CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7322|Reply: 25

Tak Payah Pi Korea, Boleh Buat Sendiri Je Kimchi Sedap!

[Copy link]
Post time 16-3-2016 05:19 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Siapa suka makan makanan Korea? Lagi-lagi Kimchi. Biasa juga dengar dan tengok bila tonton drama atau filem Korea pasti ada bab yang mereka akan makan Kimchi.

Kenal tak Kimchi ni apa? Ala, sebenarnya kobis jeruk je pun. Sedap ke tak? Ha, penulis pernah makan. Sedap jugalah. Pedas-pedas masam gitu.

Nah, penulis kongsikan resepi Kimchi daripada saudari Siti Zalina tapi dah diolah bagi 'cun' untuk anda semua. - CARI Infonet



Cara-cara penyediaan


1) Sediakan Kobis cina atau kobis panjang dipotong 2 atau 4, rendamkan dengan garam dan sedikit Rendam sampai lembut kalau boleh lebih daripada 4 jam.



Cara nak buangkan masin, rendam dengan air biasa tapi perlu ditukar ganti airnya sehingga kurang masin.



2) Bahan-bahan lain yang diperlukan :

Lobak, kucai dan daun bawang dipotong halus

Bahan-bahan berikut pula untuk 1 biji kobis dan sayur-sayur lain


Buah pear Korea 1 biji (kisar dengan secawan air)
Cencaluk 1/2 botol
Cili flake 250gm
Bawang putih 10 ulas
Cili merah besar (buang biji) 5 biji
Halia setengah inci
Nasi satu senduk
Sos Ikan 5 sudu makan



Semua bahan kecuali cili flake dikisar dengan air buah pear tadi.
Dah siap campur cili flake, rasa ikut selera masing-masing.


3) Gaulkan pes, cili merah, bawang putih, halia, cencaluk, cili powder dan air buah pear tadi.
Boleh masuk bancuhan tepung kanji atau nasi yg dikisar dengan sedikit air. (untuk memekatkan sos, tambah cili padi nak bagi pedas)





4) Kobis yang dah siap dibasuh bolehlah diletak pes. Pastikan letak setiap helaian sayur.






5) Sayur lain gaul dalam bekas lain kemudian baru diletak sekali dengan kobis seperti gambar di bawah. Kemudian simpanlah dalam bekas untuk beberapa hari, selepas itu bolehlah makan dengan nasi atau apa sahaja.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2016 05:28 PM | Show all posts
dok nerahi akuuuuuu!


*berahi
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat peti ais ada, auntie kirim. Makan dengan nasi putih panas2 sedap gila!
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa pakai cencaluk? Tukar sos ikan lagi sedap kot.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by munchkin at 16-3-2016 05:38 PM

Mana ada pakai chili glakes?  Rasa lain benor. Kaler pun lain. Orang pakai gochugaru. Korean ted chili powder. Tak berapa pedas and sweet sikit rasa dia. Cili flakes pedas and pahit. Lagi satu kena pakai sweet rice flour/tepung pulut. Cencaluk pun tak pakai lah. Aiyooo

Pakai chili flakes tu nampak gelap tak cantik dah macam kuah rojak pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 05:41 PM | Show all posts
cencaluk?kimchi version melaka ehehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-3-2016 05:42 PM | Show all posts
munchkin replied at 16-3-2016 05:36 PM
Mana ada pakai chili glakes?  Rasa lain benor. Kaler pun lain. Orang pakai gochugaru. Korean ted chi ...

ikut taste masing2 lah kot.. macam saudari Siti Zalina ni dia guna bahan-bahan yang mudah.. rasa lebih kurg..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2016 05:43 PM | Show all posts
Mary_jane replied at 16-3-2016 05:33 PM
Kenapa pakai cencaluk? Tukar sos ikan lagi sedap kot.

dia pakai dua2.. xsure plak knp.. terpulang pada selera masing2

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2016 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by munchkin at 16-3-2016 05:52 PM
CARI-IIN replied at 16-3-2016 05:42 PM
ikut taste masing2 lah kot.. macam saudari Siti Zalina ni dia guna bahan-bahan yang mudah.. rasa l ...


Rasa lebih kurang eh? Dah try ke?

My mil buat guna kekdah ni jugak. Pelik rasa. Satu family tak makan. Berbuang je. Dia tak guna cencalok lah. Tapi guna chili flakes. Sebab tu ai komen.

Ive tried different variations of kimci at many restaurants. Kadang yg orang korea buat pun hauk jugak.

Kimci yg sedap kat sweet tree and oiso. Nanti i nak cuba kat go gung pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 06:15 PM | Show all posts
memang pakai cencaluk eh tt? orang korea ade cencalok ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
X penah mkn kimchi kt korea jd xtau rs original cam ne..penah mkn kimchi kt sopoong restaurant,ioi putrajaya..sedap je..laju sy mkn..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:32 PM | Show all posts
sedapnya lahai...kimchi ni memang favourite saya nih
nanti nak try buat sekali..
tapi kenapa resepi ni rupanya macam kuah rojak je?


nanti nak google la resepi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2016 09:59 AM | Show all posts
munchkin replied at 16-3-2016 05:50 PM
Rasa lebih kurang eh? Dah try ke?

My mil buat guna kekdah ni jugak. Pelik rasa. Satu family  ...

dah rasa.. tp bukn buat sndri la.. hehe n xprasan pun rasa cencalok tu.. not bad laaa

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2016 10:01 AM | Show all posts
comel91 replied at 16-3-2016 06:15 PM
memang pakai cencaluk eh tt? orang korea ade cencalok ke?

xlaa.. kalau ikut resepi sbnr korea mana la nk jumpa cencalok nii.. depends pd selera lah.. resepi yg ni dia letak cencalok.. lain pd yg lain la kot

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2016 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
CARI-IIN replied at 17-3-2016 09:59 AM
dah rasa.. tp bukn buat sndri la.. hehe n xprasan pun rasa cencalok tu.. not bad laaa

Ye ke?  Gituuu dia.

Ai mmg buat sendiri. Ikut resipi asal guna gochugaru. My mil ikut resepi ni tanpa cencalok tapi mmg tak mkn whole family. Tak berani nak letak cencaloks. Nanti takdak sapa makan. Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 09:23 PM | Show all posts
ada yang lagi advance resepi yang iols pernah jumpa,
time tu kenal kat matrik,
budak ni mix korean malay..
mak nye kelantan, ayah nye yang korean..
sekali mak nye pergi gantikan sos ikan dengan budu,
elok  je nenek korea dia kata sedap...hahahaha..
lagi advance, mak dia tambah hirisan cili padi uols nak kasi lagi pedasss..
tak rasa budu pun bila da tergaul semua tu katanya..

kimchi ni banyak version,
resepi yang kat atas ni pakai cencaluk sebabnye
memang ada pun resepi yang guna udang kecil masin yang dijeruk,
salted fermented shrimp (saeujeot) namanye,
cencaluk la tu kan kalau ikut kan kat malaysia ni punya style,
gi buka website maangchi.com sana,
berjenis2 resepi kimchi dia ada,
salah satu nye guna "cencaluk" tadi:

Seasonings and spices:

½ cup garlic cloves (24 garlic cloves), minced
2 teaspoon ginger, minced
1 medium onion, minced
½ cup fish sauce
¼ cup fermented salted shrimp (saeujeot) with the salty brine, chopped
2 cups hot pepper flakes (gochugaru)

so tak salah la akak atas ni nak guna cencaluk pun..
macam chilli flakes tu,
maybe dia tak jumpa hot pepper flakes kat area umah dia,
pakai je la yang mana ada,
chilli flakes gittew..

kalau nak tunggu jumpa hot pepper flakes,
sampai bila2 pun tak termakan kimchi akak ni..
lagi satu tak pakai tepung pulut pun  tak pe,
sebab tu akak ni guna nasi gitteww..

Maangchi, do I have to make sweet rice flour porridge(tepung pulut) to make kimchi? If I don’t want to use porridge, what shall I do?

A: No, you don’t have to. Some people don’t use porridge, but I always make porridge to make good kimchi paste. Porridge helps hot pepper flakes, fish sauce, garlic, ginger and all spices mix together. Otherwise, the kimchi paste will be too thick to put it between cabbage leaves easily. So you can use sweet pear juice instead of making porridge if you want. I sometimes use pear to make kimchi paste, too.

Maangchi, you used squid this time! Last time your kimchi was made with raw oysters! My other Korean friends never use oysters or squid.
A: Kimchi recipes vary from region to region, so some ingredients will be different. You can follow a few different recipes and choose the best recipe that suits your taste.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2016 09:24 PM | Show all posts
gambar cencaluk version korea (sumber: maangchi.com)

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 08:18 AM | Show all posts
dah pernah cuba makan kimchi ni tp tak mampu telan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak boleh telan sangat kimchi. Tp mknn korea lain boleh mkn.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 05:26 PM | Show all posts
nampak sedap tau. tp ak xmakan cencalok
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.119941 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list