Amir Ikhwan menunjukkan antara kesan pukulan di belakang telinga yang masih jelas kelihatan
KUALA TERENGGANU - ‘Akibat salah buka muka surat yang diminta, saya diherdik, dipukul, diheret dan kepala dihentak di papan hitam seolah-olah saya melakukan kesalahan besar yang tidak boleh dimaafkan,” demikian cerita pelajar tingkatan dua, Amir Ikhwan Mohamad Arof yang mendakwa dipukul guru di sebuah sekolah menengah di sini. Amir Ikhwan yang ditemui di kediamannya, di sini, berkata, kejadian berlaku Selasa lalu jam 12.30 tengah hari ketika dia berada di dalam kelas. “Ketika itu, guru berkenaan menyuruh kami membuka buku, saya tersilap membuka muka surat yang diminta, kemudian dia tanya kenapa salah buka, saya kata saya ikut kawan. Cikgu marah saya dan kata saya perli dia. “Dia heret saya dari tempat duduk ke hadapan kelas, dia tampar pipi, pukul dan hentak kepala saya di papan hitam. Saya rayu cikgu berhenti mencederakan saya tetapi dia tidak endah dan terus menarik kedua-dua telinga sehingga kepala saya sakit dan telinga saya lebam,” katanya. Amir Ikhwan dan kedua ibu bapanya membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan diri dan mahu tindakan lanjut diambil terhadap guru terbabit. Sementara itu, ibunya, Edah Endut, 42, berkata, dia amat terkejut melihat keadaan anaknya yang tidak bercakap seolah-olah trauma dengan sesuatu sebaik pulang ke rumah selepas habis sesi persekolahan, kelmarin. “Saya tambah terperanjat bila tengok belakang telinganya lebam, butang baju sekolah tercabut akibat direntap dengan kuat. “Niat saya dedahkan cerita ini bukan untuk aibkan sesiapa, saya hanya mahu kita ambil pengajaran terhadap apa yang berlaku. Saya tidak kisah jika guru ingin pukul anak saya, tetapi biarlah setimpal dengan kesalahannya,” katanya. Amir Ikhwan tidak hadir ke sekolah semalam kerana malu untuk berdepan dengan kawan-kawan selain trauma serta takut untuk berdepan guru berkenaan. Selain membuat laporan polis, Edah bersama suami turut mengemukakan aduan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT). Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berharap kedua-dua pihak bersemuka untuk berunding mencari penyelesaian. “Memandangkan kes itu tidak melibatkan jenayah dan kecederaan teruk, kita harap kedua-dua pihak dapat duduk dan berbincang serta mencapai kata putus. “Saya sering mengingatkan agar ibu bapa dan guru memahami peranan masing-masing dalam mendidik generasi muda,” katanya. Menurutnya, ibu bapa juga perlu menyelidik tingkah laku anak-anak dan tidak hanya mendengar daripada sebelah pihak sahaja. “Kita yakin, PIBG pihak sekolah dan ibu bapa akan berbincang mengenai perkara ini. Kita tidak mahu kes ini menyebabkan semua guru hilang semangat untuk mengajar kerana yang rugi adalah kita. “Tanggungjawab mendidik amat besar, guru-guru pun dinasihatkan agar mendidik dengan cara terbaik dan tidak menghukum murid atas kesalahan yang tidak setimpal,” katanya.
|
blackred99 posted on 25-9-2014 09:53 AM
cikgu stress kot, byk parcel business online tak send lagi, customer dah marah.
blackred99 posted on 25-9-2014 09:53 AM
cikgu stress kot, byk parcel business online tak send lagi, customer dah marah.
ADVERTISEMENT