CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2209|Reply: 1

Berikut Cemburu Yang Mana Satu Sista Punya?

[Copy link]
Post time 15-4-2016 05:16 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : TS LOO






Manusia memang dilahirkan sempurna tetapi diri sendiri yang gemar mencipta ketidaksempurnaan. Setiap manusia pernah mempunyai perasaan cemburu.


Tidak kiralah cemburu dalam konteks perhubungan antara lelaki dan wanita, keluarga mahupun rakan-rakan sekerja.


Ada yang mengatakan cemburu tanda sayang tetapi jika tidak terkawal, ia boleh mendorong seseorang diselubungi perasaan negatif sehingga melakukan sesuatu yang di luar batasan.










Cemburu & Wanita
Kajian mengenai reaksi wanita yang melihat pasangannya memandang wanita lain yang dilakukan oleh dua pakar psikologi dari Amerika iaitu Steven Most, dan Jean-Philippe Laurenceau mendapati perempuan yang sengaja diberi gambar pasangan mereka dengan perempuan lain menjadi sukar untuk fokus ketika melihat gambar tersebut. Mereka tidak sanggup untuk meneruskan sasaran yang perlu diteliti.






Cemburu & Otak
•    Otak kiri mempunyai peranan ketika perasaan cemburu mula menguasai diri. Mungkin tiada fakta yang khusus tetapi para ilmuwan menghubungkannya dengan emosi seperti rasa malu dan merangsang timbulnya rasa cemburu.
•    Faktor lain yang turut memainkan peranan adalah system noggin dopamine yang mengatur zat kimia yang berkaitan dengan kebahagiaan dan penghargaan.





Cemburu Kerana Tidak Yakin Diri
Biasanya seseorang menjadi cemburu kerana tidak yakin kepada diri sendiri. Rasa takut jika pasangan beralih kepada orang lain atau jawatan yang diidam jatuh kepada orang lain boleh mendorong rasa cemburu.


Bagi mengatasinya, cari punca yang menyebabkan rasa kekurangan diri muncul. Pupuk rasa sayang kepada diri sendiri dan lama kelamaan, anda pasti akan menghargainya. Jika anda yakin kepada diri sendiri, pasti tidak timbul rasa cemburu.  






Cemburu Buta
Cemburu memang perlu dalam sebuah percintaan tetapi apabila sering tidak percaya kepada pasangan, ia boleh merosakkan hubungan. Ciri-ciri orang cemburu buta adalah cenderung bersifat posesif dan bertanya semua perkara secara terperinci. Mereka juga sering memberi komen hal fizikal dan juga kemampuan intelektual. Pasangan akan rasa rimas dan kadang-kadang sukar mengawal situasi tersebut.  - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2016 09:44 PM | Show all posts
Cemburu & Wanita
Kajian mengenai reaksi wanita yang melihat pasangannya memandang wanita lain yang dilakukan oleh dua pakar psikologi dari Amerika iaitu Steven Most, dan Jean-Philippe Laurenceau mendapati perempuan yang sengaja diberi gambar pasangan mereka dengan perempuan lain menjadi sukar untuk fokus ketika melihat gambar tersebut. Mereka tidak sanggup untuk meneruskan sasaran yang perlu diteliti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.057381 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list