CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

CERPEN : KARMA (ended 6 Dec 2016)

  [Copy link]
Post time 13-5-2016 07:16 AM | Show all posts
elia201 replied at 13-5-2016 01:10 AM
AWAL pagi Hatta sudah terpacak di hospital untuk bertemu Raisya. Ada kejutan yang ingin dilakukan. M ...

Hatta... one stupid man... tak suka dia buat Rai mcm tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2016 12:42 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 20-5-2016 11:27 AM

"LIDAH buaya ni Rai yang beriya minta Abang beli masa kita honeymoon kat Cameron dulu.. Selalu Rai ambil lendir pokok ni.. Abang pun tak tahu kenapa.."

Hatta menunjukkan halaman rumah mereka. Terdapat beberapa tumbuhan dalam pasu ditanam. Serai wangi juga ditanam melata.

Raisya hanya terpaku memerhati. Mata terpandang ke arah sebuah kereta.

Serentak satu bayangan menerpa..

Samar Raisya melihat bayangan dirinya menangis lalu menghempas kuat pintu sebelum masuk ke dalam kereta.

"Kereta ini..."

Raisya menunjuk ke arah Subaru XV yang terparkir di laman. Nombor plat kereta diamati.

Kepala Raisya terasa berpinar. Pening.

"Rai kenapa ni ? Kita masuk rumah lah..Rai tak tahan panas kot.."  

Hatta segera menghampiri Raisya yang tampak pucat tak semena.

Raisya hanya menurut.

Sebaik saja memasuki rumah, mata Raisya melilau memandang sekeliling. Hiasan dan susun atur barangan menarik perhatian Raisya.

"Rai duduklah.. Abang ambilkan air.."

Hatta ingin berlalu ke dapur namun terhenti apabila Raisya segera menghalang.

"Tadi you cakap nak bincang dengan I.. Sekarang you bawa I ke sini.. Apa tujuan you?!  Just straight to the point Hatta.. Kenapa Nisa boleh mengandungkan anak you kalau you sayangkan I sebagai isteri?"

Raisya terus ke topik utama. Malas mahu berlamaan disini dengan Hatta. Apatah lagi dalam keadaan berdua begini.

"Abang tahu silap abang.. Abang turutkan nafsu.. Masa tu Rai selalu menolak untuk bersama.. Abang faham Rai penat kerja.. Dalam masa yang sama Rai me...."

Hatta segera mematikan ayatnya.

Mustahil mahu memberitahu hakikat Raisya sedang mengandung tika itu. Biarlah kisah anak mereka terkubur buat selamanya.

"Suatu hari Nisa tak sihat.. Abang hantar dia ke rumah.. Dan Nisa pengsan.. Abang cuba kejutkan Nisa tapi Nisa peluk Abang dan disitulah segalanya bermula..."

Nada suara Hatta kesal menyambung semula ceritanya.

"Itu bukan kali terakhir, kan? Jangan cakap macam you tu suci sangat.."

Raisya menyerkap jarang sinis.

Tiada sebarang perasaan cemburu. Sebaliknya hati jijik mengenang bertapa mudahnya Hatta terjebak dalam noda.

Seperti di duga, Hatta cuma mengangguk tanda mengiyakan. Enggan menipu.

"Sejak itu,  Abang seronok jalinkan hubungan dengan Nisa..  Abang mengaku kadang Abang tipu Rai.. Abang hanyut dengan Nisa.. Tapi antara kami tak ada yang serius.. Abang tak pernah sayang atau cintakan dia... Yang ada cuma sebuah katil.."

Jauh disudut hati Hatta mengharap agar Raisya percaya.

" Dasar lelaki tak guna lah you ni ! You dah puaskan nafsu you dengan dia.. End up you lepas tangan.. Tak cinta konon.."

Darah Raisya mendidih mendengar kenyataan Hatta.

"Abang akan jalankan tanggungjawab sebagai ayah pada anak yang dikandung Nisa.. Kalau Rai setuju kita besarkan anak itu bersama.. Rai kekal isteri abang.. Abang takkan kahwini Nisa kalau terpaksa lepaskan Rai.. Kita mulakan hidup baru.. Abang janji takkan ulang kesilapan sama.."

Walau belum berbincang secara serius dengan Nisa, Hatta yakin Nisa pasti menerima keputusan Hatta.

Asalkan Hatta menjaga anak mereka dengan baik, Hatta rasa sudah memadai. Tak perlu sehingga mengahwini Nisa. Cuma mengharap persetujuan dari Raisya kini.

"Pada I, keputusan you berat sebelah.. You cuma pentingkan diri ! You tak fikir langsung kehendak I dan Nisa ! You ingat I nak terima anak hasil hubungan sulit you dengan perempuan lain?! Satu hal lagi.. I tak ada hati nak jadi isteri you.. Eloklah you ceraikan I ! I tak nak jadi isteri derhaka..Kalaupun Nisa tak wujud, I tetap tak nak hidup dengan you !"

Tekad Raisya sudah bulat. Hatta memang pentingkan diri ! Lebih baik Raisya angkat kaki secepat mungkin.

"Susahlah macam ni, Rai ! Abang tak faham.. Kenapa keras betul hati Rai ha ?!"

Hatta bengang. Sukar mahu mengubah pendirian Raisya.

"Kalau tak ada apa apa lagi, I nak balik hospital.. Barang barang I semua masih tertinggal dekat sana.."

Raisya ingin segera menamatkan perbincangan mereka. Melangkah ke arah pintu.

"Abang dah settle semua.. Bil bil dan barang Rai sekali..Nanti Umi hantarkan ke mari.. Abang akan jaga Rai dekat sini.."

Hatta bersuara selamba.

"Tak nak ! I nak duduk dengan Umi I !"

Raisya terus meluru membuka pintu. Malangnya pagar berkunci mangga. Raisya terkurung.

"Rai cubalah buka grill tu.. Abang ke dapur kejap.. Haus pula..  Good luck ! Kalau Rai nak minum, jomlah ikut abang.."

Hatta senyum kemenangan.

Kunci rumah mereka tersimpan rapi dalam poket baju. Buat masa sekarang Raisya sukar melarikan diri lagi.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2016 12:59 PM | Show all posts
MANGKUK punya lelaki ! Gila ! Selfish ! Bodoh !

Semua kata kata makian terdetik dalam hati Raisya khusus buat Hatta yang kini sedang enak melelapkan mata.

Raisya hanya terkebil merenung syiling bilik. Meski jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi namun mata Raisya sukar dilelapkan. Rimas kerana dipaksa oleh Hatta untuk tidur sebilik.

Seharian dikurung seperti seekor burung dalam sangkar. Segala makan dan minum Raisya disediakan oleh Hatta. Talian telefon juga disekat.  

Tiada cara Raisya mahu mengadu kepada Umi maupun Rayqal.

Nampaknya Hatta bijak menutup semua peluang Raisya untuk berhubung dengan sesiapapun.

Satu idea jahat terbit untuk mengenakan Hatta. Menatang segelas air ditangan. Suis lampu dibuka.

"You bangun !! Jangan ingat you boleh bersenang lenang lepas susahkan hidup I !"

Raisya menyimbah tepat ke wajah Hatta. Hatta terkejut lalu terjaga dari lena. Mamai.

"Kenapa Rai tak tidur lagi?"

Hatta bingkas bangun melihat Raisya masih lagi duduk termangu di birai katil.

"I nak balik rumah Umi ! Lemaslah I duduk sini.. Nak kena menghadap muka you ! Bosan tau tak?!"

Sesi melepas geram buat Raisya. Hatta dilihat seperti cuba mengawal dirinya seperti robot.

"Bosan menghadap muka Abang ke? Kalau macam tu Rai tutup lampu.. Gelap ! Tak nampaklah muka Abang.."

Hatta berlawak spontan.

Menarik lembut Raisya supaya berbaring disisinya. Raisya pantas menolak.

"Ish, Rai ni degillah ! Rai jadilah mak guard malam malam buta ni.. Abang nak tidur.. Good night sayang !"

Tanpa mempedulikan reaksi Raisya, Hatta mencium dahi isterinya sebelum menyambung semula tidur yang terganggu tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2016 01:03 PM | Show all posts
PAGI lagi Hatta sudah bangun untuk menyiapkan sarapan buat mereka suami isteri. Raisya masih lagi lena diulit mimpi. 

Tidur lewat malam tadi barangkali.. Fikirnya. 

Hatta sudah berjanji pada diri sendiri akan menjaga Raisya sebaiknya. Disamping memperbaiki kesilapan lampau, Hatta yakin masih ada sinar bahagia jika dirinya berusaha menambat semula hati Raisya. 

Anggap saja kehadiran Nisa ujian dalam rumahtangga mereka. Bumi mana yang tak pernah ditimpa hujan. Begitu juga manusia. Tak lari dari melakukan dosa dan kesilapan. 

Hatta sedar cintanya pada Raisya masih utuh seperti saat mereka bertemu buat pertama kali sepuluh tahun dulu..

"Tuan Puteri dah bangun ? Abang ingat Rai tidur lagi.. Ni Abang dah siapkan sarapan untuk Rai.." 

Hatta yang sedang menatang dulang berisi sepinggan nasi goreng dan secawan kopi terkejut melihat Raisya sedang menggeledah almari mencari baju. Dulang diletakkan di atas meja dibucu katil. 

Bau wangi syampu dan mandian badan menusuk ke hidung. Hatta kaku seketika. 

Raisya yang hanya memakai tuala terus berlari masuk semula ke dalam bilik mandi. Malu dengan Hatta. 

Satu idea nakal terbit dibenak Hatta. Peluang baik untuk menyakat Raisya. 

Secepat kilat menolak pintu bilik air lalu menerpa ke arah Raisya. Tubuh isterinya dipeluk erat. 

Rontaan dan jeritan kuat Raisya diabaikan oleh Hatta. 
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2016 01:05 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 15-5-2016 01:06 PM

AINA terpaku mendengar hinggar binggar dari luar perkarangan rumah Hatta.

Suara jeritan dan maki hamun kedengaran jelas dicuping telinga. Kenal benar dengan pemilik suara itu.

Loceng ditekan berulang kali. Tidak sabar menunggu anaknya membuka pintu. Hati menggelegak apabila mengetahui Hatta enggan mengahwini Nisa.

Hatta muncul dengan penampilan yang agak berserabai. Kusut masai.

"Err Mama.. Kenapa Mama datang tak bagitahu Hatta?"

Kalut melihat kedatangan Aina. Berdasarkan riak wajah Mama, Hatta pasti ada yang tidak berkenan dihati Mama.

"Hai, nak datang jumpa anak sendiri pun kena bagitahu ke??"

Aina menyindir sinis.

Mata ligat memerhati keadaan sekeliling. Mencari bayangan Raisya.

"Rai mana?!.Sampai ke laman luar Mama boleh dengar suara Rai menjerit.. Elok sangat ke seorang isteri memekik macam tu?!"

Agak kurang ajar pada Aina jika benar Raisya menjerit dan memaki hamun Hatta.

Walau apa pun alasannya, Raisya harus menghormati Hatta sebagai suami. Amnesia bukan tiket untuk Raisya bertindak sesuka hati.

"Rai ada dalam bilik.. Tadi yang bising bising tu ada lipas merayap kat kaki Rai.. Mama jangan salah faham ! Rai kan takut lipas.. Tu yang Rai menjerit sakan.."

Lancar lidah Hatta menipu.

Mustahil mahu berterus terang keadaan sebenar. Jatuh air muka Hatta jika ketahuan dek Mama.

"Betullah tu Mama.. Lipas besar.. Susah nak bunuh.. Dah kena hempuk dengan berus tandas pun tak mati mati !"

Raisya muncul menyampuk perbualan dua beranak itu. Menjeling ke arah Hatta.

Puas kerana berjaya mematahkan niat jahat Hatta yang berani cuba mengambil kesempatan terhadap Raisya.

"Apa apa sajalah, Rai.. Mama nak bercakap dengan Hatta kejap.."

Aina endah tak endah dengan penerangan Raisya.

"Rai hidangkan air bawa ke laman.. Abang bincang dengan Mama di luar.."

Hatta mengarahkan Raisya sebelum berlalu.

Raisya hanya akur arahan Hatta.

Masakan mahu membantah dihadapan Aina.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2016 01:09 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 20-5-2016 11:34 AM

KEPUTUSAN Hatta muktamad.

Cadangan Mama tak masuk akal. Meminta Hatta mengahwini Nisa di negara seberang jika benar Hatta enggan menceraikan Raisya.

Lagipula Raisya pasti takkan tahu kenyataan ini. Pandai pandailah Hatta mengurus nanti.

Nisa berjanji pada Mama untuk menyembunyikan semua dari pengetahuan Raisya. Status perkahwinan mereka akan kekal rahsia.

Malah, Nisa rela jika Hatta ingin melebihkan Raisya dalam segala hal. Asal saja mereka sempat bergelar suami isteri sebelum perutnya makin membesar.

Pada Aina pula, memadailah Nisa sanggup beralah dan berkorban demi memenuhi kehendak Raisya. Tidak kisah berbahagi kasih seorang suami.

Bahkan, itu adalah penyelesaian terbaik dari membiarkan cucunya lahir diluar ikatan perkahwinan. Sekurang kurangnya maruah Nisa juga terbela.

"Mama dan Papa boleh uruskan semua.. Hatta cuma perlu datang akad nikah.. Lepas tu kalau Hatta nak habiskan masa dengan Rai pun terpulang.. Mama akan jaga Nisa sebaiknya.."

Pinta Aina mengharap. Peluang untuk memiliki cucu tidak akan dilepaskan.

"Hatta dah berjanji takkan tipu atau sakiti Rai lagi.. Tolong faham ! Kalaupun Hatta kahwini Nisa, anak tu tetap tak boleh berbin atau berbintikan nama Hatta.. Hatta buat keputusan ini untuk kebaikan semua.. Apapun, Hatta janji takkan sia siakan Nisa dan bayi kami.. Segala keperluan mereka, Hatta akan penuhi.."

Sedaya upaya Hatta menolak kehendak Mama.

Perkahwinan bukan penyelesaian kepada masalah ini. Mungkin akan menimbulkan lebih banyak konflik dan kesulitan dikemudian hari.

"Hatta jangan cuba bagi alasan atau nak lari dari tanggungjawab ! Siapa suruh Hatta tiduri Nisa ?! Pandai buat pandailah tanggung ! Kalau Hatta engkar kehendak Mama kahwini Nisa, Mama takkan halalkan setitik pun air susu Mama yang Hatta minum masa kecil.. Jangan jadi anak derhaka !"

Aina sudah tidak nampak jalan lain lagi untuk menundukkan Hatta. Ini saja cara mengubah pendirian Hatta. Bukan bermakna Aina membenci Raisya. Anggap saja sebagai cara Aina melindungi Nisa dan bayi dalam rahimnya.

Diluah mati emak, ditelan mati bapa. Itulah keadaan Hatta sekarang. Terpaku mendengar ugutan Mama.


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-5-2016 09:51 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 20-5-2016 11:38 AM

RAISYA meneliti setiap sudut rumah. Hatta keluar sebentar. Bertemu pelanggan katanya. Malas ambil tahu Raisya membiarkan saja.

Mata terpandang bingkai gambar perkahwinan mereka. Hatta kelihatan segak sekali memakai songket berwarna ungu dihiasi tengkolok manakala Raisya tersenyum disisi menyarung kebaya songket.

Raisya terduduk sebentar. Fikiran melayang jauh. Berkhayal.

"Rai gosok baju abang macam mana ?! Tak licin ! Malulah Abang nak jumpa orang pakai macam ni.."

Kelihatan bayangan Hatta mendengus kasar sambil menyentap kemeja yang tersangkut di dinding.

Raisya tersentak seketika. Bangkit lalu berpaling ke arah meja makan. Jelmaan Hatta muncul lagi dalam khayalan..

"Rai habiskanlah tom yam ni.. Besar sangat ayam yang Rai potong.. Tak selera Abang nak makan.."

Serentak itu, Hatta bingkas bangun membasuh tangan lalu meninggalkan Raisya sendirian.

Raisya melihat bayangan dirinya sendiri bangkit dari kerusi dan membuang semua hidangan ke dalam tong sampah. Ada air mata merembes dipipi.

Lokasi bertukar ke bilik tidur mereka.

Samar Raisya melihat dirinya sambil membawa perut yang membuncit sedang mengejutkan Hatta.

"Abang bangunlah.. Nanti Rai lambat masuk office.. Bulan ni saja dah 6 kali Rai lambat.. Takut boss tak bagi muka lagi.."

Raisya menggoncang lembut bahu Hatta. Hatta menepis. Rimas.

"Abang penatlah Rai.. Ke sana ke mari.. Rai apa tahu?! Kerja Rai duduk rumah makan tidur makan tidur.."

Awal pagi sudah terkeluar kata kata sinis terhadap Raisya.

Riak wajah Raisya bertukar sedih.

Kalaulah Hatta tahu kesakitan yang ditanggung Raisya.

Pedih perut berhari hari. Sakit tulang belakang yang mengganggu tidurnya. Setiap malam Raisya sukar melelapkan mata.

Ikutkan hati mungkin Raisya memilih untuk berhenti kerja.

Namun, memikirkan sikap Hatta yang adakalanya berkira, hajat itu dipendam. Demi anak dalam kandungannya Raisya tabahkan jua.

Deringan telefon bimbit milik Hatta membawa Raisya kembali ke alam realiti. Barangkali Hatta terlupa untuk membawa bersama. Masih keliru antara realiti dan fantasi, Raisya tergerak hati mahu menjawab panggilan itu

Tertera nama Nisa diskrin telefon bimbit. Raisya mematikan hajat dihati. Membiarkan saja panggilan terputus sendiri.

Kata laluan diperlukan untuk mengakses telefon bimbit milik Hatta. Spontan jari jemari Raisya menekan beberapa nombor. Teringin untuk menyelongkar kandungan telefon Hatta.

Berjaya membuka pin keselamatan telefon, mata Raisya segera membaca pesanan whatsapp yang tak terkira banyaknya dari Nisa.

Raisya mula membaca dari awal.

Mesej mesej beberapa bulan lepas dibelek. Mainan kata berbaur cinta antara mereka berdua. Gambar gambar 'selfie' Nisa dan Hatta. Semua itu tidak menarik perhatian Raisya.

Namun terdapat perbualan yang menyelitkan nama Raisya..

10 JULY 2015

Saya janji akan layan Encik Hatta dengan baik. Bila bila masa saya ada untuk Encik Hatta. Encik Hatta janji nak kahwin dengan saya. Bila Encik Hatta nak tinggalkan Kak Rai?

Dan balasan dari Hatta ketika itu.

Rai kan mengandung. Kejamlah saya kalau tinggalkan dia sekarang. Tapi awak jangan risau. Rai tu nama saja berpelajaran tinggi tapi lembik. Sampai sekarang dia tak tahu hubungan kita. Kalau dia tahu pun, dia tak boleh buat apa apa. Lelaki kan boleh kahwin lebih dari satu.

Raisya terus mencampak telefon Hatta ke lantai. Jadi benarlah dirinya pernah mengandung. Sampai hati Hatta curang ketika Raisya sedang berbadan dua.

Lantas berlari ke bilik. Raisya segera menyelongkar laci almari. Terjumpa buku merah yang tertera namanya. Tarikh Raisya bertemu doktor dan juga imej ultrasound bayi berusia 32 minggu.

Spontan, air mata mengalir dipipi. Kebenaran sudah terbukti depan mata. Persoalannya di mana anak yang dikandung Raisya? Adakah sudah meninggal dunia seperti dicanang Aina?

Otak Raisya buntu. Berbaring sebentar di atas katil. Tas tangan berjenama Gucci di atas meja menarik perhatian Raisya. Yakin beg itu miliknya. Terselit sekeping kad nama.

Zulkhairyl bin Arshad. Itulah yang tertera di atas kad beserta nombor telefon. Baru Raisya perasan alamat juga tercatit disitu. Satu wajah terimbas.

Hairy.. Spontan nama itu bermain dibibir.

Sejenak Raisya terpandangkan bayangan Nisa dan Hatta sedang bercumbu di atas katil.

Ya Allah !

Raisya menekup mulut.Terkesima.

Segala yang pernah berlaku dulu berputar kembali difikiran.

Kini Raisya dapat mengingati dengan tepat segala yang terjadi di masa silam.

Air mata bercucuran jatuh dipipi Raisya. Kad nama digenggam.

Ada seseorang yang ingin ditemui..


Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2016 09:41 AM | Show all posts
elia201 replied at 19-5-2016 09:51 PM
RAISYA meneliti setiap sudut rumah. Hatta keluar sebentar. Bertemu pelanggan katanya. Malas ambil ta ...

nasib baik Rai dh dapat ingatan dia semula...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2016 11:15 AM | Show all posts
geram pulak bila baca cerita ni...kalau boleh jangan la buat cerita yg end up isteri terima balik suami walaupun dh nekad tak nak terima....buat lain dr yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2016 11:46 AM | Show all posts
Ezzie replied at 20-5-2016 11:15 AM
geram pulak bila baca cerita ni...kalau boleh jangan la buat cerita yg end up isteri terima balik su ...

betul tu... saya setuju...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2016 12:32 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 20-5-2016 12:34 PM

"KENAPA you tak bagitahu I kisah sebenar?! Kenapa mesti you pun sorokkan kebenaran dari I?!"

Kemunculan seorang wanita jelita depan mata membuatkan Hairy terpana.

Mujur, Hairy memilih untuk berada dirumah.

Sudah beberapa hari berkurung dan enggan melihat dunia luar. Urusan kerja dibiarkan terbengkalai.

Hidup jadi tak keruan sejak dari hari Raisya dan Hatta kembali duduk sebumbung. Hairy beranggapan Hatta berjaya menakluki cinta dan hati Raisya semula. Maka harapan untuk menatap wajah yang dicintai kian malap..

"Rai.. Is that you ?!"

Spontan Hairy bangun dan mengarahkan pembantu rumahnya berlalu meninggalkan mereka berdua. Tubuh Raisya diraih dalam pelukan.

"I miss you.."

Terluah jua kerinduan yang selama ini dipendam jauh dilubuk hati.

"Please Hairy.. I can't breath.."

Rimas didakap erat oleh Hairy. Raisya menolak lembut. Bimbang Hairy berkecil hati.

Hairy segera meleraikan pautan terhadap Raisya sebaik mendengar Raisya berkata begitu.


"Sorry Rai.. I tak sengaja.."

Sengih untuk menutup malu. Tindakan luar kawalan. Hairy sangat teruja dapat bertentang mata dengan Raisya.

"It's ok !"

Senyuman mekar dibibir Raisya. Sekadar menutup gugup antara mereka.

"But we need to talk, Hairy. I dah ingat semua.. I tahu you adalah orang terakhir bersama I sewaktu kemalangan..  You juga selalu melawat I semasa koma.. Jadi you mesti tahu semua yang berlaku.."

Raisya menarik nafas panjang sebelum menyambung..

" You sayangkan I, kan?  Please be honest with me.. I mengandung, kan, waktu tu?! Apa sebenarnya yang terjadi dengan anak I?!"

Enggan membuang masa, Raisya terus menghamburkan pertanyaan terhadap Hairy.

Hairy pula berdiri terpaku mendengar pertanyaan yang tak diduga dari Raisya.

Menarik nafas panjang sebelum mencapai jari jemari runcing milik Raisya.  

"Rai..."

Bicara Hairy terputus. Merenung ke dalam anak mata Raisya.

Perasaan Hairy bercampur baur. Serba salah.

Antara rela dan terpaksa, Hairy sedar Raisya punyai hak untuk tahu akan kebenaran.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2016 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 20-9-2016 12:19 AM

HATTA menggepal penumbuk sementara menanti kemunculan tetamu yang tak diundang. Risau apabila mendapati Raisya tiada dirumah. Puas Hatta mencari sehingga ke rumah Umi namun Raisya masih gagal ditemukan.

Lebih menambahkan panas hati tatkala menerima panggilan telefon dari seorang lelaki asing mengatakan hasrat untuk menemui Hatta. Untuk apa tiada jawapan diberi. Hanya meminta Hatta menunggu kedatangannya ke rumah.

Justeru, Hatta jadi penasaran hingga kini.

Ketukan bertalu talu kedengaran dimuka pintu. Buru buru Hatta berlari membuka. Kepingin tahu gerangan sang tetamu..

"Kau?!"

Hatta tergamam melihat kemunculan seorang jejaka tampan sebaik saja pintu terbuka.

"Boleh aku masuk?"

Hairy meminta keizinan.  

Hatta cuma mengangguk. Kurang senang menerima kunjungan dari lelaki asing depan mata.

"Apa tujuan sebenar kau ke mari?!"

Agak kasar Hatta menyoal. Malas membuang masa terhadap Hairy.

"Aku pun tak boleh lama dekat sini.. Ini berkenaan Rai.. Rai tak tahu aku jumpa kau.. Kalau kau sayangkan maruah dan business kau, ceraikan Rai secepat mungkin.."

Hairy memulakan bicara.

Usai mendengar luahan hati Raisya sebentar tadi, Hairy rasa terpanggil untuk campur tangan. Bukan berniat untuk menghancurkan rumahtangga orang namun tidak adil bagi Hairy jika Raisya terpaksa kekal sebagai isteri Hatta hanya kerana Hatta enggan menjatuhkan talak.

Malah Raisya juga dilihat bertekad untuk mengupah peguam syarie supaya kes perceraian mereka dapat diselesaikan secara tenang dimahkamah.

Namun bagi Hairy, Raisya tidak perlu bersusah payah menghabiskan duit dan tenaga turun naik mahkamah. Hairy punya cara sendiri bagi memudahkan Raisya.

Hatta pasti tiada pilihan lain selain akur dengan kehendak Raisya.

"Mana kau sorokkan isteri aku?! Jadi betullah selama ini kau ada hubungan sulit dengan Rai?!"

Berang mendengar kata kata Hairy. Hatta mencekak kolar baju Hairy lalu menumbuk tepat ke wajah.

"Rai bukan perempuan macam tu ! Jangan sesekali nak tuduh dia yang bukan bukan.."

Hairy menolak kasar tubuh Hatta sehingga terjatuh.

"Mungkin kau dah lupa siapa aku.. Cuba ingat balik muka ni.. Lebih 10 tahun lepas, aku pernah warning kau.. Jangan sesekali sakiti Rai ! Sebab aku takkan berdiam diri kalau kau sia siakan hidup dia !!"

Enggan berselindung identiti sebenar, Hairy rasa sudah sampai masa untuk Hatta tahu siapa dirinya.

"Jadi kaulah budak ' engin psiko' yang selalu 'stalk' Rai zaman belajar dulu?!"

Hatta ketawa berdekah dekah. Lucu mengimbau balik masa silam. Saat Hairy sibuk mengejar perhatian Raisya.

"So Zulkhairyl.. Itu nama kau kan?"

Soalan sinis terpantul dibibir Hatta.

" Kau fikir aku takut dengan amaran kau ?! Rai pilih aku ! Kau kenalah terima hakikat dia bukan jodoh kau ! Dia dah jadi isteri aku pun..  Kesian kau tak move on lagi.."

Hatta seakan mengejek.  

Masa beredar pantas namun Hairy masih lagi hidup berpaksikan kenangan semalam. Takdir sudah menentukan Raisya menjadi isterinya. Apa hak Hairy mahu mencampuri urusan rumah tangga mereka kini? Hatta sendiri buntu.

"Sudahlah Hatta ! Kalau dulu aku budak hingusan, boleh kau perbodohkan.. Kau sendiri patut sedar Raisya pilih kau lebih kepada simpati..  Tak sanggup tengok kau mati gantung diri sebab tak dapat cinta dia.. Tapi bila Rai betul betul ikhlas terima kau, kau buat dia macam sampah ! Kau memang lelaki tak guna !"

Rokok sebatang dikeluarkan dari kotak. Hairy mencapai pula pemetik api didalam poket seluar. Puntung rokok dinyalakan sebelum dihisap. Asap berkepul kepul diudara.

"By the way, aku datang ni bukan nak ungkit pasal kisah dulu.. Ni gambar gambar 'aksi' kau dengan perempuan simpanan kau.."

Hairy menunjukkan beberapa imej yang tertera di skrin telefon bimbit miliknya.

"Oh ya.. Kalau kau nak video, aku pun ada rakam aksi rakus kau merosakkan anak dara orang.. Macam mana aku dapat kau tak perlu tahu.."

Selamba Hairy berkata begitu. Jari menekan butang 'play' sambil memainkan sebuah rakaman video.  

Kedengaran suara rengekan dan desahan manja Nisa diikuti dengusan nafas kasar Hatta.

Malu bukan kepalang dirasakan oleh Hatta. Serasa maruahnya terletak dihujung kaki Hairy.

"Apa kau nak sebenarnya?!"

Hatta makin hilang sabar.

"Senang saja.. Aku nak kau turuti kemahuan Rai.. Jangan cuba nak aniayai dia lagi.. Lepaskan dia secepat mungkin !"

Walau pun apa yang dilakukan Hairy terhadap Hatta agak kejam, namun, Hairy lakukan semua ini demi memenuhi permintaan Raisya.

Asalkan Raisya bahagia itu sudah memadai bagi Hairy.

"Rai minta aku lepaskan dia sebab Rai amnesia.. Dia anggap aku orang asing ! Tapi percayalah Rai pasti tak nak bercerai kalau ingatannya pulih..  Dia cintakan aku ! Aku merayu untuk kali ini.. Buangkan saja semua video dan gambar gambar tak guna tu.."

Hatta separuh merayu. Mengharap ehsan dari Hairy.

"Rai dah ingat semua ! Kau kena terima hakikat dia memang dah tak cintakan kau.."

Bukan berniat menangguk di air keruh tetapi itulah kebenarannya. Pedih dikhianati menjadikan Raisya tekad inginkan perceraian. Hairy tahu Raisya bukan omong kosong.

"Bagi aku peluang untuk bercakap dengan Raisya buat kali terakhir.. Kalau betul ingatan Raisya dah pulih dan dia tetap pilih untuk berpisah, aku terima..."

Tiada pilihan lain.

Hatta terpaksa akur jika benar Raisya mahukan kesudahan tragis begitu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2016 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 1-6-2016 11:01 PM

HAIRY mengajak Raisya untuk menikmati makan malam direstoran ini. Menuruti kehendak Raisya yang sememangnya menggemari makanan laut. Mereka memilih tempat duduk tersorok. Mahukan ketenangan dan mengelak sebarang gangguan.

"I gembira you dah ingat semua.. So next step? Apa you nak buat?"

Hairy duduk menopang dagu menghadap Raisya. Wajah itu kelihatan menawan sekali dimatanya.

"I kira kira saving yang I ada.. Cukuplah kot untuk I hidup sementara dapat kerja.. Mungkin tahan 6 bulan kalau I berjimat.. So esok I kena cari tempat tinggal lain.. 'Kopak' I tidur hotel hari hari.."

Raisya tertawa.

Masakan tidak, belanja tidur hotel saja sudah menelan beratus ringgit semalam. Belum campur tolak makan minum.

Buat masa sekarang Raisya enggan menyusahkan Umi maupun Rayqal. Raisya cuma ingin berdikari.  Pandai pandailah Raisya mengurus perbelanjaan diri.

"You tak payah nak bersusah payah.. I kan ada ! I boleh tanggung you.."

Entah kenapa Hairy jadi berat hati memikirkan Raisya bakal keseorangan hidup diluar. Setakat wang ringgit, apalah sangat jika dibandingkan dengan keselamatan Raisya.

"I mampu sara diri I.. Rezeki Allah kan luas... You jangan risaulah.."

Raisya enggan terhutang budi pada sesiapapun. Tidak mahu dianggap terlalu bergantung kepada orang lain. Cukuplah Hatta sering memperlekehkan kemampuan Raisya sehingga adakala Raisya merasa diri tak berguna.

"Rai.. I kenal you.. I tahu you takut I akan anggap you sebagai beban.. Tapi percayalah I ikhlas ! Jangan samakan I dengan Hatta.. I sayangkan you ! Dan I takkan ungkit semua budi I pada you.. Itu bukan cara I... You bebas untuk tentukan hala tuju hidup you.. I takkan masuk campur urusan you ! Kalau pun lepas ni you pilih untuk kembali pada Hatta atau you jatuh hati pada lelaki lain..  I tak kisah ! Apa saja yang membahagiakan you, I tumpang gembira !"

Hairy hanya ingin segalanya jelas. Tidak mahu Raisya tersalah sangka dengan budi yang ditabur. Sungguh Hairy bukan mahu memerangkap Raisya dengan kekayaan yang dimiliki. Niat ikhlas membantu.

Raisya terdiam sejenak. Mengambil sesuatu dari beg tangannya.

"Mungkin I salah faham.. I ingat you cintakan I.. I tak tahu kenapa I fikir macam tu.. I ni tak sedar diri pula.."

Raisya ketawa. Terkilan dan kecewa mendengar kata kata Hairy. Seperti kewujudan Raisya tidak memberi erti dalam hidup Hairy.

"Anyway, cincin ni you sarungkan pada I masa I koma.. Tak apalah I pulangkan balik pada you.. I tak layak nak simpan cincin secantik ini.."

Raisya senyum pula seraya meletakkan sebentuk cincin emas ditelapak tangan Hairy.

Hairy terpempan. Keliru dengan tingkah Raisya.

"Erm I rasa macam tak sihat pula.. Nak balik hotel lah.. Bye Hairy.."

Serentak itu, Raisya terus berlalu pergi. Selera untuk makan mati. Ternyata Raisya salah faham dengan sikap ambil berat dan kebaikan Hairy.

"Rai !!!"

Laungan Hairy tidak diendahkan oleh Raisya. Langkah kaki makin dipercepatkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2016 06:13 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 2-6-2016 10:44 AM

TIADA pilihan lain.

Hairy terpaksa menarik kasar Raisya supaya menurut masuk ke dalam kereta. Puas memujuk dari tadi sehingga banyak kereta membunyikan hon kerana Hairy menghalang laluan jalan.

Malas panjang cerita, Hairy bertindak gila. Habis semua kereta dirempuh semata mata mahu mengejar Raisya. Nyaris tercetus pergaduhan.

Mujur keadaan masih terkawal. Berjaya juga Hairy memintas Raisya.

"Kenapa ni, Rai? Apa salah I? Tak ada angin tak ada ribut you blah macam tu saja !! Kalau apa apa jadi pada you, siapa yang susah? You melintas jalan pun tak pandang kiri kanan tadi.."

Nada suara Hairy agak keras.

Mahu tercabut jantung Hairy melihat Raisya hampir dilanggar sebuah kereta.

Raisya hanya membatu duduk disebelah. Lidah kelu untuk menjawab.  

" Rai.. I tak bermaksud nak marah you.. I cuma risaukan you.. Sorry ok.."

Hairy bersuara lembut.
Rasa bersalah pula melihat wajah mendung Raisya.

" It's ok ! I tahu I memang lalai.. Sorry sebab menyusahkan you hari ini.."

Raisya bersuara acuh tak acuh.

Mata dihalakan ke arah jalan raya. Malu berhadapan.dengan Hairy ketika ini. Tindakannya agak kebudak budakan tadi.

"I tak suka you cakap macam tu lagi.. I tak pernah rasa you menyusahkan I.."

Hairy menumpukan sepenuh perhatian terhadap pemanduan. Hujan renyai sedikit menganggu tumpuan.

Sesekali mata mencuri pandang ke arah Raisya. Wanita itu dilihat termenung jauh.

Kalaulah you tahu bertapa I cintakan you..

Terdetik luahan dalam hati Hairy.

Sayang, sekarang bukan masa yang sesuai untuk berbicara soal hati dan perasaan. Raisya masih berstatus isteri Hatta.

Haram untuk disunting oleh mana mana lelaki sekalipun sebagai suri.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2016 06:49 PM | Show all posts
HIDUP Hatta makin tidak keruan. Raisya menghilang tanpa jejak. Mama pula sibuk memaksa Hatta mengahwini Nisa. Huru hara ! Kusut sehingga Hatta hilang selera makan. Misai dibiarkan tumbuh melata.

" Sudahlah tu, Hatta !  Kau tak cuba ke cari Rai? Kau duduk bermurung macam ni bukan boleh selesaikan masalah.."

Zarul tidak sampai hati melihat Hatta berterusan tak terurus.

"Entahlah Zarul.. Aku betul betul menyesal.. Kalaulah aku tahu sengsaranya hidup tanpa Rai, aku takkan sesekali sakiti dia.. Aku selalu ingat Rai takkan boleh hidup tanpa aku.. Tapi hakikat sebenar, aku yang tak boleh hidup tanpa Raisya.."

Mungkin benar kata pujangga, manusia hanya akan menghargai sesuatu disaat kehilangan.

"Dulu aku pernah berjanji pada Rai.. Aku tekad buat business sebab aku nak spend masa dengan dia.. Banding dengan kerja makan gaji masa tak flexible..  Lagi satu, aku berikrar kalau aku dimurahkan rezeki, aku nak isteri dan anak aku hidup senang lenang... Tapi bila aku ada duit, sebaliknya yang aku buat.. Aku berdosa, Zarul.."

Tanpa segan silu, Hatta mengalirkan air mata kesalan.

"Percayalah Hatta... Allah sedang menguji kau ! Jangan diturutkan hati.. Siapa tahu perkahwinan kau dengan Nisa akan membawa kebahagiaan.. Jangan jadi anak derhaka..  Untuk sekali ini, kau ikutlah kehendak Mama kau.. Tentang Rai kau doakanlah dia sentiasa dilindungi tak kira mana saja dia berada sekarang.. Kalau betul jodoh kalian panjang, Rai sendiri akan balik pada kau.."

Hanya itu saja nasihat mampu Zarul berikan.

Mahu berkata lebih, Zarul enggan dituduh mencampuri urusan orang lain. Hatta sudah cukup dewasa untuk membuat keputusan tepat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2016 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 21-5-2016 08:19 PM

DADA Raisya berdetak kencang tatkala giliran namanya dipanggil untuk temuduga. Meski tiada pengalaman menjawat jawatan sebagai pembantu peribadi namun Raisya terdesak untuk mencuba.

Walau ditentang hebat oleh Hairy, Raisya tidak peduli. Terlalu banyak termakan budi Hairy. Segala kesenangan yang diberi membuatkan Raisya gusar. Bimbang menjadi ungkitan dikemudian hari.

Sekurang kurangnya, Raisya dapat membayar balik duit Hairy.

Dengan lafaz bismillah, Raisya melangkah masuk ke bilik menemui penemuduga. Keyakinan dipasak dalam diri. Raisya duduk ditempat yang disediakan. Berhadapan seorang lelaki segak berpakaian kemas.

"Raisya Nur Anatasia.. Pelik lah nama you.."

Itulah komen pertama menerjah ke cuping telinga Raisya. Buntu memberikan reaksi, Raisya hanya mengukir senyuman.

" Lah, you ke? Maaflah kalau terasa pasal nama tadi.. My wife and I cuba hubungi you tapi you dah discharged dari hospital.. Apapun terima kasih sebab selamatkan anak kami.."

Serasa dunia ini memang kecil.

Siapa sangka Zakir bertemu semula dengan wanita muda yang pernah menyelamatkan bayinya dari diculik.

"So Raisya.. Kalau ikutkan pengalaman kerja you dulu, lebih menjurus ke arah pengurusan. Kenapa you berminat nak jadi pembantu peribadi pula?"

Zakir sekadar ingin tahu.

Sedar wanita ini bukan calang calang. Berpengalaman sebagai pengurus projek dan banyak mengendalikan projek mega.

"I cuma nak berubah bidang. Mungkin ini peluang untuk I belajar benda baru.."

Raisya memberi jawapan selamat.

"Sebenarnya Raisya, I tak melihat pengalaman atau kelulusan you. Sebab sebelum ini isteri I yang banyak bantu I. Cuma sejak dah ada baby ni my wife prefer duduk dirumah. I pun terpaksalah cari pembantu baru.."

Zakir menerangkan tanpa dipinta.

"Well, kalau you setuju kerja disini, I akan minta HR sediakan offer letter. Pasal gaji, jangan risau, I akan propose lebih dari your expected salary.. Bila you boleh mulakan kerja?"

Zakir yakin dengan gerak hatinya.

Pasti Nila juga setuju jika mengetahui Raisya bakal menggantikan tempatnya.

"Dalam masa 2 minggu.. Sebab I kena settle certain thing.. Personal matter.."

Sempat Raisya mencongak dalam hati. Menghitung waktu untuk menyelesaikan kes perceraiannya yang telah lama tertunda.

Sebelum itu, Raisya perlu bersemuka dengan Hatta. Berharap segalanya selesai dengan baik dan lancar supaya tiada pertikaian di masa depan.

"Baiklah.. Kalau macam tu, selamat datang, Raisya.."

Zakir memberikan persetujuan tanpa berfikir panjang. Senyum sambil menghulurkan tangan ke arah Raisya untuk berjabat tangan. Tanda mengalukan kedatangan Raisya bekerja disini.

Huluran tangan bersambut. Raisya membalas kembali senyuman Zakir.

Alhamdulillah ! Terpancar kesyukuran di riak wajah.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2016 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 21-5-2016 08:20 PM

GUGUR jantung Raisya melihat kelibat Hairy sebaik saja pintu dibuka. Tiada panggilan telefon atau pesanan dihantar, lelaki itu pulang mengejut.

"Hai you.. Dah lama you balik?"

Raisya menyapa ramah. Mencari kelibat Fatimah, pembantu rumah yang diupah oleh Hairy untuk menemani Raisya.

"You keluar ke mana? Pagi pagi lagi Mak Mah cakap you dah tak ada.. You naik apa?"

Riak wajah Hairy serius. Jarang melihat Raisya berdandan sakan dan berpakaian formal sebegini.

"I call cab.. My teksi kan ada.."

Raisya senyum. Mengambil tempat dihadapan Hairy.

"Kenapa you tak minta Pak Ali hantarkan you? Tak pun you boleh saja pergi dengan I pagi tadi.."

Nampaknya Hairy masih tidak berpuas hati selagi tak mengetahui lokasi sebenar yang dituju oleh Raisya.

"You ke mana sebenarnya, Rai?"

Soalan yang sama ditanyakan oleh Hairy.

"Erm, you lapar tak? I laparlah.. Cacing dalam perut I dah berbunyi minta makanan.."

Raisya segera mengubah tajuk perbualan.

"Pandai you ubah topik.. Perut laparlah.. I 'makan' you nanti baru you tahu.."

Hairy terus menarik tangan Raisya supaya bangkit menghadap dirinya. Mata mereka bertentangan.

"You pergi interview, kan? Elok you terus terang dengan I.. I dah pasang 'chip GPS' dalam badan you.. Sebab tu I boleh track mana you pergi.."

Hairy ingin menyakat. Memeluk erat tubuh Raisya. Rindu.

"Banyaklah 'chip' you ! You 'stalk' I, kan? You memang tak ada kerja lain.."

Raisya menumbuk tepat ke arah dada Hairy sebelum menjauhkan jarak antara mereka.

Bimbang kemesraan ini disalah ertikan oleh Mak Mah dan Pak Ali. Tak manis dipandang meskipun Raisya tahu Hairy takkan melampaui batas.

Memang I tak ada kerja lain.. Sebab kerja I adalah mencintai you seumur hidup I..

Namun, kata kata itu hanya bergema di dalam sanubari Hairy.

Hairy merenung jauh ke dalam anak mata Raisya. Berharap agar Raisya dapat membaca cinta yang telah lama terpendam dihati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2016 09:20 PM | Show all posts
PANGGILAN telefon dari Raisya siang tadi benar benar menyuntik semangat baru buat Hatta. Hampir sebulan Raisya menyepikan diri. Mungkin ini petanda baik buat mereka. Siapa tahu Raisya berubah fikiran dan bersetuju kekal menjadi isteri Hatta.

Justeru, Hatta sengaja datang awal ke mari. Sejambak mawar merah dibawa bersama. Bunga kesukaan Raisya.

Sementara itu, di perkarangan letak kereta, Hairy gelisah. Duduk serba tak kena.

Beberapa minit saja dari sekarang, Raisya bakal kembali kepada suami yang berhak ke atasnya. Pasti Raisya akan memilih Hatta.

Kalau dulu Raisya tidak membalas cintanya, Hairy yakin tiada apa yang berubah kini. Sejarah lebih sepuluh tahun dulu mungkin berulang.

"Walau apa pun keputusan you, I tetap sokong you.. Jaga diri, Rai.."

Hairy senyum pahit.

Berat rasa melepaskan Raisya bertemu Hatta. Pelbagai kemungkinan boleh terjadi.

"Kalau I pilih untuk kembali kepada Hatta, you tak kisah, kan?"

Raisya sekadar menduga.

"I hormati keputusan you ! Kalau you bahagia dengan Hatta, I tumpang bahagia.. Kita tetap sahabat.. Selamanya !"

Senyum untuk menutup lara dijiwa. Hairy terpaksa menipu diri sendiri.

"Thanks Hairy.. You memang lelaki yang baik !"

Serentak itu, Raisya membuka pintu kereta. Sempat menoleh sekilas ke arah Hairy sebelum menghayunkan langkah kaki.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2016 09:43 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 20-5-2016 09:46 PM

KEDATANGAN Raisya disambut dengan pelukan mesra oleh Hatta. Lama melepaskan rindu di dada. Pandangan mata sekeliling tidak diendahkan oleh Hatta. Mereka masih sah sebagai suami isteri. Maka tiada yang salah jika difikirkan dari segi agama.

Raisya kaku melihat Hatta. Lelaki yang pernah dicintai separuh mati kini cengkung. Pucat dan tak bermaya.

"Abang rindukan Rai ! Sampai hati Rai tinggalkan Abang macam tu saja.. Abang tak lalu makan dan minum.."

Umpama anak kecil, Hatta mengadu perihal dirinya ketika Raisya tiada disisi.

"Maafkan Rai, Abang ! Rai nusyuz sebab keluar rumah tanpa izin Abang.. Rai berdosa.."

Raisya mengalirkan air mata. Mencapai jari jemari Hatta sebelum dikucup. Lama.

"Abang yang banyak berdosa pada Rai.. Abang abaikan Rai.. Abanglah punca anak kita mati.."

Gagal menahan sebak, Hatta juga menitiskan air mata.

Sedu sedan kedengaran jelas diantara mereka.

"Rai redha, Abang.. Mungkin bukan rezeki kita.."

Esak tangis makin kuat kedengaran.

Tembok kekuatan yang dibina Raisya sebentar tadi runtuh sebaik berhadapan dengan Hatta.

Sungguh Raisya jadi tak keruan. Serba salah. Simpati dan amarah bercampur baur. Terselit jua dendam bila mengenang kesilapan Hatta dulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2016 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 21-6-2016 10:10 PM

BEBERAPA BULAN SELEPAS ITU..

NILA berkenan benar melihat cara Raisya melayani Asraff. Anaknya berusia hampir setahun itu dilihat manja dengan pembantu peribadi suaminya.

Cantik dan berbudi pekerti mulia. Itulah persepsi Nila tika kali pertama bertemu Raisya dihospital dulu.

"Macam mana kerja, Rai? Zakir ada buli Rai tak?"

Nila memulakan bicara. Seronok pula melihat si kecil meliuk lentok dipangkuan Raisya.

"Encik Zakir layan semua staff dengan baik. Rai banyak belajar dengan dia.. Staff staff lain pun sayang Encik Zakir.."

Raisya cuma menyatakan kebenaran. Sememangnya Zakir disenangi oleh setiap pekerja kerana memiliki budi pekerti mulia.

Nila kembang kuncup mendengar pujian terhadap suaminya.

"Rai makan malam dekat sinilah.. Kak Nila dah suruh pembantu masak lebih.. "

Belum sempat Raisya memberikan persetujuan terhadap pelawaan Nila, telefon bimbitnya menjerit minta diangkat. Nama Hatta tertera diskrin.

Raisya segera menjawab. Kedengaran suara Hatta cemas ditalian

"Apa?! Nisa dah nak bersalin ?! Rai ke sana sekarang.."

Raisya bingkas bangun menyerahkan Asraff kepada Nila.

"Rai pergi dulu, Kak ! Ada emergency.."

Usai mencapai tas tangan, Raisya terus berlari keluar menuju ke kereta yang terparkir dilaman.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.084551 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list