FURZE dirakam terbang dengan hoverbike yang dibina menggunakan kerangka basikal. - AGENSI
LONDON – Seorang lelaki Britain mencipta sebuah kenderaan futuristik yang dinamakan sebagai hoverbike dan boleh bergerak di udara menggunakan dua buah kipas baru-baru ini.
Colin Furze yang mencipta hoverbike itu menyifatkannya sebagai kenderaan paling hebat pernah ditunggangnya. Penciptaan kenderaan itu dibina berdasarkan cadangan daripada beribu-ribu penonton yang mahu dia mencipta mesin boleh terbang.
Furze mencipta mesin itu menggunakan dua buah kipas besar yang dihadapkan ke bawah dan disambungkan kepada dua buah motor serta sebuah rangka basikal. Kipas tersebut digunakan untuk membolehkan kenderaan itu terapung dan berlegar di udara.
Empat rakaman video yang dimuat naik di laman perkongsian video YouTube menunjukkan cara pembinaan kenderaan itu serta hasil terakhir yang diperoleh Furze.
Berdasarkan video terakhir yang dimuat naiknya, Furze dilihat mengendalikan mesin yang sukar dikawal itu di sebuah padang. – Agensi
aku tengok bideo dia, dia still kena work out on the stabilizer, sebab tak balance, tend to go haywire left & right. on the bottom of the rotor boleh pasang netting, so non-issue lah on chopping kepala orang
i think kena ada dedicated line/route yang jauh dari crown kalau dah sampai peringkat penggunaan nya nanti
Post time 2-5-2016 09:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
pyropura replied at 2-5-2016 09:13 PM
aku tengok bideo dia, dia still kena work out on the stabilizer, sebab tak balance, tend to go hay ...
Itula..tgk seriyau dgn kipas dia mcm mesin romput bangla kat pesisir jalan..cuma ditutp ngan kerangka besi ..balancing kena letak batu timbang kt tengah kan pura..brula dia berat sama2..haha..tk reti aku bab tecknical ni..tp seriously tk bole lulus sirim lagi ni..silap haribulan ilang kepala pilot tu kang.