CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5365|Reply: 0

[Edisi Fizik] Puisi Kenangan buat Satyendra Nath Bose, Empunya nama "Boson"

[Copy link]
Post time 3-3-2016 05:48 PM | Show all posts |Read mode


Ultracold Atoms...Bose-Einstein Condensation

Bose-Einstein condensation nama diberi,
Merupakan elemen ke-5 sifat bahan punya identiti,
Benda ni jadi kalau suhu sejuk sekali,
Pada suhu mutlak 0 Kelvin dari ramalan teori,


Bahan ke-5 pelengkap elemen bahan setakat ini,
Pepejal, cecair, gas dan plasma identiti,
Bahan ini diramal-pertama dari segi teori,
Berlawanan dengan cerita superkonduktor mula dikenali,


Diramal sekitar dekad ke-2 abad ke-20 kalender Masihi,
Oleh saintis dari negara Mahatma Gandhi,
Dikenali sebagai Satyendra Nath Bose keturunan Bengali,
Yang peliknya dia takde ijazah PhD,


Dok kaji-tulis pasal Max Planck punya hukum radiasi,
Nak publish paper, kena tolak-reject, takdak penerbitan yang sudi,
Try hantaq kat Einstein kot2 boleh kasik idea berisi,
Einstein nampak wow! Ni baguih, alter skit tukaq bahasa Germany,
Hantar kat Zeitschrift für Physik, lulus-terbit senang sekali,


Mula pada saat tu, dia glamer, dah boleh pie luaq negeri,
Berkawan dengan saintis yang tersohor sana sini,
Orang dah mula gila cakap eksperimen boleh ka buktikan dia punya teori,
Selama 70 tahun orang dok try macam-macam punya eksperimentasi,
Semata-mata nak buktikan teori Mr. Bose ni,


Lewat 80an, saintis dok cuba dengan alatan terkini,
Terutamanya depa kat MIT,
Try mula dengan atom hydrogen punya ciri,
Tapi eksperimen tak mau jadi,
Kalau betui teori dia, atom akan berkumpul kat satu level energy,
Ikut hukum fizik kuantum punya identiti,
Level ground-state akan dimonopoli,
Pasti akan wujud satu giant-wave nanti,
Pasal atom hilang masing2 punya identiti,
Dah tak tau apa depa punya jati diri,
Akibat suhu sejuk ekstrim sekali,
0 Kelvin paling sejuk dalam alam semesta kita ini,


Senang cakap gelombang atom akan overlap sana-sini,
Lebih dari gelombang de Broglie,
Ibarat macam benang kusut masai bertindih-diri,
Akhirnya terbentuk elemen baru punya identiti,


Tahun 1995 kejayaan dikecapi,
Oleh 3 saintis, 2 dari Colorado, sorang dari MIT,
Depa dapat bukti-hasil secara eksperimentasi
Bose-Einstein punya teori-kondensasi,
Dinobatkan hadiah Nobel 2001 dari Stockholm punya institusi,
Cuma kesian kat Mr Bose je, dia tak dapat Nobel dari kerja dia sendiri,
Ada la beberapa anugerah lain yg depa kasi,
Antara nak kenang jasa dia beri nama Boson utk salah satu dari dua zarah di dunia ini,
Bagi pengubat luka di hati…
Mungkin depa terlepas-pandang, walaupun nama dia pernah dicalonkan ke komuniti,
Mungkin dia tak layak, pasal kerja eksperimen lebih banyak signifikasi,


Dah 15 tahun ‘atom sejuk’ ni saintis perolehi,
Namun belum nampak-jelas dia punya aplikasi,
Tapi benda ni banyak signifikasi,
Pasal ‘atom teperangkap-sejuk’ boleh dimanipulasi,
Antara yang famous – atom chip punya aplikasi,
Kombinasi atom dengan peranti elektronik macam2 boleh dikaji,
Antara yang depa gila la ni adalah kuantum komputasi,
Nak kasi laju gila keupayaan komputer punya story,
Tapi benda ni dok macam sains-fiksyen punya cerita setakat la ni,
Mungkin lagi 20 tahun baru ada erti-aplikasi,


Dalam dunia nano pun banyak boleh diterokai,
Pasal boleh dimanupulasi untuk kaji benda kecil sekali,
Salah satu sumbangan dalam kuantum punya revolusi,
Dalam nak paham kita punya origin-story,
Dalam perubatan pun org try dia punya aplikasi,
Nak kesan kanser pun ok jugak ni,
Cuma eksperimentasinya agak sukar sekali,
Kena upgrade banyak benda termasuk instrumentasi,


Cuma kat Malaysia takde org buat benda ni,
Payah la aku nak start research sendiri,
Setahun dua lepas PhD boleh la dok corner results sana sini,
Lepas tu nganga la, takdak sapa nak join sekaki,
Alamatnya kena tukaq bidang la nanti,
Takpa janji boleh apply Madya di suatu hari,
Janji cukup duit senang hati…..
Hahahahahhahahahahhahahaha…….

Hasil nukilan Hazri Halif (Phd University of Nottingham)




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.396491 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list