|
Oleh Adib ZA
Baru-baru ini, model dan aktress cantik, Olivia Munn mendedahkan rahsianya menjaga kesihatan kulit agar tampak bebas cela dan kedutan, juga awet muda selalu.
Dia mengakui cuba menjauhkan diri daripada suntikan-suntikan untuk cantik ataupun pembedahan plastik.
Menerusi satu gambar yang dimuat naik oleh Munn sendiri, tampak perbezaan wajahnya pada tahun lalu dan tahun ini iaitu bintik-bintik pigmentasi semakin pudar dan juga kulit menjadi lebih 'glowing'.
Rahsianya, Munn sentiasa mengambil ubi keledek Jepun yang dikenali sebagai ubi Satsumaimo! Ia dipercayai mengandungi Hyaluronic Acid yang tinggi dan baik sebagai agen anti-penuaan.
Ubi yang terdiri daripada pelbagai warna seperti hijau, kuning, merah dan ungu ini turut mengandungi vitamin C dan serat yang baik untuk keseluruhan tubuh.
Ubi 'anti penuaan' ini boleh dimakan dengan cara membakarnya, merebus, dimakan bersama ais krim, buah-buahan dan banyak lagi.
(Sumber foto: Carian google)
Pakar mengesyorkan pengambilan ubi keledek Jepun ini untuk fungsi menghilangkan kedutan pada wajah, kecuali leher. Menarik kan? - CARI Infonet |
|