View: 3357|Reply: 7
|
[Dunia]
Elak Bayar Cukai, Brazil Beku Aset Ratusan Juta Milik Neymar
[Copy link]
|
|
Edited by jelitaqasyah at 17-2-2016 11:24 AM
Penyerang bintang bola sepak Brazil, Neymar berusia 23 tahun dibekukan aset termasuk sebuah kapal layar, jet peribadi dan beberapa hartanah miliknya bernilai hampir AS$50 juta (RM210 juta) oleh pihak berkuasa Brazil.
Mahkamah persekutuan Sao Paulo menolak rayuan penyerang Brazil itu minggu lalu dan mengeluarkan waran untuk membekukan asetnya.
Tahun lalu, Neymar, keluarganya dan perniagaan yang ada kaitan dengannya didapati bersalah mengelak membayar cukai bernilai hampir AS$16 juta (RM66.8 juta) antara 2011 dan 2013 ketika dia bermain untuk kelab Brazil, Santos.
Pemain berusia 23 tahun itu menggunakan jet itu untuk terbang ke Brazil bagi menyertai perlawanan kelayakan Piala Dunia dan bercuti.
Pada 2 Februari lalu,
Neymar dan bapanya disoal selama tiga jam di mahka mah Madrid mengenai pemindahan pemain itu ke Barcelona. Kes itu dibangkitkan oleh Grupo Sonda, yang membuat pelaburan pada awal karier pemain itu dan mendakwa berhak ke atas 40 peratus daripada yuran pemindahannya.
Barcelona membelanjakan hampir 83.3 juta euro (RM389 juta) untuk mendapatkan Neymar.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
muda muda dah kayo...pakcik dah tua baru kayo...tu pun income tax tak kejar sbb duit sembunyi dalam hutan... |
|
|
|
|
|
|
|
muda muda dah kayo...pakcik dah tua baru kayo...tu pun income tax tak kejar sbb duit sembunyi dalam hutan... |
|
|
|
|
|
|
|
Pemain barca terkenal dengan tak bayar cukai..messi,mascherano pun sama |
|
|
|
|
|
|
|
sebagai p.a neymar. neymar cakap ' no komen '
|
|
|
|
|
|
|
|
girtuhhh...kelasss jwpan neymar
|
|
|
|
|
|
|
|
Xnk byr cukai byr la zakat pastu tunjuk resit makin kaya makin ngelat. X suka kerajaan la tu, byr jela mana taw mmg guna utk kebaikan. Klu guna utk bnda lain tu no komen |
|
|
|
|
|
|
| |
|