Hampir 70 peratus bersetuju bantal yang selesa amat penting untuk tidur malam yang lena tetapi ramai antara kita melakukan kesilapan apabila memilih bantal kegemaran masing-masing. Kita akan menggunakannya terlalu lama.
Sebenarnya bantal patut ditukar setiap enam bulan dan perlu diganti selewat-lewatnya setiap dua tahun.
Anda tidak boleh lihat mereka tetapi mereka bertumpu di objek yang sering digunakan manusia seperti tilam dan permaidani.
sumber foto: http://3.bp.blogspot.com/
Rumah kutu dan habuk
Tanpa disedari, bantal lama menjadi rumah kutu dan habuk boleh ditemui di tempat kita meletakkan muka setiap malam.
Habuk, minyak dan sel kulit mati terperangkap di bantal boleh membawa masalah jerawat. Hama yang tergolong dalam keluarga labah-labah juga suka berada di bantal.
Pembalut kedap udara tilam dan bantal pasti akan membantu selain membasuh tilam dan bantal selalu. Tempoh 30 minit dalam pengering juga membantu membersihkan kotoran dari bantal anda.
sumber foto: http://3.bp.blogspot.com/
Pilih bantal sesuai
Apabila tiba masa untuk membeli bantal baharu, pastikan matlamat adalah memilih bantal yang memenuhi ruang antara kepala dan bahu apabila anda baring.
Bantal sempurna meletakkan kedudukan kepala lurus ketika anda bergerak dalam keadaan tidur yang digemari.
Mereka yang tidur atas perut atau belakang memerlukan bantal lebih nipis berbanding mereka yang tidur di sisi.
Pemilihan bahan bantal span, kekabu atau gel tidak menjadi masalah. Apabila membeli tilam, anda juga perlu membeli bantal baharu berikutan perubahan jarak kepala dan bahu akibat perubahan keanjalan tilam. - CARI Infonet