LONDON: Seorang terbunuh dalam insiden loji kuasa yang runtuh di selatan Oxfordshire yang berpunca daripada satu letupan.
Pihak pemadam kebakaran Thames Valley mengesahkan kematian terbabit manakala 4 lagi mangsa cedera parah sementara 3 lagi dilaporkan hilang.
Loji ini yang telah ditutup pada tahun 2013 dalam proses pembersihan. Pemanas loji kuasa Didcot A meletup dan menarapkan bangunan tersebut sementara pekerja sedang melakukan kerja pembersihan di luar bahagian bangunan tersebut. -CARI Infonet.