View: 761|Reply: 1
|
[Tempatan]
{2} Pesawat Hercules C-130 mendarat cemas di LTAK!
[Copy link]
|
|
09/02/2016 11:17pm
KUCHING - Sebuah pesawat Hercules C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas mengalami masalah elektronik kompas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini malam ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Nor Hisham Mohammad berkata, pesawat yang membawa 94 penumpang termasuk kru dari Kota Kinabalu, Sabah itu berjaya mendarat dengan selamat di LTAK pada pukul 8.58 malam.
"Pasukan bomba dan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.13 malam.
"Insiden tersebut tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi. K ! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah semua penumpang dan crew selamat |
|
|
|
|
|
|
| |
|