CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jumpa Ulat Dalam Bubur Nasi

22-4-2014 05:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13770| Komen: 49




Taib menunjukkan resit dan bubur yang di belinya di sebuah restoran makanan segera, dekat sini.

KUALA PILAH – Seorang suri rumah terkejut apabila bubur  nasi yang dibeli di sebuah restoran makanan segera, dekat sini mengandungi ulat, dalam kejadian Sabtu lalu.

Noor Aini Noor Azhar, 33, berkata, dia tergamam apabila melihat seekor ulat berada dalam bubur ketika mahu menyuapkan anaknya berusia tujuh bulan.

“Saya pergi ke restoran itu bersama suami, Taib Mohd Zain, 44, dan membungkus bubur itu serta bercadang untuk makan di rumah.

"Saya tidak perasan ada ulat ketika membuka bekas bubur terbabit, namun selepas tiga kali menyuapnya pada anak saya, saya tergamam dan terkejut melihat seekor ulat seakan ulat sayur berada di dalam bubur.

“Saya terus panggil suami dan dia memberitahu ianya memang seekor ulat. Tekak saya mula berasa loya dan hampir muntah kerana ia sangat menjijikkan,” katanya di temui di rumahnya Kampung Talang Tengah, semalam.

Noor Aini yang masih fobia dengan kejadian itu berkata, selepas insiden itu, suaminya telah menghubungi restoran berkenaan, namun tidak pernah diangkat.

“Tiga kali suami saya telefon restoran itu melalui nombor tertera dalam resit, tetapi tidak pernah diangkat.

"Hasrat untuk kembali ke restoran itu terbantut kerana ketika itu Jalan Kuala Pilah-Seremban mengalami kesesakan teruk,” katanya.

Sementara itu menurut Taib, dia turut membeli set bubur nasi yang sama berharga RM6 minggu lalu, namun tidak menemui benda meragukan.

“Tetapi kali ini, nasib kami malang kerana menemui seekor ulat sayur. Kami tidak tahu berapa banyak lagi ulat dalam bubur itu," katanya yang kecewa dengan perkara itu.

Menurut Taib, bukan niat mahu mengaibkan mana-mana pihak, cuma berharap ia dapat dijadikan pengajaran daripada insiden itu.

“Saya berharap pihak terbabit peka kepada aspek kebersihan kerana ianya amat penting untuk mengekalkan kunjungan pelanggan ke restoran itu, sekali gus mengelakkan kejadian seperti ini berulang kepada pelanggan lain,” katanya.


1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MengkuduMasam 22-4-2014 11:13 AM
logo MerryBrown
Quote atira 22-4-2014 11:15 AM
penambah perisa barangkali
Quote dani-rox 22-4-2014 11:15 AM
eorang suri rumah terkejut apabila bubur  nasi yang dibeli di sebuah restoran makanan segera, dekat sini mengandungi ulat, dalam kejadian Sabtu lalu.
mcD? nasib baik ternampak dulu, kalau dah suap masuk mulut...
Quote tapibukanaku 22-4-2014 11:23 AM
dani-rox posted on 22-4-2014 11:15 AM
mcD? nasib baik ternampak dulu, kalau dah suap masuk mulut...

mc donald takde kat kuala pilah lagi.
Quote tapibukanaku 22-4-2014 11:24 AM
kg warisan bukan restoren makanan segera..
Quote the_killer 22-4-2014 11:27 AM
tapibukanaku posted on 22-4-2014 11:24 AM
kg warisan bukan restoren makanan segera..

....
Quote -electrifying- 22-4-2014 11:33 AM
resipi turun temurun kot...
Quote cubby_qt 22-4-2014 11:35 AM
Merybrown la tu.. selalu mkn bubur dia..

ni bkn salah marybrown.. tapi salah pekerja kat restoran yg x pentingkn kebersihan... mana2 brand restoran pon.. wajib jaga kebersihan..
Quote popjack 22-4-2014 12:15 PM
cubby_qt posted on 22-4-2014 03:35 AM
Merybrown la tu.. selalu mkn bubur dia..

ni bkn salah marybrown.. tapi salah pekerja kat restoran ...

Yahoooooooooooo!boleh tuntut kenaikan gaji pekerja fast food.
kerja mcm haram penat nk mampos gaji ciputs!
Quote Syd 22-4-2014 12:33 PM
wow...
gemuk nye ulat

kenyang laa sape makan

sihat tubuh badan

Quote siputsedut 22-4-2014 12:50 PM
aah nampak logo marrybrown.. besar ulat tu..ulat bulu kah? ewww jgn ulat sampah sudah...ewwwww

tp akak tu..anak baru 7 bulan dah suap bubur dari fastfood branch? akak oi...bubur fastfood tu biasa ada letak MSG..baby bawah 1 tahun kan takleh makan garam? susah ke nk masak bubur sendiri?
Quote annehuda 22-4-2014 12:51 PM
damn... aku suke gi marrybrown. aku takleh hadam bubur mekdi sbb oily sgt
Quote namirulmukminin 22-4-2014 12:56 PM
Merry Brown... Huhuhuhhhu.... aku makan merry brown ni skali je masa kat Genting hari tu... Sebab dah takde pilihan... KFC tutop utk renovation.... kalu ada pilihan lain, tak nye tekak aku nak telan merry brown neh..
Quote munchkin 22-4-2014 12:56 PM
hari tu aku makan tomyam lalat
Quote ajie2000 22-4-2014 01:20 PM


yang ni ok jer...
Quote cubby_qt 22-4-2014 01:21 PM
popjack posted on 22-4-2014 12:15 PM
Yahoooooooooooo!boleh tuntut kenaikan gaji pekerja fast food.
kerja mcm haram penat nk mampos gaj ...

Kerja fast food mmg penat.. ciann...
Quote cubby_qt 22-4-2014 01:22 PM
ajie2000 posted on 22-4-2014 01:20 PM
yang ni ok jer...

Org sarawak makan ni.. dulu x haram.. skrg dah difatwakan haram tau.. jgn cuba2..
Quote cubby_qt 22-4-2014 01:23 PM
namirulmukminin posted on 22-4-2014 12:56 PM
Merry Brown... Huhuhuhhhu.... aku makan merry brown ni skali je masa kat Genting h ...

Marybrown ni.. sedapnya bubur nasi dia la..
Quote prettymanja 22-4-2014 01:26 PM
Nasib baik Ulat, lau kondom mcm kt obersi dulu.. mau fengsan xbgun2 ahkak nie

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.043365 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top