CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Gangguan Makhluk

31-3-2014 06:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8049| Komen: 17

Salam, disini saya ingin mendapatkan pandangan tentang situasi yang saya alami. Saya dari kecil boleh nampak makhluk halus dan makhluk halus boleh dikatakan tertarik dengan saya tapi saya tidaklah dirasuk.  Nak dijadikan cerita terjadi satu peristiwa dan saya tidak lagi melihat benda-benda ini. Dan hidup saya normal walaupun kawasan rumah saya agak keras cthnya kadang-kadang dengar orang berlari tangga tapi tiada orang ditangga, bangun pagi-pagi diruangtamu, bunyi keyboard tetapi tiada orang menggunakannya(jiran saya paling kena paling teruk dimana dia nampak kepala manusia diruang tamu rumahnya).


Beberapa tahun lepas saya dirasuk selepas kemalangan, saya mula nampak kembali benda ghaib ni di merata kawasan dan kadang-kadang datang rasa sejuk yang tidak dapat dijelaskan(bukan 24 jam boleh nampak. cuma ada masa tertentu saja. saya orang biasa)

Setahun kemudian, ibu bapa saya telah berpindah rumah dari rumah 'keras' dahulu, saya yang melanjutkan pelajaran tidak lagi tinggal bersama mereka, cuma pulang bila ada cuti. Disini masalah mula timbul. Setiap kali saya pulang saya akan diganggu atau terlihat benda2 ini. Dulu cuma benda-benda kecil seperti cahaya putih bergerak pantas dihadapan mata, kemudian lembaga hitam didalam rumah yang hilang sekelip mata, dan sekarang makin teruk dimana bermula dengan melihat kelibat didepan pintu bilik ibu bapa saya, saya dengar suara orang mendengus didalam tandas ketika saya berseorangan di dapur dan bunyi seperti kucing mendengus melarikan diri apabila dipasang surah ruqyah. Baru-baru ini pula terdengar bunyi seperti orang menggunakan katil dibilik(terkunci dan tiada lubang)saya dan dentuman kuat pagar di tangga. Kini bukan sahaja saya diganggu malah ayah saya, apabila saya tiada.

Bagaimana saya dapat menyelesaikan masalah gangguan ini? kerana keadaan dirumah saya agak teruk bagi saya sehingga diwaktu malam saya terpaksa membuka kesemua lampu ditingkat bawah apabila turun untuk memastikan saya tidak ternampak sesuatu -.-.Terima kasih

P/S: Keluarga saya telah memagar rumah sebelum ini dan memasang ayat ruqyah dimalam hari. keluarga saya membaca alquran.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anwarnuwa 25-3-2014 06:50 AM
da panggil perawat islam ke? dia kata apa?
Quote abas8888 25-3-2014 09:15 AM
kalau dah pagar tapi belum dikeluarkan sepenuhnya makhluk tu memang terperangkap la mereka kat rumah tu...huhu..
Quote donut_1752 25-3-2014 12:05 PM
ala...cerita la lagi
Quote hantukiller 25-3-2014 12:10 PM
Bagaimana saya dapat menyelesaikan masalah gangguan ini? kerana keadaan dirumah saya agak teruk bagi saya sehingga diwaktu malam saya terpaksa membuka kesemua lampu ditingkat bawah apabila turun untuk memastikan saya tidak ternampak sesuatu -.-.Terima kasih

P/S: Keluarga saya telah memagar rumah sebelum ini dan memasang ayat ruqyah dimalam hari. keluarga saya membaca alquran.
Macamana nak pulihnya, tiap hari malah memanggil jin(ruqyah)
Quote ThousandSwords 25-3-2014 01:35 PM
rasanya entiti yg terperangkap dlm rumah tu kot.. kot ye nk pgr pon kene le pastikan  entiti tu dh keluar...maaanalah dia worang tak jd gelisah bila dh terperanjara dlm rumah tu. Agaknye lerr aku ckp jeee..
Quote emeraldgreen 25-3-2014 05:01 PM
da panggil perawat islam ke? dia kata apa?

dulu dah buat. katanya tiada apa dah. Salah satu punca masalah dari kucing saya. dia dikatakan bawak benda tapi dah diubati sekarang.

kalau dah pagar tapi belum dikeluarkan sepenuhnya makhluk tu memang terperangkap la mereka kat rumah tu...huhu..

Dah keluarkan sebelum dipagar sebelum ini.

Macamana nak pulihnya, tiap hari malah memanggil jin(ruqyah)

saya diberitahu ayat ruqyah untuk menghalau jin?

rasanya entiti yg terperangkap dlm rumah tu kot.. kot ye nk pgr pon kene le pastikan  entiti tu dh keluar...maaanalah dia worang tak jd gelisah bila dh terperanjara dlm rumah tu. Agaknye lerr  aku ckp jeee..

sebelum ini dah dikeluarkan yang lembaga hitam tu. Sekarang rasanya yang lain.

Masa sebulan saya dirasuk dan kulit telur dijumpai dibumbung belakang rumah lama saya bapa saya telah meminta perawat islam untuk membersih rumah dan memagar tapi sehingga kini masih dihuni makhluk halus cuma tiada lagi gangguan hantu raya. (ayat ruqyah memang tidak pernah dipasang di sini) bukan rumah lama saya saja diganggu jiran2 saya turut diganggu(kami cuma tahu selepas kami pindah sebab masa berjiran hal ni memang kami tidak bincangkan walaupun berborak setiap hari).Sebelum ini kami juga tak begitu bincangkan hal ini dirumah, sehinggalah tiba-tiba parent saya turut diganggu di rumah yang mereka duduki sekarang.

Gangguan ini turut saya alami di hostel saya diami sebelum ini, dan rumah sewa. Cuma saya tak perlu berdepan 1 on 1 macam keadaan saya dirumah parent saya sekarang.
Quote ThousandSwords 26-3-2014 08:19 AM
pagar bucur?
gangguan keturunan?
makhluk liar?

Quote cheeky_meal 26-3-2014 10:14 AM
ThousandSwords posted on 26-3-2014 08:19 AM
pagar bucur?
gangguan keturunan?
makhluk liar?

kan..keturunan ke?sbb bila pindah rumah pun ada jugak kan..mintak ustaz2 perawat tolongkan lagila..mintak tolong jugak dr Allah..semua makhluk Dia..
Quote emeraldgreen 26-3-2014 05:15 PM
  1. kan..keturunan ke?sbb bila pindah rumah pun ada jugak kan..mintak ustaz2 perawat tolongkan lagila..mintak tolong jugak dr Allah..semua makhluk Dia..
Copy the Code
Saya xpasti la asal dari keturunan ke. Ayah saya bukanlah anak sulung dan walaupun makcik pakcik saya memang ramai pandai berubat tulang patah dan lain-lain keistimewaan mereka tapi tiada pula mereka diganggu. ibu ayah saya sebelum ini pun tidak diganggu cuma beberapa bulan lalu selepas hanya tinggal ibu ayah saya dirumah mereka mengalami sendiri gangguan ini. Saya rasa kedua ibu-bapa saya telah pun pergi ke pusat rawatan islam tapi dikatakan tiada apa-apa di rumah(selepas pemagaran rumah pertama dibuat)

Selain itu gangguan masih berlaku di rumah lama dan cara gangguan adalah berbeza di rumah baru dan lama. Rumah lama hanya bunyi-bunyian, ketukan ditingkap bilik ditingkat 2(yang terjadi dirumah saya, rumah orang lain tidak pasti) manakala di rumah baru terdapat makhluk muncul.

Rumah baru itu tidaklah baru sangat, keluarga saya sudah menduduki rumah itu 7 tahun. Dan dalam masa itu saya hanya pulang 2-3hari dihujung bulan atau 2-3minggu cuti sem.
Quote onnabila 26-3-2014 10:18 PM
Citer ko ni lebih kurang sama dengan apa yang berlaku kat umah orang tua aku kat kampung. Tapi, kami berusaha berterusan. Setiap kali aku balik kampung, memang aku tak boleh tidur, Ada saja gangguan dan penampakan. Tapi, kami dapat kenal pasti puncanya.
Quote emeraldgreen 27-3-2014 01:49 AM

  1. Citer ko ni lebih kurang sama dengan apa yang berlaku kat umah orang tua aku kat kampung. Tapi, kami berusaha berterusan. Setiap kali aku balik kampung, memang aku tak boleh tidur, Ada saja gangguan dan penampakan. Tapi, kami dapat kenal pasti puncanya.
Copy the Code
Apa puncanya? boleh share? mungkin dapat dijadikan petunjuk bagi masalah saya.
Quote lulubell 1-4-2014 11:52 AM

berani nya TT duduk sorang2 kat rumah.
Quote Emoloser 2-4-2014 04:45 PM
tapak rumah yang kotor biasanya banyak hantu, baca sini

http://www.geopathicstress.com/
Quote BlackRed 3-4-2014 09:09 AM
Dah mintak tolong kat Darul Syifa'?
Quote orangbesi 5-4-2014 01:22 PM
salam

ok...dah faham cite hang ni
bukannya rumah yg keras tuuuu
tapi hang je laaaaa
dan bukan masalah pun laaaaa
tapi ok leee.....hang berani


cuba cite
hang ada mimpi apa2 yg pelik2
jumpa sapa2 yg tak kebiasaannya




Quote annehuda 7-4-2014 08:17 PM
aku jalan2 kt pesbuk jumpe bideo ni

https://www.facebook.com/photo.php?v=254429334739540

waahh seram la plak
Quote syahman 9-4-2014 12:20 AM
hang kena bagi kamehameha kat diaorang

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.052132 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top