CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Murid Dibelasah Cikgu Pendidikan Jasmani

19-8-2014 11:36 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7603| Komen: 29

Description: Mangsa, Mohd Firdaus Mohd Paudzi, 16, Mendakwa Sebelum Dipukul, Kepalanya Turut Dihantukkan Ke Kepala Seorang Rakan Sekelasnya Ketika Mereka Berada Di Koridor Bangunan Makmal Oleh Guru Yang Mengajar P ...
Murid Dibelasah Cikgu Sekolah

Mohd Firdaus menunjukkan bahagian tengkuk yang dipukul sehingga menyebabkannya pengsan.



MARANG - Hanya kerana melambaikan tangan ke arah seorang guru lelaki, pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di Kampung Seberang Marang di sini, pengsan setelah mendakwa tengkuknya dipukul guru berkenaan.

Mangsa, Mohd Firdaus Mohd Paudzi, 16, mendakwa sebelum dipukul, kepalanya turut dihantukkan ke kepala seorang rakan sekelasnya ketika mereka berada di koridor bangunan makmal oleh guru yang mengajar pendidikan jasmani itu.

Kejadian kira-kira jam 8.10 pagi, Khamis lalu itu, mengakibatkan mangsa pengsan di tempat kejadian dan terpaksa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Marang sebelum dimasukkan ke wad di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Bapa mangsa, Mohd Pauzi Khalid, 40, berkata, akibat kejadian itu, anaknya mengalami kecederaan di bahagian tengkuk serta kesakitan dalaman di kepala. Dia kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Marang.

“Anak saya diperlakukan sedemikian dipercayai setelah melambai tangannya ke arah guru terbabit. Mungkin ketika tu, guru tersebut berada dalam keadaan marah.. oleh kerana anak saya mengaku melambaikan tangan kepadanya, dia terus dikasari.

“Selepas tengkuknya dipukul anak saya terus pengsan. Saya hanya dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 9 pagi oleh isteri lalu bergegas ke sekolah untuk melihat keadaan anak saya,” katanya.

Menurut bapa kepada lima anak itu, dia boleh menerima kenyataan yang anaknya dihukum jika melakukan kesalahan, tetapi bukan dengan cara sedemikian.

Mohd Pauzi mendakwa, tindakan guru terbabit memukul anaknya tanpa sebab adalah tidak wajar.

“Saya buat laporan polis kerana mahu anak saya mendapat keadilan. Cikgu terbabit juga datang berjumpa saya untuk meminta maaf, namun saya tetap dengan pendirian tak mahu menarik semula laporan dibuat,” katanya.

Sinar Harian turut mengunjungi mangsa di rumahnya di Kampung Alor Tuman di sini, dan dimaklumkan dia hanya akan ke sekolah semula hari ini (esok). Dia bagaimanapun mengakui masih trauma dengan kejadian tersebut.

Sementara itu, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Marang, Kassim Husin sudah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut namun belum menerima laporan lengkap daripada pihak sekolah.

9

Bagus
12

Marah
12

Terkejut
6

Sedih
4

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blackred99 19-8-2014 10:40 AM
budak ni lambai pakai jari tengah kot.
Quote GhostWalking 19-8-2014 10:41 AM
blackred99 posted on 19-8-2014 02:40 AM
budak ni lambai pakai jari tengah kot.

Aku agak pun macam tu bila baca berita ni tadi.Macam la kita tak boleh tau kan
Quote fifie_olin 19-8-2014 10:44 AM
cikgu ni mlm td x dpt kot
Quote ctaz 19-8-2014 10:49 AM
budak tu kompom tunjuk fuck kat cikgu tu.....
tapi cikgu tu pun....agak2 la kalau nak blasah pun....
Quote Perutkaembong 19-8-2014 10:49 AM
cikgu jugak dipersalahkan....ntah2 anak murid perangai bak kut teh
Quote ctaz 19-8-2014 10:49 AM
aku tulis fuck tak kena sensor la....

hahahahahhaahha
Quote tujuhlapis 19-8-2014 10:54 AM
orang lambai kat ko, ko lambai je la balik.. bodo punya cikgu.
Quote budakmanentah 19-8-2014 10:56 AM
ceeewah...citer kat surat kabar yg baik2 je.xkanlah lambai tangan dpt penyepak
Quote WawaRaRa 19-8-2014 10:57 AM
tak pon betul budak tu setakat lambai tangan.... pas tu cikgu tersalah sgka igt dia buat middle finger.... sbb aku pernah kena... ngan alphard hitam... dia nak cilok kete aku tp takut2 sgt... so aku hon kecik suh dia cpt2 masuk dpn aku... aku buat gaya suh dia jalan dulu... tak der ujan tak der ribut dia kuarkan middle finger kat aku pas tu tak nak jalan... buat bodo smbil pandang aku.... aku da bengang aku hon panjang... sekali lagi aku buat gestur yg sama suh jalan... baru dia jalan...

Yang aku bengang sbb org da baik bagi jalan bukan nak berterima kasih... bagi middle finger ada la.... mybe dia misunderstood ngan gesture tgn aku yg suh dia gi jln dulu tu kot...
Quote zacrin 19-8-2014 10:58 AM
aku xrasa lambai je ni
Quote kauado? 19-8-2014 10:59 AM
blackred99 posted on 19-8-2014 10:40 AM
budak ni lambai pakai jari tengah kot.

aku pon agak bende yg sama

Quote mommymonster82 19-8-2014 11:00 AM
Leh caya ke?
Hmm....
Tau jelah klu budak skrg ni... Bukn heran pon...

Iyelah tu lmbai...yg ko duduk kt koridor pehal? Xmasuk kelas?
Quote tanganbercakap 19-8-2014 11:00 AM
lambai sampai kena tibai
Quote Eva_yy_Ellin 19-8-2014 11:01 AM
Alasan budak tu, yelah melambaikan tangan. Mungkin pelajar tu ada buat benda lain yang dia tak nak ceritakan
Quote tumpanglalu74 19-8-2014 11:04 AM
Kalo idak mampos budak ni takmo crite ape2 berkenaan pergerakan tangan..

> Aku baru ja lambai kat pengarah aritu..

Last edited by tumpanglalu74 on 19-8-2014 11:07 AM

Quote Cyempaka 19-8-2014 11:07 AM
ye la tu lambai...
yang ko nak melambai sana sini apasal..ko ingat ko ratu?
Quote nebulagazer 19-8-2014 11:08 AM
Mesti kurg ajau sgt
Tadeknye cikgu nk mengamok tetiba kalo tak diprovoke
Quote lazim 19-8-2014 11:08 AM
xcayer la ko nk lambai2 cikgu nape. igt cikgu awek ke nk lambai2. xcayer
Quote nebulagazer 19-8-2014 11:09 AM
WawaRaRa posted on 19-8-2014 10:57 AM
tak pon betul budak tu setakat lambai tangan.... pas tu cikgu tersalah sgka igt dia buat middle fing ...

Mesti dia rabun terlampau kan

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.253289 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top