CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Isteri Lari Ikut Pengkid

7-4-2014 10:05 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21941| Komen: 133

Kuala Lumpur: Naluri wanita ini lebih meminati pasangan sejenis, namun kerana mahu mendapatkan wang dengan cara mudah, dia sanggup berkahwin empat kali pada usia muda sebelum meminta cerai selepas mengikis duit suaminya.

Modus operandi wanita cilik ini sangat licik. Berbekalkan wajah cantik dan tampak sopan dengan bertudung, dia menerima cinta mana-mana lelaki sebelum setuju berkahwin dan menetapkan wang hantaran tinggi.

Ketika peringkat awal perkahwinan, wanita ini menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri seperti biasa. Makan pakai, kehendak batin suami semuanya dijaga sebelum mencari jalan melepaskan diri apabila rumah tangganya mencecah kira-kira setahun, dipercayai dipengaruhi kekasih pengkidnya.

Onar wanita ini didedahkan suami keempatnya yang hanya mahu dikenali sebagai Razak, 32, selepas isterinya melarikan diri dari rumah sejak November lalu.

Menurut Razak, isterinya Aina, 32, menghilangkan diri mengikut teman wanita ketika dia keluar rumah membeli sarapan pagi.
“Pada mulanya, dia menyuruh saya membeli sarapan. Apabila pulang, saya terkejut mendapati dia menghilangkan diri bersama beberapa dokumen penting miliknya.

“Saya menjadi buntu ketika itu kerana tidak tahu di mana mahu mencarinya. Selepas disiasat, rupa-rupanya dia melarikan diri dengan kekasihnya,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini.

Razak berkata, dia hanya engenali rakan isterinya beberapa minggu sebelum Aina menghilangkan diri.

Katanya, isterinya membawa rakannya pulang ke rumah dan hanya diperkenalkan sebagai rakan lama.

“Sepanjang setahun perkahwinan kami, saya tidak pernah mengenali rakannya. Hanya beberapa minggu sebelum Aina menghilangkan diri, baru saya mengenali wanita terbabit. Dia berperwatakan seperti pengkid dan mereka kelihatan akrab.

“Saya menyangka mereka hanya kawan baik yang sudah lama tidak berjumpa, tetapi sebaliknya pula berlaku. Selepas Aina menghilangkan diri, saya dapati dia dan ‘rakannya’ sering bersama, malah Aina turut memuat naik status dan gambar intim mereka berdua di laman sosial Facebook dan WhatsApp.

“Saya rasa, mereka berdua mempunyai perancangan sendiri. Jika tidak, mengapa isteri saya boleh berkahwin sebanyak tiga kali dalam beberapa tahun ini?

“Firasat saya, kedua-duanya hanya mahu menipu lelaki bagi mendapatkan wang hantaran,” katanya.

Menceritakan sejarah perkahwinannya, Razak berkata, ketika ingin mengahwini Aina pada Mei tahun lalu, dia tidak tahu isterinya pernah berkahwin tiga kali. 


RAZAK menunjukkan gambar Aina (kanan) dan kekasih pengkidnya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 6-4-2014 05:37 AM

RAZAK menunjukkan gambar Aina (kanan) dan kekasih pengkidnya
Quote hanakikan 6-4-2014 05:38 AM
Harap encik razak x berubah menjadi gayah nanti
Quote nw111 6-4-2014 05:43 AM
Kenapa blurrkan gambar, tunjuk gambar betul biar ramai org kenal..kalau terjumpa ptuihhh kan sekali kat 2 ekor ni...
Kesain kat burung2 punai sekelian, masing tidak dpt menndingi kehebatan burung pipit
Quote alinone78 6-4-2014 06:23 AM
Bio betik....kesian laki tu
Quote faraway1 6-4-2014 06:48 AM
kasih beralih jantina...
Quote md_nana 6-4-2014 07:31 AM
Aku dpt rasa mesti ada statement dr isteri dia yg nk nafikan ape suami dia ckp.
Quote mak_wa95 6-4-2014 07:41 AM
Amboihhhhh tajuk.........kreatif sesangat...
Quote sup@rm@n 6-4-2014 07:42 AM
Pengkid jugak dia pilih. Aku nyampah sangat ngan pengkid kat malaysia ni membawa budaya lgbt umngok
Quote mixed 6-4-2014 07:54 AM
Aku penah tgk jumpa pompan bertudung berpeluk
Dgn pengkid
Quote AbukRokok 6-4-2014 08:01 AM
mixed posted on 6-4-2014 07:54 AM
Aku penah tgk jumpa pompan bertudung berpeluk
Dgn pengkid

mereka pandai bertakiya

Quote AbukRokok 6-4-2014 08:02 AM
dari gambar mcm cantek je..macam commel jew
Quote yusryimran 6-4-2014 08:12 AM
perempuan zaman sekarang advance giler!!!!!
Quote zonan4 6-4-2014 08:14 AM
Pengkid tu dah tau mana suis nak sentuh.... mana boleh tinggal.... nanti Gersang...
Quote amiraira 6-4-2014 08:39 AM
Astagfirullahalazim....
Quote chaoyunjie 6-4-2014 08:39 AM
ia memang boleh meruntuhkan rumahtangga seseorang...
kerana kejadian sebegini ada berlaku di kalangan kenalan rapat aku juga...
Quote MissNigga 6-4-2014 08:50 AM
sedap ker mengayak nie?
Quote batmana 6-4-2014 08:55 AM
xde statement dari org lelaki dlm CI ka?
psl pmpn2 cmnila rmai antara org lelaki tk kawin2, psl susah nk cari pmpn buat bini, tau mencekik duit hantaran aja..

Quote kecimpret 6-4-2014 08:56 AM
Pengkid tu lebih ensem dari suami..redha je laaa abang razak
Quote BelovedTaeyeon 6-4-2014 09:10 AM
Mintak jauh la kenal manusia gini

Lihat semua komen(133)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.082526 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top