Tahniah kepada Stacy dan Akim yang bakal disatukan sebagai suami dan isteri dalam satu majlis pernikahan yang akan diadakan pada hari Jumaat ini. Menurut Stacy, majlis penuh bermakna buat beliau akan berlangsung secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di bandar Kota Kinabalu, Sabah pada jam 10 pagi dan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak sahaja. Stacy berharap peminat mendoakan yang terbaik dan semoga segala perancangan berjalan dengan lancar. Doakan segalanya berjalan lancar.
Majlis persandingan pula akan diadakan pada sebelah malam di lokasi yang sama manakala majlis pihak lelaki pula diadakan pada 26 Februari ini di Johor Bahru yang turut menjemput peminat. Semoga segala perancangan Stacy dan Akim akan berjalan seperti yang dirancang. Tentu kedua-duanya sudah tidak sabar untuk bergelar suami isteri bukan? Hehe..Harap kekal sehingga akhir hayat. Amin.. Sumber Berita: Harian Metro
|