|
Oleh : TS LOO
Romantisnya bila melihat pasangan yang bercinta sedang bahagia di hadapan mata kita. Adakalanya tersenyum sendiri apabila melihat keserasian pasangan tertentu.
Jom Kenali Ciri-Ciri Pasangan Serasi.
1. Memiliki cita-cita masa depan yang serupa
Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka melancong atau suka ramai anak. Lebih-lebih lagi jika mempunyai cita-cita masa depan yang serupa. Tindakan yang serentak juga akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
2. Menerima diri kita seadanya
Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
Sebagai perempuan pula, kita juga harus reda dengan kekurangan dan kelebihan pasangan. Dengan cara itu nyata si dia adalah pasangan yang serasi buat kita.
3. Menghormati ahli keluarga kita
Jika tiba musim perayaan kita boleh mengukur tahap keserasian pasangan kita. Rancang betul-betul jadual pulang bermalam dengan keluarga dan patuhi perancangan yang dibuat. Jangan khianati pasangan anda dengan kerenah merajuk yang bukan-bukan dan tak masuk akal. Bila tiba giliran kita, dengan senang hati pasangan akan mengikut kita pula.
4. Susah senang bersama
Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan iaitu dari segi tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya. Senang cakap, sanggup susah senang bersama, ketawa dan menangis pun bersama-sama.
5. Berkongsi menanggung keluarga
Pasangan itu sesuai dengan kita jika mereka tidak berkira untuk berkongsi wang, masa dan tenaga untuk menanggung keluarga. Bila tiba hujung bulan bagikan pendapatan secara sukarela untuk menyelesaikan hutang yang tertunggak. Jangan amalkan, ‘duit aku, aku punya. Duit kau pun aku punya!’ Kalau begitu gayanya, lebih baik anda dan pasangan tidak perlu berkahwin.
6. Boleh membaca gerak hati kita
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
Namun begitu, pendapat di atas hanyalah untuk renungan dan difikirkan bersama. Kita boleh mewujudkan keserasian antara pasangan dengan usaha dan berdoa juga.
Untuk serasi bukannya boleh makan setahun dua, ia perlukan masa.- CARI Infonet
|
|