CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nasi Budget Berlauk Rm2.90 Di Kuala Ibai

5-9-2014 10:03 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4760| Komen: 2

Nasi Budget Berlauk Rm2.90 Di Kuala Ibai


KUALA TERENGGANU - Prihatin terhadap kesan kenaikan harga barang dan makanan, sepasang suami isteri mengambil inisiatif membuka gerai menjual nasi berlauk dengan harga serendah RM2.90 sebungkus berdekatan kediaman mereka di Kuala Ibai.
       
Safniza Yusoff, 44, berkata, pada mulanya idea menamakan Nasi Budget untuk nasi berlauk yang dijualnya itu dicetuskan suaminya, Mohamad Syafie Muda, 52, selepas melihat sebuah gerai sama yang menjual nasi dengan harga murah di Gong Badak.
       
“Sebenarnya, nasi berlauk dengan harga murah ini telah banyak dijual terutama jika berkunjung ke Kota Bharu, Kelantan.
       
"Di sini pun ramai juga yang jual nasi berlauk dengan harga murah kerana kita faham kehendak pelanggan terutama mereka yang bekerja dan pelajar," katanya.
       
Menurut Safniza, kebanyakan pelanggan mereka dalam kalangan kakitangan awam dan swasta serta golongan pelajar.
       
"Kita faham mereka yang sibuk bekerja juga mahu berjimat kerana kedudukan ekonomi dan kos hidup yang tinggi masa kini,” katanya.
       
Katanya, dia dan suami membelanjakan hampir RM300 sebagai modal untuk membuka gerai Nasi Budgetnya yang baru beroperasi empat bulan sejak Mei lalu.
       
“Kami membelanjakan RM300 sebagai modal termasuk membeli peralatan menjual selain bahan mentah.
       
"Kami menetapkan harga RM2.90 bagi sebungkus nasi bersama lauk ayam, sayur timun, sambal belacan dan kuah kari," katanya.
       
Katanya, sebelum musim perayaan dahulu, jam 1.30 petang gerainya sudah ditutup kerana nasi yang dijual sudah habis.
       
Kini selepas musim perayaan jualan agak perlahan, bagaimanapun mereka masih menerima sambutan menggalakkan daripada pelanggan.
       
Safniza berkata, sebelum ini dia dan suami sahaja aktif menjual, kini dia mempunyai seorang pekerja untuk membantu menjual Nasi Budget itu.
       
“Saya pun tidak menang tangan untuk melayan pelanggan yang datang ramai dalam satu masa, sebab itulah ambil keputusan untuk mengambil pembantu.
       
“Dalam sehari, enam hingga tujuh ekor ayam dipotong 16 habis dijual. Biasanya saiz ayam untuk Nasi Budget ini agak kecil sedikit berbanding nasi berlauk yang dijual pada harga biasa,” katanya.

9

Bagus
13

Marah
14

Terkejut
14

Sedih
14

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AYAKAISHI_AYASY 8-9-2014 09:18 AM
Terima kasih kerana memudahkan beban orang lain
Quote nikaido 8-9-2014 09:26 AM
rasanya dah baca berita ni several days ago

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.035246 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top