CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rompak Depan Tadika

26-9-2014 10:46 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5959| Komen: 13

Rompak Depan Tadika

Subang Jaya: Sekumpulan ibu bapa yang sedang menunggu anak masing-masing di pekarangan pintu pagar sebuah tadika di USJ 4, di sini, berdepan saat cemas apabila diacukan parang oleh dua perompak.

Dalam kejadian jam 11 pagi kelmarin, penjenayah yang muncul menaiki kereta Toyota Vios merompak dua mangsa yang tidak sempat melarikan diri.
Mangsa, Pohying Cheah, 45, berkata, kejadian berlaku secara mendadak dan mereka tidak menyangka penjenayah berani melakukan rompakan di hadapan tadika.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia sedang berbual dengan beberapa ahli keluarga kanak-kanak yang belajar di tadika itu.

“Tiba-tiba muncul sebuah kereta Toyota Vios sebelum dua lelaki yang menaiki kenderaan itu menyerbu kami bersenjatakan parang.
“Saya sangkakan mereka ingin mengambil anak di tadika itu, namun tidak sangka mereka perompak,” katanya.

ANGGOTA polis melakukan pemantauan di sekitar kawasan tadika yang jadi sasaran perompak, kelmarin.

Pohying berkata, dia bersama beberapa ibu bapa pelajar lain tergamam sejurus melihat penjenayah yang memakai topi keledar itu mengacukan senjata.


“Mereka mengarahkan kami menyerahkan barang berharga antaranya beg tangan, telefon bimbit dan kunci kereta.

“Bagaimanapun beberapa mangsa lain sempat mencampakkan kunci kenderaan milik masing-masing ke dalam kawasan tadika yang berkunci itu,” katanya.

Dia bagaimanapun tidak sempat melakukan tindakan sama apabila kunci kereta miliknya dan seorang lagi mangsa dirampas penjenayah.   “Bagaimanapun penjenayah hanya melarikan kenderaan Toyota Avanza milik salah seorang mangsa manakala kereta saya tidak diusik.

“Kejadian rompakan siang hari ini menakutkan, apatah lagi ia berlaku di kawasan perumahan,” katanya.

Ketua Polis Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli yang dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

9

Bagus
7

Marah
12

Terkejut
11

Sedih
9

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote revolusi_30 26-9-2014 07:26 AM
Melayu la ne.   
Quote GhostWalking 26-9-2014 07:39 AM
revolusi_30 posted on 25-9-2014 11:26 PM
Melayu la ne.

Tak pasti tapi memang area subang macam USJ kerapkali jadi.Pelik padahal memang guarded sokmo rumah2 area tuh
Quote revolusi_30 26-9-2014 07:44 AM
GhostWalking posted on 26-9-2014 07:39 AM
Tak pasti tapi memang area subang macam USJ kerapkali jadi.Pelik padahal memang guarded sokmo ruma ...

Ne area sp ngan empire tu... Kawasan tu agak tak selamat sikit. Ngan kawasa. Asia cafe.  Kawasan ne banyak mayu gak.
Quote shernazz 26-9-2014 07:58 AM
Buduh btol rompak.kat tadika...
Quote FazzXavierre 26-9-2014 09:30 PM
Bahayanya kalau macam ini. Nak pergi ambil anak pun tak selamat.
Quote aeroflot10 29-9-2014 12:39 PM
Edited by aeroflot10 at 16-11-2023 11:05 AM

Test test 123
Quote annehuda 29-9-2014 12:47 PM
nk kata perompak miskin tp mampu plak merompak pakai vios. kalau pakai kancil cabuk beli 3rd hand boleh jugak disimpatikan.
Quote famri7 29-9-2014 12:49 PM
Semakin teruk perangai terrorist tanah meleis.
Quote DeMax 29-9-2014 12:56 PM
revolusi_30 posted on 26-9-2014 07:26 AM
Melayu la ne.

Ko anti sgt dgn Melayu aphal bro....ni mesti aksi Jawa
Quote fatehana 29-9-2014 02:03 PM
kat depan tadika pun diaorg nak merompak
Quote Vellfire 29-9-2014 02:09 PM
siang2 hari merompak yer
terdesak betul lah perompok2 ni
Quote batmana 29-9-2014 03:14 PM
tadika tu mahal, yg anto mak bapak org kaya.senangla kena target

lain kali anto anak tu kt tadika kampung sket.

tarak sapa nk rompak..
Quote iey_iyda 29-9-2014 03:26 PM
saya duduk USJ gaks, ada jua guard jaga, tapi rompakan tetap jadik.
Diorang (perompak) bukan takut sapa dah.
Aku kalau tengok guard kat rumah ni pun macam tak yakin jer, nampak cam selow jer..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.046829 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top