View: 3261|Reply: 9
|
Atuk'S Best Friend, Hanya Mereka Yang Rapat Dengan Atuk Sahaja Faham
[Copy link]
|
|
oleh : Fyruz Hanna
Dialah orang yang memberi kamu semangat dan mempengaruhi kebanyakkan keputusan yang kamu buat di dunia ini. Seseorang yang akan simpankan makanan kegemaran mu di saat anda melawatnya.
Samaada dia ada bersama kamu atau ianya merupakan memori indah dalam hidup kamu, jika kamu punyai datuk yang kamu anggap seorang yang terdekat dalam hidup kamu, ini sebab yang harus kamu bangga kerana menjadi rakan baik atukmu.
1. Dia adalah role model anda
Kita mungkin sahaja bertengkar dengan ibu bapa, tak setuju dengan pandangan ibu ataupun bapa. Namun atuklah pendamai antara kita. Berapa kerap kita atuk menasihati kita supaya sabar. Tanpa ibu bapa siapalah kita.... bukan?
2. Dia pencerita terhebat
Bukan semua akan hargai cerita lalu anda tetapi berbanggalah jika boleh dengar pengalaman emasnya semasa muda.
3. Dia yang ajar kamu sesuatu yang baru
Itu adalah benar. Mungkin sahaja kamu pandang rendah pada mereka warga tua namun pengalaman hidupnya tak harus kamu rendahkan kerana mereka makan garam dahulu berbanding kamu.
4. Dia pemberi nasihat terhebat
Masalah di tempat kerja? Cinta? Bergaduh dengan ibu atau ayah? Ternyata dia merupakan tempat kamu luahkan isi hati. Dan dia juga tempat rujukan kamu meminta segala nasihat kerana mungkin dia penah melakukan kesilapan dalam hidup dan tak mahu kamu ulangi kesilapan dirinya.
Sayang atuk!!!~~
-CARI Infonet. |
|
|
|
|
|
|
|
rindu arwah atuk...Al -fatihah |
|
|
|
|
|
|
|
Kita pun rindu arwah atuk. Al- Fatihah
Masa kecik memang best friend dengan atuk, nenek. Macam2 arwah ajar. Masuk sekolah tadika, arwah atuk hantar dan ambil naik basikal. Kadang jalan kaki. Rindu sangat |
|
|
|
|
|
|
|
rindu kt arwah atuk n opah.... |
|
|
|
|
|
|
|
yess... atuk lah best friend sy...... |
|
|
|
|
|
|
|
tak rapat sgt ngan arwah Atuk dulu.. sebab duk jauh sgt kot.. tapi anak aku yg skrg nie cam bakal member ketat ngan bapak aku.. cucu pompuan pertama n tunggal lagi buat masa nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
macam anak saudara saya dengan atuk dia,
kami panggil dorang BFF.
kalau cucu lain cium atuk, anak saudara yang ni
siap bergaduh memuncunglah dengan sepupu dia.... |
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah merasa sayang atuk..
masa aku kecik plak suka berak dalam seluar jadi nenek aku slalu marah jadi aku rasa nenek aku benci aku. tp bila dah besar ganyut ni baru aku leh pikir, patut la arwah nenek aku slalu marah aku. ape jadah yg aku suka sgt berak dlm seluar kan dah kena marah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|