Siyes sempoi. Taruk yeast, taruk air, taruk tepung (all purpose me pakai), taruk garam. Uli2 10 minit (ha xpakai mesin pun), peram doh sejam, kerat & bentukkan (xnk kerat pun xpe, letak dalam acuan roti terus kalo ada), mmmmuah masuk oven (xyah parchment bagai ah campak atas dulang hitam oven je) siap!. Cubit2 celup dalam olive oil herba xpun garlic oil ke peeerrghhh sedap ya amat!. Keras krispy kat kerak, lembut di dalam. Roti pertama dalam hidup me buat sendiri. So nak cabar korang buat jugak. Terutama datin2 yang kerja makan tido shopping je tu. Tak pun supporters DAP yg kalah #PRNSarawak, balik semenanjung xkan nak tido je, buat la roti. Buat sambil layan CARI je. Roti paling senang atas dunia. Gambo roti yg me buat xde la plak malas snap. tapi follow resepi roti ni la.
Ni kira 1st try, 1st step, dah menjadi. Sedap! Walaupun baru buat 3 ketul je, bukan 6 macam dalam resepi. Pasni lawan TheLoaf Tun M la aku pasni. TunM sila panjang umur.
Resepi (3 ketul):
Yeast 1 1/4 sudu kecill
Air 3/4 cawan
Tepung 250g
Garam halus 1 1/8 sudu kecil
Cara bakar:
Letak air dalam bekas kat bawah, preheat jap 5minit ke. Kemudian masukkan doh di level tengah oven 225 DegreeC.