CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1974|Reply: 0

Ibu Hamil Lebih Berisiko Berdepan Penyakit Tiroid

[Copy link]
Post time 31-3-2016 07:20 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ






Meskipun jarang terjadi, namun kelenjar tiroid yang membengkak sangat mengganggu kesihatan.


Penyakit tiroid kebiasaannya lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan.



Akibatnya, ia akan menyebabkan pesakit sukar bernafas, mudah marah, sukar menelan air liur, suara menjadi serak dan jcepat berpeluh.


Penyakit tiroid terbahagi kepada dua jenis iaitu hipertiroidisme dan hipotiroidisme. 4:1 penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas kerana sebab yang masih tidak diketahui hingga kini.


Penyakit hipotiroidisme ini berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehingga hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisme.


Simptom hipotiroidisme adalah seperti bengkak kaki, ingatan terganggu, lembap, malas, kuat tidur, badan sering terasa sejuk dan boleh mengakibatkan masalah jantung jika tidak segera dirawat. Sebenarnya, tiroid boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat segera, apatah lagi kepada ibu hamil serta bayi dalam kandungan yang menyebabkan keguguran, kelahiran pra matang, janin kecil dan kecacatan mental.






Apakah simptom hipertiriod?
- Selera makan bertambah
- Berat badan mula menurun
- Mudah marah
- Menggeletar jari tangan
- Berdebar-debar
- Terasa panas
- Mata terjojol
- Lumpuh kaki terutamanya dikalangan lelaki
- Penglihatan terjejas
- Kelainan pada jari tangan dan kulit pada depan betis


Apakah simptom hipotiriod?
- Badan mereka sering terasa sejuk
- Lembap
- Kuat tidur
- Ingatan terganggu
- Kaki membengkak
- Malas






Jangan pandang remeh, jika ada simptom-simptom diatas sila lakukan pemeriksaan dan dapatkan nasihat doktor segera! - CARI Infonet.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.037967 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list