tahun dengan aku. Boleh ke?” soal Izzat gusar. Ainna senyum tipis. Langsung tidak kisah dengan tempoh yang dinyatakan suaminya.

“ kau boleh gelak je. Kau betul tak kisah ke?” Izzat semakin tidak keruan melihat reaksi isteri. Kalau semalam bukan main bengis lagi wajah Ainna, tetapi hari ini wanita itu cukup ceria dan gembira menerima cadangannya.

“ aku tak kisah Izzat. Sangat tak kisah. Suka lagilah ada. Tapi kenapa lama sangat? Gaya macam nak kahwin esok lusa. Rupanya 3 tahun lagi.”

“ Nana tu budak medic. Dia pernah cakap tunggu dia kerja dulu baru nak fikir tentang kahwin dan lain-lain. Selagi dia tak kerja, selagi tu lah dia tak nak kahwin.” Terang Izzat agar Ainna mengerti.

“ ooo..” itu sahaja yang mampu Ainna jawabkan. Dikemudiannya memandang wajah Izzat dengan penuh yakin.

“ so sekarang status kita ialah, suami isteri dan kawan. Boleh?” tanya Ainna kemudiannya. Izzat tersenyum kecil. Diangguk-angguk kepalanya penuh yakin.

“ thank Ainna. Sebab sudi jadi isteri dan sahabat aku. Dan aku minta maaf kalau perkara ni akan menyakitkan hati kau dan sekiranya kau dah tak tahan dengan perkahwinan kita, terus terang je pada aku. Kita akan bincang semula tentang perkara ini dimasa akan datang.”

“ ok Izzat. Semoga kita jadi suami isteri dan sahabat yang baik. Tapi…” tiba-tiba Ainna menggantungkan bicara. Izzat mengerutkan dahinya sehingga terlayar lapisannya.

“ tapi apa?”

“ kita suami isteri atas kertas je tau. Tak nak lebih-lebih. Bila berdua kita macam kawan je la. Ada gap!” lambat-lambat Ainna menyuarakan isi hatinya. Izzat ketawa kecil. Risau juga Ainna tentang status sebenar suami isteri itu rupanya.

“ la… tadi kata nak jadi suami isteri. Mana boleh ada gap!” usik Izzat dengan senyuman nakal. Ainna gigit bibir. Memerah wajahnya menahan rasa malu.

“ ala jangan la cakap macam tu. Maksud aku suami isteri tu macam kawan je. Tak lebih dari itu.” Beria-ia Ainna menyatakan keinginannya. Izzat gelak sakan. Makin comel dia melihat reaksi kalut Ainna yang sudah tidak keruan.

“ jangan risau. Aku gurau jelah. Kita berkawan je. Kalau nak lebih dari kawan pon tak ada masalah. kita halal untuk itu. Manalah tahu nanti kita falling in love with each other. Manalah tahukan perkara akan datang.” pujuk Izzat lembut. Ainna melepas nafas lega. Senang hati mendengar bait diplomasi Izzat yang cukup pandai melayan perasaannya.

“ iyalah falling in love with each other. Habis tu Nana tersayang kau tu nak campak mana?” giat Ainna pula. Izzat hanya ketawa kecil. Tidak menjawab persoalan yang diutarakan Ainna kerana semua itu hanyalah gurauan semata-mata.

“ dah-dah. Aku nak balik KL dah ni. Kau balik Seremban bila?”

“ Petang ni la. Lepas balik rumah ibu, aku terus drive ke Seremban.” Tutur Ainna sopan.

“ drive elok-elok tau. Dah sampai nanti beritahu aku. Aku pergi dululah. Nak masuk salam dengan mak dan abah kejap dekat dalam.” Ainna sekadar mengangguk. Memandang langkah Izzat yang semakin kejauhan. Dalam diam dia berfikir sendiri. Benarkah keputusan yang sudah dibuat ini? Adakah dia sudah bersedia untuk menjadi isteri dan sahabat kepada Izzat meskipun tiada cinta dalam perhubungan mereka ini?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2016 07:21 AM | Show all posts
misssakura replied at 29-1-2016 01:36 AM
tq zamzam sudi singgah dan baca. kejap lagi iol sambung

TQ TT... kesian Ainna... Huhuhuhuhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 10:29 AM | Show all posts
NaylaArisha replied at 28-1-2016 05:18 PM
erkkk nak tolak kedit dia ke ?? amik as hiburan je boleh dak

Baru perasan dia beginner.... jd tak yah lah. Kesian!

Apa kata denda dia buka tred khas utk novel dia

so x yah lah ganggu konsentrasi penulis asal. Kalau lady, akan bercelaru gak lah otak jap apabila manuskrip kita jadik lain. Sikit2 tu ok lagi, ni dekat separuh bab

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2016 10:16 PM | Show all posts
Edited by misssakura at 29-1-2016 10:21 PM

sambungan:

Ainna menghamparkan kain pasang yang berbunga pink itu dihadapannya. Sudah siap sedia untuk memotong kain berkenan sebelum dijahit dan menjadi baju kurung moden. Baru sahaja tangannya mencapai gunting, kelibat Azri mula terbias dimatanya.

“ hai pengantin baru… tak pergi honeymoon ke?” Soal Azri dengan tangan yang dilentokkan ke kiri dan ke kanan. Azri, pekerja di kedai jahitnya yang sudah berkhidmat hampir 2 tahun. Pemuda itu berusia 26 tahun yang mana muda 2 tahun daripadanya. Ainna tatap wajah Azri yang kelihatan berseri dengan bedak, pemerah pipi dan bibir yang jelas lagi nyata.
“ belum pergi lagilah Azri. Suami aku tu sibuk. Ini dia kena fly kemana tah. Tunggu dia free sikit baru kitorang jalan-jalan.” Jawab Ainna jujur. Azri walaupun lembut, tetapi budiman orangnya. Malah setakat dia mengenal Azri, jejaka itu hanya lembut dari segi penampilannya. Namun bukanlah pada hati. Azri mencebik bibir. Terserlah lipstick yang dipakai pada bibir seksinya itu.

“ ye ke sibuk… entah-entah ada perempuan lain!” selamba sahaja Azri melahar Ainna dan suami.  Ainna terkedu. Pandai pula Azri ni menembak. Tepat betul! Bisik Ainna dalam hati.

“ ish mulut kau. Memadai je. Cemburulah tu aku dah kahwin. Suami aku hensem pulak tu. Kau ada?” Ainna sengaja mengusik Azri. Dia tahu Azri minat sama jantina dengannya.  Azri tidak minat perempuan dan oleh sebab itulah Ainna selesa berteman dengan jejaka itu. Lebih selamat berbanding lelaki lain.

“ aku tak ada nyah! Nasib baik suami kau tu jumpa kau dulu. Kalau dia jumpa aku dulu, mesti dia jatuh hati pada aku. Kau, makan hati je la tengok aku memadu kasih dengan dia.” Tingkah Azri dengan tangan dan badan yang bergerak-gerak mengikut alunan suara lembutnya itu. Ainna ketawa mengekek. Lucu sungguh perangai Azri. Namun dia tahu lelaki lembut itu hanya bergurau.

“ ish… sudahlah kau Az.makin mereng aku karang kalau melayan kau berbual. Baik aku siapkan tempahan Mak cik kesayangan kau ni sebelum mengamuk orang tua tu.” Ainna menutup perbualannya dengan Azri. Tangannya lincah menyambung kerja-kerja yang tertangguh. Azri senyum nipis, dipandang lama wajah Ainna yang tekun dengan tugasnya.  Diam-diam dia menghembus nafas kecewa. Gadis yang dicintai dalam diam kini sudah jadi milik orang.


Ainna picit kepalanya yang terasa berdenyut-denyut. Makin dipicit, makin terasa perit didalam kepalanya. Tekaknya pun sudah mula rasa kering semacam. Simptom-simptom demam sudah mula ada pada dirinya. Terkedek-kedek Azri datang membawa segelas air masak dan penadol. Dihulurkan kepada Ainna yang berkerut kesakitan.

“ boleh ke kau makan ubat ni nyah?” soal Azri gusar. Masih lagi cuba menghalang bosnya dari menelan penadol yang diambil di pantry kecil.

“ dah kenapa pulak tak boleh Az. Selama ni elok je aku telan penadol ni. Bukannya aku ada alergi apa-apa dengan ubat ni.”

“ bukan tu maksud aku. Entah-entah kau…” Azri tidak jadi meneruskan bicara.

“ entah-entah apa? Dah la Az, aku tak larat nak gaduh dengan kau. Tu baju dekat luar tu banyak lagi yang tak berjahit.” Tegas Ainna seraya mahu Azri tidak lagi menghalangnya untuk menelan penadol.

“ entah-entah kau mengandung tak nyah. Morning sickness. Manalah tahu.” Akhirnya Azri meluahkan kerisauannya dari awal tadi. Ainna tergelak dalam kesakitan. Boleh tahan lucu mamat Azri ni. Kalaulah Azri sukakan wanita, pasti dia sudah lama melamar Azri menjadi suaminya. Tapi sayang, Azri tiada hati kearah itu dan dia kini bukanlah bujang lagi.

“tak adalah nyah! Aku tak mengandung. Aku tahulah badan aku. Kau tak payah risau ek. Dah aku nak makan ubat, lepas tu nak rehat kejap. Nanti aku nak sambung balik kerja dekat luar tu.” Balas Ainna sekaligus menutup sangkaan meleset Azri.

“ kau balik rehat dekat rumah je la. Nanti biar aku sambung kerja-kerja kau tu. Macam mana nak kerja kalau badan sakit macam ni.” Arah Azri seakan bos. Ainna senyum tipis. Senang dengan sikap bertimbang rasa Azri. Mulut jejaka itu walaupun kadangkala menyakitkan hati, namun hatinya cukup baik. Itu dia sangat pasti.

“ tak pe la Az. Kau pun banyak tempahan yang nak kena siapkan. Lagi pun tempahan aku tu Mak Cik Fatihah punya. Dia nak aku yang jahit baju dia. Bukan orang lain.” Tolak Ainna lembut. Azri mengeluh kasar, geram kerana tidak mampu membantu Ainna.

“ iya la-iyalah. Dah kau tidur sekarang. 2 jam lepas ni baru bangun. Tempahan lain kau serah pada aku, yang mak cik Fatihah je kau buat. Ok! No objection.” Putus Azri seterusnya beredar dari ruangan rehat yang dijadikan tempat solat itu. Ainna senyum kecil. Cukup bersyukur kerana memiliki teman dan pekerja sebaik Azri.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2016 10:22 PM | Show all posts
Edited by misssakura at 29-1-2016 10:26 PM

Azri berjalan penuh lenggok menuju kearah meja menjahitnya. Matanya berpapasan dengan Adirah yang berkerja sebagai pembantu dikedai jahit milik Ainna. Dia kurang suka dengan wanita berusia 24 tahun itu. Manja dan mengada-ngada malah suka mencari pasal dengannya.
“ kak Ainn macam mana?” soal Adirah sambil menggosok beberapa pakaian yang sudah siap berjahit. Walaupun dia dan Azri tidak sebulu, namun digagahkan juga mulutnya bertanya tentang kesihatan bos kesayangannya itu.

“ nak tahu pergilah tengok sendiri. Bukan tak ada kaki dan mata nak tengokkan.” Laser Azri selamba. Dia mencebik kearah Adirah tanpa perasaan. Adirah meluat, menyampah tengok gelagat Azri yang seperti sotong kurang masak itu.

“ish kau ni… perkara kecil macam ni pon nak bergaduh. Padanlah Kak Ainn tu tak nak dengan kau.” Sesi memprovok sudah bermula. Adirah mula menabur minyak kedalam api. Bukan dia tidak tahu yang Azri suka kepada bosnya. Azri mencerlung kearah Adirah. Kecil besar, kecil besar je gadis itu dipandang.

“hoi perempuan, masa bila pulak aku suka dekat Ainn? Kau jangan nak buat fitnah eh. Aku tak suka perempuan termasuk kau. Mengerti!” marah Azri berapi-api. Apa yang dia tahu rahsia hatinya terhadap Ainna perlu didiamkan.

“ iyelah tu. Kalau tak suka takkan kau simpan gambar kak Ainn dalam purse kau tu. Ingat aku bodoh!” jawab Adirah berani. Apalah nak ditakut dengan sotong tak laku ini. Azri geram, hidungnya sudah kembang kempis menahan amarah yang menggila. Mahu sahaja dia pergi menyerang Adirah lalu ditarik rambut ikal mayang gadis itu. Lagi-lagi rambut lawa itu sudah lama dicemburuinya. Baru puas hati. 2 in 1 orang kata. Baru sahaja Azri mahu membalas bidasan Adirah, tiba-tiba bunyi telefon yang tidak asing lagi menghiasi kedai jahit itu. Azri dan Adirah berpandangan antara satu sama lain. Serentak itu mata mereka berkalih pada telefon milik Ainna yang terletak diatas meja kerja. Azri mara kearah telefon milik Ainna, terpapar nama Izzat didada skrin telefon berkenan.

“ angkatlah weh. Tunggu apa lagi.” Arah Adirah kurang sabar. Manalah tahu panggilan penting, boleh juga Azri memberitahu Ainna sebentar lagi. Cepat-cepat Azri menyambut panggilan yang tidak diduga itu.

“ Assalamualaikum.” Suara Azri dilunakkan. Adirah buat muka loya. Padahal baru tadi bergaduh dengannya keluar suara jantan.

“ waalaikummussalam. Ini telefon Ainna kan.” Soal Izzat ragu-ragu. Lebih curiga apabila lelaki yang menjawab panggilannya itu. Ainna dah ada kekasih ke? Soalnya didalam hati.

“ ye. Ini telefon Ainna. Pn. Ainna dekat dalam tengah rehat. Dia tak sihat hari ini. Ada apa-apa pesanan ke? Soal Azri lembut. Meskipun, sukar hatinya menerima hakikat sedang berbual dengan lelaki yang paling dicemburui, namun Azri cuba berlagak profresional.

“ooo ye ke. Tak ada apa-apa pesanan pon. Cuma, teruk sangat ke kesihatan dia?”

“teruklah jugak tapi jangan risau. Dia dah makan ubat tadi. Kejap lagi okey la tu. “ jelas Azri perlahan. Adirah yang sedang sibuk menggosok pakaian hanya mencuri dengar.

“ boleh saya tanya. Siapa yang bercakap sekarang ni dan kenapa awak jawab telefon untuk isteri saya?” akhirnya Izzat meluahkan persoalan yang telah lama bermain diminda. Kurang senang pula apabila ada lelaki lain yang menjawab telefon bagi pihak isterinya. Semacam suatu kecurangan telah berlaku.

“ saya minta maaf. Saya Azri, pekerja butik ini. Nanti saya beritahu pn Ainna encik Izzat telefon. Ok Assalamualaikum.” Cepat-cepat Azri mematikan panggilan. Mulutnya menjuih kearah telefon bimbit yang dipegang. Naik menyampah mengingatkan persoalan yang diutarakan oleh Izzat sebentar tadi. Adirah yang memerhati tingkah laku Azri tersenyum nipis. Cemburulah tu. Jentik hatinya. Dia kemudian meneruskan kerja tanpa mempedulikan Azri yang kelihatan moody setelah menjawab panggilan telefon dari Izzat sebentar tadi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2016 05:01 PM | Show all posts
Edited by misssakura at 1-2-2016 05:08 PM

Izzat pandang telefon bimbitnya dengan mata yang berkelip-kelip. Rasa kurang senang masih lagi berlegar didalam hatinya selepas berbual dengan Azri, pembantu dikedai jahit Ainna. Dalam masa yang sama hatinya juga dipalit rasa gelisah tatkala mendengar khabar berita perihal kesihatan sang isteri. Harap-harap wanita itu kuat untuk melawan virus demam. Doa Izzat didalam hati.
“ Abang…” Sergah satu suara lunak merdu buat Izzat tersentak. Nyaris telefon bimbit yang dipegang dilambung dek rasa terkejut yang tak terkata. Izzat pandang wajah gadis jelita dihadapannya. Gadis yang berbaju blouse dan berskirt kembang itu kelihatan senyum lebar kepadanya.

“ abang menungkan apa? Sampai saya dah ada depan mata pon tak sedar.” Luah Nana kurang senang dengan sikap Izzat yang jelas tidak menyedari kewujudannya.

“ eh bila sayang sampai? Tak sedar pulak abang.”

“macam mana nak sedar kalau asyik mengelamun je!” bidas Nana geram. Wajahnya dimuncungkan menandakan dia cukup terkilan dengan layanan Izzat.

“ ish mana ada termenung. Yang sayang pun datang lambat sangat kenapa? Janji pukul 2 tapi 2.30 petang baru nampak batang hidung ni kenapa?” cepat-cepat Izzat menukar topic perbualan. Nahas dirinya kalau Nana tahu dia baru sahaja menghubungi Ainna.

“ sorry la abang. Saya ada group discussion tadi. Pukul 1.30 baru habis.” Jelas Nana perlahan. Wajahnya dimaniskan demi mendapat simpati Izzat.

“itulah… abang nak jemput dekat kolej tak nak bagi. Kan dah susah sayang nak kena datang jumpa abang dekat sini. Buat penat sayang je.” Bebel Izzat penuh mengerti. Semestinya dia marah sekiranya perjumpaan antara mereka hanya menyusahkan si kekasih.

“ tak ada yang penat pon abang. Tengok muka kacak abang ni, terus lelah saya hilang.” Bodek Nana nakal. Izzat senyum simpul, tahu sangat dirinya dengan sikap Nana yang pandai bermain kata. Mungkin sebab itu dia jatuh cinta dengan si gadis selain dari rupa parasnya yang sangat cantik itu.

“ hmm abang dah order ke?” soal Nana tatkala matanya terpandang pelayan restoren membawa hidangan ke meja disebelah.

“ dah… kejap lagi sampai la tu. Lepas ni sayang nak pergi mana?” soal Izzat sambil matanya menatap lama wajah Nana yang dirindui. Meski pun saban hari dia menatap wajah si cantik jelita, sikit pon rasa bosan dan jemu tercetus di sekeping hati. Nana senyum simpul. Tangannya sempat menggagau beg sandang tatkala terdengar mesej whatsapps yang menderu masuk kedalam inbox telefonnya.

“ lepas ni keluar jalan-jalan je la bang. Ingat nak balik awal hari ini sebab esok sayang kena pergi hospital. Nak kena buat report tentang tugasan hari tu.” Balas Nana lembut sambil membaca mesej yang diterima.

“ hmm okey. Abang pon ada hal pagi esok. Kita jalan-jalan sekitar sini je la ek. Dalam 5 petang karang abang hantar sayang balik kolej. Okey?”

“okey abang sayang.” Ucap Nana manja namun matanya masih lagi menatap skrin telefon. Izzat kerling kurang senang tingkah laku Nana yang seperti tidak memberi tumpuan kepada bicaranya sepenuh hati. Semacam lain sahaja tingkah laku Nana dua tiga menjak ini. Sering sangat gadis itu melayan telefon apabila berdua dengannya. Apa yang ada didalam telefon itu pun Izzat tidak pasti.

“ Sayang mesej siapa tak berhenti-henti tu?” suara Izzat sudah bertukar nada. Agak tegas seperti menahan rasa cemburu. Nana tersentak. Tidak sedar perbuatannya diperhatikan oleh buah hati.

“ ini umi mesej. Minta duit dengan saya untuk bayar yuran sekolah adik. Tapi saya manalah ada duit. Biasiswa tak masuk lagi. Itu yang panjang sangat cerita dalam telefon ni.” Jelas Nana satu persatu agar Izzat mengerti. Izzat terpukul dengan rasa bersalah. Menyesal pula mengesyaki yang bukan-bukan terhadap Nana. Bukan dia tidak kenal Nana, gadis yang cerdik dan jujur. Gadis ini tidak tahu menipu dan berdolak-dalih.

“ laa… kenapa tak cakap dengan abang. Abang boleh tolong. Berapa yuran adik?”

“ ish tak payah la abang… dah banyak sangat abang tolong saya sekeluarga. Malu dah saya nak minta duit dengan abang. Lagi pun, bukan sorang adik yang nak pakai duit ni. 3 orang. Yang tingkatan 1, tingkatan 3 dan 5. Yang tingkatan 3 dan 5 tu mahal sikit sebab diorang nak periksa tahun ni. Banyak kot aktiviti yang sekolah anjur untuk diorang.” Tolak Nana dengan alasan yang dirasa paling kukuh. Perlahan-lahan telefon bimbit yang dipegang sedari tadi dibenam kembali ke dalam beg sandang.

“ tak apa… abang mampu sayang nak bagi. Berapa semua sekali?” pujuk Izzat lagi. Dia sudah mengeluarkan beg duitnya untuk mengeluarkan wang ringgit lalu diberikan kepada kekasih hati. Dia tidak berkira dengan Nana, buat apa nak berkira dengan bakal isteri sendiri.

“tak nak la. Lagi pun bukan syarikat penerbangan tempat kerja abang tu ada masalah sekarang. Dengar-dengar ura nak menghentikan ramai pekerja. Karang tak pasal-pasal abang salah seorang pekerja yang kena buang."

“ ish tak adalah. Takkanlah dia nak buang abang. I am senior okey! Dah, masalah abang sayang tak payah runsing. Sekarang beritahu abang berada bakal adik-adik ipar abang tu perlukan duit?” desak Izzat agar Nana tidak lagi menolak pertolongannya. Bukan dia tidak kenal sikap Nana yang cukup berkira untuk menerima pertolongannya lagi-lagi dari bab wang ringgit.  Nana mengeluh lemah. Terpaksa menerima bantuan sang kekasih. Kalau tidak diterima karang, lain pulak jadinya.

“ hmm RM 500.”

“ oh banyak jugak.” Spontan Izzat memberi respon.

“ ha itulah. Memang banyak pon. Sebab tu sayang tak nak minta duit abang.” Balas Nana lembut.

“bukan itu maksud abang… maksud abang sekarang ni ialah abang tak ada cash sebanyak tu. Nanti abang bank in je dekat sayang. Boleh?” Izzat memperbaiki ayatnya agar Nana tidak salah faham dengan responnya sebentar tadi. Dompet yang dipegang disorok kembali kedalam poket.

“suka hati abanglah. Abang nak tolong sayang ni pon dah syukur sangat.” Tingkah Nana senang hati. Lepas satu beban didalam jiwanya. Izzat senyum sahaja sebagai balasan jawapan. Dia kemudiannya meneruskan perbualan antara mereka sambil menikmati juadah minum petang.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2016 05:11 PM | Show all posts
Edited by misssakura at 1-2-2016 05:16 PM

Izzat menghempaskan tubuhnya keatas sofa yang menghiasi ruang tamu rumahnya yang agak luas itu. Alat kawalan jauh televisyen dicapai lalu ditekan punat ON. Tidak mahu dirinya dikuasai suasana yang terlebih sunyi didalam rumah sendiri. Sememangnya dia menyewa seorang diri. Malas berkongsi dengan teman-temannya, malah teman-temannya juga kebanyakkan sudah mendirikan rumah tangga. Izzat baca mesej Nana yang mengatakan terima kasih kepadanya kerana telah memasukkan wang sejumlah RM 1000 kedalam bank gadis itu. Dia senyum simpul. Walaupun baru sahaja 2 jam berpisah, namun hatinya sudah mula merindui Nana. Sedang enak melayari telefon, tiba-tiba Izzat terpandang sepotong nama. Terus ingatannya singgah kepada perbualannya dan Azri tengahari tadi.
“hmm macam mana agaknya keadaan Ainna ni. Dia pun tak ada beritahu aku yang dia tak sihat ke apa.” soal Izzat didalam hati sendiri. Pantas nama yang dibaca itu ditekan. Telefon bimbit yang dipegang dibawa ke corong telinga. Menanti Ainna menyambut panggilannya. Tidak sampai 20 saat menanti, panggilan yang dibuat kini telah disambut oleh Ainna.

“ assalamualaikum. Ye Izzat. Kenapa telefon aku?” soal Ainna dihujung talian. Dapat didengar dengan jelas rentak suara Ainna yang berbeza daripada biasa.

“ waalaikumussalam. Hai… nak telefon sahabat sendiri pon tak boleh ke?” luah Izzat dihujung talian. Dia mengubah kedudukan. Mahu lebih selesa untuk berbual dengan Ainna.

“bukan tak boleh tapi takkan saja-saja je kau nak telefon aku. Baik kau telefon Nana daripada aku.” Ujar Ainna dengan nada yang lemah. Tekaknya semakin perit meskipun telah menelan 2 biji panadol. Mungkin, sakit tekak tiada kaitan dengan pening kepala dan panadol adalah ubat untuk pening kepala.

“ hai cemburu ke? Lain macam bunyinya.” Usik Izzat namun usikannya hanya disambut dengan hilaian hambar dari Ainna. Tak larat dia mahu ketawa dengan gurauan Izzat dimalam hari.

“tadi aku telefon kau. Pembantu kau cakap kau tak sihat. Betol ke?”

“hmm… adalah demam sikit-sikit. Kena hujan semalam.”

“ dah pergi klinik ke belum?” soal Izzat mengambil berat. Walaupun Ainna tidak disayang seperti isteri yang sebenar namun kenyataan Ainna adalah isterinya tetap tidak boleh diubah. Isteri tetap isteri dan dia sebagai suami sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mengambil tahu tentang keadaan sang isteri.

“aku dah makan ubat pon. Biasanya, lepas makan ubat eloklah demam aku ni. Tak perlulah pergi klinik. Membazir wang, masa dan tenaga sahaja.” Tutur Ainna panjang lebar. Disiapkan segala alasan agar Izzat tidak memarahinya kerana tidak ke klinik.

“Ish kau ni. Pergilah klinik dulu.ambik ubat yang betul. Demam ada ubatnya, selesema ubatnya lain begitu jugak batuk. Mana boleh main telan panadol je.” Bebel Izzat kurang senang.

“ye la- ye la. Esok aku ke klinik.” Akur Ainna demi menutup leteran Izzat. Malas menadah telinga. Cukuplah kepala dan tekaknya sahaja yang sakit. Dia tidak mahu telinganya pulak menanah melayan bebelan Izzat yang baru sahaja bermula.

“dah kenapa nak tunggu esok. Pergilah sekarang.”

“mana boleh…”

“kenapa pulak tak boleh? Kau tinggal sorang je ke dekat rumah sewa tu?” pintas Izzat pantas. Pelik dengan alasan Ainna.

“aku memang menyewa seorang diri je. Lagi pun sekarang dah pukul 9 malam pun. Lewat sangatlah untuk aku keluar seorang diri.” Terang Ainna sejelasnya agar Izzat mengerti.

“oh ye ke…. Kau nak aku kesana ke sekarang? Temankan kau?” cadang Izzat spontan. Perasaan risaunya menjadi-jadi apabila memikirkan Ainna keseorangan dirumah sewanya dalam keadaan tidak sihat sebegitu. Ainna terkedu. Tidak sangkat Izzat akan mencadangkan sebegitu. Sejuk hatinya tiba-tiba.

“eh kau jangan buat benda gila la. Dah pukul 9 malam ni kot. Pukul berapa baru kau nak sampai kalau bertolak sekarang. Tak payah la susahkan diri. Lagi pun aku ni demam tak seberapa pon. Bukan ini kali pertama aku demam. Tahulah aku jaga diri.” Marah Ainna meskipun dalam hatinya berbunga. Nasib baik Izzat sudah punya kekasih, kalau tidak mahunya dia jatuh hati dengan keprihatinan suaminya itu. Izzat berfikir sejenak. Masih belum hilang rasa gundah memikirkan kesihatan sang isteri.

“ sure ke kau ni. Karang silap-silap kau pengsan dalam rumah macam mana? Dah la kau tinggal seorang.”

“Izzat. Aku dah 28 tahun. Dan aku dah 5 tahun menyewa seorang diri dan sepanjang 5 tahun dah berpuluh kali aku demam. Sepanjang berpuluh kali aku demam tu, tak pernah lagi aku pitam. Jadi kau tak payah nak over reacting sangat. Aku tak apa-apa. Aku masih kuat nak lawan virus demam ni. So don’t worry okey.” Pujuk Ainna bersungguh-sungguh. Namun begitu hatinya terpalit rasa terharu. Sepanjang hidupnya, ini kali pertama ada lelaki yang begitu mengambil berat tentang kesihatannya selain daripada ayahnya.

“ betul ni?” Izzat dihujung talian bertanya untuk lebih kepastian. Rasa risau sedikit demi sedikit mula bergerak meninggalkan tampuk hati.

“betul! Dah cukuplah tu. Aku nak berehat pulak.” Minta Ainna yang terasa kepalanya berpusing. Pening-pening lalat dibuatnya.

“opp sorry. Sepatutnya aku tak mengacau kau rehat. Okey. Good night, sleep tight. Get well soon ye Ainna. Jangan lupa pergi klinik ambil ubat yang betul.” Cepat-cepat Izzat menutup perbualan. Baru tersedar tingkahnya sedari tadi mengganggu masa rehat Ainna yang sedang sakit. Selepas berbalas salam, mereka akhirnya memutuskan perbualan.

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 01:57 AM | Show all posts
sori TT aku dh bukak thread sendiri hahaa..tak tau lak lam ni blh tulis novel xD
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2016 07:10 AM | Show all posts
Victorioussss replied at 2-2-2016 01:57 AM
sori TT aku dh bukak thread sendiri hahaa..tak tau lak lam ni blh tulis novel xD

ok
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 08:50 AM | Show all posts
misssakura replied at 1-2-2016 05:11 PM
Izzat menghempaskan tubuhnya keatas sofa yang menghiasi ruang tamu rumahnya yang agak luas itu. Alat ...

best...cepat2 sambung ye... :-)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2016 06:55 PM | Show all posts
MissMamamia75 replied at 2-2-2016 08:50 AM
best...cepat2 sambung ye... :-)

tq2... kejap gi iol sambung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2016 06:58 PM | Show all posts
Edited by misssakura at 2-2-2016 07:03 PM

Ainna tarik nafas dalam-dalam. Hatinya cukup gembira hari ini. Iyalah, siapa tidak gembira setelah hampir seminggu dia melepek kesakitan akibat demam, hari ini dia telah bebas dari kesakitan itu sepenuhnya. Selera makannya sudah kembali, deria bau dan rasanya sudah wujud, rasa pening lalat dan sakit tekak juga sudah tiada lagi begitu juga batuk dan selesema. Syukur ke hadrat Illahi dengan nikmat yang cukup besar ini. Benarlah kata orang, manusia hanya bersyukur dengan nikmat kesihatan apabila ditimpa musibah kesakitan. Dan apa yang lebih menggembirakan hatinya, saban hari sepanjang satu minggu ini Izzat tidak putus-putus menghubunginya, bertanya akan kesihatannya malah jejaka itu sering kali mengatakan ingin ke Seremban demi melihat dirinya. Namun bagi Ainna, cukuplah panggilan dari jauh itu. Dia tidak mahu Izzat terlalu bersusah payah untuknya. Dia bukan siapa-siapa kepada Izzat, dia hanyalah sahabat dan isteri diatas kertas kepada suaminya itu.
“ hai sayang…. Ceria nampak hari ni.” Tegur Azri yang sedang menacap bedak pada wajahnya. Ainna senyum meleret kearah Azri, langsung tidak canggung dengan ungkapan sayang yang diutarakan Azri padanya. Azri memang sebegitu, suka memanggilnya dengan bermacam-macam gelaran.

“ cerialah Az. Aku dah sihat sepenuhnya hari ni. Thank ye sebab kau banyak bantu aku. Dahlah tolong jahit baju bahagian aku, lepas tu jadi driver aku nak kemana-mana. Terima kasih sangat-sangat.” Ucap Ainna ikhlas. Masih diingat, seminggu dia tidak sihat seminggu juga Azri menjadi driver tidak bergaji kepadanya. Oleh kerana tempahan baju yang tidak putus-putus, buat Ainna terpaksa ke kedai jahitnya selalu meskipun badannya tidak terlalu sihat. Namun syukur ada Azri dan Adirah, kesulitan yang dirasa tidak begitu terasa.

“hmmm tak ada apa-apalah Ainn. Ini masa kau, esok-esok masa aku pon kau tolong jugakkan. Tak payahlah berkira sangat. Kita ni kawan. Siapa lagi nak tolong kawan kalau bukan kawannya sendiri.” Azri berbahasa. Sempat lagi dia menyapu lip gloss pada bibir seksinya itu. Ainna senyum senang.

“ kenapa kau make up dekat sini hari ni? Biasa make up dekat rumah?” soal Ainna pelik. Kali pertama dia melihat wajah Azri tanpa sebarang solekan ketika jejaka itu sibuk menyapu bedak pada muka. Kalau dilihat, Azri punya wajah babyface. Cute atau bak kata orang sekarang jambu. Kalau Azri mengeraskan diri, pasti ramai awek beratur untuk memikatnya.

“ tak sempat nyah… aku oversleep tadi. Banyak sangat labuci nak kena jahit semalam. Pukul 2 lebih jugak baru aku tidur.” Cerita Azri dengan gelagat lembutnya. Ainna senyum simpul, kelakar tengok gaya tubuh Azri yang melentok ke sana ke sini.

“hish kau ni. Kenapa bawak balik kerja dekat rumah. Kerja dekat tempat kerja, dekat rumah tempat rehat. Dah berapa kali aku pesan baru kau nak dengar ni.” Bebel Ainna. Dia mula mencapai kain pasang yang berlonggok diatas meja. Mahu meneruskan kerjanya hari ini. Azri pun sudah kelihatan selesai mencantikkan wajahnya. Jejaka itu kini mara kearah manik-manik dan labuci untuk dijahit pada pakaian.

“ tak sempat nyah… owner tu nak baju tu esok. Kau tahulah nak jahit labuci ni macam mana. Leceh. Ini pekerja kesayangan kau tu mana? Tak nampak batang hidung pon?” Azri menukar topic perbualan. Baru dia tersedar Adirah tiada bersama mereka pagi ini.
  
“ Adirah?”

“ ye la… mana ada pekerja lain dah selain dia dan aku.” Spontan Azri menempelak Ainna. Ainna tersenyum sumbing, malu dengan kebodohan sendiri.

“ dia masuk lambat sikit hari ni. Dalam pukul 10 kot. Dia nak hantar emak dia ke klinik dulu pagi ini.” Jelas Ainna. Azri mencebik. Ada sahaja idea buruknya tentang Adirah.

“hmmm ye la tu. Entah-entah sengaja makan gaji buta. Bukan kau tak tahu budak Adirah senget tu.” Tingkah Azri kurang senang. Ada sahaja isu yang mahu digaduhkan.

“ hish kau ni Az… tak baik tau cakap macam tu. Dira tu budak baik, anak yang taat. Sanggup datang lambat semata-mata ibunya. Kau tahu je la dia tu anak yatim. Emaknya tak sihat, adik dia ramai lagi yang bersekolah. Hanya dia sahaja harapan ibunya. Tak baik tau kau cakap bukan-bukan pasal dia. Kalau dia dengar, kecil hati budak tu.” Ainna sudah mula member tazkirah percuma. Azri masih sama seperti tadi, mencebik bibir bagaikan tersengat tebuan. Langsung kata-kata nasihat Ainna tidak menerobos ke lubang telinganya.

“ yang korang suka sangat bergaduh ni kenapa? Karang aku nikahkan korang berdua baru tahu.” Usik Ainna tanpa pamitan. Azri menjenggil matanya yang disapu eyeliner tebal. Makin mendidih hatinya dengan usikan Ainna yang tak masuk akal itu.

“ eee pleaselah. Aku tak suka perempuan lagi-lagi Adirah senget tu. Kalau kau lainlah.” Balas Azri selamba. Sempat dia memberi kiasan tentang perasaan hatinya kepada Ainna meskipun dia yakin gadis itu tidak mengerti. Ainna gelak halus. Tergeleng-geleng kepalanya dengan kenakalan pekerja-pekerjanya ini.

“ macam-macam la korang. Dah, tak payah banyak bunyi. Jom kita sambung kerja.” Putus Ainna akhirnya. Dia meneruskan tugasnya yang masih menimbun. Azri turut mengambil pendekatan yang sama. Masing-masing diam memberi tumpuan pada kerja yang sedang dilakukan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2016 07:05 PM | Show all posts
Edited by misssakura at 2-2-2016 07:10 PM

Izzat termenung sejenak. Surat yang diterima daripada pihak atasan sebentar tadi direnung tajam. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang kini terjadi kepadanya. Digosok mata beberapa kali, masih berharap jam 5 petang ini mimpi ngeri semata-mata. Namun, saat mata yang terpejam itu terbuka surat yang mengubah kehidupannya masih utuh didalam genggaman. Tidak berganjak walaupun sedikit. Izzat mengeluh lemah. Gundah, sedih dan kecewa menyanyi disetiap sudut hatinya. Apa yang dia perlu lakukan sekarang? Apa yang harus dibuat? Perlukah perkhabaran duka ini dinyatakan kepada keluarganya. Namun pasti ibubapanya kecewa dan sedih. Jadi, apa yang dia boleh lakukan? Izzat terus tenggelam dalam kedukaan sendiri.



Nana menyedut fresh orange yang ada didepan mata. Matanya menatap wajah jejaka tampan yang kini sedang tersenyum girang kearahnya. Nana membalas sennyuman lelaki itu.
“ Doktor tak sibuk ke hari ini?” soal Nana membuka bicara. Rimas juga dirinya melayan renungan tajam milik Doktor Khairul yang sedari tadi ralit merenungnya.

“ kalau sibuk pun, saya akan buat tak sibuk demi bertemu awak.” Balas Khairul dengan senyuman manis. Cuba menarik hati Nana dengan kata-kata puitisnya. Nana tersengih, kenal sangat lagak lelaki yang cuba mendapatkan cintanya. Dia bukan tidak pernah bercinta, malah dia sedang bercinta.

“ by the way, tak nak la awak panggil saya doctor. Skema sangat! Panggillah abang. Kan lebih sweet.” Tambah Khairul dengan senyuman yang meleret. Semakin berani bermain kata dengan Nana yang kelihatan jinak-jinak merpati. Namun dia tahu, wanita seperti Nana tak mudah untuk dimiliki.

“ish… tak nak la. Masa bila pulak emak saya mengandungkan doctor.” Tolak Nana lembut. Hidangan nasi goreng yang dihadapannya mula disuap kedalam mulut. Namun belum lagi sempat suapan kedua memasuki mulutnya, sudu didalam genggamannya dirampas oleh Khairul. Dengan selamba jejaka itu menyuap mulutnya dengan nasi goreng yang sudah disudukan oleh Nana. Nana menjengil mata, aneh dengan sikap lepas laku Khairul padanya.

“ kita dah kiss! Indirect kiss. Tapi kalau awak nak yang direct punya boleh aja.” Usik Khairul dengan senyuman yang cukup nakal. Nana tergelak kecil. Ditepuk mesra bahu Khairul yang gemar mengiatnya.

“ eee… tak malulah awak ni. Nasi goreng sendiri dah ada, sibuk nak makan yang saya punya.” Nana pura-pura merajuk. Khairul senyum kecil, tangannya mencubit lembut pipi gebu milik Nana.

“ comel tau awak ni. Nak je saya gigit-gigit pipi gebu awak ni.” Wajah cerah Nana berubah merah padam dengan usikan Khairul. Selama ini Izzat tidak pernah seromantik ini dengannya. Lain sungguh sikap Izzat dan Khairul. Dia tiba-tiba sahaja membandingkan dua jejaka berbeza itu.

“ janganlah macam ni… malulah saya. Dah makan. Kejap lagi saya nak balik, ada discussion dekat kolej.” Marah Nana sambil menepis tangan Khairul yang sudah merayap ke hidungnya. Namun begitu, dia suka dengan sikap Khairul yang lebih terbuka dan santai. Tidak membosankan seperti Izzat.

“ ala nak balik dah? Baru ingat nak ajak awak pergi tengok wayang. Jangan balik lagi sayang… please. Bukan selalu tau saya datang sini.” Pujuk Khairul dengan rengekan manja. Tangannya tidak lagi menyentuh wajah Nana, dia sedar Nana bukan perempuan semurah itu.

“awak… saya ada quiz esok. Kena study malam ni. Awak lainlah dah kerja. Hujung bulan masuk gaji, poket penuh. Saya ni belajar pon tak habis lagi.” Tolak Nana lebih tegas. Awal-awal pengenalan mana boleh melayan sangat kehendak si lelaki. Nanti dia bosan pulak. Kena pandai main tarik tali.

“ awak selalu macam tu. Tak kesian ke dekat saya yang minta cuti semata-mata nak jumpa awak ni.”

“aik… mengungkit nampak. Tak ikhlas la tu datang jumpa saya.” Bidas Nana. Khairul menjuih bibir. Tahu, dia tidak akan menang kalau berlawan kata dengan Nana yang panjang akal dalam mencipta jurang antara mereka.

“ bukan mengungkit tapi kecewa je. Tapi tak apalah. Dah awak tak sudi nak lepak dengan saya takkan nak paksa pulakkan.” Balas Khairul seakan jauh hati. Nana senyum kecil. Matanya pandang sahaja wajah keruh milik Khairul.

“ salah awak la. Yang datang tempat saya tak beritahu siapa suruh. Kalau awak beritahu mungkin kita boleh planning elok sikit. Ini tidak, tetiba je terjengul dekat asrama perempuan. Habis surprise la tu.” Tempelak Nana selamba. Bukannya nak dipujuk Khairul, namun menambah kecewa dihati jejaka itu. Khairul buntang mata kearah Nana. Tatkala mereka bertentang mata, terus rasa lucu timbul didalam hati. Masing-masing melepaskan tawa besar.

“ ish awak ni Nana. Kalau bercakap nak menang aja. Sepatutnya awak ambil bidang guaman bukan medic.” Akhirnya Khairul mengalah. Nana senyum sahaja.

“ bukan saya nak menang tapi itu memang kenyataannya. Awaklah yang salah tadi.” Tegas Nana mempertahankan haknya. Khairul geleng kepala. Sikap nakal yang manja Nanalah yang buat dia tidak lena tidur saban malam.

“iyelah-iyelah. Saya yang salah. Awak je yang betul.” Akur Khairul. Malas bertekak perkara sia-sia dengan si gadis. Mereka terus berbual hingga ke maghrib sebelum sama-sama meminta diri untuk beredar.

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:31 AM | Show all posts
misssakura replied at 2-2-2016 02:05 PM
Izzat termenung sejenak. Surat yang diterima daripada pihak atasan sebentar tadi direnung tajam. Dia ...

Layan jugak citer ni walaupun plot "suami - isteri kontrak" agak skeptikal...tapi nak juga lah baca

Belum tahu lagi ye tajuk nak buh apa...apakata kalau tajuknya Suami, Isteri dan Kawan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2016 06:35 PM | Show all posts
kambeng_masam replied at 3-2-2016 10:31 AM
Layan jugak citer ni walaupun plot "suami - isteri kontrak" agak skeptikal...tapi nak juga lah bac ...

sebenarnya iol pon x gemar mana plot citer suami isteri kahwin2 ni tapi sebab paling mudah nak buat iol buat jer la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.097957 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list