CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5953|Reply: 37

berubah bukan nk tunjuk baik lah - nabil ahmad

[Copy link]
Post time 18-4-2016 10:00 AM | Show all posts |Read mode
Setelah pelakon dan juga pelawak, Nabil Ahmad mengerjakan ibdah haji, dia mengakui ada mulut-mulut yang mempertikaikan dirinya yang tidak banyak berubah. Bagaimanapun, Nabil mempunyai jawapan tersendiri terhadap perkara tersebut.

“Saya berubah atas kehendak saya sendiri. Bukan nak tunjuk baik jauh sekali takut orang mengata saya bukan suami dan bapa yang baik untuk keluarga. Tapi semuanya berlaku kerana tanggungjawab semakin berat di bahu”

“Secara berdikit-dikit, saya memenuhi kekurangan dalam diri. Saya belajar ilmu agama. Saya berubah kerana mahu sesuatu yang boleh dijadikan contoh buat anak-anak saya kelak. Mereka adalah hala tuju saya yang baharu. Perubahan yang positif, itu yang saya inginkan,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.

Walaupun perilakunya sering dipertikaikan sesetengah pihak, namun bagi Nabil dia sentiasa mencari sisi positif sesuatu perkara selain memperbaiki kekurangan yang ada.



“Saya tahu ada yang cakap, Nabil tak banyak berubah selepas pulang Mekah. Perkara ini terlalu subjektif untuk diperkatakan. Tapi usaha saya untuk mengelakkan daripada terjebak daripada kemungkaran-kemungkaran tersebut, saya lakukan dalam diam-diam”

“Antaranya saya terpaksa menolak tawaran berlakon kerana komitmen sebagai pelakon memungkinkan saya menolak prinsip hidup saya yang satu ini. Faham-faham sajalah dunia lakonan ini. Ada banyak fitnah. Saya tak nak ulas panjang-panjang. Mana yang lepas itu, lepas sajalah. Tak perlu dikenang,” katanya. (rtky/s)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2016 10:02 AM | Show all posts
Sian ko bil ....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 10:19 AM | Show all posts
Tak payah berlakon laa Nabil.. Jadi pelawak dan pengacara pun dah okey..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian. Ummah melayu ni memang. Diorang ingat pergi mekah buat umrah/haji tu kat sana dada dibelah hati kita dibasuh dengan air zam zam sebabtu expect orang totally berubah lepas pergi sana.

Padahal ummah arab kat sana dalam masjidil haram pun rilek lagi menipu pelancong.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 10:39 AM | Show all posts
izat123 replied at 18-4-2016 10:27 AM
Sian. Ummah melayu ni memang. Diorang ingat pergi mekah buat umrah/haji tu kat sana dada dibelah hat ...

iolss dgr DHMFK penah ckp..dia suruh org panggil dia tuan haji sbb dia nk org panggil tu jd ingatan utk dia elakkan benda2 maksiat n benda2 jahat n sentiasa buat baik..

means haji tu dh jd batu loncatan utk ummah melayu isle elakkan benda2 bukan2...

for me its good unless mmg xde niat riak utk tittle haji tu la...

mmg iolss paham org g haji/umrah dia ada dugaan pergi atau lepas balik... normal la tu...


Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 18-4-2016 10:39 AM
iolss dgr DHMFK penah ckp..dia suruh org panggil dia tuan haji sbb dia nk org panggil tu jd ingata ...

DHFMK ni stands for sape plak.

Nway sukahati ko lah nabil
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2016 10:44 AM | Show all posts
barfi replied at 18-4-2016 10:43 AM
DHFMK ni stands for sape plak.

Nway sukahati ko lah nabil

dato haji mohd fazilah kamsah
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 18-4-2016 10:44 AM
dato haji mohd fazilah kamsah

Ohhhh ok ok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2016 11:05 AM | Show all posts
barfi replied at 18-4-2016 10:43 AM
DHFMK ni stands for sape plak.

Nway sukahati ko lah nabil

dato haji mohd fadhilah kamsah..kot?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
ffawwaz replied at 18-4-2016 11:05 AM
dato haji mohd fadhilah kamsah..kot?

dmfk la...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 05:02 PM | Show all posts

Pun rasa DFMK je. Kalau campur haji tu mcm panjang sgt pulak.
Terbelit-belit lidah nak cuba sebut
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok nabil moga istiqamah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
"Mana yang lepas itu, lepas sajalah. Tak perlu dikenang". Agak agak Uqasha terasa tak dgn ayat bangbil yang ni?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 06:34 PM | Show all posts
mieymiey replied at 18-4-2016 06:21 PM
"Mana yang lepas itu, lepas sajalah. Tak perlu dikenang". Agak agak Uqasha terasa tak dgn ayat bangb ...

kang bertwit2 pulek ....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kang meroyan kata 'iolls dah berubah, past is past, only God can judge me, family dan kengkawan i tau sapa i sebenarnya'
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
JENABREJAM89 replied at 18-4-2016 06:34 PM
kang bertwit2 pulek ....

Kang meroyan kata 'iolls dah berubah, past is past, only God can judge me, family dan kengkawan i tau sapa i sebenarnya'
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2016 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
aku malas baca artikel panjang, satu je aku pesan, soh la bini kotutup2 skit bil oi
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 07:14 PM | Show all posts
La hai...elok la berubah sobab nak tunjuk baik bang bil oii...takkan nak berubah sbb nak tunjuk jahat pulak...apee la ko ni nabil...sbb nak jadi baik dan nampak baik serta betul2 baikla kito kono berubah; apolak ko nak pikir ape orang kate kat ko...pedulikkanla...kalau betul nak berubah jadi baik, biar la apa orang nak kata janji Allah itu Maha Mengetahui...tah po po ko ni laa....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 08:15 PM | Show all posts
Berlakon tak nak, tapi tunjuk2 otot dan mengacara hencap org leh plak ek. Attention seeker sesgt. penangan bara abph ker nk cari publisiti?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Org kita takut sangat bila ada ayat 'nak tunjuk baik'. Baik mmg kena buat, kena ada dan kena tunjuk ye. Mana ada org baik tp tunjuk jahat kan.
Menunjuk-nunjuk baik pun tak pa. Dr menunjuk-nunjuk yg tak baik
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.447380 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list