View: 2247|Reply: 3
|
Kenyal-kenyal Bakso, Lazatnya..
[Copy link]
|
|
Oleh Adib ZA
(Sumber foto: Carian google)
Siapa yang tak tertawan dengan hidangan bakso yang dipenuhi dengan bebola daging. Lazatnya!
Untuk menikmati bebola dagingnya yang lebih segar dan enak, penyediaan sendiri lebih baik.
Ini kerana anda boleh mengawal nisbah daging dan juga rempah ratusnya sendiri. Jom cuba resipi bakso ini yang dipetik dari laman Rasa.
Bahan-bahan:
500 gm mi kuning | dicelur seketika
500gm daging kisar
3 biji telur
150gm bawang merah | dikisar
100gm bawang putih | dikisar
50gm serbuk jintan manis | dikisar
30gm serbuk jintan putih | dikisar
20gm serbuk ketumbar | dikisar
5gm kulit kayu manis
5gm bunga lawang
5gm bunga cengkih
1.5 liter air
1 sudu makan garam
1 sudu makan gula
Cara-caranya:
1. Untuk membuat bakso, campurkan bahan kisar bersama daging hancur, telur, bawang merah serta bawang putih rata. Gaul hingga sebati dan kepalkan menjadi bentuk bebola. Ketepikan.
2. Untuk sup, panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah, jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar serta kulit kayu manis, bunga lawang dan juga bunga cengkih.
3. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan bebola daging yang telah dibuat tadi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Biarkan mendidih dan pastikan bakso telah masak.
5. Hidangkan panas-panas bersama mi kuning. - CARI Infonet
Sumber resipi: Rasa.my |
|
|
|
|
|
|
|
eeeee...makanan indong.... |
|
|
|
|
|
|
|
teringat gambar bakso daging tikus.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sherry70 at 20-4-2016 01:08 AM
tak blh lupa mie bakso dan lain2 makanan cara meka sedia kan , saya da lihat n nampak sendiri cara pembuatan nya ,lepas to terus tak percaya org indon nya preparation of food .not a good experience |
|
|
|
|
|
|
| |
|