Edited by otomatic_prince at 3-2-2016 10:14 AM
Baru-baru ini, pelakon Salih Yaacob, 55, telah menceraikan isteri keduanya Nor Raha Ahmad, 47, katanya atas permintaan Raha sendiri. Salih turut memberitahu antara puncanya ialah reunion skeolah yang dihadiri oleh Raha dan orang ketiga yang kini menjadi suami Raha. Kepada Utusan Online, Raha memberitahu itu bukan sebab-sebab dia meminta cerai, sebaliknya dia sudah meminta untuk Salih menceraikannya sejak empat tahun lepas.
![](http://i1.wp.com/i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/AARIZ/AARIZ001/aarifrahman/Salih-Yaakob_cerai.jpg?w=584) Poligami itu tidak salah dan tipulah kalau saya katakan, hidup bermadu ini manis-manis belaka. Mesti ada satu ketika kita akan terasa sekiranya suami kita melebih-lebihkan isteri yang lain. Sebenarnya saya sudah lama meminta untuk dilepaskan iaitu sejak 2012 lagi tetapi, tahun lepas saya nekad untuk bercerai. Bukan kerana orang ketiga, cuma saya rasa sudah tiba masa­nya untuk saya me­ngundurkan diri.
Malah, Raha yang merupakan ibu kepada enam orang anak memberitahu punca perceraian mereka ialah masalah kewangan. Raha memberitahu dia juga telah lama memendam rasa kerana Salih tidak memberi perhatian padanya dan tidak berlaku adil sepanjang perkahwinan mereka. Jangan menafikan masalah kewangan adalah punca. Selama ini saya meniaga sendiri dengan menjual rempeyek untuk menyara hidup anak-beranak. Bukan Salih tidak memberi wang tetapi, mana cukup untuk kami enam beranak. Saya percaya ini adalah jalan yang terbaik dan saya rasa lega serta tidak menyesal. Saya berharap agar semua pihak tidak lagi menuduh yang bukan-bukan terhadap saya dan keluarga.
Menurut Raha, dia mengenali suami barunya sejak kecil lagi dan tidak pernah bersekolah sama, jadi reunion mahupun kewujudan orang ketiga tidak sepatutnya dikatakan punca kegagalan perkahwinan mereka. Malah, Raha mengakui dia kini lebih bahagia setelah bercerai dengan bekas suaminya itu. Begitulah, bila sudah bercerai perkara yang tidak sepatutnya juga terdedah. Lebih baik jika dianggap sudah tidak ada jodoh dengan pasangan itu dan move on supaya kita boleh membina kehidupan baru yang lebih bahagia.
---------------------------
Jika sebelum ini pengakuan Salih Yaacob yang tidak menolak punca penceraiannya bersama isteri kedua, Nor Raha Hamad adalah berpunca daripada majlis reunion sekolah, baru-baru ini melalui akhbar Kosmo!, Raha menafikan perkara tersebut.
“Selepas saya luahkan hasrat untuk berpisah, dia terus mendiamkan diri selama dua bulan. Sepanjang tempoh itu juga, dia langsung tidak menghubungi saya untuk bertanyakan khabar. Malah saya juga tidak ada menerima apa-apa mesej atau WhatsApp daripadanya”
“Dia juga langsung tak balik ke rumah ketika itu. Sehinggalah saya betul-betul rasakan sudah tiba masanya dan minta untuk dilepaskan, maka kami berpisah secara rasmi pada 1 September tahun lepas,” katanya dipetik dari Kosmo!
Tambah Raha, dia mula berjumpa dengan suami barunya adalah selepas daripada dia diceraikan oleh Salih selain dakwaan yang mengatakan punca penceraian ini mempunyai kaitan dengan reunion mahupun kehadiran orang ketiga.
“Saya memang tidak pernah ada hubungan dengan mana mana lelaki lain sepanjang bergelar isterinya. Soal berkawan dengan lelaki yang kini menjadi suami baharu saya, ia berlaku selepas saya sah bercerai”
“Sepanjang saya masih isterinya yang sah memang tidak ada apa apa hubungan lain. Jadi tidak timbul isu orang ketiga,” jelasnya. (rtky/s)
|