View: 3026|Reply: 6
|
Sambal Kerang Bakar, Terangat Wehh!
[Copy link]
|
|
oleh Adib Za
(Sumber foto: vkeong.com)
Buat anda yang gemarkan kerang bakar bersambal, makan panas-panas dengan nasi memang sedap sangat.
Sebenarnya cara menyediakan tak perlu membakar sangat.
Lihat resipi mudah yang disediakan ini. Anda pasti rasa nak cuba!
Bahan-bahan:
*Kerang fresh 1kg
*Bawang Merah 8 ulas
*Bawang putih 3 ulas
*Halia 3cm
*Serai 3 batang
*Asam jawa
*Cili kering kisar
*Sos tiram
*Gula,garam, serbuk perasa
*Minyak
#Bawang merah, putih dan halia (dikisar)
Cara-cara:
Basuh kerang dengan air asam jawa. Bilas. Rendam dulu 15 minit. Lagi lama lagi bagus sebab nak bagi hanyir hilang.Toskan.
Panaskan minyak dan tumis bawang sampai wangi.Kemudian, tumis cili kering sampai masak.
Masukkan sos tiram.
Masukkan air asam jawa sehingga melimpahi kerang yang ada.
Masukkan kerang dan tutup dengan penutup kuali sampai menggelegak.
Buka penutup, kecilkan api dan masukkan garam, gula dan serbuk perasa sampai sebati.
Sederhanakan api dan gaul-gaul sampai air dah kering. Siap! - CARI Infonet
Sumber resipi: Blog Izninakatsu |
|
|
|
|
|
|
|
char kuay tiaw kerang pun sedang juga. makan macam tu ja cecah kicap perahan air limau lagi sedap |
|
|
|
|
|
|
|
gatey tgn kupas kerang lama-lama |
|
|
|
|
|
|
|
kerang bakar agak pahit sikit
suka lagi kerang rebus
|
|
|
|
|
|
|
| |
|