CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2290|Reply: 0

9 Tips Penjagaan "Miss V" Untuk Kekal Sihat Dan Bersih

[Copy link]
Post time 12-2-2016 06:58 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ






Sering kali wanita mengabaikan kesihatan dan kebersihan organ intim kewanitaan mereka mungkin kerana ia terlindung. Banyak tips membersihkan vagina secara alami dan dapat anda lakukan sendiri dirumah.


Berikut adalah beberapa cara untuk menjaga kebersihan vagina agar sentiasa terhindar dari bakteria dan kuman.


1. Ketika anda membasuh vagina, pastikan cara membilas adalah dari arah depan ( vagina ) ke belakang (dubur). Ia adalah untuk menghindari  bakteria atau kuman dari dubur ke vagina. Gunakan air bersih jernih untuk membasuh vagina, anda juga boleh menggunakan air suam untuk membasuh ditempat sulit itu.

2. Pastikan vagina sentiasa kering setelah selesai membuang air kecil atau buang air besar. Keringkan terlebih dahulu vagina anda sebelum anda memakai seluar dalam. Ini kerana jika vagina anda lembab,  bakteria dan kuman akan mudah tumbuh dan membiak.

3.  Menukar seluar dalam minimum 2-3 kali sehari. Seluar dalam yang basah/lembab memberi peluang pembiakan kulat.

4. Memakai seluar dalam yang tidak terlalu ketat, agar  udara disekitar organ intim anda bergerak dengan baik dan organ intim anda tidak terasa panas dan berpeluh. Gunakan seluar dalam yang diperbuat dari kapas yang mampu menyerap peluh dengan baik.

5. Ketika anda sedang datang bulan, sentiasa menukar tuala wanita setiap 4 jam sekali. Ini kerana selama darah kotor mengalir keluar akan menjadikan vagina sebagai tempat pembiakan bakteria.






6. Jangan menggunakan bedak pada organ kewanitaan anda walaupun tujuan anda untuk membuat vagina anda berbau wangi. Bedak memiliki molekul yang lebih halus dan cepat diserap oleh cairan yang keluar dari tubuh. Bedak akan menempel pada dinding vagina dan vulva yang dapat menyebabkan kuman mudah hinggap.

7. Gunakan panty liner ketika anda mengalami keputihan. Hal ini bertujuan agar keputihan yang anda alami tidak meninggalkan kesan pada seluar dalam dan menjadikan seluar dalam anda lembab.

8. Jika anda selesai melakukan hubungan seksual, segeralah mencuci bahagian luar vagina anda sehingga bersih. Ini bagi mengelakkan kekotoran dari luar melekat di vagina.

9. Perbanyakkan meminum air putih minimum 8 – 10 gelas sehari.


Pastikan sista mengikut setiap tips diatas jika inginkan kesihatan dan kebersihan "Miss V" anda sentiasa berada ditahap yang baik. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba. Vagina sihat dan bersih, suami pasti sayang. - CARI Infonet.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
akku3kuku
Views : 202 Replies : 0
all the best
akku3all the best
Views : 1414 Replies : 0
kukku
akku3kukku
Views : 2424 Replies : 0
Haram jadah punya sepet, betina tersial. Laii..laiiii
sonic-bertaikHaram jadah punya sepet, betina tersial.
Views : 5472 Replies : 1
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 26486 Replies : 119
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 11085 Replies : 11
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 28039 Replies : 172
Aliff Aziz Kini Muncul Dengan Awek Sabah - Gambar
piaoAliff Aziz Kini Muncul Dengan Awek Sabah
Views : 24917 Replies : 93
Seram nyaaaa
laqoyahSeram nyaaaa
Views : 7478 Replies : 0
Betina tersial Cari Forum
laqoyahBetina tersial Cari Forum
Views : 7479 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.040157 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list