CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1975|Reply: 0

Petua Merawat Tumit Kaki Merekah

[Copy link]
Post time 6-4-2016 03:19 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO

sumber foto: http://2.bp.blogspot.com/



Walaupun masalah tumit kaki merekah difahamkan lebih kerap dialami oleh kaum perempuan, namun masalah ini sebenarnya terjadi tidak mengira jantina lelaki atau perempuan.  


Lazimnyz tumit kaki merekah ini bukanlah masalah yang serius sangat, cuma hanya mendatangkan rasa segan dan tidak selesa kepada seseorang itu khususnya kaum hawa..


Bagi lelaki mungkin mereka tidak begitu mengambil serius bermasalah tumit merekah ini asalkan tidak menjadi masalah lain seperti mendatangkan rasa sakit, kaki berbau dan tiada jangkitan kuman pada kaki mereka.


Bagi perempuan pula, masalah ini dianggap agak serius kerana ia berkait rapat dengan penampilan mereka.


Selain itu, tumit kaki merekah juga kadang-kadang boleh dijadikan ukuran sejauh mana seseorang itu menjaga kebersihan dan kecantikan diri mereka.





sumber foto: http://www.azeniahmad.com/



Dibawah ini adalah beberapa petua merawat tumit kaki merekah atau pecah:-


a) Minum air banyak-banyak, kekurangan air boleh menjadikan kulit cepat kering dan merekah.
b) Mengawal berat badan, berat badan berlebihan akan memberi tekanan kepada kaki kita dan menjadi salah satu punca tumit kaki merekah
c) Menggunakan kasut atau selipar yang sesuai, selesa dipakai dan tidak ketat
d) Menggunakan stokin ketika berkasut
e) Sapukan getah betik di tumit kaki dan gosok perlahan-lahan. Biarkan sehingga kering sebelum anda cuci dengan air.
f) Sapukan minyak zaitun pada bahagian tumit kaki yang merekah setiap hari.
g) Gunakan nasi yang anda makan itu dan lenyekan di bahagian tumit kaki yang bermasalah.



Anda juga boleh pergi ke kedai farmasi dan membeli krim untuk merawat masalah tumit kaki merekah jika anda malas untuk gunakan cara merawat tumit kaki merekah yang disenaraikan di atas.- CARI Infonet






sumber info: http://www.azeniahmad.com/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.041697 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list