CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4779|Reply: 39

[Tempatan] Jgn Jd Arab- Pandangan Dr. Maza

[Copy link]
Post time 24-3-2016 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Komen terbabit ditulis oleh Dr. Maza menerusi Facebook rasmi miliknya dengan satu posting bertajuk Budaya Arab vs. Budaya Melayu.

Menerusi posting tersebut, Dr. Maza berkata biarpun Islam tidak memerintahkan umatnya mengamalkan budaya atas 'dasar arab', sebahagian dari perkataan arab telah menjadi istilah yang dipakai dalam keilmuan Islam.

"Namun perlu disedari bahawa sebahagian perkataan arab itu telah menjadi istilah yang dipakai dalam keilmuan Islam termasuk iftar, haji, masjid, sujud, rukuk dan seumpamanya. Tiada salahnya kita menggunakan istilah-istilah ini seperti mana banyak istilah Inggeris kita guna dalam bidang yang lain. Bahkan banyak istilah Arab itu lebih mendekati maksud syarak dalam kerangka istilah ilmu.", kata beliau.

Selain dari bahasa, Dr. Maza turut memberikan komen dari perspektif pakaian juga.

"Islam tidak memaksa kita memakai jubah ataupun mensyaratkan muslim mesti memakai jubah. Tapi, tiada salah ataupun ganjil seseorang melayu memakai jubah. Apatah lagi di peringkat dunia, jubah telah sekian lama menjelma sebagai pakaian sarjana. Itu sebabnya, hasil dari tamadun ilmu yang umat Islam kembangkan di zaman kegemilangannya, sehingga hari ini, jubah telah menjadi pakaian graduan di seluruh dunia pada hari mereka menerima ijazah."

Bagaimanapun, Dr. Maza menegaskan bahawa tidak salah untuk kita mengkritik budaya yang tidak sesuai dengan identiti kita tapi mestilah dengan sikap yang adil untuk setiap budaya.

"Tiada salahnya untuk kita kritik budaya yang tidak sesuai dengan identiti baik kita, tapi dengan sikap adil untuk setiap budaya bukan dengan mentaliti yang double-standard.

"Islam tidak menyuruh melayu menjadi Arab. Tidak pula supaya melayu menjadi Barat. Apa yang disuruh adalah seperti Surah al-Hujurat iaitu 'kenal-mengenal antara satu sama lain'. Sudah pasti antara tujuannya untuk mengambil manfaat dari budaya yang baik dan menghindari budaya yang tidak baik. Isunya bukan Arab ataupun Barat, tapi menilai antara yang positif dan negatif.", kata beliau.

*well said dr. Maza...pandangan soltan campur kokesen mmg begitu...pertabalan pun dah fefeling king of England
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2016 10:47 PM | Show all posts
dr maza ni bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 10:48 PM | Show all posts
kesimpulannya.. si sultan tu sendiri pun banyak al-arabia dalam rutin hidup dia..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 10:49 PM | Show all posts
Hasyafah mana hasyafah...

Bak kata @maideen
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Well said Dr.Maza.Akak biasa tinggal di ME almost 10 years.So,honestly speaking memang lah terbiasa menggunakan perkataan Arab contohnya solat,wudhuk.Apa salah ke?Bukannya sebab nak jadi Arab.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2016 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Arab dgn Islam pun x tau beza selayaknya la tolol + bengap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2016 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kisahlah nak guna bahasa ape..asalkan niat dan maksud sama..

Chill out everyone..isu macam ni pun nak membodohkan each other ke..

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 11:18 PM | Show all posts
kita dulu banyak serap bahasa omputeh takde pun orang bising2. ni sekarang sembahyang nak disebut solat pun orang dah terberak-berak marah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2016 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang yang nak terberak Marah tu nampak sangat manusia yang susah nak diubah.Dia ingat dia aje yang betul.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 12:29 AM | Show all posts
you can get arab out of islam
but you cant get islam out of arab
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 12:30 AM | Show all posts
arab = isle laaaaa
baca quran pun baca dlm bahasa arab
doa pun dlm bahasa arab
menutup aurat sempurna menyerupai pakaian arab
dll
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 03:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya mengenal ia dan terus jatuh cinta.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 08:36 AM | Show all posts
axl_bach replied at 24-3-2016 10:49 PM
Hasyafah mana hasyafah...

Bak kata @maideen

Hahahahaha....... apa salahnya guna perkataan "takok"?

Tapi yerlah khen, orang kampung memang kagum dengan perkataan perkataan berbunyi arab. Nampak warak dan berilmu gitew. Jadi kalau diguna perkataan "hasyafah" orang kampong akan lebih terhanggok hanggok supaya orang tahu mereka faham dan sekali gus, berilmu jugak! Guna perkataan "takok" kalu, tak nampak pandai lah.....

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 09:02 AM | Show all posts
dulu ada pertandingan membaca al-quran. orang marah. sebab pertandingkan ayat2 quran.

lepas tu ditukar kepada 'musabaqah'. orang pun senyap dan tenteram jiwa.

padahal musabaqah tu = pertandingan membaca quran
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 09:14 AM | Show all posts
lagi rimas dengan ummah yang ber ana-anta ke hulu ke hilir demi nampak arab gitu
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 09:21 AM | Show all posts
x kesah laa nak jd arab ka omputeh ka..jgn jd murtad sudahhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2016 09:36 AM | Show all posts
sekngucing replied at 25-3-2016 12:29 AM
you can get arab out of islam
but you cant get islam out of arab

terbalikkk laa tuu kusengggg

u can get islam out of an arab but u cannot get arab out of islammmmm

u can get melayu out of kampong but u cannot get kampong out of a melayu... tak caya tanya penok hahahahaha

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 07:13 PM | Show all posts
hyie replied at 25-3-2016 09:14 AM
lagi rimas dengan ummah yang ber ana-anta ke hulu ke hilir demi nampak arab gitu

tapi kalau ber I n you takpe kan? Baru lah urban gaytooohhhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
its better we just used english instead..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 25-3-2016 09:36 AM
terbalikkk laa tuu kusengggg

u can get islam out of an arab but u cannot get arab out of islamm ...

what important is to take out the terrorist from an islam
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 1.148434 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list