CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12353|Reply: 104

Nak Suami Duduk Diam Di Rumah, Mudah Aje!

[Copy link]
Post time 29-4-2016 11:44 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO






Isteri mana tak suka bila suami tersayang sentiasa ada di depan mata. Bukanlah maksudnya suami tak boleh langsung berenggang daripada isteri tetapi isteri sangat menghargai suami yang memahami bila dia memerlukan kehadiran suami di sisi.




Ada sesetengah suami tidak berapa suka berada di rumah 24 jam. Kononnya ada banyak faktor membuatkan dia 'lemas' berada di rumah. Alasan seperti rumah bersepah, isteri selekeh, anak-anak banyak ragam dan pelbagai lagi menjadikan mereka tidak betah berada di rumah.


Selaku 'permaisuri' di rumah, isteri mesti bijak memancing suami agar seronok berada di rumah bersama keluarga.


Biarpun suami menghabiskan sebahagian besar waktunya di luar rumah, dia tetap ingin untuk pulang cepat dan bertemu dengan anda. Tetapi bagaimana caranya membuatkan suami berasa seronok berada di rumah?


Tips berikut mungkin boleh membantu :






1. Menawan sepanjang masa
Suami suka tengok isterinya sentiasa cantik walaupun semasa berada di rumah dan bukan hanya bersiap bila mahu keluar rumah. Bukanlah maksudnya isteri kena sepanjang masa memakai pakaian berkilauan atau berlabuci seperti hendak ke kenduri dengan sibuk hendak menguruskan rumah tangga dan anak-anak.


Suami memahami kesibukan anda menguruskan rumah tangga. Menawan sepanjang masa bermaksud berpakaian kemas (bukan hanya t-shirt kusam dan berkain batik), rambut tersisir rapi, muka tidak pucat lesi dan memakai sedikit wangi-wangian. Ia sudah cukup membuatkan suami rasa gembira.








2. Sambut suami dengan senyuman
Kalau anda adalah suri rumah, apa kata sambut kepulangan suami dari kerja dengan memberikan layanan mesra. Menyambut dia balik dengan senyuman dan hidangan air penghilang dahaga sudah tentu membuatkan suami gembira dan tak sabar hendak balik rumah.


Sambutan mesra dan senyuman manis isteri menyambut suami pulang ke rumah membuatkan suami berasa segar dan penat lelah hilang buat seketika. Bagi isteri yang bekerja, mungkin tidak berpeluang melakukan hal tersebut tapi bukan bermakna anda tidak boleh memberikan layanan tersebut bila sudah berada di rumah.





3. Dekati suami
Sememangnya, sebahagian besar lelaki cenderung menyelesaikan masalahnya sendiri. Berbeza dengan wanita yang lebih suka berkongsi masalahnya. Ketika melihat suami murung, anda tidak perlu bertanya perihal masalahnya. Pertanyaan-pertanyaan seperti “Kenapa sedih, ni? Ada masalah di pejabat, ya? Ceritalah pada saya. Mana tahu, saya boleh bantu.” dan sebagainya, pasti membuatkan suami berasa kurang selesa.


Jika suami dilihat sedang bersedih, cukup dekatinya dan pegang tangannya dengan lembut. Cuba buatkan suami anda berasa selesa. Biarkan dia meletakkan kepalanya di bahu atau pangkuan anda. Suami akan berasa lebih tenang kerana mendapat sokongan daripada isterinya. Itu sudah lebih daripada mencukupi.






4. Jangan garang sangat, tunjukkan kemesraan
Kebanyakan isteri berasa malu untuk menunjukkan kemesraan kepada suami. Ada pula isteri yang terlalu garang dengan suami. Pantang silap, asyik marah sahaja. Padahal, melihat isterinya bermanja-manja atau tampil menggoda di rumah pasti sudah menyenangkan suami. Kenapa harus anda malu jika ia dilakukan di dalam rumah dan di hadapan pasangan halal kita sendiri. Betul tak?







5. Jangan berleter!
Suami akan bosan jika isterinya cerewet dan selalu bertanya, hendak ke mana? acara apa? bila balik? kenapa lambat balik? jumpa siapa tadi? dan sebagainya. Banyak bertanya itu dan ini, sama seperti berleter juga. Mana ada suami yang suka isterinya berleter. Sebab itulah dia akan cuba habiskan waktu di luar rumah daripada terus mendengar anda berleter seharian. Jadi elakkan berleter agar suami berasa tenang berada di rumah.





7. Jangan hanya menghadap hand phone!
Isteri-isteri zaman media sosial ini terlalu sibuk melayan kawan-kawan di dalam facebook, whatsapp, telegram dan wechat. Kadang kala akibat terlalu leka melayan grup-grup dalam media sosial tersebut, isteri tidak sedar telah mengabaikan keperluan suami sendiri. Akibatnya suami berasa kecil hati dan mencari keseronokan sendiri di luar rumah.






Walau bagaimana pun, sebagai seorang suami yang bertanggungjawab, jangan lah beralasan atau mudah kecil hati, ruangkanlah masa yang berkualiti bersama anak dan bini. orang lelaki kenalah berhati terbuka supaya kebahagiaan seisi keluarga baru terjamin.- CARI Infonet










sumber info : Pa&Ma
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2016 11:48 AM | Show all posts
Mintak @robinsky memberi sepatah kata dua.......

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Iyeler tuuu,

lelaki baik soleh jer suka duduk rumah dengan anak isteri, jantan yang perasan bujang padahal dah kahwin hader nak dok rumah? Harommm!! Makcik phuiikan jerr,phuiii!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 02:31 PM | Show all posts
mak aku kata, masa kitorang kecik2
bapak aku kata rumah kitorang bising macam neraka
bila semua anak dia dah besar
bila dia balik rumah, rumah yg riuh terus jadi senyap
dia kata, macam neraka
yang tak macam neraka ntah macam mana...

Cadangan kat atas tu, ada yg tak berkesan
try test satu2
malahan ada yg boleh mencetuskan kemarahan suami plak
especially yg no 3 tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai je laki dok rmh tapi asik ngan watsup grup ex skolah dll pun tarak guna.

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2016 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Lol sangat. Kesian pempuan2 Ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2016 04:35 PM | Show all posts
laki carly mmg duk rumah aje... sbb kerja dari rumah... skg carly pun housewife... lg mesra gitu.. tip kt atas tu x ada pun yg carly buat... alhamdulillah.. carly kawin dgn lelaki yg bukan kaki lepak kedai mamak melainkan kuar utk appoinment dgn client aje...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 09:26 AM | Show all posts
carly_lah replied at 3-5-2016 04:35 PM
laki carly mmg duk rumah aje... sbb kerja dari rumah... skg carly pun housewife... lg mesra gitu.. t ...

hang tak takut ke kalau kena cerai??? Takda financial back up sebab hang nie housewife Kan????tak de income sendirik????

HANAH FD.....





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2016 09:59 AM | Show all posts
Mannak replied at 4-5-2016 09:26 AM
hang tak takut ke kalau kena cerai??? Takda financial back up sebab hang nie housewife Kan????tak  ...

pasrah aje... jodoh pertemuan Allah dah tentukan... tp setakat ni alhamdulillah... carly dan suami bahagia...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 11:11 AM | Show all posts
carly_lah replied at 4-5-2016 09:59 AM
pasrah aje... jodoh pertemuan Allah dah tentukan... tp setakat ni alhamdulillah... carly dan suami ...

90 peratus golongan isteri yang bekerja dalam board nie....adalah golongan yang takut kena cerai.......

Hanah FD.....



Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 12:29 PM | Show all posts
Mannak replied at 4-5-2016 11:11 AM
90 peratus golongan isteri yang bekerja dalam board nie....adalah golongan yang takut kena cerai.. ...

yg 90% tu pasrah jugak... jodoh pertemuan Allah dah tentukan....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 07:46 AM | Show all posts
carly_lah replied at 4-5-2016 12:29 PM
yg 90% tu pasrah jugak... jodoh pertemuan Allah dah tentukan....

Agaknya para isteri yang bekerja bila kawen nie  .....nak bernikah dulu mesti..at the back of their mind  ...aku akan kena cerai aku akan kena cerai...so die die must work.....dah jadik macam satu doa pulak kan????


Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Mannak replied at 10-5-2016 07:46 AM
Agaknya para isteri yang bekerja bila kawen nie  .....nak bernikah dulu mesti..at the back of thei ...

Manak doakan begitu ke masa manak kawin dulu? Ish... sian bini manak tunggu masa nk kena cerai... baik manak p buat solat taubat... bawa bini bercuti utk lupakan hasrat ceraikan bini manak... x kan sbb dia kerja manak ada niat begitu... istighfar banyak2 tau....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 08:43 AM | Show all posts
carly_lah replied at 10-5-2016 08:11 AM
Manak doakan begitu ke masa manak kawin dulu? Ish... sian bini manak tunggu masa nk kena cerai...  ...

...you have indeed missed my points.....

It's ok.....


Again...Kalau mengikut prinsip kebanyakan datin datin serta isteri isteri warga FD kita...hari mereka diijabkabulkan...adalah hari pertama mereka count down to their hari perceraian...hence die die must buat persiapan dgn kuar bekerja...sebab tak mahu tekapai kapai bila kena cerai....takda financial backup...

@HANAH
@Sarahmiza
@Cobbler...


Among the others.....




Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 01:04 PM | Show all posts
blackwidowbae replied at 29-4-2016 01:03 PM
Iyeler tuuu,

lelaki baik soleh jer suka duduk rumah dengan anak isteri, jantan yang perasan buja ...

to makcik janda hitam..

nah extra tip just for you..

8. Jangan asyik dok meroyan sangat.
Sesetengah wanita asyik dok meroyan sahaja. Meroyan ke hulu dan ke hilir. Kepala hangin tak tentu hala. Kenapa harus anda asyik dok meroyan jika masalah yang terjadi dah pun berlalu dan anda sepatutnya sentiasa pandang ke hadapan dengan senyuman ceria dan sikap positif. Betul tak?

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 01:20 PM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 10-5-2016 01:04 PM
to makcik janda hitam..

nah extra tip just for you..

Hang nee pun betul takda empathy ler...dah sah sah dia tuh janda...takda laki nak luahkan kemeroyanannya.....sedangkan kat dalam board FD nih aja...hang pi jerk jengok tred Luahan hati tuh...Manak boleh sebut hampir 87.89 peratus yang meroyan, mengsyahdukan diri sorang sorang bicara ngan tembok...adalah isteri isteri orang...so hang nampak tak??? Nee mesti jenis laki kat rumah one cent no use...nak kena luahkan meroyan hati dgn tembok??

Sampai beli buku kat pameran  RM 500 semua dia bantai citer .tak ke hawau tuh???? ..nak riak riak ler depan orang...yang pi riak depan tembok apa jadah siot??? Tak ke hipokrit nak mamps namanya Tuh???

Boleh Manak sambung lagik????


@clobber....


Cabuttttttttttttttttttt


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2016 01:47 PM | Show all posts
Mannak replied at 10-5-2016 01:20 PM
Hang nee pun betul takda empathy ler...dah sah sah dia tuh janda...takda laki nak luahkan kemeroya ...

wau!?.. reallly!?.. 87.89 peratus!?.. satu angka yg tinggi tu...

tapi tu la manak.. org mcm hang yg berpngetahuan luas patut jadi hero kpd wanita2 tersebut.. tapi hang pulak dok tunjuk perangai sewel hang tu.. walaupun dlm hati hang tu sbnrnya tersembunyi sebuah taman yg indah..

dengar cite gosip2 yg bertebaran di ruangan f.d. ni, si singlemum_4 tu nak kat hang manak...

tunggu apa lagi manak.. hang asyik duk cita pasal poligami adil la, ratio jantan betina 1:4 la.. ni la masanya utk hang tunjukkan pd warga f.d. ciri-ciri sebuah mahligai perkahwinan rumahtangga yg adil dan saksama..

baidewei, to tt, tip #6 hilang pi mana?





Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 10-5-2016 01:04 PM
to makcik janda hitam..

nah extra tip just for you..


Erkkk

kena setepek kat makcik, wakakakaka~~

tapi nakkk~~ wujudnyer id blackwidowbae inni tujuannyer tak lain tak bukan adalah untuk moyan dan revenge haaa gituuu~~ kikiki
so, nak wat acaner~ hadap jelerrr, kalo meluat nak baca, sila scroll laju laju~~ kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Mannak replied at 10-5-2016 01:20 PM
Hang nee pun betul takda empathy ler...dah sah sah dia tuh janda...takda laki nak luahkan kemeroya ...


Eh jap biler masa iolls cakap iolls janda?

blackwidow dengan widow pun tak tahu beza kerr para cerdik pandai @Mannak dan @terma2nkondisi2
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bimbo shallow macam makcik nii tak setaraf dengan chuolls lerr

@terma2nkondisi2
@mannak

watpa layan kepala bimbo shallow makcik nii~ buang masa chuolls jahh~ kerr minat kat makcik yerrr?~~~ haaa kantoi~~ kikiki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.091663 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list