View: 2106|Reply: 12
|
[Edisi Amuk] : Lelaki Maki Hamun & Cabar Polis Bertumbuk
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber video : akaun FB ayie.razali.3/
Baru-baru ini, ekoran mengamuk di balai polis Bukit Payong, Marang, Terenggganu, seorang lelaki berdepan tindakan kena lokap oleh pihak polis.
Menurut sebuah video yang tersebar meluas di media sosial. kelihatan lelaki terbabit beritahu nyawa dirinya terancam, justeru memohon pihak polis memberi kebenaran untuk bermalam di balai polis, tapi permohonannya telah ditolak oleh pegawai polis yang bertugas, susulan itu dia bertindak mengamuk dalam balai polis.
Berdasarkan paparan visual, jelas kelihatan pegawai polis cuba menenangkan lelaki berkenaan, namun sebaliknya diserang oleh lelaki tersebut dengan tomahan dan cacian yang kesat.
Gabungan laporan Bernama, akhbar Bahasa Melayu dan Akhbar bahasa Inggeris The Sun, kejadian tersebut berlaku pada tarikh 7hb Mac, waktunya kira-kira pada pukul 4.30 pagi.
Individu yang mengamuk itu menyatakan dirinya dipanggil 'Tok Yie' dan berumur 29 tahun.
Ketika kejadian berlaku, dia diteman oleh seorang kawan menuju ke balai polis.
Selain memaki hamun pegawai polis yang bertugas, lelaki tersebut turut memecah peralatan komputer, sambil mencabar pegawai polis bertumbuk dengannya.
Difahamkan, setelah membuat kacau, dia berjaya mengawal emosinya buat seketika dan keluar dari balai polis. Tapi tanpa disedari sekitar pukul 7.30 pagi. lelaki berkenaan sekali lagi kembali ke balai polis bersama 4 orang kawannya, yang paling menakutkan adalah kali ini dia bawa bersama sebilah parang.
Ekoran itu, pihak polis memberkas kelima-lima orang itu dan menjalani ujian air kencing, hasilnya kelima-lima individu tersebut didapati semuanya positif dadah.
Buat masa ini, pihak polis masih dalam siasatan berhubung perkara tersebut.- CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
tok yie
rajin search pesbuk die 'Ayie Lanun'
macam2 video masuk air die |
|
|
|
|
|
|
|
base natang nih mabuk dadoh ke siap ajok gocoh polis
memalukan sep2 pantai timur jah sis
#matganugocohpolis |
|
|
|
|
|
|
|
kalu dari awal ko gi je balai ngaku isap dadah kan senang |
|
|
|
|
|
|
|
Motif kau nak tido balai polis wahai berwouk? Busuk lah |
|
|
|
|
|
|
|
Friend Fakebook heshe jatey belako yea? Sesuatu sangat ker heshe taste dengan habang polisi ittue? |
|
|
|
|
|
|
|
Saja buat mengamuk supaya kena tahan lokap..lps dr sesiapa yg ancam dia...teringat dulu ada drama cina ..saja dia luku kepala polis supaya kena penjara |
|
|
|
|
|
|
|
ini ngam ikat bawah pokok bagi makan semut kerenga... |
|
|
|
|
|
|
|
Vavee sangat, kesian kat habang2 polis kesayangan aiiii!
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada gak tengok fb dia haritu.. mmg mcm substance abuser jah.... pasal peknenkan anak org pon nak tulis kt fb |
|
|
|
|
|
|
| |
|