View: 2980|Reply: 14
|
Melampau, Anjing Mati Sesak Nafas Akibat Kecuaian Manusia!
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Hari ini, sebuah Pusat Pencegahan Penyakit Haiwan Peliharaan di Wilayah Chia Yi, Taiwan membawa sejumlah ekor anjing liar dengan lori untuk ditempatkan di sebuah taman peliharaan anjing persendirian yang berlokasi di Kampung Jeneral, wilayah Tainan.
sumber foto: http://m.appledaily.com.tw/
Namun tanpa disangka-sangka, setelah tiba di Tainan kereta terbabit bukan sahaja didapati berlebihan muatan dengan membawa sebanyak 67 ekor anjing, malah sebanyak 36 ekor anjing sudah mati akibat kesesakan nafas.
Keadaan sedemikian membuatkan pemilik taman peliharaan anjing itu tersentak dan mengesyaki kejadian tersebut berlaku berkemungkinan disebabkan pegawai yang bertugas di wilayah Chia Yi mengurung semua anjing di dalam kereta sejak semalam semata-mata bagi memudahkan kerja mereka.
Manakala, menurut Pengerusi Pusat Pencegahan Penyakit Haiwan Peliharaan di Wilayah Chia Yi, Encik Ong, pada asalnya terdapat sebanyak 71 ekor anjing di dalam kereta. Katanya lagi, haiwan tersebut akan dihantar pada waktu pagi, dan tidak mungkin dikurung dalam kereta sejak malam sebelum itu.
Tambah Ong lagi, berkemungkinan berlaku kerosakan sistem pendingin hawa kereta terbabit semasa dalam perjalanan menghantar dan seperti yang diketahui kesesakan nafas hanya berlaku ke atas anjing sekiranya suhu dalam kereta menurun 1 atau 2 darjah celsius berbanding di dalam bilik.
sumber foto: http://m.appledaily.com.tw/
Namun demikian, bagi Ong, menurut peraturan yang ditetapkan, lori bermuatan 3.5 tan yang digunakan oleh Pusat Pencegahan Penyakit Haiwan Peliharaan, sekali hanya dibenarkan membawa sebanyak 20 ekor anjing berlainan saiz.
Jadi, tegas Ong, kematian anjing yang terjadi adalah disebabkan pihak yang bertanggungjawab menghantar yang bertindak membawa muatan berlebihan.
sumber foto: http://m.appledaily.com.tw/
sumber foto: http://m.appledaily.com.tw/
Pemilik taman peliharaan pula berkata, perasaannya sungguh sedih apabila melihat anjing itu mati sesak nafas, jabatan kerajaan yang bertanggungjawab menghantar memperlihatkan kecuaian yang tidak harus berlaku. Kejadian tersebut sememangnya melampau.
Seharusnya semua pihak memainkan peranan dan mengambil tanggungjawab untuk memastikan haiwan peliharaan tidak lagi teraniaya akibat kecuaian manusia seperti ini.- CARI Infonet
sumber foto: http://m.appledaily.com.tw/
sumber berita : http://m.appledaily.com.tw/ |
|
|
|
|
|
|
|
naya betul, xde sifat bertggjwb. anjing betul yg bwk anjing tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian nya. Inilah contoh kekejaman anjing bertopengkan manusia |
|
|
|
|
|
|
|
baca sambil makan, kembang tekak nengoknya |
|
|
|
|
|
|
|
Anjing yg dah mati tu..dijual je la kat pasar anjing..ummah depa pun pemakan anjing kan |
|
|
|
|
|
|
|
Lori yang digunakan cam tak sesuai utk angkut haiwan kurang pengudaraan |
|
|
|
|
|
|
|
patut korg makan je dorg...dr mati membazir jer |
|
|
|
|
|
|
|
kesian, niat dah baik cuma sistem tak betul.
|
|
|
|
|
|
|
|
Xpasal2 mati |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya ... |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh nak mampus buat anjing macam.ni |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya...diaorg pun bernyawa mcm manusia jugak.xpatut disumbat mcm ikan sardin camtu |
|
|
|
|
|
|
| |
|