CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lorra2411

(MBC-2016) W - Lee Jong Suk, Han Hyo Joo [Review dauswq pg 37]

[Copy link]
Post time 16-9-2016 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 16-9-2016 12:06 PM
aku plg suka ost lagu sbb paling fit dgn tema citer..
yg lain sume ballad biasa2 jek

Betul tu..ost paling best dlm w
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2016 04:21 PM | Show all posts

W - TWO WORLDS



Rating Keseluruhan Drama:  (7.7+7+7.1+4.5+3.8) =30.1/4=7.53)


Kritik Keseluruhan: "W padat dengan pelbagai teori dan perspektif hasil kreativiti penulis mengadaptasi konsep hubungan dua alam dimensi berbeza tetapi seolah-olah hilang arah apabila menghadkan elemen suspens yang berpotensi dengan cerita cinta yang 'cheesy'  dan permainan 'twist' terlalu banyak, akhirnya menyebabkan interprestasi drama bertemakan fantasi ini sukar untuk diterima kelojikannya."

1. Cerita  (7.7/10)

W bermula dengan baik hasil kreativiti penulis yang menterbukakan ruang perspektif bagaimana wujudkan hubungan dua alam - "dunia sebenar/real" dan "dunia kartun/imaginary" yang merupakan subset padanya. Ditambah dengan elemen kejutan fantasi sengaja diletakkan sebagai 'twist' , W pada mulanya berjaya meninggalkan impresi yang mengagumkan sehingga menggalakan pelbagai perdebatan teori bagaimana ianya berlaku.

Tetapi, W punah apabila tema drama yang seharuskan bertitikkan suspens/thriller disogokkan dengan cerita cinta fantasi yang terlebih cheesy sehingga membunuh "mood" di pertengahan cerita. W juga terlalu memfokuskan pada "twist" tak menjadi sehingga akhirnya dipersoalkan kelogikannya.   

W boleh difahami dengan penjelasan berikut:

1. Subset: Dunia kartun ⊂ Dunia sebenar

Dunia kartun dikawal daripada dunia sebenar melalui lukisan dilakukan ke atas "jambatan" yang menghubungkan mereka.  Apa-apa yang berlaku di dunia kartun tidak mengakibat apa-apa di dunia sebenar kecuali jika watak yang berada di dunia kartun menyedari perubahan tersebut dan ingin mengubah mengikut kehendaknya. Hal ini berlaku pada Kang Chul yang menyedari hakikat dunia 2 dimensi, seperti juga killer. Tetapi apa yang berlaku di dunia sebenar sebaliknya boleh mengubah situasi berlaku di dunia kartun melalui kehendak pelukis webtoon tersebut kerana pelukis webtoon sedar dunia kartun adalah khayalan dan subset pada dunianya.

2. Peranan watak

Jalan cerita dunia kartun W mengikut tujuan watak utama protoganis - iaitu Kang Chul yang berazam untuk mencari pembunuh sebenar yang menyebabkan kecelakaan hidupnya dan tujuan watak utama antagonis - yang mahu Kang Chul dibunuh dengan aib. Jika salah satu hilang tujuan, maka watak mereka akan hilang dalam dunia kartun tersebut ataupun direndahkan kepada peringkat watak biasa. Takdir hidup mereka bukan lagi bergantungan. Watak Yeo Joo pula boleh dikatakan watak utama atau setakat membantu waktu Kang Chul merealisasikan impiannya dalam webtoon.

3. Jambatan

Yang menghubungkan antara kartun dan dunia sebenar adalah melalui tablet dan juga melalui kesedaran watak-watak utama. Pembolehubah ditunjukkan satu persatu bagaimana watak utama webtoon diberi 'hak istimewa' untuk bergerak dari satu dimensi ke dimensi lain dengan kehendaknya sendiri tetapi bersyarat, yakni dia mesti menyedari hakikat dua dunia itu terlebih dahulu. Watak utama juga boleh memanggil watak kartun ke dunia sebenar tanpa pengetahuan watak tersebut.

4. Rangka Masa/Timelines

1 hari dunia kartun = 10 minit di dunia sebenar. 2 tahun  =1 minggu dunia sebenar
Masa berlaku di dunia kartun dan dunia sebenar adalah bebas dan tidak bergantungan antara satu sama lain kerana masa  webtoon bergantung pada dari tarikh mulanya  webtoon dihasilnya sehinggalah  'episod akhir' terbitkan.
Ironinya, tidak ketahui sapa yang kawal dua dunia ini supaya masa mereka berjalan tanpa bergantung satu sama lain, yakni 'epi akhir'  webtoon juga tidak diketahui sapa yang mahu ianya ditamatkan pada waktu itu juga.



2. Keberkesanan Lakonan (7/10)
Agak sukar untuk menyatakan kerelevanan watak dengan tema cerita.

Lee Jong Suk
Dari raut ekspresi muka dan gaya tubuh, Lee Jong Suk belum mampu tonjolkan kesungguhan menyerlahkan watak Kang Chul yang menderita, punyai kehendak kuat dan juga tranksisi kepada romantik yang agak meloyakan dan tak kena dengan suasana drama.

Han Hyeo Joo
Sampai sekarang watak yeo joo yang dibawa han hye jo tidak tau ke arah mana arah tuju dan juga motif keberadaannya dalam W yang samar-samar melainkan hanya sekadar memenuhi 'chessiness' drama. Kekalutan, ketakutan yang ditonjolkan seolah-olah Yeo Joo layak diketawakan. Lakonan Han Hyeo Joo yang agak mendukacitakan berbanding Dong Yi dan Brilliant Legacy yang ternyata meninggalkan kesan yang sangat hebat.

Kim Eui Sung - [Best  Supporting Actor]
Mungkin watak paling relevan ialah Oh Seung Mo yang membawa 3 peranan dalam drama ini. Pertama, sebagai pelukis webtoon yang punyai 'low self-esteem' dan selalu meneguk arak yang mahu menterjemahkan aspek kesempurnaan di dalam webtoon lukisannya. Kedua, seorang pembunuh atau 'killer' yang rakus  dan jahat. Ketiga, seorang pesakit yang mengalami schizophrenia kerana dilema melaksanakan amanat 'pembunuh' hasil memori dimilikinya ATAU menjadi ayah yang baik dan ingin menebus kesilapan lalu. Semuanya berjaya dibawa pelakon ini dengan baik sekali dan berkesan.
Antara lakonan pembantu  paling diingati pada tahun ini. Syabas!

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (7/10)
Pengarah yang mempunyai 'sense of humour' dan 'komedi slasptik' semenangnya tidak senada dengan gubahan suspens/thriller yang dibawa penulis ini.
Tiada yang menarik dari keistimewaan yang ditonjolkan. Plot yang digerakkan dengan teknik pengarahannya agak berserabut dengan penambahan komedi romantik yang ringan sebagai rencah.

Pujian harus diberikan pada 'Cinematographer'. [Nomination for Best Cinamatography]
Gerakan kamera yang fokus pada seni lukisan sangat-sangat membantu menambahkan keterujaan menonton drama ini. Dan juga aspek ketelitian yang hebat ke atas percantuman lukisan dan jasad sebenar.

4. Skor muzik (4.5/5)

Instrumental tersangatlah kena dengan suasana suspens.
Dan ost paling sesuai dengan tema sebenar W ialah lagu dibawah ini.



5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (3.8/5)
Drama ini tidaklah teruk dan juga tidaklah terlalu hebat. Ianya juga menghiburkan terutamanya aspek kreativiti penulis drama ini.

Rating Keseluruhan Drama:  (7.7+7+7.1+4.5+3.8) =30.1/4=7.53)
Nomination: Kim Eui Sung

@ismaha   @isabel tacang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2016 12:56 AM | Show all posts
Claudia_Lestat replied at 16-9-2016 02:43 PM
kannnn tetiba banyak plak yg best. tadi dok tengok jealousy incarnate.tunggu W yg kata ada special ...

best x jealousy incarnate? malas lak nk ke benang drama tu, hehe

dkt kissasian xupload lg yg special ep..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2016 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 16-9-2016 04:21 PM
W - TWO WORLDS



Wah...cayalaa...

Dh setel review uols...

Terus terang iols xtau cane nk review..

Mmg blur abih nk susun ayat camne..lg2 untuk cite w yg kkdg pening nk phmkan...   
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2016 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
alien88 replied at 17-9-2016 12:56 AM
best x jealousy incarnate? malas lak nk ke benang drama tu, hehe

dkt kissasian xupload lg yg sp ...

Iols tlg jawabkan..

Bg iols best!

Iols terhibur tgk..enjoy sgt gelak2..n enjoy tgk heroin n 2nd lead...

Gi la try tgk...tp uols kena berthn la tgk..epi awal2 agak serabut dan tgh mencari hala tuju...

Start ep 3 dah ok...

Sori off topic..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2016 10:47 AM | Show all posts
wima replied at 17-9-2016 08:29 AM
Iols tlg jawabkan..

Bg iols best!

tq uolls.. kwn iolls pon ckp best & lawak, xyah pening2 cam w

utk tidak OT, iolls rsa iolls drop buat review utk W.. mood nak sambung tgk belom datang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2016 12:20 PM | Show all posts
wima replied at 17-9-2016 08:26 AM
Wah...cayalaa...

Dh setel review uols...

uols guna cara ke-2 senang sket
iols harap uols tabah baca kritikan iols erk..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2016 11:49 AM | Show all posts
tengok W Special - The Unfinished Story macam best je
Suka tengok macamana diorang hasilkan citer ni
sangat menarik dan hebat tullll
Respect giler tengok hasil keje diorang

tapi tak  tau ngape tuna tak de inspirasi nak tonton citer ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2016 04:36 PM | Show all posts
alien88 replied at 17-9-2016 12:56 AM
best x jealousy incarnate? malas lak nk ke benang drama tu, hehe

dkt kissasian xupload lg yg sp ...

best jugak hehehe.. sebab lead actor dedua i suka.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 07:45 AM | Show all posts
Claudia_Lestat replied at 15-9-2016 01:58 PM
yaaaaa  maapkanlah saya.. saya silap

yeah..akhirnya da tamat

urm...ljs kalu bab kissu memang superb
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 09:12 AM | Show all posts
iols tgk citer ni tp x feel...stop sampai epi 15...byk sgt twist...rs bangang sgt plak...

so rs teruja dan eksaited nk tgk da xde...so baca review korg2 jelaa...

now iols tgh hadap citer park bo gum sama cinderella n 4 knights tu...

bleh go laa citer2 ni...compare dr citer W dgn UF..mcm hawau je rs...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 09:54 AM | Show all posts
i olls marathon cite ni ms weekend. gigih nk habehkan walaupun last2 tuh mcm dh tkder mood. mcm dh ilang fungsi 2 worlds tu..awal2 tuh boleh hadam lg..so i olls rasa biasa2 je cite ni walaupun ramai ckp best gile. tp tkde la teruk sgt smpai tk boleh tgk. utk sekali tontonan ok
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 10:20 AM | Show all posts
irie^nad replied at 19-9-2016 09:54 AM
i olls marathon cite ni ms weekend. gigih nk habehkan walaupun last2 tuh mcm dh tkder mood. mcm dh i ...

aku pon rasa oke2 ja.... kdg2 hilang gak mood, tp sebab da tgk dr awal...aku teruskan saja..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 10:24 AM | Show all posts
limau replied at 19-9-2016 10:20 AM
aku pon rasa oke2 ja.... kdg2 hilang gak mood, tp sebab da tgk dr awal...aku teruskan saja..

rasanya ramai je sama mcm kita. one thing seb baik ak tgk marathon. kalau tgk weekly rasanya dh lama drop kot sjk2 tk dpt hadam rules diorg boleh went back and forth antara 2 worlds tu. bak kata review dauswq, kalau redha dgn rules tu barulah dpt hadam storyline tu

1st half cite ni dh ok..tp start 2nd half tu dh start2 ngarut. sbbkan i olls org yg rasional, i olls mmg tk boleh sgt nk terima kalau ending dia KC jd manusia betul and stay kat satu dunia je. (sbb dh sah2 die watak kartun). in this case, i olls lg prefer ending My Love from the Star. At least Do Min Joon tk jd manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 10:25 AM | Show all posts
irie^nad replied at 19-9-2016 10:24 AM
rasanya ramai je sama mcm kita. one thing seb baik ak tgk marathon. kalau tgk weekly rasanya dh la ...

erm...kan..yg drama tu mmg menarik.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 10:27 AM | Show all posts
cantleyi replied at 19-9-2016 07:45 AM
yeah..akhirnya da tamat

urm...ljs kalu bab kissu memang superb

wahahahaha... superb tp masih terkesan dgn kiss scene seo jin dgn uee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2016 01:10 PM | Show all posts
semlm tgk ayah HY kat Train to Busan kat TGV One Utama .... rasa mcm nak pi bunuh jer. jahat nawwww. mmg menjadik watak jahat dia.

iols nangis 3 x  tgk citer Train to Busan ... x habis2 dok sakit hati kat pak cik tuh
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
santubung replied at 19-9-2016 01:10 PM
semlm tgk ayah HY kat Train to Busan kat TGV One Utama .... rasa mcm nak pi bunuh jer. jahat nawwww. ...

Laaa uols...ayah yeon joo rupanya pakcik tu..kalau uols x ckp iols mmg xtau..hihi

Iols x prasan tp iols rs mcm penah tgk pakcik ni tp x leh recall..lain sgt rupa dia bile clean je xde misai janggut bagai tu...

Jahat gile pakcik tu kan..sampai abis plak tu jahat dia tu..mmg geram sgt tgk dia..dia la punca ramai2 yg survive kemudian tu mati gak akhirnya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 07:34 AM | Show all posts
Claudia_Lestat replied at 19-9-2016 10:27 AM
wahahahaha... superb tp masih terkesan dgn kiss scene seo jin dgn uee

yes..kapel tu pun deabakk ler kissu scene deme


Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 09:49 AM | Show all posts
cantleyi replied at 20-9-2016 07:34 AM
yes..kapel tu pun deabakk ler kissu scene deme

real punya kiss. x suka tgk kiss yg purak purak ahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.094663 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list